Fatwi Abby Merangkumi Semua Pemain Bolasepak Berseluar Pendek Fasik ? Fathul Bari Minta Nas

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.

Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari yang dihubungi Mynewshub.my berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi wali itu tidak mengelirukan fikiran masyarakat Islam.

Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.

“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.

Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan.

Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali.

“Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat? Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T.

“Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,” katanya.

Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam.

“Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya. - Mynews Hub

Sebelum ini dalam satu ucapan kuliah hidayah Abby berkata “Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat.

“Macam itu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan,” kata Abby.

- Jangan begitu mudah untuk menghukum, tak sampai setahun Abby belajar Islam Pas dah rasa hebat dah, kalau macam tu semua pemain bolasepak di negara ini tak boleh jadi wali lah, baik buat keluar kenyataan ' Tak sah nikah kahwin dengan anak pemain bolasepak' lagi senang untuk orang faham.

Dalil dari fatwi Abby itu diambil dari Ustaz Azhar Idrus, menurut Azhar Idrus "Sesiapa yang melakukan dosa kecil berterusan lebih dari tiga kali, umpamanya bermain bolasepak pakai seluar pendek lebih dari tiga kali ia menjadi fasik".

Bersandarkan nas yang dibawa oleh Azhar itu agak-agaknya berapa orang dinegara ini yang boleh jadi wali dan tidak fasik kerana tidak melakukan dosa kecil berterusan lebih dari tiga kali.  Anda Mampu Mengubahnya....- Bersambung lagi....

"Nak hukum yang mudah,senang dan cepat keatas orang lain masuklah Pas anda pasti mendapat"

8 comments:

  1. Salam,
    Sekadar renungan,
    1) Kenapa ketika ini sesiapa sahaja berani untuk mentakrifkan hukum/ ayat serta segala yang berkaitan Islam mengikut pemahaman yang didorong oleh nafsu? yang mahu mentafsirkan isi dalam Islam itu mengikut acuan mereka?

    2) Apa fungsi Ulama/ Tokoh Islam/ Imam dan lain2 yang arif tentang Islam sudah tidak relevan lagi? Bukan ke mereka yang lebih arif untuk berbicara dan berhujah untuk mentafsirkan isi di dalam Islam?

    3) Apakah pre-requisite untuk seseorang itu mampu mentafisr isi di dalam Islam?
    a) Mendalami pengetahuan Islam bertahun2 sehingga ke negeri2 Arab menimba ilmu ATAU
    b) melafazkan perkataan " Saya Sudah Insaf/ Saya Sudah Berhijarah/ Saya Sudah Kembali Ke Ajaran Islam" di hadapan public?

    4) Tahukah umat Islam jika perbuatan mereka yang mempermainkan hukum/ ayat dan lain2 berkenaan Islam banyak implikasinya? Tahukah mereka tentang Dosa?

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. pendapat aku, skrg ni mmg abby disukai org pas sbb berani tembak rambang sbb bila dia ckp yg nampak mcm kenanya ialah umno-bn. tapi aku boleh agak lama2 esok org pas yang suka abby sekarang pun akan naik meluat dgn dia sbb makin lama dia makin mengada2. tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  3. PAS jadi kaldai DAPig...Abby jadi 'tukang karut' PAS...???
    Dah siAbby ni syuk sendiri pulak tu... ini serupalah macam gulungan2 yang tiba2 nak menunjuk2 bahawa mereka lebih Islam dari orang lain dgn memakai jubah dan kupiah dan berjanggut TETAPI tidak mengubah sikap mereka dan percakapan mereka sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam???!!!
    Ada yang mula melekat lebel 'I love GOD' atau 'I love Allah' di kereta???!!! ada faham kah mereka soal sifat2 ujub dan ria'???
    Orang seperti ini kalau berjalan dan terlanggar bahu dgn kita, mereka akan beristighfar panjang, TETAPI tak pula minta maaf dgn kita, kalutlah!!!!

    ReplyDelete
  4. Kena sebijik.. terlajak mulut badan binasa... Abby oh Abby..

    ReplyDelete
  5. memang abby berani. sebab dia bodoh. otak dia tak pernah diberi amaran bahawa apa yang dicakapkan itu bakal menunjukkan kebodohan dirinya.

    ReplyDelete
  6. hukum hakam main ikut sedap mulut dia saje..
    ini lah sifat2 org yg bodoh sombong tapi nak tunjuk pandai..

    mendalami ilmu tak mau cuma dengar cakap2 org lain terus jatuh hukum ikut nafsu sendiri..

    ReplyDelete
  7. Berseluar pendek tu dedah aurat
    tak bertudung pun dedah aurat
    dedah aurat tu berdosa
    fullstop
    Marilah kita bersama2 tunjukkan pada dunia bahawa menutup aurat itu suatu yang indah

    ReplyDelete
  8. Abby /azhar idrus - wali nikah
    fathul bari - wali Allah
    sama ke?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...