Dr Asri Cadang Tangani Bible Dengan Beri Naskah Terjemah Al-Quran, Wajarkah @realDrMAZA ?

Setiap pandangan pasti ada pembangkangnya, begitu juga dengan kerajaan hari ini yang turut punyai pembangkang, apa yang dilakukan oleh kerajaan ada saja yang akan dikritik dan dibangkang.

Sebagaimana pandangan Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin, suka untuk Gk menjadi pembangkang mengenai pandangannya dibawah, kerana hak bersuara dan hak berpandangan dijamin oleh perlembagaan...

Pada pandangan Gk, pandangan Dr Asri agar kerajaan memberi naskah terjemahan Al-Quran kepada non-muslim itu adalah kurang wajar, ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah dibimbangi non-muslim akan lebih jauh dengan Islam bahkan mereka lebih berprasangka buruk terhadap Islam ekoran pembacaan terjemahan sendiri (tanpa guru) itu akan menyalahi maksud ayat yang sebenarnya.

Sedangkan apabila Allah turunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW turut diutuskan Malaikat Jibril sebagai pengantara, begitu juga kita hambanya diutuskan Rasul untuk menyampaikannya. Sedangkan jika Allah mengkehendaki sesuatu, tidak ada perkara yang mustahil untukNYA. Allah boleh turunkankan Al-Quran seperti hujan yang bertaburan.
Harus diingat, perlukah untuk kita mengikuti sesuatu kaum itu sehingga terdorong untuk melakukan hal yang sama yang mereka lakukan, kalau hanya dengan membaca seseorang itu boleh memahami, maka tiada gunalah guru.

Sepatutnya Dr Asri mengingatkan Pas supaya jangan hanya reti berceramah politik dan tahu memaki hamun orang lain semata-mata, mengaku berjuang Islam tapi tidak ada dakwah kepada bukan Islam bahkan mengkafirkan pula yang sudah Islam.

Begitu juga dengan pendapat Dr Asri sebelum ini, Gk agak terkeliru memikirkannya, menurut Dr Asri, Islam melarang kita mengintip untuk mengambil tindakan keatas orang yang melakukan maksiat peribadi secara tertutup, antaranya seperti zina, dalilnya ia adalah maksiat peribadi, tidak boleh dibuka aibnya kerana ia bukan bersifat  jenayah yang mengzalimi orang lain.

Namun kekeliruan itu timbul apabila terfikir akan bagaimana pula jika maksiat zina itu yang boleh menyebabkan 'pemain' wanitanya mengandung, lepas mengandung tentu lahirkan anak, apakah demi menutup malu atau aib ? anak yang lahir itu halal untuk dibunuh, ish...mustahil.

Bukankah ia mengzalimi orang lain yaitu bayi yang tak berdosa akibat perlakuan maksiat peribadi secara tertutup itu, bukankah kita utamakan mencegah maksiat zina itu jauh lebih baik daripada utamakan melarang orang mengintip untuk mencegah maksiat zina ? Anda Mampu Mengubahnya.

13 comments:

  1. Bukan nak pertikaikan ilmu ustaz ni - tapi sejak kebelakangan ni, ustaz ni sering buat kenyataan bodoh - seolah-olah tak faham islam dan tak peduli tentang islam.

    Isu disini jelas, dimana Orang kristian memberikan kitab bible orang orang islam - adakah tindakan orang kristian tersebut disebabkan tidak memahami islam? Ustaz ni perlu huraikan 'niat' orang kristian tersebut. Kerana mereka jelas sedang berdakwah dan ingin murtadkan orang.


    Ustaz ni seolah-olah nak naikkan marah orang lagi - dan lari dari topik, hingga merasakan isu ini isu remeh temeh.

    Sedih - kalau beginilah tahap keintelektual seorang Ustaz yang konon sudah mempunyai periktirafan dari Universiti terkenal dunia, yakni Oxford - memang rasanya ada kesilapan di situ.



    ReplyDelete
  2. sakit gigi dia bg kite mkn ubat sakit lutut.. memalukan je dr asri nie..
    isu sekarang bkn setakat org kristian edar bible dlm bahasa melayu kpd org melayu dan islam..
    isu pokoknye penggunaan kalimah allah yg bertentangan maksud dgn agama islam dan agama kristian itu sendiri.
    klu ikut idea MAZA nie memang teruk la kite.. takan kite nk edar alquran dan tukarkan pulak perkataan allah dgn nama tuhan org kristian dlm alquran tu...

    ReplyDelete
  3. Rasanya Dr.Asri ni macam dah hilang pertimbangan sebagai Ilmuan. Mungkin dia macam nak buat lawak agaknya yerlah sekarang ni hanya dengan berlawak ketika berceramah jer baru dapat perhatian. Dulu masa dia berceramah...wah agak ramai pengikutnya...tp lar ni dia dah tewas ngan Azahar Idrus. Tu yang makin menjadi-jadi kurang pertimbangannya tu. DR MAZA in reading....jangan sampai makin ramai orang menelah pemikiran DR. sebagai pemikiran BODOH ok. Adakah ini Balasan dari ALLAH yang kita tidak tahu.

    ReplyDelete
  4. dunia akhir zaman pak ustaz hoiiii......hang dah gilo!!!

    ReplyDelete
  5. Disini menzahirkan setakat mana pemikiran Maza...
    Dan juag terjawab soalan minda selama ini kenapa kontrak Mufti tidak disambungkan...

    Lemah daya fikiran ... dan Shahidan menonjolkannya berlandaskan Politik semasa...

    Harap orang Politik janganlah bertidak demikian.. pandai tak tentu bijak...
    Berilmu tak tentu .. dapat menafaat atas ilmu itu...

    Lazimnya orang yg selalu.. atau tegar melawan cakap orang atau tak dengor pendapat orang lain atau tak pandai mendengor..akhirnya kata kata dia pun orang tak faham atau berminat nak dengar atau orang tak terasa releven..

    Pandai pandailah bawa diri... atau berubahlah dan betulkan niat dan sikap..
    Kalau berhujah dan pertikaikan.. sendiri menanglah..tapi majority Ummah dah faham sangat...

    doa moga dia diberi hidayah...dan lebih matang dalam perjuangan Islam..Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. TAK PERLU AMBIL TINDAK BALAS KAT PIHAK YG EDAR BIBLE DALAM VERSI BM DENGAN BERI NASKAH TERJEMAHAN AL-QURAN. NANTI MEREKA PIJAK-PIJAK NASKAH TERJEMAHAN AL-QURAN TU KITA JUGA YG MELENTING. PUAK PAS SORRYLAH MEREKA AKAN BUAT DEK JE DAN AKAN SALAHKAN UMNO/BN. YANG PALING BERKESAN "TERIMA NASKAH BIBLE DLM BM LEPAS TU AJAK AHLI PAS MASUK STADIUM "BAKAR BIBLE DALAM BM" JANGAN LUPA JEMPUT NIK AJIS. AMACAM?

    ReplyDelete
  7. Ramai dah tak ambil pot ... bukan tak ambil pot hal Islam..Tapi tak ambil pot kat dia....
    Makin PRU 13 dekat ..makin kuat di mencelah....dan nak kurang teliti dan tergopoh gapah...ajer..tak sempat berfikir lagaknya....

    Ini perkara Besar..kesan yg amat amat..jangka masa depan Ummah. Tak bolih suka suka bagi statement pelepas kata...ini bukan sesi berpantun main jawab ajer..

    Nak cakap lebih ... terhina pulak dia.. jadi
    Doakan moga dia diberi Allah kebijaksaan dan dilindungi dari hawa nafsu...Insya Allah

    ReplyDelete
  8. Kalau ada orgn 'kacau' bini dia,dia akan 'kacau' pula bini org tu,itu saja.Begitulah logik,cadangan Asri ni.Boleh pakai ke org macam ni.Elok benar kalau dia join PKR cepat cepat supaya dia boleh beregu dgn al Jubori,tentu lagi hebat tindak tandunya nanti.

    ReplyDelete
  9. Sejak dua menjak ni, tune ustaz ni dh lain mcm, tidak lagi nmpk neutral. Nmpk begitu menyebelahi PAS. Igt x kes masa yg kes pilihanraya masa haji. Dlm satu forum die perli2 kutuk kerajaan psl apa nk buat pilihanraya masa musim haji. Aku rasa pelik sgt, sbb yg riuh timbulkn isu ni org2 PAS sendiri, mcm takut byg2, pastu suruh org tangguh haji plak tu. Najib x sebodoh tu nk buat masa musim haji. Dan Dr.Maza ni la jugak org yg sama2 perli kerajaan. Nmpk sgt kecerderungan dia.

    ReplyDelete
  10. Sampailah skang ni aku masih tunggu apa reaksi Dr Maza masa Hj Hadi n N aziz membenarkan penggunaan kalimah Allah ? Takkan main pilih bulu kot..ni takut pada Tuhan ke takut pada Hj Hadi...

    ReplyDelete
  11. aik..tak kan lah tak boleh nak bg terjemahan al quran dekat org bukan islam...kata org islam ...beriman dgn Al-quran, maknannye yakin lah dengan ayat2 Al quran..boh...quran tu bukan diturun untuk org islam semata2, untuk umat manusia..g tanya balik ustaz fathul bari korang tu balik...bila org edar bible mu takut lah apa lah..ce g bg terjemahan Al-qurean..nak takut ape...fitnah mende, koraNG YG MALAS NAK BEERDAKWAH..SERIBU ALASAN BOLEH BG..org yg beriman dengan Al Quran yg akan yakin dengan ayat2 Allah..puak2 mu aku rase tak yakin. bile mu tak yakin dgn sesuatu mc m mane mane mu nak bg sesuatu kat org..betul dak nak buat hukum Allah pun mcm2 alasan lah.. nk bg paham dululaah..agak2 mu bpe lama dah kite merdeka..sampay skang org bukan islam tak faham islam,buktinya siap boleh hina islam lg.,keje kite bg terang je tentang islam bukan suh masuk islam, hidayah tu milik Allah.pike lah..semalam bkn main besar berarak, belajar cr nabi berdakwah. jgn tau nak berarak je..la tak habis lg ke isu kalimah Allah, majlis syura dah kata tak boleh pakai untuk bukan islam sudah lah, muktamad, hadi pun tak kate pe, mu pasan elok2, ini br betul pemimpin, umara dgn ulama bersatu. bile para ilmuan dlm pas buat keputusan die terima, buktinya pasal apa karpal nak g pujuk hadi, sbb karpal tau hadi ade kuasa, tp ada hadi buat? .. dah lah sudah lah..majoriti kata tak bg puak kristian pakai kalimah Allah. ckup lah. tp jgn nak pertahankan kalimah Allah je bermati-matian. tp hukum Allah? senyap..

    ReplyDelete
  12. Senyap apanya?Anwar sendiri pertikai begitu juga dengan Karpal.Jika kita biarkan takut TG Hadi tarik balik sebab selalu buat begitu demi PR.Cadangan Dr Maza boleh di bahaskan kerana ada keperluannya cuma apakah hasrat murni tersebut akan membawa lebih banyak manfaat atau sebaliknya?Setakat ini pun banyak buku terjemahan boleh di capai melalui internet dan perpustakaan.Jika masih kurang buatlah pertimbangan secara terperinci.

    ReplyDelete
  13. bila kristian sebar bible.. bisg pulak takut org Islam nie murtad.. bila nak bgi al-quran kat org kafir pun xbagi jugak... takut org kafir sesat dri ajaran tokong or bible dia ka? kadg2 org malaysia nie makin bdoh.. al-quran itu boleh difahami bila betul2 memahaminya.. bgi ruang utk non-mulim belajar al-quran.. byk paderi dieropah amerika dn lain2 lagi masuk Islam sebab mereka membca al-quran.. org malaysia nie ja bengap skit hal agama.. lepas tu buat mcm diri tu pakar sgt... takut itu ini.. ko xbagi ruang.. mcm mana ko boleh kta mereka nak buat mcm2 kat al-quran..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...