'Beruk Jalanan' @Khairykj VS 'Pelacur Atasan' Ulamak Muda

Kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno Mohd Radzi Othman yang menyifatkan wanita bertudung dalam perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 1 Mei lalu sebagai pelacur, bersifat peribadi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"(Ini) tidak melambangkan pendirian Umno atau Pemuda Umno," kata Khairy kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini pada Khamis.

Susulan kenyataan yang dibuat Mohd Radzi menerusi laman Facebook pada 2 Mei lalu, beberapa pihak membuat laporan polis terhadapnya.
Melihat kepada kenyataan-kenyataan menghina dan angkuh yang dikatakan datangnya dari Ulamak muda Umno, tak sangka pula KJ merestui kenyataan itu sebagai pendapat peribadi, maka bermulalah era yang ada ulamak terompah fatwa sesuka hati ni, rupanya didalam Umno pun ada yang lebih dasyat dari itu.

Sungguh memalukan, macammana kenyataan zaman batu itu boleh diterima sebagai kenyataan peribadi oleh KP Umno yang bermentaliti 'Oxford' ? Seakan ada sesuatu yang tidak kena....

Tak masuk akal parti yang punyai standard 'KPI' boleh membiarkan ulamak muda mereka mengeluarkan kenyataan seperti itu, merestui penghinaan dan politik biadap sebagai bersifat peribadi, penghinaan ulamak muda keatas peserta demontrasi dilihat seiring dengan apa yang pernah dilakukan KJ pada 2007 yang turut menggelarkan peserta demontrasi sebagai 'beruk jalanan'.

Diatas penghinaan dan politik keangkuhan itulah antara faktor penyumbang yang mendekatkan rakyat kepada UmnoBN, jadi tidak hairanlah jika PRU 12 lalu BN menang besar dan bergaya diseluruh negara.....

Dengan terbuktinya perencah 'syok sendiri' dari 'Oxford' ini benar-benar menyelerakan rakyat, maka sekali lagi ianya disajikan, tidak dinafikan, mungkin sebahagian penyokong totok Umno bersetuju dengan perumpamaan sehina itu, namun apa pula tanggapan masyarakat awam ?. Adakah generasi hari ini boleh menerima perumpamaan hina  seperti itu.

Sebelum ini politik 'sembang gegar' dan menghina  bukan menjadi budaya Umno, malah pemimpin UmnoBN lebih dikenali dengan bekerja bukannya hebat bercakap tapi hebat melaksana. 

Disamping itu, darisegi psikologi generasi hari ini ia lebih cenderung kepada sesuatu yang bersifat 'simpati' bukannya angkuh mendada menghina dan memaki. Kenyataan 'extreme' terlalu sukar untuk diterima oleh golongan muda masakini selain ia hanya membawa kepada perpecahan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Pas pada satu ketika dulu.

Sepatutnya kepimpinan muda Umno yang bertunjangkan pemikiran 'Oxford' perlu membawa pembaharuan didalam politik negara selari dengan peredaran zaman bukannya recyle atau mewarisi cara lama pihak pembangkang. 

Tindakan orang-orang politik yang berselindung sekaligus mempergunakan agama untuk tujuan politik sudah dibuktikan oleh Pas dimana ianya memberi kesan buruk kepada masyarakat, sehingga pada satu ketika dulu umat Islam saling kafir mengkafir antara satu sama lain hanya disebabkan perbezaan fahaman politik semata-mata.

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan menghina itu mampu mengurangkan rakyat dari menyertai demontrasi ? Atau kenyataan itu akan mendekatkan rakyat kepada UmnoBN ? Darisegi politik, apa untungnya Umno selepas kenyataan menghina itu dilemparkan. 

Kalaupun tidak bersetuju dengan peserta demontrasi, atau demontrasi itu dianggap haram hukumnya, perlukah untuk disamakan dengan pelacur ?  Bagaimana pula dengan perkara haram yang lain ? Sebagai contoh tidak menutup aurat yang mana semua ulamak sependapat mengatakan membuka aurat adalah haram, adakah semua kepimpinan Umno dan isteri sempurna dalam bab itu ?

Bagaimana jika pembangkang atau masyarakat mengambil pendekatan yang sama digunakan oleh ulamak muda Umno dalam mengumpamakan perumpamaan hina keatas pemimpin Umno dan isteri yang kurang sempurna dalam bab menutup aurat ?

Adakah ulamak muda ini akan redha ? Atau itulah yang sebenarnya didambakan ? Selepas beberapa hari peserta demontrasi diumpamakan sebagai pelacur, hari ini ulamak muda Umno mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan aurat, yang dititikberatkan beliau adalah aurat bukan Islam yang berkisar kepada 'sempit' dan sendat'. Katanya:

Dan yang "menariknya" adalah mahasiwi Cina UM suka memakai pakaian yang sempit dan sendat juga!

Lalu apakah adil ketika lelaki Islam di hukum kerana merogol lantaran "tidak tahan melihat amoi Cina" walhal pintu maksiat masih terkangkang luas?

Mungkin ulamak muda ni takder kerja, sebab tu beliau sedang praktis untuk jadi pembangkang dan mempertikaikan keadilan perlaksanaan hudud  disaat apa yang disebut 'sempit', 'sendat' yang masih 'terkangkang luas' dan perlu menutupnya.... 

Agaknya ulamak muda ingin bagi 'klu' ni kot...!!!, Macammana nak tutup apa yang 'terkangkang luas' bukan Islam jika kepala isteri pemimpin no 1 Malaysia Islam pun gagal nak tutup.....? Begitukah...? Maklumlah sekarang ni kan dah sunyi,... intan,.. berlian,... Jet,....permata dsbnya semua dah jadi kenangan fitnah. Jadi.......Anda Mampu Mengubahnya....

1 comment:

  1. Radzi ni syiah ni. Haha lawak betul macai ni. Die terlintas nk rogol amoi tu kot. Sedih tengok radzi ni. Tah tang mana letak otak die ni.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...