Panas !!! Isu Royalti Nik Aziz Gelar Husam Sebagai 'Lembu Shahrizat"



Perumpamaan yang diberikan admin Facebook Nik Aziz ternyata ianya ibarat gergaji mata dua, kegagalan projek-projek yang diperkenalkan oleh Husam semestinya menjadi satu kelayakan untuk diberikan title 'lembu Shahrizat' kepada Husam.

Sepertimana yang diketahui royalti ini juga adalah dahulunya diperjuangkan oleh Husam dan orang-orangnya sehingga dilaporkan pernah sampai ke pelantar minyak yang dimaksudkan, namun kesilapan perancangan didalam membuat tuntutan tersebut dan sikap Husam yang hangat-hangat taik ayam itu menyerahkan perjuangan tersebut kepada budak-budaknya sebelum di 'kucar' dengan beberapa insiden demontrasi yang digelar lembu jalanan oleh sebilangan rakyat.

Keadaan kegagalan itu sekali lagi memungkinkan untuk digelar Husam sebagai 'lembu Shahrizat' kerana gelaran tersebut satu gelaran sinis yang bersifat sindiran tajam supaya Husam berfikir dan tidak lagi menjadi pemolitik yang bodoh seperti 'lembu Shahrizat' yang kantoi bukan diatas kesilapan yang dilakukan tetapi diatas persepsi jahat yang ditimbulkan pembangkang.

Berani juga admin Fb Nik Aziz ni menggelarkan Husam dengan gelaran sehina rupa, apa penyokong Pas tak nampak lagi kah penghinaan itu ? tengok betul-betul pada tajuk print screen yang di post oleh admin Nik Aziz, "Royalti : Lembu Shahrizat punya susu sapi (Tok Pa) dapat nama ", untuk sapi dalam kurungan dimaksudkan disebut nama Tok Pa, namun bagaimana pula untuk lembu Sahrizat, nama siapa pula yang patut dikurungkan disitu bagaimana jika begini "Royalti : Lembu Shahrizat (Husam) punya susu sapi (Tok Pa ) dapat nama ".

Apapun sebagai pemimpin biar ada maruah dan prinsip, perlu ada banyak 'suis', jangan kerana politik, ia ghairah mengejar keuntungan politik yang direncanakan sehingga terperangkap dalam kelicikan pemolitik sekaligus ianya akan terpahat sejarah 'bakal' akan berulang lagi di Kelantan dengan muka tersembam dibumi......Anda Mampu Mengubahnya...
"Rakyat bukan buta Tok Pa !, Rakyat nampak segala-galanya"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...