Showing posts with label rogol. Show all posts
Showing posts with label rogol. Show all posts

Perogol Bersiri Dengan 20 Kes Rogol Di Kelantan Dipenjara 73 Tahun Dan 47 Sebatan

KOTA BHARU - Seorang duda mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menceroboh masuk ke rumah seorang jurujual pasar raya di Jalan Langgar, di sini, tiga tahun lalu.

Tertuduh juga adalah lelaki sama yang pernah dikaitkan dengan 20 kes rogol dan cabul di negeri ini.

Amran Che Jaafar, 32, dari Bachok didakwa melakukan pencerobohan dengan masuk ke dalam rumah yang disewa Rosnani Ngah, 26, di Jalan Langgar, di sini, pada jam 8.20 pagi, 13 Mei 2011.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berikutan pengakuan tidak bersalah itu, Majistret, Nik Habri Muhamad menetapkan 9 Julai depan sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 73 tahun dan 47 sebatan bagi pelbagai kesalahan termasuk rogol, cabul, rompak, pecah rumah dan menikam paha gadis yang gagal dirogolnya.

Amran digelar perogol bersiri kerana dipercayai terlibat lebih 20 kes rogol di negeri ini dan berjaya ditahan polis ketika cuba menodai seorang wanita di sebuah asrama di sini serta dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 14 Disember 2011. - Sinar Harian
Berbaloikah 73 tahun dipenjara dan disulami 47 sebatan dek kerana nafsu 'benih kurma'...? Jadi, sebelum menjadi perogol fikir-fikirkanlah...
Jika benih yang ditanam 'Tok Guru' berkat, macammana pula kalau benih yang ditanam perogol melekat ?...
Didalam keghairahan rakyat Kelantan menikmati fenomena pokok kurma yang sedang berbuah di bandar Kota Bharu dan mengaitkannya sebagai petanda berkat pemerintahan 'Tok Guru', jangan dilupa untuk turut mengaitkan keberkatan itu dengan satu-satunya kes rogol beramai-ramai yang pernah berlaku dan menggemparkan dunia yang sudah lama bertamadun ini. Anda Mampu Mengubahnya.

JAHAT - Warga Emas 'Pok Loh' Dan 'Pok Min' Sepakat Rogol Dan Cabul Dua Beradik Berusia 10 dan 12 Tahun

KOTA BHARU - Seorang warga emas berusia 77 tahun dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku salah mencabul seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lalu.

Mat Amin Hussin atau lebih dikenali mangsa sebagai ‘Pok Min’ mengaku pada tuduhan pindaan mencabul kanak-kanak berusia 12 tahun itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok.

Kejadian berlaku pada jam 2 petang, 27 Julai 2011. Tarikh semalam ditetapkan untuk perbicaraan, bagaimanapun, hukuman diputuskan selepas tertuduh menukar pengakuan.

Tahun lalu, Pok Min dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada tuduhan merogol mangsa.   Perintah lepas dan bebas itu bagaimanapun dibatalkan selepas dirayu pihak pendakwaan pada peringkat Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, setelah diteliti secara maksimum, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan satu kes prima facie di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Saya berpuas hati dengan alasan hakim Mahkamah Sesyen dan beliau mempunyai kelebihan menilai serta melihat saksi memberi keterangan di hadapannya. Namun, dengan alasan dan soal balas peguam itu, beliau sepatutnya meminda pertuduhan kepada mencabul,” katanya.

Pok Min sebelum ini pernah ditegur Hakim, Mahkamah Sesyen, Zainal L Salleh ketika prosiding dakwaan terhadapnya, dua tahun lalu.

Pada 2011, rakan Pok Min, Dollah Senik, 72, atau ‘Pok Loh’ dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga adik kepada mangsa cabul ini. Kejadian berlaku di tempat, masa dan tarikh sama.

Fakta kes dikemukakan sebelum ini mengatakan dua beradik yang mengenali dua tertuduh ini dengan panggilan Pok Loh dan Pok Min, menahan mereka ketika berjalan menuju rumah kawan.

Mereka kemudian ditarik masuk ke dalam rumah Pok Min itu. Seterusnya, Pok Loh menarik si adik masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya. Manakala, kakak pula bersama Pok Min di luar bilik. Kedua-dua tertuduh sudah menduda selama berpuluh-puluh tahun dan Pok Min turut menderita sakit jantung dan uluran.

Kes Pok Min dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Azimah Yaacob dan peguam bela, Rosmizan Sulaiman.

Gempar! Penghulu Pas Rogol Janda Dalam Semak Di Bachok

BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.

Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.

Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Ceritera gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa.

Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih ‘miang’ bercinta dengan seorang guru.

Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya. Detikperubahan

Kesesatan fahaman yang dibawa Pas berterusan mendatangkan musibah kepada rakyat, antaranya seperti rakaman video dibawah, anda mesti tontonnya demi kebenaran.

Nik Aziz Tak Tahu Murid Darjah 4 Dirogol 2 Remaja!

TUMPAT – Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di sini mendakwa dirogol dua remaja lelaki dikenalinya yang merupakan jiran mangsa di Kampung Baru Nelayan di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa diajak ke rumah salah seorang remaja dan kemudiannya kedua-dua remaja itu merogolnya di dalam bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tumpat, Asisten Superintendan Mohd Azmi Mohd Ali berkata, hasil siasatan mendapati mangsa telah dirogol oleh suspek sebanyak tiga kali sejak tahun lepas lagi.

“Kejadian terbaru adalah Sabtu lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari di dalam bilik lelaki salah seorang suspek tersebut, manakala dua kejadian lagi berlaku pada tahun lepas.

“Seorang suspek adalah sepupu mangsa dan sepanjang tiga kali dirogol, mangsa diajak ke dalam rumah suspek yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari rumah mangsa,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari ibunya apabila mangsa mengadu sakit di dubur dan kemaluan dan berikutan itu satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa apabila mengesyaki anaknya dirogol.

“Susulan laporan itu, kedua-dua suspek tersebut ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan,” katanya. 
 
Terdahulu hasrat seorang lelaki, untuk membawa keluarga melancong ke Kelantan bertukar duka, apabila keempat-empat tayar kereta jenis Grand Livina yang diletakkan di tempat parkir berhampiran hotel bajet di sini, dicuri di Jalan Pintu Pong, di sini, pagi kelmarin.

Kejadian menyebabkan pemiliknya, Nor Helmi Mansor, 40 mengalami kerugian RM3,500 dan terpaksa mendapatkan bantuan orang awam untuk mendapatkan tayar ganti.

Menurut rakan mangsa, Sahabuddin Omar, 41, Nor Helmi yang menetap di Negeri Sembilan datang ke Kota Bharu bersama keluarga sempena cuti Tahun Baru Cina.

“Dia yang menyewa di sebuah hotel di kawasan terbabit meninggalkan kereta di kawasan itu dalam keadaan berkunci, namun terkejut selepas bangun kirakira jam 6 pagi dan melihat keempat-empat tayarnya pula yang hilang dicuri.

“Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan perancangannya untuk ke Terengganu selepas singgah di Kelantan juga terbantut,” katanya.

Menurut Sahabuddin yang merupakan penduduk tempatan, kawasan berkenaan sering menjadi sasaran pencuri melakukan kegiatan seumpama itu.

“Mungkin dia orang luar, tidak tahu kejadian yang sering berlaku di kawasan itu. Saya harap selepas ini orang ramai lebih berhati-hati dan pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan di kawasan ini bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

Ya Ke Budak 13 Tahun Ni Nak Rogol Penyokong Rasis DAP ? Lain Macam Jer !

Semalam, ketika Mynewshub menyiarkan berita bagaimana seorang wanita di Melaka memuat naik gambar dan butiran peribadi seorang budak lelaki berumur 13 tahun yang dia dakwa cuba merogolnya, ada sebahagian pembaca yang marah.

Mereka marah kepada budak itu….namun soalnya…kita tahukah apa kisah sebenar yang terjadi?

Setakat ini, rasanya polis pun belum tampil membuat sebarang kenyataan.

Apakah kita benar-benar pasti budak 13 tahun terbabit dalam cubaan merogol?

(BACA: Wanita Dakwa Cuba Dirogol Budak lelaki 13 Tahun)

Atau gambar-gambar yang tersebar itu adalah untuk kes lain…

Kalau tak silap juga, sebelum ini pun ada jugak kenyataan kononnya dari teman lelaki dia yang menyelamatkan dia dari dirogol…tapi kisah terbaru takda pun sebut pasal teman lelaki.

Kalau iye pun, proses keadilan untuk menentukan kesahihan kejadian itu masih panjang…bermula dari laporan polis hingga ke mahkamah.

Diikuti soal-balas antara peguam untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah sebelum hakim membuat keputusan.

Namun kini gambar dan segala butiran peribadi kanak-kanak itu telah tersebar. Bukan hanya kanak-kanak itu yang menjadi mangsa, mungkin ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa ejekan dan sindiran serta pemulauan.

Hanya kerana seorang wanita yang tidak kelihatan mukanya dan profile Facebok yang agak misteri membuat kenyataan yang kononnya dia nyaris dirogol, maka kita harus terima 100 peratus?

Dalam Islam pun menyebut keperluan 4 saksi yang boleh dipercayai apabila menuduh seorang wanita melakukan zina.

Bukan satu bukan dua tapi empat, dan contoh ini memperlihatkan bila hendak menegakkan keadilan, prosesnya tidak boleh dilakukan melalui kata-kata beberapa orang tertentu sahaja. Ada garis panduan dan peraturan lain yang perlu dipenuhi.

Dalam kes ini lagi teruk, yang kononnya mengaku dirinya menjadi mangsa mengunakan medium Facebook untuk menceritakan versinya dan sebahagian kita mula menerima dengan penuh semangat.

Apa pula cerita di pihak remaja itu? Mungkin dia ada versi lain. Kita tidak berada di tempat kejadian jadi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Namun, satu yang pasti, wanita yang mengaku menjadi mangsa itu telah terang-terangan melakukan satu kesalahan lain.

Dia telah mendedahkan semua butiran kanak-kanak itu termasuk wajah, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya sekali.

Sekali lagi…dia boleh mendakwa dirinya menjadi mangsa, tetapi dia tidak ada hak mendedahkan semua perkara itu sehingga kes disiasat dan mahkamah menjatuhkan hukuman.

Malah, kalau ikut undang-undang, lepas putus hukuman pun tidak boleh dedahkan identiti remaja bawah umur.

Undang-undang diciptakan ada sebabnya dan ia perlu dipatuhi demi memastikan masyarakat wujud dan bergerak dalam suasana harmoni dan teratur.

Wanita dalam kes itu boleh dikatakan dengan jelas melanggar peraturan Akta Kanak-kanak 2001 – yang menetapkan bahawa Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Akta ini adalah untuk menjaga maruah dan kesihatan mental suspek juvenil.

Apa hak wanita itu untuk siarkan gambar kanak-kanak itu sedangkan fakta kejadian belum dapat disahkan sepenuhnya.

Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya. Pembuktikan itu pula perlu melalui proses dari peringkat penyiasatan polis kepada keputusan hakim.

Kalau wanita itu rasa dia mangsa pun, dia masih terikat dengan undang-undang lain yang digubal jauh lebih awal daripada dakwaan dia nyaris dirogol seorang remaja 13 tahun.

Memandangkan dengan jelasnya dia telah melanggar Akta Kanak-kanak dan dengan selambanya memalukan aggota keluarga lain kanak-kanak itu, maka wanita berkenaan juga perlu didakwa.

Kes dia dengan kanak-kanak itu satu hal….kes dia melanggar Akta Kanak-kanak satu hal yang lain.

Kalau di akhir siasatan terbukti berlaku salah faham atau wanita itu mereka cerita…apakah yang akan berlau kepada keluarga dan ibu bapa remaja itu dan remaja itu sendiri kerana kemusnahan terhadap imej dan maruah mereka sudah pun berlaku kerana seorang merasakan dirinya terlalu bijak untuk mendedahkan butiran peribadi seorang kanak-kanak bawah umur.

Ada sebabnya Akta Kanak-kanak itu diwujudkan. Bukan untuk wanita itu atau remaja 13 tahun berkenaan, tapi untuk mewujudkan satu sistem dan melindungi kita semua dalam sesuatu keadaan. Jadi hormatilah ia. - MyNewsHub

Kenyataan yang dibuat oleh penulis portal MynewsHub diatas sangat bertepatan saranannya, melalui pemerhatian saya di Facebook  teman lelaki perempuan cina itu juga lebih bersifat rasis, selain dari penyokong tegar DAP, kenyataan yang dbuat memfokuskan tentang 'budak melayu', bapa kerja kerajaan', 'ibu guru agama', 'polis tak adil'  dan lebih menyalahkan kerajaan. Apakah maknanya ?

Kenikmatan Merogol Gadis Berusia 15 Tahun Dirasai

PETALING JAYA - Seorang budak penghantar yang menyamar sebagai anggota polis dan merogol seorang gadis 15 tahun dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 18 sebatan.

Mohd Nazrin Mustafa, 21, didapati bersalah atas dua tuduhan merogol remaja dalam kawasan semak berhampiran Kampung Sungai Bakau, Gombak pada 3 April tahun lepas.

Hakim Sesyen Ampang Roszianawati Ahmad berkata Mohd Nazrin adalah "kejam, setelah berpura-pura sebagai anggota polis dan menahan mangsa sebelum membawanya ke kawasan terpencil dan kemudian merogolnya berulang kali."

"Kamu memanggil kawan-kawan kamu untuk datang dan menyaksikan anda merogol dan memaksa mangsa melucutkan pakaian.

"Dia merayu agar kamu tidak menyakitinya dan kamu masih merogolnya sebanyak dua kali," kata hakim Roszianawati.

Hakim berkata beliau mempercayai testimoni mangsa, sambil menambah analisis kimia dan ujian rogol membuktikan dakwaan mangsa. - Mstar

- Syabas untuk Hakim, dapat dibayangkan seorang hakim yang tegas dalam membuat penghukuman sekaligus adil bagi kedua pihak dan dapat memberi pengajaran kepada semua. Kepada perogol, rogol lah kamu sebelum kamu dirogolkan, tak dapat nak imagine bagaimana nikmatnya duduk dalam penjara selama 50 tahun dan disebat sebanyak 18 sebatan hanya semata-mata menuruti kehendak nafsu 'nak sedap'  yang tak sampaipun 15 minit itu, berbaloikah dengan 'sedap' itu untuk menanggung 50 tahun penjara ? Sebagai iktibar untuk direnungkan bersama, Anda Mampu Mengubahnya.
 
Gk rasa lebih baik sabun jerlah, pakai sabun susu kambing jamnapari Exco Kelate

Paria Kacau Lagi Tunjuk Batang Metallic, Menyamar Polis, Samun Dan Rogol

Tunjuk Batang Metallic
AYER KEROH - Gara-gara berkelakuan lucah terhadap seorang pensyarah, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

R Siva, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Siva didapati menunjukkan kemaluannya untuk dilihat Mahfuza Jamaluddin, 28, di hadapan lif tingkat satu, Blok C, Hospital Melaka pada jam 3.50 petang, 25 September lalu.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam balanya, N Gunalan merayu diberikan hukuman rendah kerana mempunyai pendapatan kecil, selain perlu menanggung dua anak dan bapanya yang tua.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ida Rahayu kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, ketika pengadu (mangsa) menunggu lif selepas mengadakan temu janji dengan doktor di Blok C, Hospital Melaka, dia terkejut apabila seorang pengawal keselamatan di situ menunjukkan kemaluan sebelum bertindak membuat laporan polis.

Terdahulu di Johor Bharu seorang pemandu lori dari Chemor, Perak, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan iaitu menyamar sebagai anggota polis, merompak dan merogol.

A. Sivkumar, 32, dari Chemor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dan Hakim Hassan Abdul Ghani membenarkan dia diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan12 Oktober untuk sebutan kes.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, Sivakumar didakwa menyamar sebagai anggota polis dan merompak Firmanshah Nordin, 22, serta seorang gadis berusia 16 tahun di sebuah perhentian bas di Taman Senai Utama pada 10 September lepas sebelum didakwa merogol gadis itu di sebuah hotel di Kulaijaya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat manakala Sivakumar diwakili peguam N.Gunalan

Tunjuk batang hitam metallic kena denda Rm1500 takkan tak adil lagi negara ni untuk kaum yang merasakan selalu di diskriminasi ini, hina Allah dan Nabi pun tak der laporan lagi bagaimana statusnya sedangkan laman page Facebook anti paria Gopinath yang melebihi 3 ribu like semuanya diarahkan tutup, ni nak tiba pulak hari raya korban ni kecoh lagi bila sudah berani melarang umat Islam dari menyembelih lembu-lembu Kak Ijat seperti tahun sebelumnya, bukan nak provok tapi nak suruh sedar sikit jangan melampau dan keterlauan, kalau nak provok lebih baik letak video yang pegawai masjid ditetak sehingga mati di Seven E tu, ataupun video yang mempertikaikan Azan, ataupun video yang ajak polis bertumbuk ataupun banyak lagilah. Sedarlah ya, Melayu nak tidur ni. Anda Mampu Mengubahnya.
Paria Gopinath Jayaratnam Penghina Islam

Gadis Dirogol Ketika Sesi Temuduga

KUALA LUMPUR – Dua wanita dirogol dan disamun ketika menghadiri sesi temu duga dalam dua insiden berasingan.

Pada Sabtu, seorang siswazah wanita berusia 22 tahun hadir sesi temu duga di sebuah hotel bajet sekitar Kuala Lumpur selepas memohon tawaran pekerjaan sebagai jurujual menerusi sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa telah menghantar permohonan kerja ke alamat e-mel (sonicact@gmail.com) dan diminta oleh suspek untuk menghadiri sesi temu duga kira-kira pukul 3.30 petang.

Menerusi emel itu, mangsa ditawarkan RM400 sehari untuk pekerjaan tersebut.

Mangsa diminta untuk bertemu dengan ‘penemu duga’ di dalam sebuah bilik hotel.

“Sebaik saja memasuki bilik tersebut, mangsa yang bersendirian, dirogol sebelum disamun,” katanya pada sidang media, Rabu.

Pada awal Ogos, seorang lagi siswazah wanita turut dirogol dan disamun selepas menghadiri sesi temu duga serupa di sebuah hotel berlainan di ibu negara.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua kes melibatkan seorang suspek yang menggunakan modus operandi sama.

Khairi berkata, suspek tidak meninggalkan nama, alamat atau nombor telefon untuk dihubungi ketika mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

Beliau turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk menyemak dengan pihak hotel jika mereka diminta untuk menghadiri temu duga bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan meminta pertolongan orang ramai bagi mengesan lelaki terbabit.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan 392 kerana samun. – MStar

- Diantara formula bagi mengelak kejadian seperti ini adalah 'JANJI', apabila dijanjikan dengan sesuatu tawaran pada kadar 'luar biasa' ia adalah bohong, kalau tak ramailah orang kaya ataupun senang, satu lagi jika ia benar ia tak sempat sampai kepada kita, kalau nama company pun 'cap ayam' atau tak glamour jangan nak percayalah, begitu juga dengan agen pekerjaan yang minta wang dahulu sebelum bekerja, apa sekalipun alasan ia adalah bohong.

Sebagaimana politik pun macam tu juga, apabila janji tu diluar biasa atau dengan kata lain luar tabie, emm hari ni menang esok turun harga minyak ataupun 'dua minggu sudah menang' semua itu adalah kelentong....Agak-agak rasa tak percaya saksikan rakaman bukti video dibawah...Anda Mampu Mengubahnya..

Nur Izah Kongsi Pengalaman Dirogol Bomoh

“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.

Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.

“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.

Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.

“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.

Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.

“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.

Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.

Peluang kedua

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.

“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.

Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.

“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.

“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.

Rumah Insani

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka. - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...