Showing posts with label nasharuddin. Show all posts
Showing posts with label nasharuddin. Show all posts

Nasharuddin Ingatkan Nik Aziz, Pas Bukan Hak Milik Mursyidul Am

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dipecat daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas minggu lalu memberi peringatan berbentuk sindiran kepada pemimpin tertentu yang selama ini menguasai Pas secara peribadi.

Menurut beliau, Pas bukan hak individu dan tidak seharusnya ditentukan oleh seorang individu didalam apa jua keputusan bersabit parti itu.

"Pas ni ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas ni bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh membuka dada menyatakan Pas ni milik dia, dia saja ada hak untuk mentafsir,

"Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak contohnya kalau ada orang claim, dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..., tak, Pas ni milik ahli dia 1 juta orang, dia ada dasar dia, ada perlembagaan dan sistem dia sendiri". Katanya .

Pada masa sama Nasharuddin turut menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dimana pengguguran dari Dewan Syura Ulama Pas itu menyebabkan keahlian beliau didalam Pas juga dengan sendirinya turut terpecat, sedangkan beliau difahamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang bahawa beliau masih lagi menjadi ahli Pas.

Terdahulu Nik Aziz dipetik sebagai berkata, “Tidak penting sama ada dia (Nasharuddin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikatnya apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”

Justeru umum sememangnya sudah mengjangkakan kenyataan Nasharuddin itu sebenarnya ditujukan khas kepada Nik Aziz, kerana hanya Nik Aziz saja yang dilihat sering menjadikan sesuatu platform itu milik dirinya, sikap Nik Aziz yang suka memutuskan sesuatu perkara berlandaskan nafsunya tidak hanya berlaku didalam parti semata-mata, bahkan ia turut berlaku terhadap perkara ghaib yang berada dalam pengetahuan Allah Taala seperti syurga, neraka, dosa dan pahala.

Jika urusan Allah pun Nik Aziz berani mengcampurinya, apalah sangat dengan urusan parti, maka tidak hairanlah kalau September tahun lalu Nik Aziz dikatakan awal meninggalkan mesyuarat Majlis Syura kerana tidak berpuas hati setelah mendapati agenda mesyuarat itu langsung tidak menyentuh isu Nasharudin, sedangkan pada 31 Ogos sebelumnya Nik Aziz telah dikunjungi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan desas-desus mengatakan Anwar telah mengarahkan Nik Aziz supaya memastikan usaha menyingkirkan Nasharudin juga mula kedengaran ketika itu.

Selain itu, Nik Aziz juga suka menentukan amalan seseorang manusia samada ianya diterima ataupun sebaliknya, menghukum dan berfatwa dengan segala macam mengenai hukum hakam didalam Islam sudah menjadi rutin, sehinggakan mendakwa orang-orang Umno sebagai kafir dan amal ibadat orang Umno tidak diterima oleh Allah Taala.

Dengan sikap biadap lagi angkuh sedemikian rupa, layakkah Nik Aziz untuk dipanggil sebagai ulamak ? Tidakkah sesat lagi menyesatkan jika umat Islam terus terpedaya dan mempercayai tindak tanduk Nik Aziz itu adalah sebahagian daripada kerja Nabi, kerana Nik Aziz juga sering mendakwa beliau menyambung kerja nabi walaupun jelas beliau bukan menyambung kerja Nabi, sebaliknya Nik Aziz lebih kepada menyambung Firaun. Anda Mampu Mengubahnya.

Nasharuddin Sarankan Nurul Izzah Bertaubat

PETALING JAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disaran bertaubat dan menarik balik kenyataannya berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu di negara ini.

Saranan dibuat bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai kenyataan besar dan memberi implikasi serius jika digunapakai oleh orang Melayu.

"Dalam hal ini saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha pengampun Lagi Mengasihani," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad.

Katanya, isu ini dianggap serius kerana melibatkan perkara asas Islam dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab.

Sambil menyifatkan kenyataan Nurul Izzah sebagai bercanggah dalam Islam dan Perlembagaan, beliau berkata ia juga boleh menimbulkan kekeliruan besar dalam masyarakat.

"Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas 'Akidah dan Syariah Islam'.

"Kedua, ia tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Nasharudin berkata dalam kes ini Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan telah membuat tafsiran yang salah.

Tambahnya, Nurul Izzah mentafsirkan ayat ke- 256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan.

Menurut Nasharudin, ayat 'Tiada Paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang disepakati seluruh Ahli Tafsir Islam tanpa khilaf.

"Tafsiran bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.

"Namun, apabila orang Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 surah al-Ahzah terpakai ke atasnya sebagai Muslim," katanya.

Ayat ke-36 surah tersebut bermaksud "Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak ada hak untuk memilih..."

Mengulas mengenai cubaan menjawab balik Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan dengan menyalahkan pihak tertentu, kononnya kenyataan disalahpetik dan disalahtafsir, Nasharudin mengaitkannya dengan kaedah penting yang oleh pakar-pakar dan sarjana Islam iaitu meletakkan hukum dengan perkara yang zahir.

"Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan," katanya.

Dalam pada itu Nasharudin turut menunggu 'keberanian' kepimpinan tertinggi Pas memberikan kenyataan dan pandangan terhadap kenyataan Nurul Izzah.

"Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas.

"Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan diketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 minggu depan," katanya. - Mstar

Zul Nordin Tunjuk Bukti Doa Negara Kristian Oleh DAP

Sidang Dewan Rakyat panas seketika petang Khamis bila Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin tunjuk bukti untuk backing pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai majlis doa anjuran DAP selepas pilihanraya negeri Sarawak.

Pada perbahasan Bajet 2013 itu beliau tunjuk gambar majlis berkenaan yang dakwanya dimana ada doa dibuat agar Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian.

Suasana dalam dewan jadi panas bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang cuba ganggu perbahasanya.

Zulkifli dakwa majlis itu turut dihadiri oleh paderi dan pastor asing.

Beliau menegaskan DAP tidak perlu nak nafi pendedahan yang dibuat oleh Nasharudin di Seminar Dakwah Nasional.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen sejurus itu,Zulkifli minta DAP nafi apa yang didedahkannya di dalam Dewan Rakyat. Katanya ini boleh soal perkauman tetapi takut campurtangan paderi asing akan menjejaskan keselamatan negara.

Ekoran kenyataan Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok masa bentang kertas kerja di seminar berkenaan di PWTC Selasa,DAP telah menafikan dakwaan berkenaan. -Mynewshub.

Hina Nasha Gigi Terbonjol, Persoal Kalau Negara Islam Macammana Negara Nak Sembahyang ?

Terkejut melihat satu artikel blog pro pembangkang yang mengeluarkan artikel sebagaimana yang dilampirkan diatas, penulis blog berkenaan bukan sembarangan, namun Gk terkejut melihat keintelektualan yang ditunjukkan apabila ejekan yang bersifat menghina anggota tubuh pemimpin atau cipataan Allah Taala dengan merujuk kepada 'gigi' mantan Timb Presiden Pas yang didakwanya nampak terbonjol.

Apakah itu politik baru yang lebih intelek untuk ditampilkan kepada seluruh rakyat negara ini ? Apabila kita tidak sependapat diatas sikap, cara atau dasar seseorang pemimpin adakah wajar untuk kita menghina sifat anggota tubuhnya yang dianugerahkan secara semulajadi itu. Dimana kematangan  berpolitik  yang sering dilaung-laungkan pembangkang.

Adapun menghina atau menyerang sikap pemimpin yang angkuh, bodoh sombong, mengamalkan rasuah dsbnya itu agak berbeza dengan menghina sifatnya, kerana sikap itu bukanlah semulajadi sebaliknya disebabkan 'perangai hudoh' seseorang individu itu.

Bagaimanapun Gk sekadar untuk menyedarkan mereka yang terlebih intelek dalam membicarakan isu-isu politik supaya tidak terlanjur intelek itu dengan menghina ciptaan Tuhan yang semulajadi.

Begitu juga dengan 'negara Islam' biarpun pada bahasanya negara Islam diakui oleh Presiden Pas sendiri ianya tidak terdapat atau disebut didalam Al-Quran, tetapi dalam konteks negara kita umum memahami secara ringkasnya bahawa 'negara Islam' itu adalah sebuah negara yang mengamalkan cara-cara Islam .

Sangat keterlaluan jika mempersoalkan kalau negara Islam macammana negara nak sembahyang dan nak disunatkan,  'negara Islam' dan 'negara beragama Islam' adalah dua kata dan maksud yang berbeza, kalau tanya Nik Aziz sekalipun mengenai Kota Bharu Bandaraya Islam dan bagaimana bandaraya itu sembahyang atau disunatkan pasti Nik Aziz akan jawab 'Celaka, Celaka,  Celaka. Kerana sebodoh manapun manusia itu dia akan faham maksud 'Bandaraya Islam itu' tidak bermaksud bandaraya itu yang menganut agama Islam.

Perkara-perkara yang membabitkan agama tidak boleh sama sekali untuk dipersenda main, banyak lagi benda yang boleh nak main, yang agama tak bagi main jangan nak main, kalau agama bagi main depan tak bagi main belakang wajib kena ikutlah, Anda Mampu Mengubahnya.

lampiran print screen diatas ditulis oleh blogger  top10  pro pembangkang yang juga penulis di portal Malaysiakini.

Tak Payah EGM Bincang Isu Nasha

KUALA LUMPUR - PAS menolak cadangan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membincangkan mengenai konflik dalaman yang dicetuskan bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang mendakwa parti itu kini lari daripada dasar untuk memperjuangkan Islam.

Menyifatkan tiada keperluan untuk parti itu memanggil sidang muktamar khas berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad turut menyangkal dakwaan Nasharudin terhadap parti itu.

"Tak releven untuk kita adakan muktamar. Kita tidak lari daripada landasan untuk memperjuangkan Islam," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan yang dikemukan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin agar PAS mengadakan muktamar khas berhubung isu yang dibangkitkan Nasharuddin.

Sementara itu Ahli Parlimen PAS daripada Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib turut menolak cadangan berkenaan kerana menyifatkan ahli parti itu memahami situasi yang berlaku.

"Buat masa ini tiada keperluan yang mendesak. Tapi kalau PAS Pusat merasakan ia perlu, bolehlah diadakan.

"Bagi saya akar umbi faham tentang apa yang berlaku. Situasi sekarang mungkin berpunca daripada salah tafsir atau salah lapor," katanya.

Sebelum ini pada 2009 Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah Nik Abdul Aziz turut menggesa agar PAS mengadakan EGM untuk membersihkan parti itu daripada kumpulan pro-kerajaan perpaduan.

Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu.

Berikutan itu Nasharudin juga menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang ekoran pendirian DAP dalam isu hudud.

Lebih mencetuskan kontroversi ialah apabila media massa menyiarkan gambar Nasharuddin sedang duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi baru-baru ini. -Mstar

Kenyataan Nasha "'Pas Utamakan Kuasa Dari Islam" Melampau - Mahfuz

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu. -Sinar Harian

Nasharuddin Dedahkan Anjuran Doa Jadikan Malaysia Negara Kristian Oleh DAP

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mendakwa, satu majlis kesyukuran pernah diadakan oleh DAP di Sarawak tahun lalu dan antara pengisian dalam majlis berkenaan ialah mendoakan supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak, dan sebagai umat Islam beliau mengajak supaya sedar perkara itu dan berhati-hati dengan niat yang sedang giat diusahakan oleh segelintir pihak yang dinamakan sebagai DAP.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.

Hudud - Nasharuddin Tak Bagi Muka, Desak Lim Guan Eng Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan DAP berhubung isu hudud dilihat tidak berkesudahan apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menuntut Lim Guan Eng membuat permohonan maaf secara terbuka.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP digesa berbuat demikian kerana didakwa secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud.

Nasharudin menegaskan beliau menghormati perbezaan pendapat yang wujud dalam pakatan pembangkang namun tindakan pimpinan DAP yang secara terbuka mengkritik hukum hudud disifatkan sebagai keterlaluan.

"Pendirian Guan Eng tentang hudud bercanggah dengan kenyataan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) iaitu hudud adalah satu kewajipan dan bukannya pilihan.

"Beliau perlu tarik balik kenyataan kerana kalau tidak isu ini akan jadi lebih besar. Kita terima perbezaan pandangan tapi perlu menghormati amalan penganut agama lain," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang.

Ia kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin PAS dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu ditanya mengenai dasar pakatan pembangkang yang sememangnya tidak menyentuh mengenai hukum hudud, Ahli Parlimen Bachok itu mengakui memahami polisi yang dipersetujui itu.

"Saya tahu, tapi bila mereka masuk campur dalam polisi dan asas perjuangan sesuatu organisasi...bagi saya ia adalah campur tangan," katanya. - Mstar

Kedudukan Nasharudin Dalam Pas Kekal

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada Ahad malam tidak membincangkan tentang kedudukan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu berkenaan tidak terdapat dalam agenda mesyuarat dan Nasharudin kekal dengan kedudukannya dalam PAS dan Majlis Syura.

“Tak ada dalam agenda mesyuarat. Dia (Nasharudin) hadir mesyuarat dan masih jadi ahli Majlis Syura,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat PAS, dekat sini, Ahad.

Hadi berkata tidak timbul persoalan atau masalah mengenai kedudukan Nasharudin dalam PAS atau Majlis Syura.

“Tak timbul masalah…siapa yang timbulkan masalahnya,” katanya.

Menurut Hadi mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat biasa yang diadakan dua kali dalam sebulan oleh Majlis Syura.

Mengulas lanjut beliau berkata mesyuarat pada kali ini adalah khusus bagi membincangkan tentang calon-calon pilihan raya yang wajib diluluskan Majlis Syura untuk memastikan setiap calon adalah berwibawa dalam Islam.

Ditanya apakah Nasharudin akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau berkata:

“Itu kena tunggu pilihan raya…termasuk saya sendiri tak tahu sama ada tercalon atau tidak.

Beliau berkata mesyuarat kali ini juga memperlihatkan pihaknya menerima banyak calon-calon yang disenarai untuk bertanding.

“Kita terima seberapa banyak calon..satu kawasan sampai tiga-empat calon pun ada tapi kita terima semua.

“Itu terpulang kepada budi bicara PAS Pusat, negeri dan kawasan,” katanya.

Katanya, semua ahli Majlis Syura hadir ke mesyuarat yang selesai kira-kira pukul 11.00 malam itu kecuali yang uzur.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS lebih awal kira-kira pukul 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin dalam PAS timbul apabila beliau meminta supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula. - mStar Online

Panas !!! Nik Aziz Tak Heran Kalau Nasharuddin Keluar Pas Jangan DAP

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti.- Bernama

" Nik Aziz hanya pelik kalau DAP  tinggalkan Pas"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...