Hina Islam - 30 Anggota DAP Desak Pengerusi DAP Perak Letak Jawatan

SUNGAI SIPUT, 26 Sept (Bernama) -- Selepas dihentam para perwakilan semasa konvensyen DAP Negeri Perak, Ahad lepas, sekumpulan pengundi termasuk anggota DAP di sini Rabu mendesak Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham supaya meletak jawatan berhubung kenyataannya mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims'.

Desakan itu dibuat dalam satu perhimpunan di hadapan sebuah bank di sini apabila mereka membawa kain-kain rentang berlambang roket yang merupakan logo DAP dan beberapa poster antara lain bertulis 'jangan sentuh isu agama antara kaum', 'Ngeh Koo Ham harus letak jawatan Pengerusi DAP Perak' serta 'mohon maaf bukan satu jalan penyelesaian'.

Terdapat satu kain rentang yang mempamerkan logo parti itu pada kiri dan kanan serta bertulis 'kami menyokong dan pengundi (Anggota Dewan Undangan Negeri) Adun Jalong (dari DAP) mendesak Ngeh Koo Ham letak jawatan sebagai pengerusi DAP negeri Perak kerana bersikap anti-Islam'.

Seorang anggota DAP Sungai Siput yang juga seorang saudara baru, Dini Haikal Abdullah meminta Ngeh supaya tidak menggunakan isu agama kerana ia cukup sensitif dan meminta Ngeh supaya menghormati antara satu agama dengan agama yang lain.

Sementara itu, bekas anggota DAP Sungai Siput, Ng Eng Hock berkata jika Ngeh ingin meraih undi, beliau sepatutnya menggunakan cara yang betul bukan 'mengusik' perkara berhubung agama. - Bernama

2 comments:

  1. Sudilah sekiranya tuan meletakkan link www.peraktoday.com.my ke dalam blog tuan. Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Tujuan posting ni untuk tunjuk DPA bagus ke dan hanya Ngeh seorg dalam DAP tak bagus?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...