Sejauhmana penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran gambar yang disunting dan berunsur fitnah dikuatkuasakan? Apakah perlakuan menyebarkan gambar berunsur fitnah adalah satu kesalahan yang boleh didakwa ? Jika perlakuan itu kesalahan mengapa tidak nampak-undang-undang itu dikuatkuasakan ? Takkan nak tunggu Ayahndaaa Rani Kulup buat laporan dulu baru nak ambil tindakkan.
Dialam maya ini pengamalnya terdiri dari kepelbagaian, penghadaman dan penerimaan terhadap sesuatu maklumat yang dilayari juga pada tahap penerimaan yang berbeza, ada yang menerima dan percaya bulat-bulat, ada yang teliti dan bertapis sebelum mempercayainya dsbnya.
Seperti lampiran diatas yang disiarkan dilaman http://info-omm.blogspot.com/2015/04 korang-pasti-terkejut-melihat-gambar.htmlyang dikongsi lebih 25k pengguna Facebook dalam masa kurang dari dua hari, dan jumlah share itu dijangkakan mungkin akan terus meningkat dua kali ganda, jika jumlah sebaran menjadi penanda aras kepada penerimaan masyarakat.....???
25k jumlah share adalah angka sebaran yang agak besar berbanding siaran blog sama pada 12 April lalu (Rujuk lampiran dibawah) dimana percubaan pertamanya untuk mengaitkan individu tertentu dengan tajuk lebih kurang sama cuma tanpa meletakkan gambar edit lelaki mirip Perdana Menteri Malaysia bersama Altantuya, hanya mendapat 34 share sahaja.
Melihat kepada jumlah angka share yang terlalu ketara yaitu 25 ribu dan 34 itu, pada pandangan anda apa yang mendorong perbezaan jumlah tersebut? Banyak share sebab Altantuya ke atau sebab gambar lelaki yang di-edit mirip Perdana Menteri bersama Altantuya ?
Bagi mereka yang sudah lali dengan dunia alam maya, gambar lelaki mirip PM bersama Altantuya tu memanglah tidak menjadi butir gatal pun kerana kita tahu dan sahih bahawa gambar tersebut adalah edit. Tapi macammana dengan 25k share itu? Berkemungkinan besar sebahagian darinya percaya gambar itu adalah tulen.
Justeru, penyebaran gambar edit (bukan kartun) yang cuba memberi persepsi mengaitkan dengan
perlakuan jenayah keatas sesiapa sahaja baik dikalangan pemimpin
pembangkang atau kerajaan harus dibendung dan diambil tindakkan tegas,
Jika pihak berkuasa lembap menguatkuasakan undang-undang, sehingga persepsi dan fitnah seperti ini gagal ditangani, dikhuatiri lama-kelamaan ianya akan dipercayai sebagai realiti. Anda Mampu Mengubahnya.
Penjelasan Dr Asri dari kacamata Islam mengenai hukum Najib bersumpah dengan nama Allah...
Satu wawancara khas bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah disiarkan secara langsung oleh TV3 pada malam tadi. Namun seperti biasa ada yang dilihat berpuas hati dan tidak kurang juga yang sebaliknya.
Dalam wawancara itu PM telah menjawab beberapa isu, cuma yang mungkin agak menarik ialah isu berkaitan pembunuhan model Mongolia dan juga isu 1MDB. Isu pembunuhan Altantuya
Isu yang sangat tidak relevan yang tidak patut disoal dan dijawab. Entah dimana kaitannya untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Tuduhan yang langsung tidak berasas jauh sekali untuk dibuktikan dengan 'air mani' seperti dalam kes Saiful Bukhari..
Sebenarnya tuduhan jenayah lebih-lebih lagi kes bunuh melibatkan Perdana Menteri tidak patut berlaku dan terus dibiarkan, ia memberi kesan kepada rakyat dan negara dimata dunia, keterbukaan Najib sebagai Perdana Menteri harus ada sempadannya.
Peruntukkan undang-undang diperlukan dalam menangani tuduhan seperti itu (tidak berasas atau tanpa bukti) keatas Perdana Menteri, tuduhan terlibat dengan rasuah boleh lagi diterima, tapi menuduh seorang Perdana Menteri terlibat dengan jenayah bunuh tanpa bukti adalah sangat jahat dan keterlaluan.
Bayangkan kes yang berlaku ketika Najib belum lagi mempunyai kuasa penuh kerana ketika itu Pak Lah sebagai PM, adakah masuk akal jika Najib terlibat dan boleh terlepas dikala kuasa besar masih berada ditangan Pak Lah.
Begitu juga dengan tertuduh, hampir 8 tahun berlalu dan mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman namun tidak seorang pun yang mengaitkan nama Najib, Sirul sendiri pun tak kata Najib terlibat, jadi dimana asasnya untuk mengaitkan kes ini dengan Najib.
Lagipun wanita yang dibunuh itu adalah warga Mongolia, jika ada bukti Najib terlibat takkanlah negara Mongolia yang mempunyai kerajaan hendak membiarkan kematian rakyatnya begitu sahaja.
Kesimpulan dari itu isu ini sebenarnya tak perlu dinafi atau dijawab, langsung tidak ada kaitan dengan Najib, malah tindakkan atau peruntukkan undang-undang diperlukan demi menjaga nama baik Perdana Menteri dan negara dari terus difitnah dengan jenayah sejelik ini.
Isu 1MDB yang dibangkitkan Tun M
Berbeza pula dengan Isu 1MDB, isu ini adalah relevan dan pengurusannya wajar untuk dipersoalkan sepertimana yang dibangkitkan oleh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad antaranya kemana hilangnya RM42 Billion yang dipinjam oleh 1MDB.
Selain itu Tun M turut mempersoalkan peranan seorang individu bernama Jho Low.
Apakah Jho Low berperanan seperti Tun Daim Zainuddin yaitu sebagai Menteri Kewangan diera pemerintahan beliau?
Dalam pada itu Tun M juga mempersoalkan dari imana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.
Persoalan yang ditanya itu menurut Tun M disebabkan hutang berbillion ini akan ditanggung oleh rakyat. Selaku seorang yang pernah menjadi
Perdana Menteri, sudah pasti apa yang Tun M persoalkan itu ada asasnya, dan beliau
mempunyai kredibiliti untuk mempersoalkannya. Semua pihak perlu
terimanya secara terbuka apatah lagi pihak yang tidak pernah menjadi PM.
Isu 1MDB Jawapan PM kepada Tun M
Jawapan PM dalam sesi wawancara khas malam tadi mengenai isu ini lebih bersifat umum, jawapan yang diberikan kurang terperinci berbanding persoalan yang dilontarkan oleh Tun M seperti RM42 Billion, Jho Low dan Riza Aziz.
Mungkin disebabkan faktor masa dan kesesuaian PM tidak menyebutnya satu persatu tetapi memberikan satu jawapan bagi keseluruhan persoalan. Tidak dinafikan ada yang tidak berpuas hati dengan jawapan PM.
Namun saya percaya persoalan yang Tun M timbulkan juga pokok pangkalnya adalah ingin mengetahui kemana wang RM42 Billion itu saja, soal Jho Low ke, Riza Aziz ke itu semua tak penting kalau RM42 Billion itu ada dan selamat.
Sama juga contohnya sebelum kita melabur di ASB, kita akan tanya halal ke,? ASB berniaga apa ? Tak masuk neraka ke melabur kat ASB ? Siapa umum halal ? Bila diumum ? Mampu ke ASB nak bayar dividen setiap tahun dsbnya. Bila Majlis Fatwa putuskan halal dan ASB beri jaminan mampu, dengan dua jawapan itu bukankah sudah menjawab kepada persoalan-persoalan berkenaan.
Dalam isu 1MDB, menurut PM, 1MDB terpaksa membuat pinjaman untuk kembangkan perniagaan, tapi apa yang pasti aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti, sekali lagi diulanginya yaitu melebihi liabiliti.
Kesimpulan dari jawapan Najib dapat difahami secara ringkasnya dimana Najib meminta rakyat supaya tidak perlu risau akan pengurusan 1MDB, apapun yang berlaku tidak ada masalah kerana aset yang dimiliki oleh 1MDB melebihi liabiliti.
Mengenai ketelusan pengurusan pula rakyat juga tak perlu khuatir, kerana bukan beliau, Rosmah atau Jho Low yang audit, sebaliknya akan diaudit oleh firma antarabangsa sama seperti PKFZ, cuma 1MDB lebih telus lagi kerana akan disemak semula oleh Ketua Audit Negara dan PAC yang turut mempunyai wakil dari pembangkang. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenyataan Husam Musa untuk melaga-lagakan Pimpinan Umno apabila mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan isu pembunuhan Altantuya adalah dilihat sebagai tidak beriman kepada Allah, sebagai umat Islam kita merasa sangsi kerana Husam lebih mempercayai Deepak a/l Jaikishan daripada mempercayai ketentuan Allah tuhan yang maha esa. Setelah Perdana Menteri bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada kaitan dengan kematian Altantuya, apa lagi hak kita untuk mempersoalkannya dengan hanya menimbulkan persepsi yang dicetuskan oleh orang kafir tanpa ada sebarang bukti yang sahih, lupakah Husam dengan firman Allah didalam surah Hujurat ayat ke 6 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa satu berita, maka selidiklah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal.”
Petikan kenyataan
Sebagai pemolitik Islam yang selalu menggelarkan orang lain pemolitik kampung, hendaklah Husam sedar dengan tindakkannya yang seolah-olah mempertikaikan kehendak Allah Taala, Siapa Husam untuk mendahului Allah Taala ?, lupakah Husam dengan azab yang akan ditimpakan oleh Allah sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah palsu ? Sekiranya tidak ada apa yang berlaku maka hendaklah kita redha dan tidak menimbulkannya melainkan menyerahkan ia kepada yang lebih berhak Tuhan yang maha esa.
Atau Apakah Husam merasakan lebih lebai daripada Mantan Mufti Perlis ? kerana apa yang disebut oleh Mantan Mufti itu adalah apa yang diambil dari nas-nas Al-Quran dan hadis. Semoga Husam bertaubat dan kembali beriman kepada Allah dan tidak cuba untuk menjadi seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya. Anda Mampu Mengubahnya.