Anwar Pinda Manifesto Hanya Di Kedai Kopi, Jalan Belakang Lagi... - Video

PASIR PUTEH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembirakan aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), apabila bersetuju meminda Manifesto PR dengan serta merta berhubung perkara pembayaran royalti minyak hanya di kedai kopi.

Manifesto itu sebelum ini hanya menyebut Sabah dan Sarawak yang bakal menerima peningkatan royalti petroleum dan sumber hidrokarbon daripada lima kepada 20 peratus sekiranya PR berjaya mentadbir negara.

Anwar dalam ucapan ringkasnya antara lain berkata, rakyat perlu istiqamah dalam perjuangan sekarang, bagi memastikan PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Tiada benda yang payah dengan Anwar, segalanya mudah, depan belakang semua jalan, mungkin suatu hari nanti urusan untuk menjual negara juga akan dilakukan Anwar semudah ini di kedai kopi.

Bagaimana mungkin urusan sepenting tuntutan royalti itu terlepas pandang jika benar mereka serius dengan isu tersebut, ini satu petanda yang tidak baik bagi golongan mereka yang berfikir. Pengurusan cacar marba yang ditunjukkan keatas perkara dasar dalam perjuangan jelas membuktikan keupayaan sebenar PR didalam pentadbiran jauh berbeza daripada apa yang diucapkan dipentas-pentas ceramah sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal Ismail Aziz, dalam ruangan blog beliau turut mengulas dan mempertikaikan kewibawaan PR apabila Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR itu dianggotai oleh mereka yang tidak berpengalaman selain menghidapi sindrom nyanyuk.

Siapa yang menulis dan memikirkan manifesto PR ya? Patutlah lemah dah merapu. Mereka bukan pakar ekonomi, pakar pendidikan tinggi dan pendidikan, mereka hanya orang-orang politik atau orang-orang yang belum matang ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka. Termasuk sejumlah yang pelupa dan tidak pandai mengira...

Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR

Husam musa - pelupa dan tak iktiraf gerakan Royalti?

Rafizi ramli - Unjuran pendidikan tinggi pun salah, lagi nak cakap tentang pendidikan percuma

Teo Nie Ching

Zulkfli Ahmad

Hatta Ramli

Salahudin ayub - kemampuan intelektualisme dia pun kita dah tahu semasa dia berdebat dengan Datuk Saifuddin Abdullah

Liew Chin Tong

Dr Ong Kian Ming - Consultant dari parti yang tidak boleh mengira dengan betul ketika pemilihan parti walaupun undi tak sampai 2,000. Baca selanjutnya...

2 comments:

  1. Sapa yg buat bisnes, akan faham knp janji pakatan tu akan bankrapkn negara. In the end, janji2 tu x mungkin akan dilaksanakn andai PR berkuasa, sbb...ia umpama bunuh diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa satu lagi menifesto perlu di tambah yakni berikan peluang kepada YB pembakang ni mengumpul kekayaan dengan membiarkan rakyat bergeladangan.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...