Debat antara Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertukar kecoh apabila Khalid tidak hadir sebaliknya menghantar 4 orang wakil yaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin.
Lain yang diundang lain pula yang datang, hantar wakil 4 orang nak berdebat dengan Tee Yong seorang, setelah hampir 30 minit menantikan kehadiran Khalid, mereka bertindak keluar dewan.
Debat berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corp anjuran MCA Bandar Tun Razak, yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini.
Tee Yong enggan berdebat dengan wakil yang dihantar oleh Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Pihak Tee Yong menegaskan mereka ingin berdebat dengan Menteri Besar Selangor sendiri.
Sebaik sahaja Tee Yong selesai memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir, beliau dikerumuni pemberita dan ditanya berkenaan dengan wakil PR meninggalkan dewan.
"Saya tak tahu kenapa, mungkin mereka telah bertukar fikiran," ujar Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis.
Apabila ditanya tentang kekecohan yang berlaku ketika wakil PR keluar dewan, katanya: "Saya merasakan keadaan yang tidak terkawal itu telah dijangka berlaku kerana bila pengerusi majlis menyentuh tentang isu kain rentang dibuang, disimbah cat merah dan dikoyakkan, mereka mula membuat bising, namun angkara siapa, saya tidak tahu."
Terdahulu Pua, Dzulkefly dan Leong telah mencabar Tee Yong untuk berdebat dengan mereka pada Ahad ini di Labis, Johor untuk mengeluarkan hujah yang sama berkenaan dengan Talam.
Menjawab cabaran itu, Tee Yong berkata: "Debat di Labis, saya akan melihat siapa yang hadir... sekiranya MB (Khalid Ibrahim) datang, semestinya saya akan berada di sana."
Isu kontroversi ini mendapat perhatian ramai susulan daripada PKR mendakwa MCA memutar belit fakta dengan menuduh Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu Talam bagi menutup penyelewengan dan rasuah dilakukan bersama Umno sehingga ribuan ekar tanah dan berjuta-juta ringgit milik rakyat telah hangus.

Khalid oo Khalid.. kesiann..
ReplyDelete