Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

1MDB & Altantuya - Antara Persoalan Tun M Dan Jawapan @NajibRazak !

Satu wawancara khas bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah disiarkan secara langsung oleh TV3 pada malam tadi. Namun seperti biasa ada yang dilihat berpuas hati dan tidak kurang juga yang sebaliknya.

Dalam wawancara itu PM telah menjawab beberapa  isu, cuma yang mungkin agak menarik ialah isu  berkaitan pembunuhan model Mongolia dan juga isu 1MDB.

Isu pembunuhan Altantuya


Isu yang sangat tidak relevan yang tidak patut disoal dan dijawab. Entah dimana kaitannya untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Tuduhan yang langsung tidak berasas jauh sekali untuk dibuktikan dengan 'air mani' seperti dalam kes Saiful Bukhari..

Sebenarnya tuduhan jenayah lebih-lebih lagi kes bunuh melibatkan Perdana Menteri tidak patut berlaku dan terus dibiarkan, ia memberi kesan kepada rakyat dan negara dimata dunia, keterbukaan Najib sebagai Perdana Menteri harus ada sempadannya.

Peruntukkan undang-undang diperlukan dalam menangani tuduhan seperti itu (tidak berasas atau tanpa bukti) keatas Perdana Menteri, tuduhan terlibat dengan rasuah boleh lagi diterima, tapi menuduh seorang Perdana Menteri terlibat dengan jenayah bunuh tanpa bukti adalah sangat jahat dan keterlaluan.

Bayangkan kes yang berlaku ketika Najib belum lagi mempunyai kuasa penuh kerana ketika itu Pak Lah sebagai PM, adakah masuk akal jika Najib terlibat dan boleh terlepas dikala kuasa besar masih berada ditangan Pak Lah.

Begitu juga dengan tertuduh, hampir 8 tahun berlalu dan mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman namun tidak seorang pun yang mengaitkan nama Najib, Sirul sendiri pun tak kata Najib terlibat, jadi dimana asasnya untuk mengaitkan kes ini dengan Najib.

Lagipun wanita yang dibunuh itu adalah warga Mongolia, jika ada bukti Najib terlibat takkanlah negara Mongolia yang mempunyai kerajaan hendak membiarkan kematian rakyatnya begitu sahaja.

Kesimpulan dari itu isu ini sebenarnya tak perlu dinafi atau dijawab, langsung tidak ada kaitan dengan Najib, malah tindakkan atau peruntukkan undang-undang diperlukan demi menjaga nama baik Perdana Menteri dan negara dari terus difitnah dengan jenayah sejelik ini.

Isu 1MDB yang dibangkitkan Tun M

Berbeza pula dengan Isu 1MDB, isu ini adalah relevan dan pengurusannya wajar untuk dipersoalkan sepertimana yang dibangkitkan oleh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad antaranya kemana hilangnya RM42 Billion yang dipinjam oleh 1MDB.

Selain itu Tun M turut mempersoalkan peranan seorang individu bernama Jho Low.

Apakah Jho Low berperanan seperti Tun Daim Zainuddin yaitu sebagai Menteri Kewangan diera pemerintahan beliau?

Dalam pada itu Tun M juga mempersoalkan dari imana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.

Persoalan yang ditanya itu menurut Tun M disebabkan hutang berbillion ini akan ditanggung  oleh rakyat. Selaku seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri, sudah pasti apa yang Tun M persoalkan itu ada asasnya, dan beliau mempunyai kredibiliti untuk mempersoalkannya. Semua pihak perlu terimanya secara terbuka apatah lagi pihak yang tidak pernah menjadi PM.

Isu 1MDB Jawapan PM kepada Tun M

Jawapan PM dalam sesi wawancara khas malam tadi mengenai isu ini lebih bersifat umum, jawapan yang diberikan kurang terperinci berbanding persoalan yang dilontarkan oleh Tun M seperti RM42 Billion, Jho Low dan Riza Aziz.

Mungkin disebabkan faktor masa dan kesesuaian PM tidak menyebutnya satu persatu tetapi memberikan satu jawapan bagi keseluruhan persoalan. Tidak dinafikan ada yang tidak berpuas hati dengan jawapan PM.

Namun saya percaya persoalan yang Tun M timbulkan juga pokok pangkalnya adalah ingin mengetahui kemana wang RM42 Billion itu saja, soal Jho Low ke, Riza Aziz ke itu semua tak penting kalau RM42 Billion itu ada dan selamat.

Sama juga contohnya sebelum kita melabur di ASB, kita akan tanya halal ke,? ASB berniaga apa ? Tak masuk neraka ke melabur kat ASB ? Siapa umum halal ? Bila diumum ? Mampu ke ASB nak bayar dividen setiap tahun dsbnya. Bila Majlis Fatwa putuskan halal dan ASB beri jaminan mampu, dengan dua jawapan itu bukankah sudah menjawab kepada persoalan-persoalan berkenaan.

Dalam isu 1MDB, menurut PM, 1MDB  terpaksa membuat pinjaman untuk kembangkan perniagaan, tapi apa yang pasti aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti, sekali lagi diulanginya yaitu melebihi liabiliti.

Kesimpulan dari jawapan Najib dapat difahami secara ringkasnya dimana Najib meminta rakyat supaya tidak perlu risau akan pengurusan 1MDB, apapun yang berlaku tidak ada masalah kerana aset yang dimiliki oleh 1MDB melebihi liabiliti.

Mengenai ketelusan pengurusan pula rakyat juga tak perlu khuatir, kerana bukan beliau, Rosmah atau Jho Low yang audit, sebaliknya akan diaudit oleh firma antarabangsa sama seperti PKFZ, cuma 1MDB lebih telus lagi kerana akan disemak semula oleh Ketua Audit Negara dan PAC yang turut mempunyai wakil dari pembangkang. Anda Mampu Mengubahnya.

Najib: Umno Mesti Berubah, Tapi Tugas Amat Besar Melibatkan Emosi... Ah Jib Gor Tak Yakin Ke ?

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa Umno perlu melakukan perubahan, namun menurut beliau, usaha itu adalah satu "tugas amat besar" yang melibatkan emosi para individu dalam parti tersebut.

Katanya, kesabaran amat diperlukan jika parti tersebut mahu melaksanakan perubahan kerana ia tidak akan hanya berlaku dalam semalaman. Umno sudah melakukan perubahan sebaik sahaja beliau mengambil alih dengan meminda perlembagaan bagi pemilihan pucuk pimpinannya yang mana ia bakal dilaksanakan semasa pemilihan parti pada 5 Oktober ini.

Buat kali pertamanya kira-kira 150,000 anggota Umno dijadualkan memilih pemimpin tertinggi parti itu. Ini berbanding dengan hanya 2,600 delegasi yang biasanya memilih pemimpin parti mereka pada masa-masa lalu.

Menurutnya, agenda perubahan tidak terletak pada dirinya seorang, tetapi ia bermula daripada legasi Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Maka (kini) giliran saya melakukan transformasi, dan saya akan memberi sepenuh komitmen dan yakin akan mampu melaksanakan," kata beliau.

Umno mesti berubah, tapi perubahan itu tidak sebagaimana mudahnya ia disebut, bukan setakat Presiden parti saja yang merasai kepayahan itu, bahkan seluruh rakyat Malaysia turut merasakannya.

Jika Umno benar-benar mahu berubah, daripada mana ianya ingin bermula ?, kerana bila bercakap mengenai perubahan dalam Umno, ia samalah seperti ayam dan telur, kerana bermulanya ayam daripada telur dan bermula juga telur daripada ayam, yang mana lebih dahulu ?

Namun ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan perubahan didalam Umno, perubahan itu mestilah bermula diperingkat bawahan lagi, diperingkat atasan ia sememangnya sudah sukar untuk melenturnya.

Tapi jika diperingkat bawah, ia tidaklah sesusah mana jika benar-benar inginkan perubahan, pertaruhkan saja mereka yang berwibawa, pilih mereka yang berkelayakkan dan punyai ciri-ciri kepimpinan yang mampu membawa masa depan parti ke arah yang lebih baik daripada keadaan yang ada sekarang.

Kalau tidak dipilih pemimpin yang cacar marba, masakan Umno tidak disenangi oleh rakyat dan perlukan perubahan ? Siapa yang menyebabkan pemimpin cacar marba dapat naik bertenggek mengjahanamkan parti ? Bukankah ianya naik kerana dipilih ?

Adapun hendak melakukan perubahan diperingkat atasan, ianya bukanlah satu tindakan yang bijak selain hanya akan menghuru-harakan parti, sebagai contoh jika Najib dibaringkan, pengganti beliau belum tentu juga mampu untuk melakukan perubahan, lagipun Najib ni dah cukup baik dah, yang tak baiknya Ah Jib Gor jer.

Seterusnya faktor masa, keberadaan parti semasa beliau mengambil alih dan tekanan politik dari luar dan dalam yang dihadapi oleh Najib juga perlu diambil kira, dan dalam masa sesingkat itu yang diberikan kepada beliau, sangat tidak adil jika kita mengatakan beliau gagal membawa apa-apa kebaikkan kepada parti, malah....Sambung semula... Ko guano Tok Jib dih ? Anda Mampu Mengubahnya.

Rintihan Kerdil - Cukup-Cukuplah Ah Jib Gor, Apa Lagi Yang Ah Jib Gor Mahu? @NajibRazak

Datuk Seri Ah Jib Gor ni ada-ada saja transformasi yang nak dilakukan, namun bercanggah ataupun songsang daripada kemahuan dan perjuangan parti yang didokong beliau, Ah Jib Gor dilihat terlalu tunduk dengan desakan pembangkang yang menentangnya, tapi tidak pernah pula ingin mendengar rintihan insan-insan kerdil yang setia menyokongnya.

Mujarab sungguh minyak senyonyong yang diguna-gunakan keatas Ah Jib Gor, sedarkah Ah Jib Gor apa saja tuntutan pembangkang yang dipenuhinya tidak pernah berakhir dengan penerimaan yang baik, kerana apa ? Kerana tuntutan-tuntutan yang dibuat tidak ikhlas dan sekadar untuk memenuhi sifatnya sebagai pembangkang. Itu saja, sedarlah wahai Ah Jib Gor.

Sebagai contoh, berhubung pengumuman terbaru bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Apa kata pemimpin pembangkang ?

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri"? 

Adakah Ah Jib Gor sependapat dengan pandangan Nik Aziz itu ? Tidak...Tujuan sebenar Ah Jib Gor ialah untuk membuktikan ketelusan SPR supaya tidak akan berlakunya pertikaian mengenai keputusan PRU dimasa akan datang, tapi dalam keadaan sekarang ini, tindakan itu seolah-olah menampakkan dakwaan pembangkang sebelum ini adalah benar.

Begitu juga dengan tuntutan himpunan Bersih, antaranya dakwat kekal, setelah kerajaan memenuhi tuntutan penggunaan dakwat kekal, apa yang berlaku ?, adakah kesannya baik ?  Tidak.. Ianya dimanipulasikan menjadi bertambah buruk, isunya juga bertambah.

Keadaan itu semua sepatutnya sudah diambil iktibar diatas perkara yang telah dilakukan dalam usaha memikat hati pengundi cina, mengambil kira daripada program-program makan besar, bertukar nama kepada Ah Jib Gor, memalu gendang dalam iklan Tahun Baru Cina dsbnya, lebih parah lagi  Gangnam Style, Are you ready for BN ? No..... Tauladannya, melaburlah berapa banyak sekalipun, buatlah apapun, mereka tetap berkata "No"...

Namun Ah Jib Gor tidak berpuas hati lalu seraya bertanya, Apa lagi cina mahu ? Jawapannya cina tak mahukan anda. Cina mahukan Lim Kit Siang menggantikan tempat anda. Ada faham ??? Berbeza dengan PM sebelum ini, PM sebelum ini tidak menjadi Ah Lah atau Ah Thir, tapi mereka tidak pula mendapat tsunami cina. Sedangkan Ah Jib Gor tak pernah meminggirkan cina malah terkadang melebihkannya melebihi Melayu, tapi  cina tetap menolak Ah Jib Gor?

Takkanlah hal simple itu sukar untuk faham, berbalik kepada isu transformasi yang hendak dilakukan kepada SPR, apa keperluannya ? Takkan kerana desakan demontrasi pembangkang seorang ketua kerajaan nak dilihat bacul, soalnya sekarang keputusan pilihanraya itu sengaja ditimbulkan oleh pembangkang, jika benar apa yang dituduh oleh pembangkang dengan pembangkang mengemukakan bukti, oklah, kita boleh terima transformasi berkenaan.

Ini tidak, pembangkang hanya menuduh, pembangkang kata berlakunya 'blackout', kita bertanya, dimana ? Pembangkang menjawab, di kawasan-kawasan yang kita kurang jentera, kawasan-kawasan yang mereka fokus mereka mesti menang, mereka lakukan 'blackout'. Soalnya sekarang dimana ? nama kawasan! Takkan tiada nama kawasan itu, sebutlah nama parlimen mana, kalau DUN, DUN mana ?

Akhirnya dengan begitu detail sekali pembangkang menyenaraikan tempat blackout yang berlaku yaitu hanya di bilik pengiraan undi Saluran 3 DUN Seri Serdang, pada jam 7.32 malam, DUN tersebut dimenangi oleh calon Pas Noor Hanim Ismail dengan majoriti 16,521 undi. So apa masalahnya dengan isu 'blackout' ini ? Dimana asasnya untuk mempertikaikan kredibiliti SPR sehingga perlunya ditransformasikan suruhanjaya berkenaan?

Dengan itu sudah tiba masanya untuk Ah Jib Gor ditransformasikan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sebenar, berdiri pada landasan perjuangan yang sebenar, untuk bangsa kita Melayu, agama kita Islam dan negara kita Malaysia, permantapkanlah orang-orang kita untuk menghadapi orang-orang cina, kerana orang-orang cina sudah mencabar kuasa kita dan telah membuktikannya, jadi inilah masanya untuk kita semua bersama Ah Jib Gor sedar dan bersatu.

Come on lah Ah Jib Gor, tak perlulah nak jadi Ah Jib Gorblok, jadilah diri anda yang sebenar berpaksi kepada perjuangan yang didokong, usahlah bersikap seperti mengasah senjata untuk dihalakan kepada diri sendiri, kerana hari ini kita semua dapat lihat dimana Ah Jib Gor hanya  mendengar suara pembangkang, suara cina, memenuhi tuntutan pembangkang, tuntutan cina, siapa pembangkang? siapa cina ? Adakah pembangkang atau cina yang membantu dan menyokong Ah Jib Gor untuk mengekalkan kerajaan sekaligus menjadikannya Perdana Menteri ?

Jika begitu siapa pula kita ini ? Melayu tak terbela. Insan kerdil yang kurang mendapat kasih sayang ? terpinggir dan dipinggirkan ! Tidak berharga dan tidak dihargai, tiada guna dan tidak digunakan ?... Jika pun kami ghaib dialam maya, tolonglah nampak kami pada alam yang nyata. Jika pun kami berjuang dengan ikhlasnya, tolonglah kami kerana ia lebih baik daripada menolong cina. Anda Mampu Mengubahnya.

'Arab Spring' Bakal Berlaku Di Malaysia - Realiti Atau Ilusi ?

Jika ditanya apa lagi yang Anwar mahu, tentu Anwar akan jawab, "Saya mahu jadi Perdana Menteri", atas sebab itulah beliau telah melakukan kemeroyanan diseluruh negara bagi memastikan kemahuannya itu tercapai. 'Arab spring' bakal berlaku di Malaysia, Realiti Atau Ilusi ?

Kita semakin hanyut dan terikut-ikut dengan acuan politik individu yang memperjuangkan diri sendiri dan kita terlupa hakikat itu lalu menyangka ianya memperjuangkan hak kita dan hak seluruh rakyat Malaysia dan kita fikir ia lebih baik dari yang sediaada.

Kita lupa dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita, tiada yang lebih nikmat daripada menikmati kehidupan yang aman damai seperti negara kita hari ini. Kita menjadi lara dan mengharapkan keajaiban berlaku dalam pentadbiran negara kita, tanpa menyedari orang asing telah merebut peluang-peluang yang kita tinggalkan, antaranya dapat kita lihat secara ketara yang sedang berlaku di Kelantan hari ini ialah penglibatan warga asing seperti Pakistan dalam aktiviti perniagaan kedai runcit dsbnya....

Orang kita semakin tidak berminat setelah terpedaya dengan pelbagai fitnah berhubung dengan penyelewengan berbillion wang rakyat, kita melihat fitnah berbillion itu nilainya jauh lebih besar daripada hasil yang sedang kita usahakan, kita hilang fokus dan kita semakin malas kerana merasakan ianya tidak berbaloi sebelum mengambil keputusan mempercayai dan menyokong apa saja fitnah yang dicampakkan oleh individu yang berkepentingan dalam usaha mendapatkan kuasa politik itu.

Jangkaan kita sekiranya pembangkang mengambil-alih Putrajaya hidup kita akan berubah, segala HAK yang diperkatakan oleh pembangkang selama ini akan menjadi kepunyaan kita, kerana hari ini semua orang dan semua kaum sudah lupa dengan apa yang ada dan menuntut apa yang dikatakan HAK yang dijaja oleh pembangkang.

Ramai dikalangan orang muda serta kaum lain mulai bangkit menuntut HAK, sikap kurang ajar dan biadap menjadi alas kepada tuntutan, hal ini berlaku disebabkan terpedaya dengan tohmahan penggila kuasa manusia yang bernama Anwar Ibrahim,  mempertaruhkan orang muda dan HAK kaum lain diatas kebatilan fakta demi kepentingan sendiri adalah satu barah yang sedang melanda masyarakat kita pada hari ini.

Sejauhmana kesedaran kita mengenai barah tersebut, apa kita fikir nasib kita akan dibela secara mulia oleh segolongan orang politik ? Percayalah, secara jujurnya orang politik tidak lebih memikirkan nasib rakyat selain mencari kekayaan kepada diri mereka dan kaum kerabat mereka sendiri. Sukar untuk orang politik berlaku jujur, apa yang dilakukan itu hanyalah demi menjaga kepentingan mereka bukannya mutlak untuk menjaga kepentingan rakyat.

Yang menampakkan menjaga kepentingan rakyat itu sebenarnya hanyalah bersifat politik, orang politik tidak akan menjadi lebih baik daripada orang politik yang lain, kerana asas politik itu sendiri adalah untuk mendapatkan KUASA, dengan kuasa ia menjadi harta dan kaya-raya, dan itulah matlamat semua.

Jika masyarakat tidak sedar akan realiti pertarungan orang politik dan terpedaya dengan berbaik sangka keatas orang politik yang mendakwa dia lebih baik daripada orang politik yang lain, maka bersedialah kita untuk kehancuran, kerana wujudnya perumpamaan seperti 'indah khabar dari rupa' dan 'lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga', itu semua disebabkan telah berlaku sebagaimana situasi yang berlaku hari ini.

Sejenaklah kita bebaskan minda dan timbangkan kepercayaan kita bahawa pembangkang mampu memandu negara kita kearah yang lebih baik dengan apa yang telah berlaku didalam pentadbiran serta parti pembangkang itu sendiri.

Apakah pentadbiran pembangkang bebas dari rasuah ? Apakah tidak berlaku politik wang dalam parti pembangkang ? Apakah semuanya baik didalam pembangkang ? Apakah pemimpin pembangkang tidak gila kuasa dan tidak pentingkan jawatan ? Apa yang telah berlaku dalam pentadbiran kerajaan pembangkang Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang ?.

Kesimpulannya, sejak kebelakangan ini ucapan-ucapan pemimpin pembangkang lebih terarah kepada mengajak rakyat khasnya orang muda untuk turun kejalanraya dalam usaha mereka menggulingkan kerajaan. Jika kesedaran tidak ada dikalangan rakyat, maka tidak mustahil apa yang dikatakan sebagai 'arab spring' itu aka turut berlaku dinegara kita Malaysia. Anda Mampu Mengubahnya.

Pada tahun 1974, Anwar mampu mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran kerana isu kononya ada seorang budak mati kebuluran di Baling, Kedah. Pada 2013....?

Video - Amanat Perdana Menteri Khas Untuk Rakyat Kelantan

"Acu cuba Try test sepenggal" Rakyat Kelantan seharusnya menyahut seruan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya mencuba pemerintahan Barisan Nasional selama sepenggal dan menukarnya kempali kepada Pas jika pentadbiran BN itu nanti tidak memuaskan hati rakyat.

Tanpa berusaha dan bertawakkal untuk menjadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam, kita bukanlah tergolong dikalangan golongan insan yang berjaya, sampai bila kita rakyat Kelantan sanggup menjadi bahan 'kecep sajo' kerajaan Pas sedangkan peluang untuk kita mencuba sesuatu yang baru itu ada ditangan kita.

Apalah salahnya kita mencuba, dan secara peribadi selaku bloggers bebas walaupun acap kali juga mengkritik kerajaan BN dengan jujur hati ingin menyatakan dan memberi jaminan dimana jika negeri Kelantan dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad, Gk berkeyakinan negeri Kelantan akan jauh lebih baik dari semua segi dan masa depan generasi muda akan berubah disamping transformasi yang akan dibawa oleh beliau selaku pemimpin yang bersih dari sebarang skandal serta kewibawaannya mentadbir.

Kita jangan merasakan diri kita sudah baik dan sempurna tanpa perlu kita mencari lebih kesempurnaan, dan kita rakyat Kelantan yakinlah dan percayalah, Tok Pa akan memimpin Kelantan dengan mengekalkan dan menambah baik kebaikkan yang sediaada dalam aspek keagamaan misalnya, 

Namun itu tidak cukup selain Tok Pa akan mengembangkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam memastikan misi beliau yaitu anak-anak Kelantan di perantauan dapat pulang menyumbangkan bakti di negeri sendiri didepan mata ayah dan ibu tercinta. Ingatlah segalanya terletak ditangan anda. 

Sungguhpun begitu, pastikan anda memilih calon Barisan Nasional yang berwibawa, jujur dan amanah. Jika sebaliknya abaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Kamilia Dipecat - Najib: Lebih Baik Korbankan Pembelot Dari Korbankan Parti

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan dikeluarkan pada Isnin.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.

"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.

"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di sini hari ini.

Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas manakala Mohd Shariff mencabar Shabudin Yahaya (BN) dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Pas).

Najib berkata, bukan menjadi kesalahan kepada BN memecat anggota dan pemimpinnya yang belot kerana tindakan itu perlu dan penting bagi menjaga disiplin parti.

Beliau berkata, jika disiplin BN tidak dijaga, ia boleh merosakkan parti berkenaan.

"Kalau ada satu dua yang terpaksa kita korbankan, lebih baik kita korbankan mereka daripada kita korbankan parti yang kita kasihi," katanya.

Pemecatan Kamilia itu diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tamat proses penamaan calon bagi PRU13 di seluruh negara hari ini dan Kamilia disahkan bertanding di Kuala Kangsar.
  
"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita selepas mengemukakan kertas pencalonan beliau sendiri untuk kerusi Parlimen Pagoh di Johor.
  
Surat pemecatan Kamilia akan dikeluarkan Isnin ini.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya dengan mengatakan Barisan Nasional tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13, sedangkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Kamilia yang menolak tawaran bertanding, bagi kerusi Dun Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
  
Kamilia juga turut ditawarkan jawatan Exco jika BN menubuhkan kerajaan di negeri Perak tetapi beliau turut menolaknya, kata perdana menteri.
  
Beliau berkata sehubungan itu, tidak timbul sama sekali soal Kamilia tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.
  
Sementara itu Kamilia mengumumkan dalam laman Facebooknya bahawa beliau meletakkan semua jawatan dalam Umno berikutan beliau bertanding sebagai calon Bebas.
  
Selain naib ketua Wanita Umno, Kamilia juga memegang jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.
  
Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Adakah pencacai PR fikir BN lemah dan akan tunduk dengan apa saja desakan ? Tidak...Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Syabas BN, ketegasan yang menyakinkan. Gengam bara api biar sampai jadi arang.

EKSKLUSIF - 100 Dalil Kenapa Najib Layak Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri

Memilih seseorang pemimpin pilihlah yang tahu berkerja bukannya sekadar tahu bercakap dan berjanji semata-mata sedangkan mungkir dalam melaksana, tiada guna hanya lantang berdebat dan membangkang, kerana rakyat tidak mahu makan debat tapi rakyat mahu makan nasi.

Biarpun pelbagai fitnah dan cemuhan dilemparkan oleh pembangkang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun itu semua tidak mampu untuk menyekat beliau dari terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada rakyat dan juga negara. Buktinya, beliau hanya mengambil masa 4 tahun untuk melakukan pelbagai transformasi yang telah memberi kesan perubahan yang besar kepada rakyat dan negara.

Jika tempoh 4 tahun yang getir dengan berhujankan fitnah dari pembangkang pun Najib boleh secemerlang ini, maka sudah pasti majoriti besar rakyat dalam negara ini yakin untuk memberi tempoh 4 tahun lagi bagi beliau menyempurnakan serta melipat gandakan kecemerlangan yang sudah beliau buktikan ini.

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA


1. 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

2. 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

3. 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

4. 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

5. 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

6. 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing. 

7.   22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini). 

8. 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. 

9.    4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). 

10. 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu). 

11.  7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara. 

12.  19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV. 

13.  18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang. 

14.  23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama, sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral. 

15.  24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi. 

16.  7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti. 

17.  14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat. 

18.  15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia. 

19.  7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera. 

20.  28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas. 

21.  12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara. 

22.  15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima. 

23.  19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan. 

24.  16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA
25.  3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

26.  Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

27.  9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

28.  15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

29.  5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

30.  24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

31.  24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

32.  19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

33.  28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

34.  28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidakberpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

35.  15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

36.  7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

37.  11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

38.  25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

39.  30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

 3. PENTADBIRAN

40.  9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

41.  18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

42.  27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

43.  27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

44.  8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

45.   23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

46.  23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

47.  4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

48.  28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

49.  26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

50.  19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

51.  25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN
52.  10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

53.  22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

54.  27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

55.  27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

56.  15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

57.  24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

58.  30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

59.  1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

60.  23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

61.  23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

62.   30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

63.  10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

64.  25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

65.  11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

66.  10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

67.  3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

68.  6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang enyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

69.  30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

70.  26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

71.   12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.

72.  27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika yarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".

73.  12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

74.  18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

75.  15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

76.  22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.

 6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

77.  24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

78.  15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

79.  28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

80.   29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

81.  17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

82.  26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

83.  24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

84.  10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

85.  8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

86.  7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

 7. POLITIK 

87.  26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

88.  24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

89.  15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

90.  29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

91.  20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

 8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB 
92.  Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

93.  Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

94.   Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

95.  Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

96.  World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

97.  Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

98.  Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

99.  25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

100.  7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.

Nik Aziz atau Anwar pula bagaimana ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...