Showing posts with label murtad. Show all posts
Showing posts with label murtad. Show all posts

Haron Din: "Saya Akan Pertahankan Kalimah Allah Hingga Akhir Hayat Saya" - Video

Jawapan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dalam isu kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain dilihat lebih tegas berbanding jawapan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penegasan yang dibuat oleh Haron Din memperlihatkan tiada sebarang tolak ansur jika membabitkan kepentingan umat Islam, kenyataannya jelas tanpa meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada kepentingan Islam.

Namun sangat mendukacitakan apabila Nik Aziz lebih bersifat 'kluk-klek' dalam isu ini demi tidak mengecewakan rakan sekutunya daripada DAP,  Nik Aziz telah meletakkan DAP mengatasi kepentingan Islam, justeru, sebagai umat Islam khasnya penyokong Pas hendaklah sedar dan mengambil tindakan bagi menyedarkan Nik Aziz.

Tidak ada cara lain untuk umat Islam menyedarkan Nik Aziz melainkan dengan cara tidak memberi undi kepada Pas dalam PRU 13 nanti. Hanya cara itu sahaja yang akan menyedarkan Nik Aziz untuk kembali kepangkal jalan diatas dasar perjuangan Islam yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Fatwa 'Ikut Dan' Nik Aziz Antara Tahun 2009 Dan 2012, Umno Murtad Dan Ikut Nafsu

Fatwa 'ikut dan' yang dibuat oleh Nik Aziz pada 2009 dan 2012 jelas dapat dilihat pada rakaman video dibawah, pada tahun 2009 Nik Aziz mendakwa Umno sebagai menolak agama sekaligus menggantikan dengan nafsu.

Manakala pada tahun 2012 Nik Aziz mendakwa Umno membuang Islam dan turut memurtadkan Umno.

Wartawan: Tadi Tok Guru menyebut, kalau Murtad bermakna memperlekehkan Islam, dan Umno memperlekehkan Islam, adakah Tok Guru secara tak langsung menjatuhkan hukuman murtad keatas Umno.

Nik Aziz: Tak kira siapa pun, tak kira Tok Guru sekalipun kalau murtad, murtadlah, usahkan Umno, Tok Guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan secara hati dia betul Islam tak guna sekarang, dia murtad. walaupun takder mufti bagitahu, takder kadi, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak berguna sekarang, dia murtad.

Wartawan: Pada pandangan Tok Guru Umno Memperlekehkan Islam ?

Nik Aziz : Tak perlekeh apa dia buang Islam.
(Kejahatan secara persepsi berserta putar alam Nik Aziz mempercendulkan Islam adalah terlalu jelas bagi mereka yang berfikir dan menghayatinya.)
KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.

"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.

Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.

Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.

"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.

Khalid Sifatkan Penggalakkan Murtad Nurul Izzah Sebagai Usaha Dakwah

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.

"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.

"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.
 
Bila pula Nurul Izzah tu jadi pendakwah ya ? Lantak kaulah Khalid, dah nama pun Khalid gereja, hari tu kau bela versi lain, hari ni pulak lain, dan semuanya lain-lain sebagaimana Mujahid bela versi lain,... Azmin bela versi lain,... Nik Aziz bela versi lain,... Hj Hadi bela versi lain,...Nik Abduh jer yang tak bela... dan kalau 10 orang pemimpin PR semuanya dalam berlainan versi apabila tampil membela Nurul Izzah.

Politik mengatasi segala-galanya, kerana politik agama pun sanggup diperjudikan, apakah pemimpin seperti ini layak untuk diberikan amanah bagi memimpin negara kita...Anda Mampu Mengubahnya.
 

Nik Aziz Nafi Bela Nurul Izzah Serta Menyalahkan Penasihat Agama PM Kerana 'Syaitan Bisu'

KOTA BHARU - Dikala seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik bangkit menegur, mengkritik dan menyelar kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar bahawa Melayu Islam bebas untuk memilih mana-mana agama, namun Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil dengan pendapat yang berbeza apabila menafikan kenyataan itu dibuat oleh Nurul Izzah dan menuduh pihak media telah memutarbelitkannya. 

Menurut Nik Aziz, kenyataan itu bukan datangnya daripada Nurul Izzah sebaliknya pihak media telah memutarbelitkan kenyataan tersebut, "Izzah lain surat khabar lain, hak Izzah bercakap mestikah serupa dengan surat khabar siar" katanya. 

Namun kenyataan Nik Aziz itu mengundang rasa terkilan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang menyifatkan kenyataan Nik Aziz membela Nurul Izzah itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama Islam dan lebih mementingkan politik semata-mata.

Abdullah berkata, pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik, tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan.

"Amat dikesalkan kerana pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Haji Hadi tidak mahu memperbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara tersebut tidak penting," katanya pada satu perjumpaan dengan media, di sini hari ini.

Katanya Nik Aziz  jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong Nurul Izzah sekalipun menyedari Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu melakukan kesalahan besar.

"Nik Aziz jika tahu perkara itu salah sepatutnya jangan keluar apa-apa pandangan dan lebih baik menjadi syaitan yang bisu daripada syaitan yang berkata-kata," katanya.

Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif tentang bidang agama.

Bagaimanapun berhubung kenyataan yang dibuat Abdullah itu, sekali lagi Nik Aziz membuat kenyataan balas menerusi Facebook beliau dengan mendakwa syaitan bisu atau syaitan berkata-kata keduanya adalah hina, Nik Aziz turut menafikan membela Nurul Izzah melainkan hanya ingin mendapatkan kenyataan penuh sebelum beliau mengulasnya.

"Menjadi syaitan samada bisu atau bercakap kedua-duanya adalah hina. Alangkah pelik jika seorang yang berilmu agama berkata lebih baik menjadi syaitan bisu dari syaitan berkata-kata,

"Dalam hal kenyataan YB Nurul Izzah, saya hanya ingin mendapat kenyataan penuhnya yg sebenar sebelum memberi komen, dan beliau sudah berhasrat menyaman media yang memutarbelitkan kenyataannya. Saya kesal dgn perbandingan melampau penasihat agama PM ini".

Tun Mahathir Sifatkan Kenyataan Nurul Izzah 'Bodoh Yang Melampau'

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
 
Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas isu sama berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.
  
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.
  
"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di sini hari ini.
  
Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

"Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.
  
Sebelum ini portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:
  
Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
  
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Nasharuddin Sarankan Nurul Izzah Bertaubat

PETALING JAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disaran bertaubat dan menarik balik kenyataannya berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu di negara ini.

Saranan dibuat bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai kenyataan besar dan memberi implikasi serius jika digunapakai oleh orang Melayu.

"Dalam hal ini saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha pengampun Lagi Mengasihani," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad.

Katanya, isu ini dianggap serius kerana melibatkan perkara asas Islam dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab.

Sambil menyifatkan kenyataan Nurul Izzah sebagai bercanggah dalam Islam dan Perlembagaan, beliau berkata ia juga boleh menimbulkan kekeliruan besar dalam masyarakat.

"Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas 'Akidah dan Syariah Islam'.

"Kedua, ia tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Nasharudin berkata dalam kes ini Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan telah membuat tafsiran yang salah.

Tambahnya, Nurul Izzah mentafsirkan ayat ke- 256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan.

Menurut Nasharudin, ayat 'Tiada Paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang disepakati seluruh Ahli Tafsir Islam tanpa khilaf.

"Tafsiran bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.

"Namun, apabila orang Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 surah al-Ahzah terpakai ke atasnya sebagai Muslim," katanya.

Ayat ke-36 surah tersebut bermaksud "Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak ada hak untuk memilih..."

Mengulas mengenai cubaan menjawab balik Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan dengan menyalahkan pihak tertentu, kononnya kenyataan disalahpetik dan disalahtafsir, Nasharudin mengaitkannya dengan kaedah penting yang oleh pakar-pakar dan sarjana Islam iaitu meletakkan hukum dengan perkara yang zahir.

"Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan," katanya.

Dalam pada itu Nasharudin turut menunggu 'keberanian' kepimpinan tertinggi Pas memberikan kenyataan dan pandangan terhadap kenyataan Nurul Izzah.

"Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas.

"Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan diketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 minggu depan," katanya. - Mstar

PAS Sedia Mengadap Sultan Selangor Pertahankan Kenyataan Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - PAS tampil memainkan peranan menawarkan diri untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai hak kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif berkenaan diambil kerana parti sekutu pakatan pembangkang itu yakin Sultan Selangor tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai kenyataan Nurul Izzah.

"Maklumat yang sebenar mungkin tidak dijelaskan oleh Mais (Majlis Agama Islam Selangor) kepada Sultan Selangor.

"Saya cukup baik dengan Sultan. Saya sendiri boleh bawa kenyataan sebenar Nurul Izzah kepada Sultan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Katanya beliau turut berkongsi pandangan yang sama disuarakan oleh tokoh-tokoh ulama termasuk rasa kecewa yang dizahirkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ini satu kenyataan yang tak sepatutnya dibuat. Yang paling kita bimbangi kenyataan itu telah bercanggah dengan perkara-perkara berkaitan akidah. Apatah lagi dikeluarkan oleh seorang Islam. Ia sesuatu yang tak sepatutnya berlaku," katanya ketika diminta mengulas perkara itu di sini, hari ini.

Ditanya tindakan Nurul Izzah itu yang memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, Muhyiddin berkata itu merupakan tindakan 'biasa' anggota pembangkang.

"Lagipun Utusan petik daripada portal, bukan? Yang itu dia tak nak saman, Utusan dia nak saman. Biasanya teknik itulah nak tunjukkan dia tak salah dan kenyataannya diputar-belitkan. Tapi fakta itu ada, kita boleh 'browse through' tengok apa yang berlaku," katanya ketika menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Konsesi Hab Pendidikan Tinggi Pagoh antara Kementerian Pengajian
Tinggi dan Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd di ibu negara.

Mashitah: Nurul Izzah Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Tidak Lebih Dua Tahun

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu boleh dikategorikan sebagai menghina dan mempersendakan Islam.

Menurut beliau, ini kerana tiada peruntukan atau enakmen khusus yang boleh digunakan kepada orang Islam jika didapati cuba mengajak orang Islam lain untuk murtad.

"Kalau seorang bukan Islam mendakyah orang Islam untuk keluar Islam, maka kita ada dalam enakmen kawalan agama.

"Tapi yang wujud hari ini bukan orang bukan Islam yang ajak orang Islam (murtad), tapi orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapanya mendidik dan ibu bapa mewariskan agama tersebut (Islam) kepada anak.

"Setakat ini tiada peruntukan khusus sebegitu (tindakan terhadap orang Islam), tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Menurut Mashitah, berdasarkan enakmen kawalan agama, mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mashitah berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin mengetahui mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap Nurul Izzah berhubung kenyataannya itu.

Pendamping Gereja Pertahankan Kenyataan Nurul Izzah Menggalakkan Murtad

SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya. Sinar Harian


Apa sebenarnya yang Mujahid atau lebih dikenali dengan pendamping gereja dan pelopor PAS seluar pendek ni nak bagitahu ? Banyak tohnahan daripada penjelasan, isu ni dah beberapa hari berlalu, tapi baru hari ini Mujahid dapat idea bagaimana untuk pertahankan Nurul Izzah,

Namun dalil yang dilontarkan Mujahid terlalu dangkal untuk membela Nurul Izzah, malah ia lebih kepada menyokong apa yang Nurul Izzah perkatakan, kenapa Mujahid tidak menjawab isu pokok yaitu Nurul Izzah mengatakan tiada paksaan dalam agama dan orang 'Melayu bebas untuk memilih mana-mana agama' sekaligus menggalakkan kemurtadan dikalangan orang Melayu yang sememangnya sudah beragama Islam.

Begitu juga dengan kenyataan mabuk Khalid Samad , beliau juga turut mengatakan orang melayu bebas untuk memilih agama mereka, aroma gereja yang melekat kepada Khalid sukar untuk dipisahkan, Anda Mampu Mengubahnya.

Isu Murtad - Kenyataan Khalid Samad Sesat Lagi Menyesatkan

Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal tuhannya sebagaimana non muslim.

Kelahirannya sebagai seorang muslim itu juga adalah satu ganjaran besar Allah kepada kedua ibu bapanya yang istiqamah dengan iman dan Islam sepanjang hayat mereka. Dengan itu, menjadi mudahlah bagi mereka untuk mendidik anak-anak kepada Islam. Anak-anak adalah amanah yang diperlu dijaga, tidak dikhianati dan akan ditanya Allah nanti.

Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

Bukankah Islam itu saudara akalnya yang turut membesar, matang dan baligh bersama tumbesaran fizikalnya?

Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar ugamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap tuhannya, ugamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap ugama Islam dan penganutnya.

Jika dia keliru dan was-was dengan ugamanya akibat sebab-sebab peribadi dan tertentu yang boleh menyebabkannya menyimpang daripada landasan istiqamah masyarakat Islam di sekelilingnya, maka dia mestilah merujuk atau dirujuk kepada masyarakatnya itu yang diwajibkan oleh ugama untuk berperanan dan bergandingan menjaga ugama dan iman setiap individu muslim di kalangan mereka.

Jika dia masih enggan tunduk kepada kebenaran dan bersedia murtad daripada ugamanya, maka dia sebenarnya adalah pemberontak terhadap Allah, rasul, ugama dan masyarakatnya. Demi kelangsungan martabat dan kemuliaan masyarakat muslim yang menjunjung Islam sebagai nikmat tertinggi, syariat Islam akan mengancamnya dan mengenakan hukuman keras ke atas kemurtadan. Ia adalah hukuman hudud yang telah nyata daripada Allah sendiri. Hukuman ugama, bukan hanya hukuman daripada masyarakat.

Dia akan ditahan, kemudian diberi peluang masa untuk belajar, bertanya, berhujah dan berfikir bersama ulama berwibawa yang dikira mampu membuka segala kekusutan yang melanda dirinya. Ia mungkin ditahan dan diberi peluang berbulan-bulan, bahkan bertahun sehingga keputusan akhir dibuat. Jika dia sedar, maka dengan izin Allah dia akan bertaubat dan dibebaskan dengan sambutan lega masyarakat. Jika sebaliknya, maka hukum Allah adalah paling adil dan layak ke atasnya. Perbincangan lanjut boleh didapati dalam bab hukum murtad di tempatnya.

Pernyataan di atas secara jelas menunjukkan bahawa ayat 'tiada paksaan dalam berugama' adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.

TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?

Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?

Bandingkan kenyataan Nik Abduh itu dengan kenyataan Khalid pada rakaman video dibawah.

Kenyataan Balas Nik Aziz Dan Hj Hadi Bersabit Isu Nurul Izzah Murtad

KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu bebas untuk memilih agama kerana beliau mendakwa ia disiarkan oleh akhbar yang sudah beberapa kali disaman diatas laporan palsu.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.

"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya menerusi kenyataan ringkas facebook beliau.

Sementara itu turut mengulas isu sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan PAS tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Nurul Izzah kerana menganggap isu itu tidak penting berbanding banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan bagi menghadapi pilihanraya.

Ketika ditanya wakil media sama ada parti itu akan bertemu dengan Nurul Izzah, Hj Hadi berkata, "kita banyak lagi hal lain nak selesai untuk hadapi pilihan raya, lagipun kita kena periksa dahulu... dalam Islam kalau kita tidak jelas walau satu peratus, kita tidak boleh hukum."

Bagaimanapun disebabkan isu ini cukup besar bagi umat Islam, dan yang menimbulkan isu itu pula pemimpin dikalangan PR, Hj Hadi mendakwa, setakat ini Pas belum mendapat gambaran sebenar mengenai isu tersebut.

"Kita tak dapat bergantung kepada laporan media," katanya pada sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu hari ini.

Itulah kenyataan Pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam, namun jika isu itu menimpa pemimpin BN dan disiarkan juga oleh Utusan Malaysia, dalih diatas pasti tidak kita temui, dan bagi gambaran sebenar, Utusan hanya memetik kenyataan dari Malaysiakini, akan tetapi jika Nik Aziz dan Hj Hadi ikhlas untuk menyelesaikan isu bersabit akidah umat Islam ini, sepatutnya mereka menghubungi Nurul Izzah ataupun mereka mendengar sendiri ucapan dari Nurul Izzah sebagaimana yang terdapat dalam video dibawah.Atau video pun tak boleh percaya kerana ianya 'besi', tetapi kenapa pula Khalid Samad ni beria-ia pertahankan Nurul Izzah dan turut sependapat dengan Nurul Izzah, sebenarnya berapa banyak jenis fahaman Islam yang ada dalam PAS ni, inilah bezanya orang politik dan orang agama.

Jika benar-benar orang agama, paling kurangpun Nik Aziz dan Hj Hadi akan kata,

'Kalau Nurul Izzah cakap macam tu, memang tak boleh dan salah menurut Islam, ( ataupun boleh dan tidak salah) tapi kalau dia cakap macam lain contohnya dia bermaksud macam ni...itu tidak mengapa atau itu tidak boleh, kena tengok apa yang dia kata'.

Kalau jawapan sebegitu barulah nampak jujur dan berterus terang, bukannya duk tunggu idea bagaimana nak bagi kenyataan yang tidak merugikan parti walaupun jelas kenyataan itu adalah salah, inilah bahananya apabila melihat parti itu lebih tinggi dari Islam. Apapun pemimpin PAS memang tak boleh diharap terutamanya Khalid Samad pengkhianat tegar agama Islam. Anda Mampu Mengubahnya.

Nak saman pun samanlah Nurul Izzah oii! Ugutan tu tak kemana, kenyataan tu memang jelas salah dan menyokong murtad.

Terkini - Dr Asri Tarik Balik Pembelaannya Dan Minta Nurul Izzah Buat Penjelasan Sendiri

Syabas kepada Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana bertindak matang setelah mendapat maklum balas dari banyak pihak mengenai ucapan Nurul Izzah, sebagai agamawan itulah tindakan bijak yang perlu dilakukan dan bukannya mengambil sikap membela kerana terpengaruh dengan politik individu tertentu dalam sesuatu isu yang timbul berkaitan agama tanpa mengetahui kedudukannya yang sebenar.

Ini kerana orang agama perlu kenal sikap orang politik dalam tindakan mereka untuk melepaskan diri dalam sesuatu isu, orang politik akan mencari orang agama untuk berselindung, dalam usaha berselindung itu, biasalah, macam-macam akan diauta dan menyebabkan sebahagian dari orang agama terasa segan untuk kritik diatas ihsan seorang manusia.

Kenyataan Nurul Izzah adalah jelas menyokong orang melayu murtad demi meraih sokongan politik dari orang bukan Islam, Nurul Izzah memetik konsep kebebasan beragama mengikut rencah fikir Ambiga dan dasar LGBT  bukannya menggunapakai kaedah didalam Islam, agama nak bebas, seks nak bebas, semuanya nak bebas memang sudah lumrah semulajadi syaitan dan hawa nafsu kuffar. Namun bagi kita umat Islam, kebebasan itu ada batasnya, dan janganlah melampauinya.
Kebebasan beragama tanpa boleh dipaksa tidak bererti orang Islam atau melayu yang sudah sedia Islam boleh tukar agama sesuka hatinya, sebagai ibu bapa, keluarga dan masyarakat, mereka perlu menahan serta memaksa seseorang yang sudah sedia Islam itu dari terus bertindak untuk menukar agamanya, kerana ketika keadaan itu orang yang bertindak demikian mengalami masalah yang menyebabkan mereka bertindak untuk keluar daripada Islam.

Jika kebebasan itu tidak boleh disekat atau dipaksa, samalah juga dengan kita membiarkan kebebasan seseorang yang ingin membunuh dirinya sendiri, apabila seseorang itu bertindak untuk membunuh diri, apakah kita tidak boleh sekat dan paksa ia supaya jangan bertindak demikian ? Itukah maksud kebebasan ? Sedangkan orang yang nak bunuh diri itu menghadapi masalah ketika itu, akibat tekanan ia terpaksa bertindak demikian.

Bagaimanapun selepas diselamatkan dalam maksud ditahan dan dipaksa jangan bunuh diri, seseorang itu akan kembali sedar dan tidak lagi untuk bertindak membunuh diri, begitu juga dengan orang yang sudah sedia Islam, kenapa kita sebagai orang Islam beria-ia ingin membuka jalan dan peluang untuk kearah membenarkan orang yang sudah sedia Islam untuk keluar dari Islam. Ini kebebasan tak bertempat yang tidak kena dengan cara melainkan kebebasan yang sanggup menjual agama demi meraih sokongan politik. Anda Mampu Mengubahnya.


Dibawah adalah kenyataan penjual agama didalam parti Islam Semalaysia PAS

Dr Asri Pantas Bela Kenyataan Nurul Izzah

'Bapak borek anak rintik', kalau bapaknya selalu pergunakan Yusof Qardawi, anaknya pula gunakan Dr Asri, cuma bezanya Anwar Ibrahim ni duk jaja kenyataan Yusof Qardawi bela dia, tapi Nurul Izzah ni Dr Asri yang duk jaja dan pertahankan kenyataan Nurul Izzah. Menurut mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin menerusi kenyataan di Facebook beliau,

"YB Nurul Izzah baru bercakap dengan saya menerusi telefon, beliau maklumkan bahawa beliau langsung tidak menyebut 'melayu boleh murtad' dalam program tersebut..apa yang beliau sebut ialah tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, hal itu merangkumi semua bangsa..saya rasa kita kena berhati-hati mempercayai sumber berita yang disiarkan oleh sesetengah pihak."

Tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, Hal itu merangkumi semua bangsa
Siapa kata boleh paksa dan siapa pula yang kena paksa ? perlukah Nurul Izzah untuk bercakap hal itu, sepertinya juga beliau bercakap, jadinya saya Nurul Izzah binti Anwar ni kerana bapak saya Anwar bin Ibrahim 'main-main' dengan mak saya Wan Azizah binti Wan Ismail lalu terhasillah saya, perlukah beliau kata macam itu ?
Jika begitu untuk apa beliau sentuh pasal dakwah Islam tidak ada paksaan, semua itu orang dah tahu, lagipun tak pernah timbul pun isu mana-mana orang kena paksa untuk menganut agama Islam.

Atau Nurul Izzah sebenarnya memaksudkan tiada paksaan dalam beragama, mana-mana individu termasuk yang beragama Islam berhak untuk memilih mana-mana agama pilihannya.

Isu ini perlu jelas, dan sebagai mantan mufti juga janganlah terlalu melulu untuk membuat pembelaan, kaji dan selidiklah dulu, jangan pula mentang-mentanglah Nurul Izzah Call, mantan Mufti rasa syok dan bangga kerana mantan Mufti dijadikan tempat rujukan seorang Ahli Parlimen, lalu mantan Mufti nak bela, mantan Mufti kena tahu orang politik ni memang bijak kalau bab ni, dan saya perhatikan dalam beberapa kes, mantan Mufti ni lemah dalam bab ini, maksudnya bab orang politik 'main angin', pantang dicucuk mantan mufti mudah layu dan berpihak...

Lepas tu nak salahkan media, masalahnya media yang keluarkan kenyataan Nurul Izzah tu adalah media pembangkang yang sememangnya dipercayai oleh penyokong PR sebagai media yang adil dan telus, so siapa yang harus dipersalahkan ?

Biarpun begitu, pelbagai pula kenyataan pemimpin pembangkang mengenai isu ini, pembelaan kepada Nurul Izzah ini hadir dalam beberapa versi, sebagai contoh seperti rakaman video dibawah, ternyatalah pembelaan yang dibuat adalah pembelaan politik yang sanggup mengenepikan agama, - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...