KOTA BHARU - Seorang wanita berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar heroin seberat 150 gram, bulan lalu.
Tuduhan terhadap Zaruna Yusof,42, dibuat di hadapan Majistret Muhammad Hafiz Mohd Noor.
Pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 150 gram di Pekarangan Tempat Letak Kereta, berhampiran tandas awam, Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada jam 1.35 tengah hari, 21 Januari lalu.
Susulan itu, tertuduh yang berasal dari Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Kes bersambung 21 April depan untuk laporan kimia.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita ditahan bersama 50 botol lut sinar mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM125,000.
Hasil pemeriksaan dalam serbuan itu mendapati dadah dibalut dengan surat khabar dan diletakkan di dalam beg tangannya ketika dipercayai sedang menunggu pelanggan di kawasan berkenaan.

Jika negeri Kelantan tidak mundur, maknanya punyai peluang pekerjaan yang banyak serta pendapatan setara dengan kos taraf hidup, apakah wanita malang ini akan mengedar dadah ? Nik Aziz jangan makan gaji buta, masalah seperti ini perlu diberi perhatian yang khusus jangan hanya tahu nak ceraikan Nasaruddin saja.
Kasihanilah mereka ini yang menjadi mangsa kepada keadaan hasil dari mengundi parti bohong dan retorik sepanjang masa, keadaan ini hanyalah menyebabkan rakyat Kelantan rugi pada dua jalan yaitu jalan dunia dan juga akhirat.
Harapkan hukum Hudud tertegak, dah 23 tahun Pas perintah bayang Hudud pun tak nampak, harapkan pembangunan, langsung tidak ada pembangunan yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat, malah pembangunan yang menguntungkan 'Tauke-tauke cina' terus diberi keutamaan.
Andai keadaan ini terus dibiarkan kita perlu berfikir, hari ini mungkin tidak kena kepada kita, hari esok belum tentu, dan jika kita sudah punyai pendapatan yang tetap, bagaimana dengan anak cucu kita pada masa hadapan.
Kes-kes seperti ini terlalu kerap berlaku di Kelantan, ianya melibatkan umat Islam, boleh dikatakan setiap bulan ada saja kes seperti ini dilaporkan oleh media. Namun sebagai masyarakat, pernahkah kita terfikir kenapa perkara ini berlaku ? Bagaimana cara untuk kita mengatasinya, kerana diakhirat nanti perkara ini turut akan ditanya oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.
Rakyat Kelantan bangga tidak ada kedai judi, tapi rakyat Kelantan lupa akan wujudnya kedai-kedai dadah.
INI KLU NURU IZZAH YG KENA PASTI MENGAMUK PUAK2 CAI KATA MAKAMAH TAK ADILLAHHHHH...KEHKEHKEH...
ReplyDeleteApe kena mengena nik aziz dengan kes ni?? Negeri lain yg kerajaan umno perintah takde kes dadah ker? Jangan sempit sangat pemikiran tu..
ReplyDeleteNegeri lain memang ada kes dadah, cuma yang herannya, negeri perintahan ulama terhebat dalam dunia pun ade juga kes dadah lagi, kes sumbang mahram, kes rogol dan paling teruk kes jenayah guna pistol berleluasa kat Kelantan sana. Kalau ulama terhebat dunia memerintah, sudah pasti rakyatnya semua alim-alim belaka. Tak nampak lagi ape maksud empunya blog? Atau memang ko yang dah buta kayu dan otak letak kat lutut...???
Delete