Showing posts with label kalimah allah. Show all posts
Showing posts with label kalimah allah. Show all posts

Haron Din: "Saya Akan Pertahankan Kalimah Allah Hingga Akhir Hayat Saya" - Video

Jawapan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dalam isu kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain dilihat lebih tegas berbanding jawapan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penegasan yang dibuat oleh Haron Din memperlihatkan tiada sebarang tolak ansur jika membabitkan kepentingan umat Islam, kenyataannya jelas tanpa meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada kepentingan Islam.

Namun sangat mendukacitakan apabila Nik Aziz lebih bersifat 'kluk-klek' dalam isu ini demi tidak mengecewakan rakan sekutunya daripada DAP,  Nik Aziz telah meletakkan DAP mengatasi kepentingan Islam, justeru, sebagai umat Islam khasnya penyokong Pas hendaklah sedar dan mengambil tindakan bagi menyedarkan Nik Aziz.

Tidak ada cara lain untuk umat Islam menyedarkan Nik Aziz melainkan dengan cara tidak memberi undi kepada Pas dalam PRU 13 nanti. Hanya cara itu sahaja yang akan menyedarkan Nik Aziz untuk kembali kepangkal jalan diatas dasar perjuangan Islam yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya.

Dr Asri - "Kenapa Perlu Menukar God Kepada ALLAH ?"

SHAH ALAM – Kerajaan harus menetapkan peraturan khusus bagi menghalang penggunaan kalimah ALLAH digunakan agama lain jika mahu isu tersebut diselesaikan secara baik kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH dengan bersyarat.

Menurutnya, isu tersebut hanya timbul di negara kita, sedangkan di negara-negara Arab terutamanya masyarakat Kristian menggunakan kalimah itu sejak dari dulu lagi.

“Itu adalah bahasa mereka. Malah sarjana Islam dunia yakin bahawa orang Kristian boleh menggunakannya. Sebenarnya, kes ini istimewa dan tersendiri.

"Tiada negara di dunia ini mempertikaikan perkara tersebut tetapi, setelah lima tahun berlalu ia timbul kembali menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, penduduk Kristian Sabah dan Sarawak turut menggunakan kalimah ALLAH tetapi tidak diuar-uarkan kepada umum.

Tegas beliau, penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan,” katanya. - Sinar Harian

Jika dinilai kenyataan diatas pada sudut positif dimana kerajaan pada hari ini begitu menitikberatkan soal kepentingan umat Islam dalam negara kita, mungkin sebab itu jugalah Malaysia salah satu negara Islam yang terselamat dari sebarang kancah pergolakkan seperti di Mesir, Iraq, Iran, Syiria dsbnya. Syukur Alhamdulillah.
Sikap kesederhanaan yang diamalkan didalam pentadbiran negara kita terbukti mampu mengekalkan kestabilan hubungan diantara agama-agama sehinggalah wujudnya satu pakatan yang menjadi batu api menyeru rakyat untuk menuntut hak yang tidak sepatutnya.
Perlu diketahui kenapa kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Sarawak, itu juga salah satu bukti dimana kerajaan hari ini melihat dari segala aspek keberadaan sebelum memutuskan sesuatu yang dilihat wajar pada kependudukan dan majoriti rakyat.

Bagaimanapun sejauh mana untuk kita memutar dan memandang serong akan keputusan kerajaan mengenai isu ini, akhirnya ia tetap kembali kepada maksud asal yaitu penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan. Itulah politik Ulamak yang ada dalam negara kita pada hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Ulamak Ke Paderi ? Kalau Non Muslim Tak Boleh Sebut Kalimah Allah Macammana Nak Syahadah !

Siapa pula yang kata non muslim ni tak boleh sebut kalimah Allah ?, Harakah siap angkat tunjuk sample lagu-lagu negeri ni apa ke hell-nya ? Alahai terdesak benar agaknya sampai dikatakan non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah ni.

Nak tambahlah sikit lagi, kalau non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah macammana dia nak jadi muslim atau nak peluk Islam ? dalam syahadah pun ada kalimah Allah, harulah macam ni, tak berkembanglah Islam.

Apa yang saya faham dan bersetuju sebelum ini adalah kalimah Allah hanya tidak dibenarkan kepada non-muslim untuk digunakan secara terbuka menerusi tulisan yang bertentangan dengan kepercayaan Islam termasuk terjemahan bible dalam bahasa melayu atau dengan kata lain yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam selaku umat majoriti didalam negara ini yang mengangkat agama Islam sebagai agama persekutuan.

Tidak timbul soal non-muslim tidak boleh sebut kalimah Allah, tu jauh sangat dah lari tu, lebih-lebih lagi kalimah Allah didalam penulisan atau lagu yang dikarang oleh orang Islam atau yang tidak bertentangan dengan Islam.
Non-muslim nak sebut Allah maha berkuasa, Allah Maha Esa, mahasuci Allah atau puji-pujian bagi Allah, sebutlah! Apa masalahnya ? Yang menjadi masalah jika kalimah Allah dibenarkan digunakan secara terbuka, sebagai contohnya mereka ingin menaikkan satu papantanda yang menyebut "Allah Bapa, Putra dan Roh Kudus", sedangkan pengertian mereka terhadap Allah itu bertentangan dengan Islam sekaligus mendatangkan kekeliruan disamping fitnah terhadap kepercayaan umat Islam itu sendiri.

Yang duk pertahankan sangat penggunaan kalimah Allah kepada non-muslim ni apa ke halnya, Islam mengajar berdakwah kepada mereka untuk memeluk Islam, bukannya memberi peluang kepada mereka mengelirukan umat Islam, Ulamak sepatutnya pertahankan Islam, kalau nak pertahankan bukan Islam, Kristian umpamanya, baik jadi paderi. Ini juga bagi mengelakkan umat Islam keliru yang mana paderi yang mana Ulamak, kerana sikap ulamak mengalahkan paderi. Anda Mampu Mengubahnya.

Isu Kalimah Allah - Nik Aziz Mengaku Tak Konsisten, Hj Hadi Kata Tak Salah

Kalimah ALLAH boleh digunakan kepada bukan Islam berdasarkan ketetapan tertentu. Ketetapan apa lagi sebenarnya ? Jika ada ketetapan maksudnya orang bukan Islam juga terikat dengan undang-undang atau perkara-perkara tertentu mengikut ketetapan yang digariskan oleh Islam. Maknanya seperti juga Hudud akan dikenakan keatas orang bukan Islam jika mereka turut terikat dengan ketetapan itu.

Hal ini sudah pasti merumitkan lagi keadaan, mungkin disebabkan pandangan yang tak sudah itu Nik Aziz awal-awal lagi mengaku pandangannya itu tidak konsisten dan bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh parasit nanti.

"Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran, saya akan ikut," katanya kepada media.

Lihatlah betapa rumitnya kerajaan dahulu untuk memutuskan sesuatu perkara bersabit hal agama, namun semua keputusan itu dibuat menguntungkan umat Islam, tetapi tetiba sahaja PR ni muncul segalanya hendak diubah, segalanya hendak diberikan kepada DAP termasuk tanah seluas lebih 10,000 ekar di Gua Musang Kelantan.

Selepas ini apa lagi yang nak didesak oleh DAP dan hendak diberikan oleh Pas kepada mereka. Kekalkanlah perkara sediaada tanpa cuba-cuba  untuk menggangu-gugatnya. Golongan agamawan memutuskan perkara ini dahulu, bukannya melihat kepada keuntungan politik, akan tetapi mereka melihat keuntungan kepada Islam.

Namun mereka yang megaku diri mereka ulamak pada hari ini, apabila membuat sesuatu keputusan, mereka lebih memikirkan soal keuntungan politik berbanding kepentingan umat.

Kalau nak cakap bab memberi itu baik, sememangnya semua adalah baik, kalau Nik Aziz bagi Mercedes dia kat saya pun baik, saya akan lebih hormat dan berusaha untuk zuhud macam Nik Aziz, tapi kenapa Nik Aziz tak bagi ? Sebab Nik Aziz rasa lebih memerlukan, dan saya tidak berhak keatas Mercedes Nik Aziz itu melainkan Mercedes yang lain.
Begitu juga dengan kalimah Allah, jika dari satu sudut kita fikir ianya baik untuk diberi gunakan kepada bukan Islam, tapi pernahkah kita fikir dari segi sudut yang lain, umpamanya ia disalahgunakan.

Hal disalahgunakan ini juga sedikit berkait dengan kenyataan Presiden Pas Hj Hadi Awang dimana menurut beliau jika ia tidak disalahgunakan, Islam tidak melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Bukankah kenyataan Hj Hadi itu umpama polis tak tangkap kalau beri dadah kepada penagih dadah asalkan ianya tidak disalahgunakan, dah nama lagi penagih dadah, mana mungkin dadah yang diberikan kepada penagih dadah itu tidak disalahgunakan.

Begitu juga dengan bukan Islam, dah nama lagi bukan Islam mana mungkin kalimah Allah itu tidak disalahgunakan atau ianya digunakan sebagaimana orang Islam. Kalau tak disalahgunakan dah jadi orang Islamlah.

Habistu kalau pandangan Hj Hadi tak betul, Nik Aziz pun tak betul, apa yang betulnya ? Yang betulnya adalah kekalkan kerajaan sediaada yang telah menetapkan perkara ini dan perkara-perkara yang lain juga. Diatas perkara-perkara yang ditetapkan itu ia telah terbukti akan keamanan yang kita kecapi sehingga hari ini.

Cuma penyonglap, penyeleweng dan penjahat didalam kerajaan BN itu sahaja yang perlu dihapus musnahkan kerana turut terbukti telah merosakkan kepercayaan rakyat kepada BN selama ini. Untuk menghapuskan pendurjana-pendurjana itu tidaklah perlu menumbangkan kerajaan yang sekaligus akan mengganggu-gugat perkara-perkara yang menjaga kepentingan semua,

Menghapuskan pendurjana itu cukup saja dengan membongkar segala aktiviti mereka sehingga terhadapnya mereka ke mahkamah atau terhukumnya mereka diatas penyonglapan yang dilakukan. Sekiranya khuatir dan ragu-ragu terhadap proses pengadilan, ayuh saja kita bangkit kejalanraya, bukan sebagai pembangkang yang ingin merampas kuasa, tapi sebagai pembangkang keatas perkara yang tidak betul dilakukan oleh Kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Mujahid Pejuang Islam Topi Suddu Mengaku Jual Kalimah Allah Dalam Gereja

GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH.

Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama.

“Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya.

Menurutnya, Islam tidak memaksa penganut agama lain mengikut Islam. Yahudi dan Nasrani juga sudah menggunakan perkataan ALLAH sejak sekian lama.

“Kenyataan saya keluarkan sebelum ini juga berpandukan ayat 25, Surah Luqman dan Surah Al Hajj,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Mohamed Hafiz, beliau berkata, mungkin pandangan pemimpin JMPP itu terlalu mudah dan hanya melihat dari perspektif kecil.

- Kenyataan Mujahid yang yang berpandukan surah Luqman ayat 25 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Adakah Mujahid benar-benar faham untuk mentafsirkan ayat itu sebagai nas untuk menghalalkan kalimah Allah digunakan oleh non-muslim ?,

Jika kita tanya kepada DAP atau pembangkang siapakah Perdana Menteri Malaysia  sekarang ini, sudah pasti mereka menjawab Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi adakah kita anggap jawapan itu salah ? pastilah tidak, kita pun bangga pengakuan itu, dan itulah yang sepatutnya. Seterusnya bagaimanapula jika mereka menyalahgunakan nama Najib apabila mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya misalnya. Sedangkan kita sendiri tahu ia adalah fitnah dan telah dibuktikan dimahkamah akan pesalah yang sebenarnya.

Kembali kepada penggunaan kalimah Allah kepada non-muslim, apakah salah atau kita marah jika non-muslim mengakui Allah sebagai Tuhan menciptakan langit dan bumi ini, pastilah tidak dan kita bangga serta bersyukur dengan pengakuan itu, tapi bagaimanapula jika mereka menyalahgunakan kalimah Allah itu dengan mengatakan Allah itu beranak atau juga trinity yaitu Allah Bapa, Putra dan Roh Kudus, di mana ketiganya adalah sama esensinya, sama kedudukannnya, sama kuasanya, dan sama kemuliaannya.

Sedangkan didalam Al-Quran surah Al-Ikhlas jelas bahawa Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Kita tidak menafikan tuhan mereka dan Tuhan seluruh isi alam itu adalah Allah yang kita beriman kepadaNYA, cuma kita tidak bersetuju bahkan secara tegasnya kita menghalang penyalahgunaan kalimah Allah itu dengan apa yang mereka fahami yang bertentangan dan menimbulkan fitnah apabila mempercayai dan menyebarkan bahawa Allah itu  dengan apa yang mereka percayai dan fahami.

Tidak timbul soal menyekat hak kebebasan beragama, tetapi apabila cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Islam yang mempunyai kaitan dengan Islam, hal itu WAJIB ditentang. Kita tidak akan membiarkan sesuatu fitnah atau perkara yang bersalahan mengenai Allah. Kerana hal itu merosakkan.

Mengapa sebahagian kita umat Islam yang mengaku mengESAkan Allah sanggup membenarkan penyebaran fitnah terhadap Allah didalam negara kita sendiri. Hal ini tidak ubah sebagaimana kita membenarkan perkara yang halal seperti jimak diantara suami isteri yang menyalahgunakan jimak itu dengan berjimak didalam rumah kita dan disaksikan oleh anak-anak kita. Persoalannya adakah kita fikir yang Hak dan yang halal itu akan kekal menjadi hak dan menjadi halal jika disalahgunakan sesuka hati ? Anda Mampu Mengubahnya.

Video Cubaan Mujahid Jual Kalimah Allah Kepada Gereja Akan Dibongkar

GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: “saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain”.

“Saya kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang memperkecilkan kalimah ALLAH ketika berdepan dengan penganut agama lain.

“Sepatutnya beliau berdakwah untuk menegakkan syariat Islam ketika bertemu dengan penganut agama lain dan bukan mengia atau menyokong kehendak mereka,” katanya kepada media selepas mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling selepas Solat Jumaat di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, meminta pemimpin dari Perak itu memberi penjelasan mengenai isu itu atau menafikannya jika menganggap kenyataannya itu tidak benar.

“Sama ada dia mengakui atau menafikan kenyataan itu, saya akan mendedahkan bukti itu dalam sedikit masa lagi. Memandangkan saya hanya mempunyai satu salinan, mungkin saya akan menyerahkannya kepada TV3 agar orang ramai dapat menontonnya sendiri,” katanya.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Pas peringkat Pusat, dia tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti selama ini.

“Semua pemimpin Pas Pusat jelas menyebut kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam,” katanya.

Serentak itu, beliau turut membidas tindakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man kerana begitu pantas memberi kenyataan kepada portal pro pembangkang menafikan pembabitan Pas dalam bantahan yang diadakan oleh JMPP dua minggu lalu di Masjid Simpang Enam dan Komtar.

“Kenapa beliau begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk menafikan Pas terlibat sedangkan ramai ahli Pas yang hadir dalam bantahan itu. Tindakannya itu seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP agar membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

“Janganlah kerana nak jaga kedudukan dan jawatan dalam politik, kita menggadaikan maruah dan agama kepada orang bukan Islam,” katanya.

Serentak itu, Mohamed Hafiz melancarkan skuad untuk mengesan di mana Ketua Menteri berada setiap hari untuk membolehkan pihaknya bersemuka dengannya dan menyerahkan memorandum kerana selama ini Lim Guan Eng mengelak bertemu mereka.

Selain itu, JMPP melancarkan kempen mengutip tanda tangan membantah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mengenai penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...