Pandangan @realDrMAZA Mengenai Babi Bersalut Coklat Cadbury Seperti Tak Haram Sangat

Bekas mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan masyarakat tidak menunjukkan reaksi berlebihan menghadapi penemuan DNA babi dalam dua coklat produk Cadbury seperti mahu menyamak mulut atau menukar darah.

Katanya, pengguna berhak menyatakan bantahan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd kerana memperdayakan rakyat Malaysia.

“Namun, berlebihan dalam (mengeluarkan) hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama.

“Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya,” katanya.

Menulis dalam Facebook, Dr Asri berkata, masyarakat juga harus mengambil kira pelbagai lagi perkara haram dan bukannya hanya dalam isu itu sahaja.

“Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi,” katanya.

Entah apa yang tidak kena dengan pemikiran mantan mufti ni, mula-mula nasihat eloklah, tapi diakhirnya tak terlepas untuk melempiaskan sikap hipokrit yang dipendam diawalnya.

Sepatutnya sebagai ulamak beliau seharusnya memuji sikap umat Islam yang masih sedar dan peka dengan perkara yang haram sekaligus tidak memandang enteng mengenai hukum halal dan haram tidak kira haram itu dalam konteks besar atau kecil.

Kalau umat Islam kurang terasa dengan haram judi, riba dan rasuah yang dikatakan lebih besar dari haramnya babi, apakah dengan itu babi menjadi halal atau tidak perlu dipedulikan ? Apakah itu maksud Dr Asri ?

Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
Sekurang-kurangnya umat Islam negara ini masih punyai batas dalam kehidupan mereka, cuma mungkin rasuah, judi dan riba mereka kurang sensitif kerana kurang pendedahan disamping ia tidak perlu disamak seperti babi.

Walaubagaimanapun itu tidak bermakna mereka tidak perlu kisah apabila termakan babi, soal rasuah, judi dan riba tu bukan kebanyakkan dari mereka yang lakukan, itu semua lebih kepada atasan tertentu yang lakukan, sebab itu atasan tertentu seperti KJ hanya membisu, sedangkan babi dalam coklat Cadbury ni mereka sendiri yang makan, jadi macammana mereka tak sensitif ?.

Tak usahlah nak membandingkan haram mana yang lebih besar,... yang haram, haramlah, bukannya bila buat haram besar maka halal untuk buat haram kecil.

Samak mulut dan tukar darah.
Kenyataan samak mulut dan tukar darah itu bukanlah kefahaman yang mewakili seluruh umat Islam, ia hanya sebilangan kecil mereka yang kurang arif, jadi tak perlulah kenyataan itu pula yang hendak dijadikan isu utama sebaliknya isu pokok yaitu babi dalam coklat Cadbury ditenggelamkan.

Perbetulkanlah fahaman yang salah, tingkatkanlah usaha memberi kefahaman  kepada umat Islam akan rasuah, judi dan riba itu dosa dan mudaratnya lebih besar dari babi, bukannya membiarkan babi yang bertopengkan logo HALAL bermaharajalela didalam makanan yang dimakan oleh umat Islam.

Kesimpulannya umat Islam wajib bersatu dalam isu Cadbury babi ini, jangan biarkan si kafir terus mempermain dan memperbodohkan kita umat Islam. Yang haram tetap haram tanpa sebarang kompromi untuk terus membiarkan babi menjadi sumber darah daging kita umat Islam.

Bila kita dah tahu babi menjadi ramuan kepada makanan yang dihasilkan oleh Cadbury, apakah kita boleh mempercayainya dan sekali lagi bersekongkol untuk terus membeli lain-lain produk dari syarikat Cadbury babi? 

Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.
Sesama umat Islam termasuk Dr Asri perlu berlapang dada dan bertolak ansur dalam memberi pengajaran kepada Cadbury, ada masalah sedikit sebanyak mengenai pandangan antara satu sama lain atasilah dengan kebijaksanaan bukannya membezakan haram besar dan haram yang lebih besar sekaligus menutup perkara pokok.

Demi kesucian agama Allah, umat Islam wajib bangkit berjihad bersatu menentang kebiadapan Cadbury menghina Islam secara halus ini, pastikan tidak akan ada lagi jenama Cadbury dibumi Islam ini supaya ia dapat memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba mencabar kesucian agama Allah.

Umat Islam di Malaysia bukanlah golongan pelampau atau extreme, tapi bilamana babi yang disaluti coklat disajikan dan menjadi darah daging, umat Islam tiada pilihan........ Cadbury wajib dimusnahkan. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Tolong!! Tolong!! Sye nak tukar darah lar.. Sape bleh tolong???... Hahahahhaa!!! Bodoh punye idea.. Kalau makan hasil drpd rasuah ngan judi nak tukar ape erk??? Kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. SAMPAIKAN DARI PADAKU WALAUPUN SATU AYAT...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...