Saranan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Pas bersama-sama Umno dalam merealisasikan perjuangan sebuah negara Islam, bagaimanapun ditolak keras oleh pemimpin Pas dan turut melabelkan Tun M sebagai tidak ikhlas dan hipokrit.
Penolakkan oleh pemimpin Pas itu membuktikan bahawa selama ini Pas juga tidak bersungguh mengenai perlaksanaan hukum hudud, Pas hanya 'acah' sahaja ketika Umno belum bersedia, namun bila Umno berhasrat kearah itu Pas menuduh dengan pelbagai tuduhan yang jelas bercanggah dengan cara Islam, kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Umno dalam membincangkan Hudud ini.
Soal Pas ingin bersama atau tidak dengan Umno dalam membentuk kerajaan itu soal ke dua, yang utama sepatutnya Pas membuka ruang kerjasama dalam usaha perlaksanaan hudud ini baik dari draf hudud sehingga kepada perlaksanaan, jika Tantawi dan Tuan Ibrahim belum belah dada Tun M, halalkah untuk mereka berburuk sangka dengan sedemikian ? Ataupun berkemungkinan mereka lebih takutkan Karpal Singh dan DAP,
Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti itu menyertainya ataupun Barisan Nasional (BN).
"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas mungkin akan menyokongnya.
"Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.
"Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini, beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri."
"Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.
Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud.
"Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan! Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?
"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.
Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini.
"Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi.
Terdahulu Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berpendapat bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun M itu hanyalah gimik politik semata-mata dan tidak ikhlas mengenai perkara itu.
"Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi," kata beliau.
"Mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?" Soalnya.
" Jelas bukan ?Untuk pemimpin Pas semuanya halal"
Tanbabi ni memang babi.
ReplyDeleteKalau Dapigs terang2 olak hudud boleh pula dia diam.
bila Umno puala dikatakannya menolak hudud macam babi saja perangai si tanbabi ni.
memang dasar parti sundal semuanya tak kena dgn islam.
Memang kau anak babi keturanan Dapigs'
Muka tak tahu malu..terang2 dimalukan oleh si singh masih lg nak meracau.
Memang babi la kau tanbabi.