Saya Ikhlas Nak Jumpa PM Tak Ada Niat Lain - Bapa 'Ammar Punggung'

KUALA LUMPUR - "Saya tak ada niat lain. Saya hanya nak bersemuka dan ikhlas untuk berjumpa Perdana Menteri." Demikian reaksi bapa Muhammad Ammar, A Rahman Abdullah apabila mendapat tahu ada pihak yang tidak senang dengan hasrat mereka.

Muhammad Ammar menjadi fokus kontroversi kerana melondeh seluar ke arah poster Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 30 Ogos lalu.

Katanya, kesediaan Najib untuk menerima kunjungan keluarga berkenaan adalah satu proses untuk memohon maaf secara ikhlas.

"Saya tak ada niat lain dan yakin yang dikatakan budaya tunjuk punggung tidak akan menjadi ikutan.

"Masyarakat boleh fikir yang mana buruk yang mana baik... kesudian Najib untuk berjumpa saya hargai dan itu proses untuk memohon maaf secara terbuka," katanya lagi.

Semalam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membantah sambil menggesa Najib, yang sudi untuk bertemu keluarga pelajar yang dituduh menunjuk punggung ke atas gambar Najib pada malam sambutan Ambang Merdeka 30 Ogos lalu, agar tidak berbuat demikian.

Setiausaha Agong GPMS, Zambry Mohd Isa berkata, tidak mustahil budaya tunjuk punggung itu akan diikuti oleh pihak lain dan GPMS tidak teragak untuk turut serta melakukan perkara yang sama sekiranya Najib menerima permintaan keluarga Ammar.

Justeru, A Rahman menegaskan kesilapan yang dilakukan anaknya itu tidak perlu diulangi pihak lain dan segala keputusan Najib untuk berjumpa dengannya diserahkan kepada pemimpin negara tersebut.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai keadaan anaknya Muhammad Ammar, dia berkata, "Ammar masih mengurung dirinya dalam bilik kerana kesan traumanya apabila pelbagai perkara yang timbul disebabkan perbuatannya itu." - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...