Cadangan, Pelabelan Dan Kritikan Dr Asri Semakin Tidak Relevan @realDrMAZA

Rentetan cadangan Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin berhubung cadangan supaya kerajaan memberi naskah terjemahan Al-Quran kepada non-muslim, sekali lagi Gk cuba nak jelaskan dari sudut pandang yang mungkin berbeza dengan pandangan mantan mufti, biarpun berbeza pandangan, eloknya kita tidak terlalu cepat menghukum dan melabelkan seseorang itu dengan mengatakan mereka itu menganggap Al-Quran itu menggelirukan ataupun menaruh syak terhadap Al-Quran, ini kerana mantan mufti lebih arif akan hukum mereka yang beranggapan sedemikian.

Kita pun tidak pasti 'Bloggers Umno' mana yang dimaksudkan oleh Dr Asri, tapi tak kisahlah bloggers Umno ke, Pas ke,  bebas ke, cuma tambahan dari apa yang Gk tulis semalam dimana cadangan Dr Asri itu adalah kurang wajar kerana selain boleh menimbulkan fitnah dibimbangi non-muslim akan lebih jauh dengan Islam bahkan mereka lebih berprasangka buruk terhadap Islam ekoran pembacaan terjemahan dengan pemahaman sendiri (tanpa guru) itu akan menyalahi maksud ayat yang sebenarnya. Contoh yang dapat diberikan adalah seperti apa yang difahami yang ditulis didalam web Kristian sebagaimana lampiran dibawah.
Selain itu, dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 juga kita lihat dimana ia sering disalah tafsirkan sekaligus diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam untuk memesongkan tafsiran yang sebenarnya, dan pemesongan tafsiran itu boleh mendatangkan kemudaratan dan menimbulkan sangkaan buruk non-muslim terhadap Islam.

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. -  Surah Al-Baqarah ayat 191

Apakah benar ayat itu memaksudkan supaya kita membunuh musuh yang memerangi kita walau dimana saja kita berada ? Bagi kita umat Islam yang ada asas agama, kita tahu akan maksud ayat itu yang sebenarnya, memerangi tu tahap mana, kafir tu kafir yang bagaimana, ada berapa jenis kafir dsbnya, tapi bagaimana pula dengan non-muslim ? Adakah mereka faham atau mereka akan simpan ingat secara diam. Ini juga satu peluang baik untuk pendakwah Kristian menguatkan pegangan penganutnya. 
Seperti juga sebuah kereta yang cantik dan canggih diberikan kepada orang yang tidak berkehendak untuk milikinya disamping ia juga tidak tahu memandu atau menggunakannya, adakah kereta yang cantik dan canggih itu memberi manfaat kepada orang itu. Berbeza pula jika orang itu memang berhajat untuk memilikinya, dimana pasti ia akan berusaha untuk mempelajarinya.

Hal itu samalah sebagaimana yang berlaku keatas Yusuf Islam, sebelum beliau memeluk Islam beliau sedang berada dalam satu keadaan yang buatkan beliau sedang mencari Tuhannya, hal itu jauh berbeza dengan mereka yang berada dalam keadaan sebaliknya, namun jika Allah mengkehendaki sesuatu itu untuk berlaku, tidak ada perkara yang mustahil bagiNYA, tidak tertakluk juga kepada tindakan memberikan terjemahan Al-Quran semata-mata, malah konsep dakwah serta pencerahan secara langsung adalah lebih efektif.

Adakah jika berpandangan seperti diatas kita ni keliru dengan Al-Quran atau syak terhadap Al-Quran ? Bukan apa, nantikan tak pasal-pasal UMNO jugak yang kena, padahal tiada kaitan pun dengan UMNO, Gk cuma bimbang akan hal itu berlaku, kalau Dr Asri ada pandangan yang lain untuk mengatasinya bolehlah diketengahkan tanpa terlalu cepat untuk melabel seseorang itu dengan apa jua label. Jangan kerana kita tidak suka dengan sesuatu parti, kita tidak berlaku adil terhadap parti tersebut. Adillah.
Sebagai contoh yang lain sepertimana Murtadin Benjamin pada rakaman video diatas, biarpun tahu membaca Al-Quran, tapi bagaimana dia memahami terjemahan maksud sebenar ayat Al-Quran, bukankah perlakuannya itu akan mendatangkan fitnah yang lebih besar terhadap Islam, apakah kita ingin melihat pula non-muslim menguasai pemahaman tafsiran yang salah terhadap ayat suci Al-Quran ?

Ketidakpuasan hati Dr Asri kepada kerajaan sekali lagi dibangkitkan mengenai halangan terhadap tokoh Islam terkemuka yaitu Ahmad Deedat, biarpun hal itu sudah lama berlaku.....Tapi sayang kenapa peristiwa yang baru berlaku tidak pula ditimbulkan yaitu kehadiran tokoh yang tidak kurang hebatnya, Dr Zakir Naik pada September tahun lalu.
Kedatangan Dr Zakir itu biarpun dibantah oleh penganut hindu, namun programnya tetap berjalan, jadi tidak adil sekiranya kita sebagai Ulamak hanya tahu mengkritik semata-mata tanpa menilai ia secara keseluruhan, faktor masa dan situasi juga perlu diambil kira dalam kerajaan cuba memberi hak dan kebebasan terhadap agama lain juga di negara kita, melainkan jika kerajaan membenarkan Paderi, Sami atau tokoh agama lain datang berdakwah dinegara kita, sebaliknya tokoh Islam dihalangnya, barulah boleh kalau kita nak kritik atau musnahkan kerajaan ini.

Sungguhpun terdapat banyak agama dalam negara kita, Umat Islam cukup bertuah kerana program siaran TV berbentuk Islamik seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Al-Kuliyyah, Mari Bertarranum, Al-Hidayah, Mari Mengaji, Adik Dan Al-Quran, Akademi Alquran, Tanyalah Ustaz, Imam Muda, Usrah,  Halaqah, Jejak Rasul, dsbnya. Namun ramai yang tidak sedar akan keistimewaan yang sedang diimpikan oleh banyak agama ini.
Kesimpulannya Gk mengharapkan supaya YBhg Datuk Dr Asri untuk kembali ke pangkal jalan..., dan tidak sekadar mengkritik dan menyindir, bahkan kongsikanlah ilmu-ilmu bermanfaat yang boleh menguatkan lagi akidah kita umat Islam terutamanya perkara berkaitan perbandingan dalam agama. Ulamak perlu berubah dalam mencari pendekatan menguatkan akidah umat Islam sebagaimana  yang dilakukan oleh Dr Zakir dan juga Ulamak-ulamak dari Indonesia. Hanya itu saja rujukan untuk sebahagian besar umat Islam negara ini mencari jawapan bagi menjawab balas dari apa yang ditimbulkan oleh penganut agama tertentu mengenai Islam. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. npk sgnt boddonya asri ni.... org dah tak pedulikkan dia barangkali, sbb tu meroyan. keluar pendapat setaraf bdak darjah 3. kesiann...

    ReplyDelete
  2. Kalau kita kaji... dari dulu dulu lagi memang orang nak popularkan diri dan mendapat tempat..selalunya ..dgn sengaji bertindak pelek..agar diperhatikan 0rang..

    Contoh.. sekumpulan kambing berjalan...yg sekor ni...jalan mengundur ..bontot kedepan... ini pelik dan dapat perhatian..

    Contoh.. Dirumah orang meninggal..semua orang buat persiapan pengurusan jenazah....dia sibuk hantar rombongan meminang janda simati..alasan nak jaga anak yatim dan ibu tunggal..

    Masyarakat dah faham..dia orang yg banyak Ilmunya..dan dia juga orang yg tidak mendapat menafaat dari Ilmu itu... sebab tu kerap salah parking bab bab yg dia bahaskan...

    Doakan moga didiberi hidayah dan Ilmunya memuliakannya..

    ReplyDelete
  3. Dulu kenyataan Dr Asri ok. Sekarang ini, asyik dok lebih menghentam pro kerajaan, tentang balas membalas tanpa memberi kupasan isu yang lebih baik. Be a wise man Dr Asri.

    ReplyDelete
  4. pandangan dr.asri semakin hari semakin matang.. cumanya org yg tak paham agama yg susah nak faham... kuliahnya shaja beribu org penuhi dewan utk belajar al-quran dn hadis.. itu pun ramai nak pertikai lagi... sedg yg duk pertikai tu pun ntah di mna duduknya.. ceramah pun ntah kemana.. nak kutuk mcm2... ntoh le.. asal tegur kerajaan.. si umno benci.. bila tegur pembangkang.. pembangkang pulak benci.. ini malaysia makin lama makin org jahil agama oo.. semua itu ckap dia mau ikot oo... org lain tegur pun slah oo... bila org politik msuk cmpur hal agama.. kelihatan sgt kurg cerdik...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...