Nik Aziz Tak Tahu Murid Darjah 4 Dirogol 2 Remaja!

TUMPAT – Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di sini mendakwa dirogol dua remaja lelaki dikenalinya yang merupakan jiran mangsa di Kampung Baru Nelayan di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa diajak ke rumah salah seorang remaja dan kemudiannya kedua-dua remaja itu merogolnya di dalam bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tumpat, Asisten Superintendan Mohd Azmi Mohd Ali berkata, hasil siasatan mendapati mangsa telah dirogol oleh suspek sebanyak tiga kali sejak tahun lepas lagi.

“Kejadian terbaru adalah Sabtu lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari di dalam bilik lelaki salah seorang suspek tersebut, manakala dua kejadian lagi berlaku pada tahun lepas.

“Seorang suspek adalah sepupu mangsa dan sepanjang tiga kali dirogol, mangsa diajak ke dalam rumah suspek yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari rumah mangsa,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari ibunya apabila mangsa mengadu sakit di dubur dan kemaluan dan berikutan itu satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa apabila mengesyaki anaknya dirogol.

“Susulan laporan itu, kedua-dua suspek tersebut ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan,” katanya. 
 
Terdahulu hasrat seorang lelaki, untuk membawa keluarga melancong ke Kelantan bertukar duka, apabila keempat-empat tayar kereta jenis Grand Livina yang diletakkan di tempat parkir berhampiran hotel bajet di sini, dicuri di Jalan Pintu Pong, di sini, pagi kelmarin.

Kejadian menyebabkan pemiliknya, Nor Helmi Mansor, 40 mengalami kerugian RM3,500 dan terpaksa mendapatkan bantuan orang awam untuk mendapatkan tayar ganti.

Menurut rakan mangsa, Sahabuddin Omar, 41, Nor Helmi yang menetap di Negeri Sembilan datang ke Kota Bharu bersama keluarga sempena cuti Tahun Baru Cina.

“Dia yang menyewa di sebuah hotel di kawasan terbabit meninggalkan kereta di kawasan itu dalam keadaan berkunci, namun terkejut selepas bangun kirakira jam 6 pagi dan melihat keempat-empat tayarnya pula yang hilang dicuri.

“Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan perancangannya untuk ke Terengganu selepas singgah di Kelantan juga terbantut,” katanya.

Menurut Sahabuddin yang merupakan penduduk tempatan, kawasan berkenaan sering menjadi sasaran pencuri melakukan kegiatan seumpama itu.

“Mungkin dia orang luar, tidak tahu kejadian yang sering berlaku di kawasan itu. Saya harap selepas ini orang ramai lebih berhati-hati dan pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan di kawasan ini bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

4 comments:

  1. Ini serambi mekah?... TUKAR! Ulama sokong BN!

    ReplyDelete
  2. Ni org umno yg buat. Kata nike ajish. Tak gitu. Selalunya yang salah umno kan. Islee pah tok wak gitu

    ReplyDelete
  3. Serambi mekah..rogol dan liwat da halal..Polis ni satu hal jika tak ada $ orang saksi..Tak perlu susah susah..Tak cukup Bukti ..Take Beeer.

    ReplyDelete
  4. Setiap kes wajib 4 Saksi.. Rogol , Liwat, Curi , Rompak..Polis jangan nak pandai pandai.. Itu Hadi Bawang dan Nik ajis beritau..so Jangan buang masa,..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...