Polis Ditembak Lagi, Pemimpin PR No Komen

Polis yang selama ini banyak membantu masyarakat dalam negara dilihat seolah-olah sebagai penyangak yang langsung tidak bernilai dimata pemimpin pembangkang, sedangkan Polis lah menjadi tempat mengadu sekiranya berlaku apa-apa musibah terutamanya yang berkaitan jenayah, tugas anggota polis dipandang remeh walaupun mereka terpaksa bergadai nyawa bagi memastikan keselamatan semua pihak, bagaimanapun polis bukannya malaikat, sedikit sebanyak tetap ada melakukan kesalahan, namun apakah kesalahan itu sahaja yang dilihat tanpa melihat akan jasa-jasa mereka.

Terbaru akhbar melaporkan dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah apabila ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil. 

Jika penjenayah ditembak polis, maka pemimpin pembangkang berlumba-lumba membuat pembelaan, namun jika polis ditembak oleh penjenayah tidak ada pula yang bersuara, begitulah tugas anggota polis bilamana berdepan dengan penjenayah, sesaat leka pasti membawa padah, namun apakah kita menghargai sumbangan mereka ? renung-renungkanlah Anda Mampu Mengubahnya.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,  dua anggotanya turut melepaskan  tiga das tembakan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.

Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

"Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya.

Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.

"Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun.

Setakat ini tidak ada sebarang lawatan mahupun kenyataan daripada pemimpin pembangkang berhubung kejadian yang menimpa kedua-dua anggota polis itu, Apapun mungkin sebahagian besar rakyat dinegara ini faham akan situasi sebenar yang berlaku dalam negara, tidak hairanlah jika komunis jadi pejuang dan pejuang jadi komunis, komunis dibanggakan pejuang dinafikan, penjenayah dibela polis diabaikan, aneh bukan ? tapi ianya harus diterima kerana itu adalah realiti dari apa yang berlaku. Anda Mampu Mengubahnya.
R. Subramaniam

2 comments:

  1. padahal kalau kita pergi ke balai polis penuh dengan cina dan india yg mengaku masalah mereka, kena ugut la, gangster la, bunuh la....mcm2...tapi bangsa ni la jugak yg maki hamun polis ....

    lebai2 pas jadi petualang yg halalkan ....

    ReplyDelete
  2. Yang nie aku sokong gelombangkick.

    Mana p yg lain yg dok kata hak asasi lah apa lah.
    Yang penyamun juga depa dok sokong.

    Hoi pembangkang, hampa p mana, awat diam saja.

    Peee dahhhh.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...