Video - Husam: "Saya Cabar Mustapa Mohamad, Dia Bukan Menang Dengan Undi Rakyat"

Selepas kegagalan demi kegagalan yang dilalui didalam umpan projek untuk PRU 13, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kelihatan bingung setelah tarikh sebenar PRU 13 tertunda dari tarikh yang diramalkan oleh beliau sehingga segala projek yang diumumkan oleh beliau tersasar dan meninggalkan batu asas 'tercacang-cacang'.

Akibat dari itu beliau tanpa sedar telah menyatakan cabarannya kepada Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamad bahawa MP Jeli itu memenangi PRU 12 yang lalu bukan sebab undi rakyat sebaliknya ia adalah undi tentera.

" Mustapa Mohamad, saya boleh cabar dia, dia bukan menang dengan undi rakyat, tetapi dengan undi tentera, bukan kita tak percaya tentera, sistem yang diatur dulu, bukan tiap-tiap individu tentera yang datang mengundi, tetapi diarahkan beberapa belas puluh orang mengundi bagi pihak tentera dalam banyak keadaan, walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu pengundian lebih terbuka", kata Husam beberapa hari lalu dalam satu forum bertajuk  "PRU- 13, Kuasa dan Penglibatan Rakyat" di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Namun disebabkan rakyat Kelantan sudah dianggap TERLALU BODOH oleh Husam sehingga beliau berani untuk menyatakan fakta yang salah mengenai perkara itu, bahkan bukan perkara itu saja, malah beberapa projek 'kencing atas darat' pun turut ditaburinya melepasi batas waktu yang sepatutnya.

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logiknya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan ? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

"Husam menang dengan undi kambing Jamnapari"

9 comments:

  1. Agaknya dia nak kata tak macam dia yg menang bannyak dengan sokongan padu dari anak2, ibu2 dan bapak2 kambingnya..........

    ReplyDelete
  2. Bila nak pacak batu asas gali minyak?

    ReplyDelete
  3. aku orang jeli dari kecil lagi aku benci pas kerana suka bermusuh, semua orang atau pemimpin selain pas tak betul konon-kononnya tidak menyokong parti mereka tidak islam, kalau macam tu apa cerita dengan orang arab dari zaman dulu hingga sekarang tidak ada parti pas disana ?

    ReplyDelete
  4. Pakcu Rantau Panjang1/26/2013 2:41 PM

    Berbicaralah sebagai seorang pemimpin yang jujur..baru lah kita dikagumi.Jangan berbicara tampa fakta yang tidak sahih apa lagi bila berbiacara didepan Pak Lebai Kopiah bertambah lagi..andaian dan kebarangkalian timbulnya fitnah yang terbawa dari ucapan ini.... walahualam.

    ReplyDelete
  5. Nak tau gak ,husang nok gali minyok tuh gune ape? Gune belalai ANU ke?...keh keh keh ...org buat penyelidikan berpuloh2 tahun baru bole kenal pasti sesuatu kwsn ada mny ke x, husang dlm sekelip mate jer boleh jumpe minyok...ambe rase yg dia jumpe tuh minyak senyonyong..sbb tuh masih ramai yg dok melekat kat PAS/ Husang wlpon terang2 dia dah byk kelentong trmasok apa yg di kata pada Tok Pa...

    ReplyDelete
  6. Husang ka, Pok Nik ka, Mat Serabu ka, semo YB PAS buleh betahan ( survive) atas sikap dan sifat penyokong PAS. Totok-totok belaka. Wat maghi gajah rima sekali pong, nya pejam mata tutup telingo kemah keming. Sebut saja UMNO/BN seghiaa bulu roma macam dengar hatu kopek lanjut.

    Sekiranya puak-puak ni buka sikit minda, celek sikit mata jange katop jik, pasang sikit telinga dengar koho-koho, ambo rasa walaupon selepas 23 tahun dok dalam mimpi, koho koho rakyat akan berubah dan sedar. Perubahan bulih berlaku bila rakyat yakin pada diri sediri, tidak begantong pada serban jjutai YB2 ni. Rakyat kena yakin yang dok kecek tu adalah ore politik. Ore agama adalah puak-puak Majlis Syura/ulamak. Yang dok kutip pitih tu ore politik, dok wat lari bini ore, amek tanah lojing, pakai kereta 4/5 butir susup drumah tu ore politik...Rakyat kena yakin politik boleh main, agama tak leh main main.

    Takdak salah PAS sebuah parti Islam, sebab kita nak Islam. Tapi puak-puak babok YB2 ni yang bagi rosak. Membodohkan rakyat. Belawok, tak buat kerja make elaun buta selama kenin, kecek/kelong harta rakyat, pah tu salahkan ore lain. Bukan setakat salahkan ore lain, tapi sampai tahap orang Islam di Malaysia ni takdak, tak ramai, orang kapir semua kecuali puak-puak PAS.

    Islam dipolitikkan dijadikan agama kebencian, bukan agama bekasih sayang menyatukan hati.Rakyat d kapong walaupun dalam mesra ( sebab anak beranak ) tapi geli geleme. Musuh Islam tak mitak kita pecah belah, dia nak tengok ada keretakan, pergeseran saja, mudah masuk daun dan jadi hero, jadi PM bekali.

    Usang tak sah cabar mecabar, wat kije demo sebagai wokey rakyat suda la. Jange dok banding jumlah undi hak bulih, tapi banding gapo hak demo tak buat, hak Tok Pa buat, berapa pitih demo wat masuk Klaten, berapa Tok Pa wat masuk bangunkan Klaten. YB2 lain pun serupa, sibuk dok turun naik KB-KL beratus kali setahun, gapo dia wat kelik Klaten, rakyat nak rasa.. Hak tukar kereta baru, tambah bini tu suku kira, rakyat tak cara, tapi gien rakyat mana?

    ReplyDelete
  7. tentera pon rakyat lerrr...

    ReplyDelete
  8. tentera pon rakyat lerrr...

    ReplyDelete
  9. modal baru Husam Musa serang peribadi Mustapa Mohamad sebab dah semakin tertekan dan mungkin tempat dia sendiri dah rasa akan kalah

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...