GUA MUSANG – Seramai 70 penduduk yang meneroka tanah di Kampung Sungai Relai, kecewa apabila mereka dituduh sebagai penceroboh oleh sebuah syarikat yang mendakwa tanah berkenaan milik mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penyelesaian Tanah itu, Mat Mat Daud berkata, mereka meneroka tanah terbabit sejak tahun 1990, sebaik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan membenarkan penduduk meneroka tanah kerajaan kerana ia tanah Tuhan.
Malah menurutnya, mereka sudah menjelaskan pembayaran tanah itu bagi mendapat hak milik, hampir 10 tahun lalu dengan kadar RM3,865 bagi kawasan seluas 2.4 hektar.
“Kini lain pula yang berlaku apabila tanah penduduk yang sudah ditanam dengan pelbagai tanaman diluluskan kepada syarikat asing dan menuduh kita pula menceroboh kawasan itu.
"Sedangkan kita lebih awal berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan syarikat terbabit.
Mat berkata, sebahagian tanaman penduduk termasuk pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain mula disodok syarikat berkenaan sejak tahun lepas, tanpa ada perbincangan terlebih dahulu.
Menurutnya, berulang kali penduduk menemui pihak pengurusan syarikat itu bagi menyelesaikan masalah, namun pelbagai alasan diberi sebelum mengarah penduduk mengisi borang bagi membuat sebarang tuntutan dengan syarikat terbabit.
Malah, tambahnya, syarikat itu juga berjanji meneliti semula tanah yang diterokai penduduk.
“Apa yang berlaku, syarikat itu mengeluarkan surat menyatakan penduduk ceroboh tanah berkenaan pula,” katanya.
Peneroka, Mohamad Zain Minal, 65, pula berkata, dia akan tetap mempertahankan tanah diterokai lebih 20 tahun itu, kerana itu sahaja sumber pendapatannya.
“Kita ada hak ke atas tanah itu kerana kita lebih dahulu menerokanya dan sudah memohon hak milik.
“Cuma kita hairan, kenapa syarikat itu yang baru dua tahun memajukan kawasan tanah berkenaan sudah mendapat hak milik Kerajaan Negeri,” katanya.
Sementara itu, wakil syarikat berkenaan menyatakan, bahawa penduduk telah menceroboh tanah milik syarikat itu.
"Kita memajukan tanah ini selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri," katanya.
Dia turut berjanji akan menemui semula penduduk bagi menyelesaikan masalah dihadapi.

Kerakusan kerajaan Pas Kelantan terselindung disebalik serban, hutan botak balak disapu licin, syarikat cina lebih diutamakan, rakyat Kelantan dijanjikan syurga dengan memangkah bulan, undilah Pas demi kemusnahan.
perre nga rima gajoh tu gak dulu maso nok teroka...bila da jalan,ada penduduk...mudoh mudoh demo masuk nok buat estet....bakpo xgi buat hok kawase jauh dari peneroko??sebab,payoh segalo akses??
ReplyDeleteTanah yang dibayar jelas/deposit dah berpuluh tahun pun payah nak keluar geran..dan jika diberi geran pada peneroka,banyak agensi dapat membantu termasuk Risda untuk tanaman getah...
ReplyDeletePasal pemilikan tanah pun nak dijadikan pilitic millege untuk pas,dimana slogan KEBAJIKAN??adakah KEBAJIKAN untuk PARTI??
Pakat-pakat lah semaye hajat semogo Allah beri tunjuk ko Tok Nik ...
ReplyDeleteBertuahlah... Orang pas dan orang kelantan tetap tidak percaya... Diorang pasti akan cakap itu kerja orang umno nak sabotaj nik Aziz Dan pas walaupun bukti terbukti... Jiwa mereka lebih gelap mempercayai kebenaran pemimpin diorang yang salah... Mereka semua nampak kesalahan itu orang umno... Percayalah kelantan tetap milik pas... Allah itu maha kuasa..
ReplyDelete