Pas Lebih Teruk Dari Kafir VS Penerima BR1M Binatang: Nik Aziz Kecewa Kenyataan Mufti - Video

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M
Kenyataan Ulamak taik kucing Nik Aziz sebelum ini.

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, serupa dengan bagi kat lembu, beri RM10, RM50  "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,"

Nik Aziz yang duk kalut pasal BR1M tak tentu pasal ni apa halnya, banyak lagi perkara penting yang perlu diselesaikan namun kerana apa isu orang membuat kebaikkan ini juga nak dipertikaikannya, daif sungguh pemikiran Nik Aziz ni, ore Kelate kato 'gong', sama-sama kita bersihkan hati dan ilmu yang telah dicemari oleh ulamak gong seperti Nik Aziz ini dengan mendengar penjelasan dalam rakaman dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

7 comments:

  1. BEGINILAH SIKAP NIK AZIZI YANG TIDAK PERNAH MENGAKU KESILAPANNYA. BILA ORANGLAIN TEGUR YERUS DIA LABELKAN MACAM-MACAM. DAH LAH 20 TAHUN MEMERINTAH TIADA SEBARANG KEMAJUAN EKONOMI NEGERI MALAH RAKYAT PUN TIDAK BIOLEH DAPAT MINUMAN AYER BERSIH. APA PUNY ABANGGANG MB INI. CERMINLAH DIRI DAHULU SEBELUM NAK SURUH ORANG LAIN CERMINKAN DIRI. ULAMAK DAN ULAR DALAM SEMAK JAUH BERBEZA NOOO....MINTALAH USTAZ ANWAR BAGI TERBIYAH.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya NIK Aziz cakap kat diri sendiri lain kali berhati-hati bila bercakap...awak tu MB kalau cakap tak mcm org berilmu mcm mana org nak respect..???

    ReplyDelete
  3. betul tu .... dah 20 thn aku dengar ckp menipu nik aziz ni....aje geli aku dgn org tua ni...

    ReplyDelete
  4. Mulut beso kecek beruus...tak naei ko rakyat. Jauh benar dengan Rasulullah yang siang malam menangiskan umat kerana belah dan kasih saye, begitu jugak Khulafah-khulafah Al-Rasyidin yang pikul gandum dinihari, gi ita kok joke rumah rakyat, cari mana yang hidup sesak, tulun nanok wi maken. Tak terbaca dalam mana-mana kitab mereka bahasakan rakyat sebagai ayam dan lembu yang bodo dan membebankan.

    Kalu dah tok ser ko rakyat, wat gapo jadi pemimpin. Mu jaga rakyat ko mu jaga parti. Kalu exco segar bogar, biarlah rakyat buleh kecap sama. Kalu takleh bui ikan, bui batang kail pun jadilah. Hasil mahsul negeri digunakan untuk parti bukan untuk kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Ayat terakhir TGNA sptnya bermaksud ada individu yg rezkinya ditentukan oleh parti yg memerintah. Salah dlm konsep tawakal. Kata kata ini tak harus keluar dr mulut seorg Islam, apatah lg bila ia diangap ulama.

    ReplyDelete
  6. Nik aziz bukan ulamak..kalu dia seorang ulama dia tak simpan dendam kesumat yg begitu lama. Tok kenali pergi ke mekah sekelip mata..nik aziz pergi ke mekah naik airplane..tu pun kena sorong kerusi roda. Please laa..malukan diri sendiri dan orang kelantan.

    ReplyDelete
  7. AKU PUN G PAKISTAN N INDIA N JUMPA ULAMA YG BTL2 ULAMA....ULAMA X DE CKP MENGUTUK N MENGHINA ORG SESUKA HATI....ULAMA BTL2 BIASA RENDAH DIRI DAN MMG ADA ILMU KASYAF......WALAUPUN ADA AKU TERDGR HAL NIK AZIZ DI PAKISTAN....N KAWAN2 DIA YG PENAH BELAJAR DGN DIA BIARLAH ALLAH YG TUNJUK KPD DIA SPY DIA DPT JLNN YG BTL DLM TEGAK SYARIAAT IKUT CARA NABI.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...