Showing posts with label pilihanraya pru. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya pru. Show all posts

Masa Depan Rakyat Di Kota Bharu Bakal Berubah, Katakan Tidak Kepada TakiPas

Walaupun sebelum ini Datuk Takiyuddin Hassan terbukti gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau di Dun Bunut Payung, namun PRU 13 ini Pas mengangkat pula beliau bertanding di Parlimen Kota Bharu. Entah apa pencapaian Takiyuddin kita sendiri pun tidak tahu.

Kalaulah Takiyuddin menang di Parlimen Kota Bharu, apa yang beliau boleh berikan kepada rakyat disini, Islam ? Islam 'palo hotak' apa yang telah diberikan setelah Pas perintah Kelantan lebih 23 tahun ? Tiada pusat judi berlesen namun pusat judi haram tetap juga wujud, dan bagaimana pula dengan kesan sosial terhadap muda-mudi di sini hasil dari pentadbiran yang sering memaki hamun dan menyalahkan pihak lain itu? 

Apakah ia jauh lebih baik dari negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional setelah ianya diukur dari pelbagai aspek termasuk ekonomi dan kemajuan negeri tersebut. Bercakap saja Islam, tapi kelakuan jauh dari apa yang diajar oleh Islam, gaya dan kemewahan kehidupan pemimpin Pas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan Islam, Pemimpin Pas minta derma dengan rakyat kononnya derma jihad, sedangkan pada masa sama pemimpin Pas sedang bermewahan dan sebahagiannya bermaksiatan di hotel-hotel bertaraf lima bintang, dan apakah itu jihad,... atau jahat ?

Minta derma dengan rakyat, sedang pemimpin Pas hidup kaya raya, sepatutnya bila kita minta derma dengan orang, kita tidak seharusnya bermewah lebih daripada orang yang memberi derma, contohnya Takiyuddin, bila ia dipilih rakyat dan menjadi Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan selepas PRU12 lalu, terbukti ianya hanya makan gaji buta dan hidupnya senang linang, bandar Kota Bharu yang disebut bandaraya Islam begitu kotor dan tidak melambangkan apa yang dilabelkan.

Kalau nak ulas satu persatu memang banyak kegagalan, tapi kita perlu tanya apa yang dapat dibawa oleh pemimpin yang akan kita pilih itu jika kita memilih beliau menjadi pemimpin, jika Takiyuddin serta pemimpin Pas yang lain dikatakan berjuang Islam namun tak sanggup hidup secara sederhana dengan tinggal dirumah teres dan menggunakan kereta Proton Wira disebabkan ia mampu untuk mewah dan hidup lebih dari itu.

Jadi apa ke jahilnya kita nak berjuang Islam dengan memilih pemimpin Pas sebagai pemimpin tapi hidup kita cukup susah, tiada peluang pekerjaan, tidak ada tempat tinggal yang sempura dsbnya, sedangkan jika kita memilih berjuang Islam dibawah kerajaan yang adil, saksama dan yang paling penting JANJI DITEPATI iaitu Barisan Nasional yang mampu memberikan rumah rakyat, peluang pekerjaan yang banyak, dan kita juga mampu untuk mendapatkannya jadi kenapa kita harus menolak pemimpin BN ?

Makanya tidak ada sebab untuk kita tidak memilih BN, kerana dengan memilih Pas kita hanya akan  mendapat hampas, sebaliknya pemimpin Pas jua yang mendapat isi, dari segi itu tidak ada bedanya antara pemimpin Pas dan BN, cuma lebihnya kerajaan BN adalah apa yang mereka janji ia pasti ditepati, justeru nekadkanlah hati kita untuk memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada semua pemimpin BN yang kita kenalinya dan yakin ianya mampu serta layak untuk memikul amanah yang hendak kita berikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Bekas Mufti Perlis Nafi Bertanding Di Dun Penanti Atas Tiket PKR

KUALA LUMPUR – Bekas mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan, beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menjadi calon untuk mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti atas tiket PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Mohd. Asri, desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di DUN Penanti itu adalah tidak benar.

“Saya tidak cakap apa-apa pun sama ada setuju atau tidak, kena tanya sumber yang buat cerita itu, dari mana dia dengar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata demikian ketika ditanya tentang laporan di http://www.anwaraidc.com bahawa beliau telah bersetuju bertanding atas tiker PKR di Dun Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman. – Mynewshub.

'PRU2008, Saya Dipinggirkan Sehingga Membawa Kekalahan Teruk BN' - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya, Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menceritakan bagaimana beliau dipinggirkan pada Pilihan Raya Umum 2008 sehingga membawa kepada kekalahan teruk Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir, sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah mengetuai BN menghadapi Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Beliau bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memanggil pilihan raya umum pertamanya pada 2004 dan disusuli dengan 2008.

“Saya tidak memainkan sebarang peranan dalam Pilihan Raya Umum 2008 kerana tiada siapa yang meminta bantuan saya. Jadi, saya hanya berkempen di kawasan (anak saya Datuk) Mukhriz.

“Di situ, saya bertemu seorang lelaki yang secara berseloroh berkata bahawa tidak wujud lagi demokrasi di dalam Umno. Saya memikirkan hujah beliau dan saya bersetuju,” tulis beliau dalam bukunya yang terbit tahun lalu.

Menurut Dr Mahathir, hakikatnya tidak ada perkara yang lebih buruk sehingga menyebabkan beliau mengeluarkan kritikan pedas terhadap kepimpinan Abdullah melainkan kekalahan teruk BN pada PRU 2008.

“Apabila penerbangan saya ke Riyadh telah dipinda, saya dengan serta merta memanggil sidang media di rumah bagi menyatakan secara terbuka bahawa Tun Abdullah mesti memikul tanggungjawab di atas keputusan itu dan meletak jawatan.

“Itulah cara yang terbaik selepas mengalami kekalahan teruk,” tulis Dr Mahathir.

Pada PRU 2008, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang termasuk Kelantan yang sudah sekian lama ditadbir Pas. BN juga dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Saya memang menjangkakan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan jatuh ke tangan pembangkang, tetapi tidak menduga sama sekali Selangor dan Perak juga akan tumbang,” tulis beliau.

Dr Mahathir turut menyatakan kebimbangannya apabila Umno, sebuah parti yang dikatakan bersifat demokratik tidak berlaku ketika era pemerintahan Abdullah.

“Di bawah kepimpinan Tun Abdullah, Presiden Umno itu menjadikan diri beliau sebagai sebuah institusi. Cabaran terhadap beliau tidak dibenarkan dan dasar serta tindakan beliau tidak boleh dipertikaikan.

“Nampaknya, tugas setiap ahli dan perwakilan ke Perhimpunan Agung adalah untuk menyokong Presiden dan memuji apa sahaja yang beliau katakana,” tulis Dr Mahathir.

Setelah beberapa tahun negara di bawah pentadbiran Tun Abdullah, beliau kemudian memutuskan untuk bersuara apabila penggantinya itu secara mengejut membatalkan projek jambatan pada April 2006 yang menyebabkan kerajaan membazirkan wang negara sebanyak kira-kira RM800 juta atau lebih separuh daripada kos sebenar pembinaannya.

“... saya fikir, kerajaan sepatutnya meneruskan projek tanpa mempedulikan Singapura.

“Saya ada satu pilihan sahaja, iaitu berdiam diri dan mengekalkan imej negarawan yang dihormati atau bersuara semula. Saya memilih bercakap kerana saya tidak dapat menanggung beban melihat negara kita menyerah kalah kepada Singapura,” ujar beliau.

Dr Mahathir juga menceritakan bagaimana Pilihan Raya Umum 1999 yang merupakan pilihan raya terakhir beliau memimpin BN - adalah pilihan raya paling sukar buat dirinya.

Pilihan raya itu diadakan beberapa bulan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Ketika itu, BN tewas di Kelantan dan Terengganu manakala pembangkang mendapat lebih banyak kerusi berbanding 1995.

“Saya boleh melengahkan pilihan raya itu, tetapi saya tidak pasti sama asa keadaan akan berubah dan menyebelahi kita,” tulisnya.

Peristiwa penyingkiran Anwar bertambah tragis dengan kisah mata lebamnya sehingga menimbulkan kemarahan yang memuncak di kalangan orang Melayu.

Ironinya, dalam keadaan getir itu, Dr Mahathir memutuskan untuk membubarkan Parlimen dan pilihan raya diadakan selepas negara baru pulih dari krisis mata wang.

Ketika itulah undi Cina memainkan peranan besar dalam memenangkan BN apabila undi Melayu jatuh merudum.

“Pilihan raya Umum 1999 amat sukar. Sentimen negatif di kalangan orang Melayu amat ketara, khususnya apabila Pas cuba memburuk-burukkan saya dengan pelbagai gelaran,” tulis mantan Perdana Menteri itu.

Selepas PRU 1999, Dr Mahathir berkata, beliau sekali lagi menimbang untuk bersara namun akhirnya memutuskan untuk memulihkan kekuatan dalam parti, kestabilan politik dan sosial negara, menjana pertumbuhan ekonomi dan memperkukuhkan kewangan kerajaan.

“Saya tidak mahu pengganti saya mewarisi masalah-masalah yang tercetus dalam perkhidmatan saya,” tulisnya.

Selama 22 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia keempat merupakan satu tempoh yang benar-benar berbaloi buat dirinya dalam membawa nama Malaysia ke seantero dunia.

Namun setelah meninggalkan tampuk pemerintahan, Dr Mahathir mula mempelajari suatu perkara baru dalam arena politik negara yang amat menyedihkan beliau.

“Saya mempelajari bahawa tidak ramai ahli politik boleh mengekalkan taat setia mereka kepada seseorang untuk selamanya.

“Sebaik sahaja kita hilang jawatan dan kuasa, mereka akan mengetepikan kita dan mengalih kesetiaan serta sokongan kepada sesiapa sahaja yang mengambil alih tempat kita. Malah mereka akan mengutuk kita kalau mereka fikir itu akan menyenangkan ketua baru mereka.

“Seperti kata sebuah lagu Inggeris, 'tiada siapa pun kenal anda bila anda tersungkur dan tersingkir'," tulis Dr Mahathir lagi. -Sinar Harian

'Pengaruh Tun M Cukup Besar Dalam PRU13' - Kelab MP-BN

SHAH ALAM – Sambil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad "ada pengaruh" dalam menentukan arah aliran sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan hak orang Melayu.

Peranan itu katanya, memberi pengaruh yang cukup besar dalam arena politik negara, lebih-lebih dalam menghadapi PRU13.

"Beliau diingat sebagai Perdana Menteri bermakna memang dari segi pengaruh itu masih ada," kata Setiausaha BN Sabah ini kepada Sinar Harian Online.

Umno, parti teras BN, dikembangkan ke Sabah ketika era Dr Mahathir.

Abdul Rahman, pemimpin muda Umno dari Sabah berkata, beliau melihat Dr Mahathir sentiasa bersungguh-sungguh dalam memastikan sokongan orang Melayu menyumbang kepada kestabilan politik negara yang sekali gus memberi ruang kepada Umno-BN kekal mentadbir Malaysia.

“Beliau (juga) pandai menggunakan media sosial untuk dekat di hati orang-orang muda, kalau orang-orang tua pula tidak payah cerita, mereka memang tahu tentang pentingnya kestabilan politik, pentingnya orang-orang Melayu mempunyai kuasa politik dalam negara ini,” katanya.

Malah menurut Abdul Rahman lagi, isu Melayu yang sering ditekankan oleh Dr Mahathir, khususnya selepas selepas Pilihan Raya Umum 2008, sentiasa menarik pengundi Melayu yang sebelum ini sedikit hambar terhadap kerajaan kembali menyokong pemerintah pada hari ini.

“Dari segi ekonomi pun beliau memang seorang yang telah terbukti, jadi saya kira kita kena ambil beliau sebagai seorang Negarawan yang boleh mengkritik dasar kerajaan dan juga pembangkang, dan saya kira ramai rakyat yang menghargainya.

“Bagi orang muda pun, kita mesti ingat, Dr Mahathir ini, walaupun orang kata pengundi orang tua, beliau dikatakan susah berkomunikasi dengan orang muda, saya tidak berapa setuju.

“... sebab kalau kita tengok cara beliau mengulas sesuatu, dan isu yang dekat di hatinya, sebenarnya isu-isu itu adalah isu yang juga dekat di hati orang muda, contohnya beliau memang antiperang dan antikeganasan, sudah tentu ia dekat di hati orang-orang muda,” katanya merujuk kepada peranan Dr Mahathir dalam menarik golongan muda hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, penglibatan secara tidak langsung pemimpin berkenaan memberi kelebihan kepada Umno-BN dengan menanam benih kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia terhadap parti itu dalam kepakaran mengurus negara.

“Pandangan itu yang menjadikannya Perdana Menteri Malaysia yang amat berjaya kerana beliau mempunyai pandangan yang kritis, pandangan di luar kotak, tidak terikat kepada mana-mana pandangan rasmi ataupun pandangan arus perdana.

“Pengalaman beliau menjadi Perdana Menteri yang paling berjaya, selama 22 tahun, membangunkan negara kita ini, saya kira pengaruh itu memang ada, bukan di Malaysia saja, malah di seluruh dunia, pergi mana saja sama ada negara Eropah, Timur Tengah ataupun Afrika, nama Dr Mahathir terus disebut seolah-olah beliau masih Perdana Menteri lagi,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir berhasrat mewarisi kepimpinannya kepada anaknya, Datuk Mukhriz, Abdul Rahman berkata, tiada salahnya jika rakyat dan parti dapat menerima kerana amalan politik di negara ini sangat unik dan berbeza dengan negara lain.

“Tun Dr Mahathir juga memahami bahawa semunya itu bergantung kepada penerimaan rakyat dan parti, kalau Datuk Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah, dan juga pemimpin, ini bukan Dr Mahathir yang hendakkan, ini kerana rakyat menerima Datuk Mukhriz, saya tengok begitu, bukan kerana beliau anak Dr Mahathir,” katanya.

Biarpun Dr Mahathir sebelum ini pernah mengkritik kepimpinan Umno-BN secara terbuka namun katanya, kini beliau nampak ‘selesa’ dengan keseluruhan dasar termasuk gerak kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam Bajet 2013 yang dibentangkan bulan lepas.

“Beliau diminati dan disanjungi ramai majoriti rakyat Malaysia dan kita perlukan orang macam dia untuk menerajui Malaysia dan ekonomi Malaysia di masa-masa akan datang, berani membuat keputusan yang susah demi kelangsungan ekonomi negara kita,” tambahnya. -Sinar Harian

Anwar Bermimpi Lagi, Dengan Yakin Akan Tawan Putrajaya, Jadi PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.

Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR,” katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman.
Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan ‘kroni’ seperti yang berlaku dalam BN.

“Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.

Menyentuh penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) beliau menegaskan tetap dengan pendirian PR dalam memperjuangkan hak pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati rakyat.

“Kita rakyat Malaysia dan bukannya duduk dalam negara miskin. Tuduhan BN kata kita mahu ajar rakyat tak perlu bayar hutang adalah tidak benar.

“Apa yang dimaksudkan PR adalah hutang PTPTN sahaja kerana sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan memerintah negara memberi pembiayaan pendidikan percuma yang akhirnya akan membawa keuntungan balik kepada negara

“PR ada caranya untuk memastikan perkara itu juga perkara-perkara lain ditadbir secara telus tanpa menyebabkan negara jatuh bankrup seperti yang didakwa BN,” katanya.

Sementara itu, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah yang berlangsung semalam meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, Dun Andalas dan Dun Seri Muda.

Katanya, jelajah pemimpin PR itu bertujuan berkongsi kejayaan yang telah dilakar PR selama empat tahun pemerintahan dan bakal diteruskan pada 21 Oktober dan 28 Oktober melibatkan keseluruhan 21 Dun dan 12 kawasan Parlimen termasuk Wilayah Persekutuan. -Sinar Harian.

Tok Mun Tidak Serik Untuk Bertanding Lagi Pada PRU-13 Walau Terpaksa Berhutang

KUALA TERENGGANU – Maimun Yusuf, 93, atau terkenal dengan nama Tok Mun yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu kini mencari pihak yang sudi menjadi penyokong dan pencadang untuk membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tidak serik dengan kekalahan pada pilihan raya umum lalu, Tok Mun yang sebelum ini turut memberitahu sebuah akhbar untuk bertanding lagi pada PRU13 berkata, kesukaran mencari kedua-dua individu tersebut disebabkan penyokong ‘dacing’ terlalu ramai.

“Tiada orang mahu menjadi penyokong dan pencadang sebab ramai yang sokong dacing (Barisan Nasional) sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Gemia, di sini, semalam.

Walaupun usia hampir melewati seabad, Tok Mun masih sihat dan berupaya meneruskan kerja menjaja kain dengan basikalnya bagi menambah pendapatan selain mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Biarpun berhasrat bertanding namun Tok Mun tidak mempunyai wang simpanan bagi tujuan itu.

Bagaimanapun dengan pendapatan yang ada, Tok Mun memberitahu masih tidak menyimpan wang untuk pilihan raya, namun tidak menolak untuk berhutang dengan mana-mana pihak.

“Tok kalau masuk tanding mungkin akan hutang dengan sesiapa sahaja. Hutang dengan orang ini sikit, orang itu sikit,” katanya.

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Mun dikatakan akan bertanding di kerusi Dun pada pilihan raya umum akan datang dan telah ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendapatkan maklumat bagi persediaan menghadapi pilihan raya.

Ditanya sebab Tok Mun beria-ia bertanding sedangkan beliau sendiri adalah penerima bantuan JKM, beliau menjawab kerana amanah untuk mempertahankan tanah air dan Islam.

Pada pilihan raya umum 2008, Maimun bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan calon Pas, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, calon Bebas yang menggunakan simbol kunci itu tewas kepada calon BN apabila sekadar memperoleh 685 undi.

PRU 13 November Depan ? Betul Ke Ni ?

Angka 11 kini menjadi nombor yang bermain di fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan diadakan pada November depan.

Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, Perdana Menteri berkata tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubungkait bagi beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara.

Menurut Najib Umno berusia 66 tahun tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.

Jelas beliau nombor-nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan.

"Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik," kata kepada penyokong parti namun tidak menjelaskan sama ada beliau sedang mencari tarikh yang sesuai pada bulan November untuk mengadakan pilihan raya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis perasmian bersama lima bahagian Umno Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Libaran di sini pada Ahad. - Mstar.

Sahih !!! PKR Mahukan Kerusi Bachok Dalam PRU13

PKR Kelantan mengesahkan memohon pertimbangan Pas negeri untuk pertukaran kerusi Parlimen Bachok dengan Machang sekali gus membuka laluan kepada PKR meletakkan calon ‘harapan’ bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir mengakui pihaknya telah menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan Pas Kelantan sebelum Ramadan lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada kedua-dua pihak tersebut memandangkan sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas.

“Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai sekarang masih tiada sebarang jawapan. Tetapi apa jua keputusan daripada pihak Pas nanti kita terima dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Memetik laporan sebuah blog bertajuk ‘Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok’ terdapat desas-desus yang mengatakan PKR Kelantan telah mengemukakan cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimiliki parti ditukar dengan kerusi Pas di Bachok.

Dalam kenyataan menerus blog itu menyatakan nama bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh merupakan calon yang disebutkan-sebutkan memiliki kredibiliti berdepan saingan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada PRU13.

Mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan blog tersebut tidak menafikan kemampuan Zaiyadi untuk bertaruh dengan Awang Adek sekiranya menjadi calon PKR pada pilihan raya kelak kerana terdiri daripada keluarga besar yang berpengaruh sekali gus berkemampuan meraih sokongan penduduk Bachok.

Ditanya objektif cadangan pertukaran kerusi tersebut berkemungkinan faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di Kedah, beliau menafikannya dan menegaskan idea itu sekadar strategi parti untuk berhadapan PRU13.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Saifuddin akan beralih arah ke negeri sebelah utara berkenaan disifatkan sebagai khabar angin sahaja yang tidak ada kesahihan fakta yang tepat.

“Biasalah kalau ada masalah dalam parti, mana-mana parti pun akan berhadapan masalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan ini tiada kaitan dengan cadangan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kini PKR Kelantan memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Machang.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal calon itu kerana semuanya bergantung atas keputusan PKR Pusat yang berhak membuat pemilihan.

Pada PRU13, Pas yang mencalonkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menang mengalahkan Awang Adek. -Sinar Harian.

PRU 13 - Kempen Penerangan Umno Bermula Ogos

Bermula Ogos ini, program penerangan Umno diadakan di peringkat pusat daerah mengundi sebagai persediaan akhir menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program yang menjadi ganti kepada Program Juara Rakyat itu yang sebelum ini diadakan di setiap bahagian, akan diadakan hampir setiap hari.

"Kita ada kira-kira 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh negara. Urusetianya adalah Ketua Penerangan bahagian-bahagian," katanya kepada pemberita selepas majlis Sahur Perdana di Kerpan dekat sini, awal hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Jerlun, Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Shariff dan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Othman Aziz.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kempen penerangan itu perlu bagi menjelaskan usaha-usaha kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di negara ini termasuk bantuan-bantuan yang diberikan. - Bernama.

Tragis Dan Zalim !!! Ketua Srikandi PKR Dipijak Dikepala Pecah Usus

Hasutan demi hasutan dan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan pembangkang terhadap kerajaan semakin bermaharajalela, pemfitnah baru sentiasa dihasilkan pembangkang. Terbaru Ketua Srikandi Pkr, Siti Aishah Shaik Ismail dilihat semakin lantang memfitnah akibat dari tiada tindakan diambil keatas beliau, memasuki setiap perlampungan dengan membawa berita fitnah itu mengundang kepercayaan rakyat terhadap kata-kata beliau.

Akibat cerita berbentuk fitnah yang disebarkan beliau maka difikirkan wajar tajuk diatas untuk diletakkan bagi memperlihatkan situasi menghadapi kenyataan fitnah dan cerita yang ditokok tambah. Tidak dinafikan mungkin sebahagian ada benarnya, itu sebab juga tiada tindakan diambil, cuma ada satu dua perkara yang didalam pengetahuan umum juga cuba untuk dibohongi oleh beliau. Memperbodohkan rakyat menjadi amalan biasa pembangkang.

Demontrasi yang berlaku di Kelantan sebelum ini didakwa beliau seramai 5 orang rakyat yang menuntut royalti pecah kepala akibat dipukul oleh agen suruhan Umno yaitu Perkasa, sedangkan apa yang berlaku hanyalah 3 orang yang terlibat dan hanya seorang sahaja yang pecah kepala. Bila disebut begitu apa yang rakyat akan rasa ? Tidakkah rakyat akan merasa benci dan meluat-luat dengan tindakan Umno itu ? Tapi kalau berita tu sungguh tak der masalah, yang menjadi masalahnya perkara itu tidak berlaku sebagaimana yang disebut beliau .

Begitu juga berkenaan dengan hutang negara, dalam masa 20 hari sahaja peningkatan hutang yang disebut beliau sebanyak RM144 Billion, pada 26 Jun ketika berceramah di Perak beliau menyebut hutang negara ialah sebanyak RM456 Billion, dan pada 15 Julai semasa berceramah di Bachok Kelantan jumlah yang disebut meningkat kepada RM600 Billion yang bersamaan RM 7.2 Billion sehari. Benarkah begitu ? Mungkin ada yang lebih pakar dan berhak untuk menjawabnya.

Bagaimanapun ceramah-ceramah pembangkang sekarang ini yang cukup agresif mampu mempengaruhi rakyat jika tidak ada sebarang alternatif dari jentera BN untuk menjelaskan semula perkara sebenar kepada rakyat. Laporan penuh ada pada klipvideo dibawah...Anda Mampu Mengubahnya..

Nik Aziz Enggan Ulas Mengenai DAP Yang Bakal Bertanding 90 Kerusi

KOTA BHARU - Kenyataan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai DAP akan bertanding 90 kerusi pada PRU 13 nanti disifatkan sebagai 'karut' oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan enggan mengulas laporan tersebut.

Nik Aziz ketika ditemui media untuk mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Katanya , beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak ada kena mengena langsung dengan Pas.
 
“Karut semua tu, saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan Pas sahaja,” ujarnya.

Namun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Nik Aziz  tetap tidak mahu mengulasnya.

Mengenai kerusi yang bakal ditandingi Pas, Nik Aziz berkata ianya akan diketahui selepas sahaja parlimen dibubarkan, ketika itu ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.

Kebiasaannya Nik Aziz akan menjawab 'itu dia punya pasal', namun kali ini istilah 'karut' pula yang digunakannya, andaikata DAP bertanding 90 kerusi, apa tindakan Nik Aziz ataupun Pas ketika itu ? Anda Mampu Mengubahnya.

PRU 13 - YANG PASTI NAJIB SERABUT PERUT - NIK AZIZ

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi bermain politik dengan menampakkan hipokritnya seorang yang bergelar ulamak apabila 'takut' untuk menjawab soalan  ketika ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).       

Terdahulu dalam  Program Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di Shah Alam, Nik Aziz menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam 'ketakutan' kerana sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran Parlimen.

Menurut beliau,  'ketakutan itu  adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan Najib yang juga Presiden Umno.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar Parlimen., lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut',"

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis yang diadakan di sini, semalam.

Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak sedar yang beliau juga dalam 'ketakutan' bilamana tidak mahu menjawab soalan wartawan samada beliau akan bertanding di DUN ataupun di parlimen.

Menurut beliau yang sudah semakin uzur itu, beliau akan tetap bertanding tidak kira di DUN mahupun Parlimen  dan menganggap spekulasi itu akan terjawab setelah pembubaran Parlimen.                  

"Parlimen atau di mana-mana... nanti tengoklah esok (kemudian hari), (lagi pun Parlimen) tidak bubar lagi,"

Sebelum ini, sebuah akhbar menyiarkan laporan mengenai spekulasi berhubung kemungkinan Nik Aziz akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada PRU-13 ini. 

Begitulah rutin politik sepanjang kehidupan Nik Aziz, jika terkena pada lawan pelbagai tanggapan dilontarkan oleh beliau, namun jika terkena pada beliau sendiri pelbagai alasan pula yang diberikan supaya hanya beliau saja yang nampak sempurna dan relevan sepanjang masa.

Bagaimanapun apakah politik seperti itu yang diterapkan oleh Islam Pas? , ibarat halal untuk kita dan haram untuk orang lain, dan perkara ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Apapun Anda Mampu Mengubahnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...