Showing posts with label mahfuz. Show all posts
Showing posts with label mahfuz. Show all posts

Kenyataan Nasha "'Pas Utamakan Kuasa Dari Islam" Melampau - Mahfuz

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu. -Sinar Harian

Mahfuz Tak Tahu Mana Lebih Hina Antara Robohkan Masjid, Baling Kasut Dan 'Tunjuk Punggung'

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

"Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.

Itulah politik, apa yang dikaitkannya terlalu jauh daripada isu yang sebenar, negara sememangnya memerlukan kerajaan yang baik tetapi sebaik manapun kerajaan ia tidak bermakna sekiranya negara punyai pembangkang yang teruk. Jika dikatakan membaling kasut kedalam masjid itu satu hal yang hina bagaimapula kalau merobohkan masjid ? apakah ia kurang atau tidak hina ?
Semalam akhbar melaporkan, gara-gara percayakan persetujuan lisan pihak berkenaan (Kerajaan Pas Kelantan), pengusaha restoran di Jalan Kuala Krai-Machang, dekat Batu Jong, di sini, mendakwa kerugian lebih RM20,000 apabila surau baru dibina berhampiran kedainya dirobohkan, kelmarin.

Surau mula dibina minggu pertama Ramadan lalu dan sudah 60 peratus siap itu dirobohkan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

“Bila saya suarakan cadangan nak bina surau dan bilik air, saya dapat persetujuan lisan dan diberitahu tak payah buat surat permohonan kerana bimbang perkara ini heboh jika diusulkan kepada MDKK.

“Saya juga ingatkan tak apa (tak buat surat) kerana surau dan bilik air saya nak bina ini untuk kemudahan orang ramai termasuk pelanggan restoran dan masyarakat setempat,” katanya, di sini, semalam.

Mohd Asri mendakwa, tindakan MDKK merobohkan bangunan itu menyebabkan dia kerugian kira-kira RM21,000 dan mungkin terpaksa buat pinjaman bank bagi membayar upah kontraktor.

“Saya sedih kerana kalau pihak terbabit beritahu dari awal supaya tidak teruskan projek, sudah tentu kerugian terpaksa ditanggung tidak sampai sebanyak ini.

“Bila sampai tahap nak ‘plaster’ bangunan, baru diberitahu projek ini tidak boleh diteruskan dan terpaksa dirobohkan, saya bukan sahaja rugi besar tetapi juga rasa amat sedih,” katanya.

Menurutnya, dia hanya terima Borang B ‘Notis Mengehendaki Kacau Ganggu Dihapus’ daripada MDKK tiga hari sebelum tindakan merobohkan bangunan surau itu dibuat.

“Kalau kedai lama saya dulu ambil masa 10 tahun untuk dirobohkan tetapi bangunan surau ini hanya dalam tempoh sebulan,” kata pengusaha Restoran Reeza terbabit.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, peruntukan untuk bina surau dan bilik air itu sebahagian daripada geran berjumlah RM50,000 diberikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pengembangan perniagaannya.

“Saya boleh guna wang geran ini untuk tambah kelengkapan restoran tetapi sebab nak buat amal dan bantu orang ramai, bila Mara tanya nak buat apa, saya pilih untuk bina surau dan bilik air.

“Surau dan bilik air penting sebab restoran ini jadi persinggahan bas ekspres termasuk bas bawa pelancong luar selain untuk kemudahan penduduk setempat terutama bila ada kenduri,” katanya.

Selain penduduk setempat dan pengguna jalan raya, Restoran Reeza turut menjadi tumpuan rombongan agensi kerajaan dari luar Kelantan serta golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana menghidangkan Menu Rakyat 1Malaysia. Selanjutnya disini.

Kalau Mahfuz ni orang Islam katakanlah semua itu adalah perbuatan yang hina bukannya membanding-bandingkan yang mana lebih hina....Anda Mampu Mengubahnya...

Video - Mahfuz Bertumbuk Ketika Kekecohan Ceramah Anwar Di Masjid

Perancangan Anwar Ibrahim untuk merampas Putrajaya seharusnya tidak dipandang ringan oleh kerajaan dengan tindakan-tindakan provokasi yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu sejak mutakhir ini, Anwar dilihat lebih menggunakan strategi menaikkan semangat kebangkitan rakyat diatas ehsan hasil dari provokasi yang sengaja dilakukannya.

Cara jahat Anwar untuk ke Putrajaya itu bakal mencetuskan ketegangan didalam negara , media-media mereka akan memainkan peranan penting untuk mencipta satu situasi yang boleh membakar semangat rakyat, dan jika diperhatikan sekarang ini pun sudah ada beberapa media yang telah memulakannya, dengan menyiarkan tajuk dan penulisan yang semakin berat sebelah.

Kerakusan Anwar semakin menyerlah, dan misi jelajahnya itu akan mencetuskan beberapa lagi aksi panas seperti rakaman video dibawah, seolah-olah Anwar seperti ingin mencari satu titik keadaan yang sesuai dimana situasi yang akan berpihak kepada beliau untuk dicetuskan satu suasana sepertimana yang berlaku di timur tengah.

Keadaan huru-hara seperti negara-negara di timur tengah sedikitpun tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia jika kerajaan tidak punyai ketegasan dalam menanganinya, rakyat terutamanya generasi muda akan cepat terpengaruh dengan provokasi jahat yang dicetuskan oleh mereka sebelum lahirnya rasa kasihan kononnya dengan kezaliman yang terpaksa ditanggung oleh puak pembangkang. Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...