Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

Video - Pergaduhan Penyokong Pasukan Bolasepak Indonesia Dan Malaysia Di Bukit Jalil

Tiga jam sebelum pelawanan bolasepak Piala AFF Suzuki antara Indonesia dan Malaysia bermula, pergaduhan antara kedua penyokong dilaporkan terlebih dahulu tercetus di pintu masuk Stadium Bukit Jalil.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu dikatakan berpunca ekoran perlanggaran bahu sebelum di ikuti pertikaman lidah diantara kedua-dua penyokong pasukan.

Bagaimanapun, seorang daripada penyokong Indonesia cedera akibat di tumbuk pada bahagian muka, namun pergaduhan itu berjaya dileraikan setelah sepasukan anggota polis yang berpakaian preman  di kejarkan ketempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Fatwi Abby Merangkumi Semua Pemain Bolasepak Berseluar Pendek Fasik ? Fathul Bari Minta Nas

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.

Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari yang dihubungi Mynewshub.my berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi wali itu tidak mengelirukan fikiran masyarakat Islam.

Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.

“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.

Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan.

Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali.

“Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat? Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T.

“Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,” katanya.

Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam.

“Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya. - Mynews Hub

Sebelum ini dalam satu ucapan kuliah hidayah Abby berkata “Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat.

“Macam itu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan,” kata Abby.

- Jangan begitu mudah untuk menghukum, tak sampai setahun Abby belajar Islam Pas dah rasa hebat dah, kalau macam tu semua pemain bolasepak di negara ini tak boleh jadi wali lah, baik buat keluar kenyataan ' Tak sah nikah kahwin dengan anak pemain bolasepak' lagi senang untuk orang faham.

Dalil dari fatwi Abby itu diambil dari Ustaz Azhar Idrus, menurut Azhar Idrus "Sesiapa yang melakukan dosa kecil berterusan lebih dari tiga kali, umpamanya bermain bolasepak pakai seluar pendek lebih dari tiga kali ia menjadi fasik".

Bersandarkan nas yang dibawa oleh Azhar itu agak-agaknya berapa orang dinegara ini yang boleh jadi wali dan tidak fasik kerana tidak melakukan dosa kecil berterusan lebih dari tiga kali.  Anda Mampu Mengubahnya....- Bersambung lagi....

"Nak hukum yang mudah,senang dan cepat keatas orang lain masuklah Pas anda pasti mendapat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...