Showing posts with label manifesto pembangkang. Show all posts
Showing posts with label manifesto pembangkang. Show all posts

Video - Lihat! Bagaimana PR Auta Bila Orang Muda Tuntut Janji Wifi Percuma Dalam Manifesto 2008

'Manifesto mesti berupa suatu komitmen yang boleh dilaksanakan' atau 'manifesto bukan janji', sekadar cakap untuk penyedap semua orang boleh cakap, namun adakah terlaksana apa yang dijanjikan itu, atau kekal dengan pendirian 'manifesto bukan janji'.

Dalam satu forum bual bicara bersama Facebooker yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Balai Islam Lundang Kota Bharu, salah seorang hadirin, Nik Saifuddin yang juga merupakan penyokong Pakatan Rakyat membangkitkan mengenai janji PR pada manifesto 2008 untuk menyediakan Wi-fi percuma kepada kesemua negeri yang dimenangi oleh mereka.

Nik Saifuddin turut mempersoalkan kenapa ianya tidak dilaksanakan dan apakah masalahnya, jika ada masalah kenapa masalah ini tidak difikirkan terlebih dahulu sebelum berjanji dan meletakkan didalam manifesto Pakatan Rakus 2008.

Bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution bersifat lebih auta dari nyata, dengan kata lain setiap janji PR ini semua tidak boleh dipakai, bukti sudah ada, jadi apa lagi mahu ? Anda Mampu Mengubahnya.

Bila dah menang dapat Putrajaya, bila rakyat tuntut janji, pemimpin PR buat 'dek' jer apa yang rakyat boleh buat, macam sekaranglah, mana Wifi percumanya?

Habis Benda Pembangkang Dakwa Sandiwara, Video Ni Pun Sandiwara!

Selepas krisis pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dituduh oleh pemimpin pembangkang sebagai sandiwara, PKR hari ini sekali lagi mengulangi tuduhan sandiwara itu kepada kerajaan kerana memberi tawaran muncul di RTM selama 10 minit untuk menjelaskkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus menolak tawaran tersebut.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa tawaran itu bersifat berat sebelah kerana masa diberi sangat sedikit.

"Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi.

"... adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan Umno ke atas rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Kata Nik Nazmi lagi, jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk memberi ruang kepada parti politik pembangkang, mereka sepatutnya mencontohi negara luar dalam menyiarkan laporan yang seimbang, bukannya 99 peratus menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran itu bersifat sandiwara kerana hanya 10 minit diberi kepada Pakatan Rakyat sedangkan masa untuk Umno dalam media arus perdana adalah selama 365 hari, 22 jam dan 50 minit.

Tambah beliau, tawaran itu dibuat hanya selepas Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Pilihan Raya memutuskan.

"Media Umno tidak ikhlas... inilah salah satu taktik yang digunakan Umno bagi mengaburi mata rakyat supaya kerajaan dilihat telah melaksanakan perubahan dalam media," ujarnya lagi.
Kerajaan bagi pun salah tak bagi pun salah, dah nama lagi pembangkang, kerjanya asyik bangkang jerlah, ada ke patut nak lawan tauke ? Nak bercakap apa lama-lama ?, hargailah masa, 10 minit itupun dah cukup bermakna, patutnya bersyukurlah.

Inilah sikap pemimpin haprak yang tak tahu bersyukur, sepatutnya terima sajalah pemberian itu, sikit buat cara sikit, jika tidak, tak perlu cakap banyak, duk diam-diam jangan banyak songeh. Kahkahkah. Anda Mampu Mengubahnya.

Anwar Pinda Manifesto Hanya Di Kedai Kopi, Jalan Belakang Lagi... - Video

PASIR PUTEH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembirakan aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), apabila bersetuju meminda Manifesto PR dengan serta merta berhubung perkara pembayaran royalti minyak hanya di kedai kopi.

Manifesto itu sebelum ini hanya menyebut Sabah dan Sarawak yang bakal menerima peningkatan royalti petroleum dan sumber hidrokarbon daripada lima kepada 20 peratus sekiranya PR berjaya mentadbir negara.

Anwar dalam ucapan ringkasnya antara lain berkata, rakyat perlu istiqamah dalam perjuangan sekarang, bagi memastikan PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Tiada benda yang payah dengan Anwar, segalanya mudah, depan belakang semua jalan, mungkin suatu hari nanti urusan untuk menjual negara juga akan dilakukan Anwar semudah ini di kedai kopi.

Bagaimana mungkin urusan sepenting tuntutan royalti itu terlepas pandang jika benar mereka serius dengan isu tersebut, ini satu petanda yang tidak baik bagi golongan mereka yang berfikir. Pengurusan cacar marba yang ditunjukkan keatas perkara dasar dalam perjuangan jelas membuktikan keupayaan sebenar PR didalam pentadbiran jauh berbeza daripada apa yang diucapkan dipentas-pentas ceramah sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal Ismail Aziz, dalam ruangan blog beliau turut mengulas dan mempertikaikan kewibawaan PR apabila Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR itu dianggotai oleh mereka yang tidak berpengalaman selain menghidapi sindrom nyanyuk.

Siapa yang menulis dan memikirkan manifesto PR ya? Patutlah lemah dah merapu. Mereka bukan pakar ekonomi, pakar pendidikan tinggi dan pendidikan, mereka hanya orang-orang politik atau orang-orang yang belum matang ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka. Termasuk sejumlah yang pelupa dan tidak pandai mengira...

Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR

Husam musa - pelupa dan tak iktiraf gerakan Royalti?

Rafizi ramli - Unjuran pendidikan tinggi pun salah, lagi nak cakap tentang pendidikan percuma

Teo Nie Ching

Zulkfli Ahmad

Hatta Ramli

Salahudin ayub - kemampuan intelektualisme dia pun kita dah tahu semasa dia berdebat dengan Datuk Saifuddin Abdullah

Liew Chin Tong

Dr Ong Kian Ming - Consultant dari parti yang tidak boleh mengira dengan betul ketika pemilihan parti walaupun undi tak sampai 2,000. Baca selanjutnya...

Hasan Ali: Tak Malu Ke Kalau PM Kita Anwar Ibrahim

KLANG - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin Pas tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. - Bernama

Tun M: "Kalau Kita Nak Jadi Bankrap, Bolehlah Kita Beri Semua...

KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.

Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." - Bernama

Cuepacs - RM50 Ibu Tunggal Pun Tak Tunai, Inikan RM500 Kepada Penjawat Awam, Bohong !

Antara janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang ialah semua penjawat awam akan diwujudkan caruman nasional RM500 sebulan sehingga pencen, bagaimanapun menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, itu semua hanyalah janji kosong pembangkang.

"Jika dahulu mereka janji nak bagi elaun ibu tunggal dan bantuan kepada murid sebulan RM50 di Selangor pun sampai sekarang mereka tak tunai, macam mana nak beri RM500 sebulan kepada 1.4 juta penjawat awam negara ini? Ini semua perlu difikirkan semula oleh rakyat," katanya. 

Tegasnya, kebanyakkan yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebenarnya telahpun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini, termasuk gaji minimum, insentif percukaian, dan perumahan rakyat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, jika pada PRU lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyatakan manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditepati, maka kali ini juga pastinya ia akan membawa nasib yang sama.

"Oleh itu, rakyat tidak perlu mempercayai manifesto kali ini bagi mengelak daripada tertipu seperti pengundi di Selangor, kerana pakatan pembangkang tidak akan bertanggungjawab terhadap manifesto yang mereka buat apabila berjaya menjadi kerajaan," katanya.

Pandangan Mohd Rafiq turut dikongsi presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan kalimat dalam manifesto itu tidak lebih daripada susunan ayat yang disalut 'gula-gula manis' untuk memikat hati rakyat.

"Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, manifesto adalah komitmen dan sebuah kontrak antara rakyat dan parti politik.

Oleh itu, katanya, sesebuah parti tidak boleh menampilkan manifesto untuk menipu rakyat, memujuk dan memikat mereka untuk mengundi.

Katanya, amat penting bagi parti politik untuk memahami bahawa apa jua yang ditampilkan dalam manifesto itu, mereka mesti bersedia mengotakannya serta menunaikan apa yang dijanjikan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melontarkan persoalan yang penting: "Adakah PR mempunyai masa dan wang untuk melakukannya dalam tempoh lima tahun memegang kuasa?".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...