Mimpi ngeri buat UmnoBN di Kelantan hadir dalam igauan demomtrasi apabila dilaporkan seramai 25 orang Ketua cawangannya keluar beramai-ramai bagi memprotes beberapa tindakan yang telah dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin yang didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka.
Pergolakkan dalam UmnoBN di Kelantan sememangnya ada berlaku, namun sikap menyembunyikan hal itu dari pengetahuan umum dipercayai didalangi oleh pemimpin tertentu yang tidak diketahui apa tujuannya, saya beranggapan ia hanya bertujuan untuk memampuskan Umno di Kelantan itu sahaja.
Jika tidak masakan hal itu dibiarkan tanpa penyelesaian, bila ditanya bagaimana peluang BN nak rampas Kelantan ? Mereka akan menjawab, "Kami yakin kali ini BN mampu rampas Kelantan, kita melihat rakyat Kelantan kali ini benar-benar inginkan perubahan",namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, PRU demi PRU semuanya cakap tidak serupa dengan bikin, hakikat sebenar adalah pertelagahan sesama sendiri pun gagal nak selesai bagaimana nak dekati rakyat ?.
Pemimpin Umno Kelantan jangan bagi rakyat benci dan muak, tak perlu berlagaklah, tak usah nak angkuh, kalau MUAMMAR GHADAFFI pun rebah 'terrap' siapalah anda kalau nak mengaku lebih hebat dari Ghadaffi atau lebih otai dari Hosni Mubarak. Berapa banyak sangat duit yang ada untuk bernafsu angkuh ? Biar reti sikit, semangat orang yang bangkit dalam dia sendiri tidak ada apa-apa jauh lebih hebat dari segala semangat yang pernah ada.
Siasatan perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu ini, usah dituduh mereka dengan pelbagai macam, mereka juga sebahagian dari kita, perkara pokok yang perlu disiasat benarkah daripada 82 cawangan Umno yang ada 30 cawangan telah di'mati'kan dan tinggal hanya 52 sahaja, ini perkara serius yang melibatkan kepentingan parti, atau orang-orang Umno ni lebih pentingkan pemimpin daripada parti ? Siasat apa puncanya ?
Isu ini tidak perlu disorok, kenapa tidak mahu mengaku dengan kelemahan sendiri sedangkan keputusan dari isu yang disorok itu tidak juga mempengaruhi untuk kemenangan BN di Kelantan, kenapa perlu biar ia menjadi barah ? Isu seperti ini sangat dikesalkan didalam kita ingin melihat berlakunya perubahan di bumi Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Demontrasi ini diadakan di Airport Pengkalan Chepa pada 05 Januari 2013, Demontrasi yang dinamakan sebagai Gelombang Gajah Metor ini dilaporkan akan diadakan secara berterusan dari masa ke semasa dan selepas ini akan berkunjung ke Jeli.
Tahniah GK, saya cuma nak tanya.... Tak adakah pemimpin besar umno kelantan yang inginkan BN menang mcm yang GK serta org lain harapkan?
ReplyDeleteSeperti yang pernah saya katakan dulu, ada dua muslihat yang mungkin tersimpan rapi dikepala pemimpin BN kelantan...
Pertama, mungkin mereka memang tak mahu BN menang di Kelantan, kerana peruntukan kerajaan pusat untuk PRU di kelantan adalah lebih mewah jika BN tak jadi kerajaan. Dan peruntukan tersebut akan hanya berlegar dlm beberapa kerat pemimpin saja berbanding jika BN jadi kerajaan, peruntukan akan bertibaran(banyak orang kena kongsi).
Kedua, mungkin mereka bersatu dlm senyap dgn pas untuk tujuan tertentu atau mereka kalah angin untuk melawan Nik Aziz atau sultan sendiri tak merestui BN? Harap2 ini hanyalah satu sangkaan semata2 dari saya... Wallahualam.
Dari apa yg saya tau org kelantan memang tak nak org luar masuk ke kelantan maksudnya kalu UMNO menang bermakna akan bermaharaja lela la UMNO di kelantan katanya...bagi mereka hanya org kelantan shaja yg boleh pegang kelantan tak kira la PAS ke UMNO, diaorg tak nak berkongsi kuasa dgn UMNO luar biar berkawan dgn PAS pun tak pe asalkan org kelantan...itu yg di bgtau kpd saya sejak azalai lg...;
ReplyDeleteklau UMNO menang bermakna terbukak la segala bentuk maksiat2 yg akan melanda perubahan di kelantan... itu dakwanya...
Salah satu sebabnya, terdapat pemimpin utama UMNO yang percaya kepada balaci2 @ 'kaki pong' yg sentiasa kata 'BEREH' setiap kali pemimpin utama turun padang. Tujuan utama balaci2 ini, hanyalah penyedap mulut demi mendapatkan habuan seperti kontrak, tender asrama@ kantin dll habuan. Padahal, balaci2 tersebut tidak disenangi oleh masyarakat setempat. Sifat ego, riak dan cakap besar kerana sentiasa jadi orang utama bila pemimpin utama turun padang. Pemimpin tertinggi kena sentiasa tertipu dgn kata2 balaci ini.
ReplyDelete