Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Video - Rompakkan Terbaru Di Petronas Melibatkan Kerugian Puluhan Billion!

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam satu ucapan ceramah di Ampang semalam meminta rakyat dinegara ini tanpa mengira usia supaya membuka akaun media sosial untuk membantu Pakatan Rakyat menyebarkan salah laku yang didakwanya dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional.

Rafizi juga memberitahu dalam dua minggu lagi akan mendedahkan bagaimana UmnoBN merompak berpuluh billion duit Petronas dan dibawa keluar negara. (Rujuk video) Samada isu berkenaan fitnah atau sebaliknya, UmnoBN perlu bersedia untuk menjawab sekaligus menangani isu berkenaan dalam kesesuaian keadaan perkembangan maklumat dunia tanpa sempadan.

Dalam kerancakkan pepimpin muda parti pembangkang meneruskan perjuangan mereka untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin muda UmnoBN pula belum lagi menampakkan perjuangan mereka untuk mempertahankan kerajaan sebaliknya masih duk kalut dengan pemilihan semula merebut jawatan didalam parti. Nak kalut pun kalutlah, tapi kalut tu biarlah kelayakkannya berbaloi dan boleh bawa untung kepada parti....

Kerana apa yang dilihat dalam pimpinan pemuda Umno khasnya diperingkat negeri ia tidak berfungsi sebagaimana ia berfungsi ketika mendapatkan jawatan yang sedang disandang, kalau pun nampak berfungsi, kefungsiannya kurang sesuai dan tidak punyai intelektual sekaligus menyalahi kehendak orang muda masakini.

Antaranya boleh dilihat didalam Facebook, dimana gambar-gambar aktiviti pemimpin pemuda yang dimuatnaik contohnya menunjukkan Ketua Pemuda Umno bahagian sedang pegang betis orang sakit, tengok air banjir, makan-makan, main 'dam' dan 'carom' dikedai kopi, sedang berborak sesama sendiri dsbnya.

Pada pandangan generasi muda, aktiviti sebegitu secara berterusan sangat tidak sesuai, wakil rakyat atau Ketua bahagian bolehlah.., mereka lebih sesuai untuk menjuarai rakyat yang memerlukan sentuhan sedemikian, tapi bagi seorang Ketua Pemuda Umno bahagian, tak perlulah, kalau semua ketua bahagian dan ketua pemuda nak jadi doktor duk pegang betis, habis tugas-tugas lain siapa nak buat ? Kalau tak tahu tugas apa yang nak buat, bukalah balik dasar dasn tujuan penubuhan Umno itu sendiri.

Seorang Ketua Pemuda parti perlu ada idea, karisma dan ketokohan untuk menjadi seorang pemimpin, kalau seseorang itu jadi pemimpin atas dasar dia ada duit beli jawatan untuk nak buat duit, makanya Umno pasti akan berdepan dengan kesukaran dalam usaha mempertahankan kemenangan pada PRU 14 nanti.

Dalam memperkasakan parti dan menarik sokongan pengundi muda, selain perancangan yang dibuat oleh sayap pemuda parti diperingkat pusat, diperingkat bahagian juga perlu ada insentif sendiri dan tidak hanya kaku menantikan projek semata-mata, apapun anda perhatikanlah sendiri, Ketua Pemuda dibahagian anda sedang buat apa ? Apa idea yang disumbangkan kearah mencapai matlamat parti ? Berfungsikah Ketua Pemuda dibahagian anda ? Anda Mampu Mengubahnya.

Ekonomi Rakyat Kelantan Diukur Menerusi Berhutang Di Kedai Runcit - Politik Assobiyah

Kekuatan kuasa beli dan permintaan domestik di negeri Kelantan dapat dilihat daripada beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat Kelantan seperti berikut:

1. Tunai dan Emas – Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan.

Amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi.

Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan.

Di samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita Kelantan bukan sekadar untuk tujuan perhiasan dan kecantikan, tetapi turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama mereka, khususnya dalam urusniaga pajak-gadai dan pinjaman modal.

Ini dibuktikan dengan prestasi perniagaan pajak-gadai Islam oleh Ar-Rahnu, di samping rekod jualan dinar dan dirham Kelantan yang kian meningkat, malah menjadi pemandangan biasa untuk melihat peraih-peraih emas berniaga di pasar-pasar, duduk sebaris dengan penjual kuih-muih dan sayur-sayuran.

2. Tanah dan Rumah – Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal.

Daripada urusniaga pembelian tanah (atau pecah lot) yang amat popular di Kelantan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak.

Aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan menyaksikan lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi yang jarang berlaku di negeri-negeri lain.

3. Bank dan Tabungan – Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain.

Ini kerana, bagi daerah sebegini yang aktiviti ekonomi di kalangan penduduknya adalah terhad dan sering disinonimkan sebagai daerah termiskin, kewujudan lebih daripada tiga cawangan bank komersial utama seperti Maybank dan CIMB, mahupun bank berorientasikan masyarakat seperti BSN dan Bank Pertanian di daerah ‘mundur’ sebegini menjadi penanda aras terhadap tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan.

Situasi yang lebih rancak pula dapat dilihat di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah yang menyaksikan urusniaga dan transaksi perbankan di kalangan rakyat adalah amat tinggi, di tambah dengan pembukaan cawangan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Inilah sebahagian daripada pemerhatian ringkas terhadap aspek sosio-ekonomi yang telah menjadi budaya di kalangan rakyat Kelantan, dan ia merupakan pemangkin utama kepada kekuatan kuasa beli dan dayatahan ekonomi negeri Kelantan.

Rezeki yang diperolehi biarpun nampak sedikit, tetapi ia lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan sehari-hari, buat bekalan di kemudian hari.

Kebaikan dan kebajikan yang bertambah-tambah, itulah barakah, dan inilah kekuatan dan keunikan ekonomi negeri Kelantan Darul Naim.

Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Membangun Negara Berkebajikan.
26 Januari 2013 -
Disunting dari Harakah

Pembohongan dan dakyah terbesar sekian lama seperti inilah buatkan rakyat Kelantan terus dibuai dengan keasyikkan syok sendiri yang didalangi oleh kepimpinan Pas. Ia hanya bertujuan untuk memupuk semangat assobiyah  dikalangan anak Kelantan untuk banggakan negeri sendiri yang secara langsung memberi keuntungan kepada Pas selaku Kelantan dibawah kepimpinan Pas.

Hakikat sebenar indah khabar dari rupa, Gk yakin Pengarah Kajian Polisi DPPM itu beretorik semata-mata tanpa fakta yang jelas. Jika ekonomi rakyat Kelantan diukur melalui kuasa membeli sahaja, hendak kita berikan contoh yang sangat mudah sebagaimana yang dikuatkan oleh Nik Aziz pada rakaman video dibawah,  

Perokok misalnya, adakah anda mengjangkakan perokok itu punyai sumber kewangan yang kukuh sehingga menjadi seorang perokok dan turut mempunyai kuasa membeli rokok, sedangkan perokok berkenaan tetap membeli rokok walaupun terpaksa meminta sedekah daripada Nik Aziz. Dengan meminta wang daripada Nik Aziz untuk membolehkan ia membeli rokok, adakah ia dipanggil kuasa membeli yang disebut sebagai penanda aras ekonomi rakyat Kelantan ?

Kenapa rakyat Kelantan jarang menggunakan kad kredit ? Jawapannya, sebahagian besar dari mereka tidak ada kad kredit, untuk memiliki kad kredit seseorang itu perlu punyai bukti kewangan yang ditetapkan oleh pihak bank, dan rata-rata rakyat Kelantan yang bekerja di sektor swasta yang pendapatannya antara RM350 hingga RM900 itu mustahil untuk memiliki kad kredit.

Kalau Pengarah Kajian Polisi DPPM sekadar kaji duk dalam air-cond tu rasanya tak layak nak bagi perincian mengenai perkara ini, harus turun padang kalau nak buat kajian untuk jawapan yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Banyak perkara yang perlu dikaji, bukan sekadar melontar pandangan berdasarkan fakta yang tidak konkrit demi kepentingan politik.

Video - Bekas Pengarah Perikanan Kelantan Dedah Pemberian AP Kapal Kepada Orang Politik

Memetik laporan dari Bernama, Setiausaha Kelab Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mewakili dua generasi berbeza dalam parti itu bersependapat bahawa calon berkualiti dan tiada sabotaj merupakan dua kunci utama bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada cengkaman parti Pas.

Mustapha berkata, rakyat Kelantan kini sudah bersedia menukar kerajaan akibat kegagalan Pas mengurus negeri itu dengan baik dan BN perlu mengambil peluang sepenuhnya terhadap situasi itu dengan memastikan dua kunci utama itu menjadi kenyataan.

“Calon berkualiti mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk seperti tidak bermoral dan rasuah. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan.

“Calon dipilih bertanding mestilah mendapat sokongan padu daripada semua kepimpinan bahagian dan cawangan. Mereka yang tidak terpilih mesti mengetepikan perasaan kecewa kerana kemenangan parti adalah utama,” katanya kepada Bernama.

Khairy berkata selain itu Badan Perhubungan Umno Kelantan perlu menyediakan insentif khas kepada golongan muda dalam manifesto mereka.

“Insentif ini boleh dibuat dari segi pembangunan belia, kemudahan untuk belia atau pemberian peruntukan secara langsung kepada belia,” katanya. 

Perancangan atau idea yang menarik itu suka untuk kita mantapkan lagi supaya ianya menjadi realiti dan tidak hanya menjadi satu retorik diatas kertas semata-mata. Sejauhmana hakikat itu bersedia untuk berlaku, dan sanggupkah perubahan itu dibuat oleh kepimpinan BN di Kelantan.

Dengan jujurnya secara peribadi Gk beranggapan cakap-cakap sebegitu hanyalah pemanis kata sahaja, untuk ia berlaku adalah satu perkara yang sangat mustahil sekiranya tidak ada keberanian  seseorang pemimpin untuk melakukan rombakan kearah perubahan yang lebih positif.

Siapa yang tidak ingin menjadi pemimpin sekiranya boleh mendapatkan apa sahaja biarpun bukan didalam bidangnya ? Duduk rumah goyang kaki tiap bulan masyuk siapa yang tak suka ? Namun pada zaman sekarang ini yang mana zaman akses media di hujung kuku, perbuatan demikian sudah tidak relevan lagi kerana ia akan menjadi liabiliti kepada parti dan memustahilkan sesebuah parti itu untuk menang walaupun sehingga ke hari kiamat.

Oleh yang demikian, seseorang pemimpin jangan bersikap angkuh dan tidak mengambil peduli dengan keadaan itu, biarpun ia tidak mampu menganggu gugat anda secara peribadi, namun ia tetap memberi imej yang negatif kepada parti, kepentingan peribadi jangan mendahului lebih dari kepentingan parti. Anda Mampu Mengubahnya.

Rakaman video pendedahan oleh Bekas Pengarah Perikanan Negeri Kelantan Abdullah Jaafar berkaitan AP kapal di Kelantan.

'Pengkhianat Umno Biasanya Pegang Jawatan Penting' - Syed Ali

Pemimpin akar umbi Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Syed Ali juga berkata, mana-mana ahli Umno yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan tidak kira di peringkat mana.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kebanyakan yang "bertukar menjadi pengkhianat" terdiri daripada pemegang jawatan penting dalam parti.

"Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi," tegasnya.

'Dirasuk kepentingan peribadi'

Tambah Syed Ali lagi, jarang berlaku ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang khianat, sebaliknya membabitkan pemimpin termasuk yang pernah berada dalam kabinet.

"Saya percaya ahli-ahli Umno peringkat akar umbi tetap setia kepada parti, mereka ikhlas berjuang untuk parti," tegasnya sambil menyifatkan keadaan itu seperti "dirasuk kepentingan peribadi".

Syed Ali juga melihat penubuhan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan ahli ahli yang khianat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap masa depan Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu setelah dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) di PWTC baru-baru ini.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan beberapa wakli MT yang tiada berkepentingan. -Malaysiakini

'Saya Tidak Kenal Samseng Tersebut Tapi Dapat Agak Dari Cawangan Mana'

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, walaupun tidak kenal pihak yang memijak gambarnya dalam insiden di Shah Alam dua tahun lepas, beliau dapat mengagak individu terlibat daripada kumpulan mana.

"Apabila ditanya sama ada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana.

"Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini," kata Khalid mendedahkan pertemuannya dengan pegawai polis yang menyiasat insiden itu baru-baru ini.

Menulis dalam blognya, Khalid berkata, setelah memuatkan gambar berkaitan di blog pada 3 September lalu, beliau dikunjungi polis sepuluh hari kemudiaannya.

Katanya, ia ekoran laporan polis seorang individu di Gombak.

"Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam.

"Saya memaklumkan bahawa ia berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada," coret timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor itu hari ini.

Kain rentang Nik Aziz dikencing mungkin di Sek 7.

Sementara itu, Khalid berkata, polis Terengganu juga mengunjunginya pada 14 September berhubung insiden yang menyaksikan gambarnya bersama pemimpin tertinggi PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikencing sekumpulan lelaki.

Justeru, kata Khalid, beliau menjelaskan, ia berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya umum pada Mac 2008.

Menurutnya lagi, PAS Shah Alam memasang 5 sepanduk besar ukuran 10' x 20' di beberapa lokasi strategik.

"Banner (kain rentang) yang dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ia banner yang dipasang di Seksyen 7," katanya yang berpendapat pihak terlibat bukan warga Shah Alam.

"Itu sahaja maklumat yang ada pada saya.

"Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam." -Malaysiakini.

Abby Abadi : Saya Tak Pandai Tapi Faham Malaysia Dalam Bahaya

Akibat dari 'tak pandai tapi faham' Abby Abadi sering mencetuskan kontroversi dengan kenyataan-kenyataan songsang yang mengikut kepalanya sendiri dengan berkiblatkan Pas seterusnya lantang mengkritik tanpa menghormati perbezaan pendapat dan juga tidak sedar yang beliau sekarang ini berada dibawah kerajaan pemerintahan Islam.

Lantaran 'tak pandai tapi faham' jugalah Abby mengatakan Malaysia dalam keadaan bahaya mengikut beberapa segi sudut pandangannya tanpa memahami punca 'bahaya' itu datangnya dari hasutan dan fitnah pembangkang yang sedang didokongnya.

Bagaimana Abby boleh menafsirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam bahaya jika beliau sendiri mengaku 'Tak pandai tapi faham' , sebenarnya orang berfahaman seperti Abby lah yang menyebabkan Malaysia dalam bahaya, ini kerana pandangan dari orang yang 'Tak pandai tapi faham' dengan mengongsikan pemahaman 'Tak pandai tapi faham' kepada orang-orang yang 'Tak pandai tapi faham' bakal melahirkan umat yang juga 'Tak pandai tapi faham'.

Apabila  'Tak pandai tapi faham' dan diberikan peluang untuk kongsikan 'Tak pandai tapi faham', maka itulah jadinya, sedangkan apa sekalipun ilmu seseorang itu mestilah pandai, berkelayakan atau arif didalam memahaminya bersandarkan nas-nas dan dalil yang diujikaji sendiri serta melihat pandangan umum dengan tidak hanya mendengar ceramah jumud semata-mata.

Dengan itu keluasan pandangan dalam kebebasan pemikiran akan mengeluarkan dari kotak ketaksuban dan menjadikan seorang umat yang bertamadun dalam melangkaui persaingan keintelektualan pada tara yang seimbang dengan dunia hari ini.....Anda Mampu Mengubahnya....


Sumber Video dan gambar selanjutnya Minaq Jinggo

Keganasan Bodyguard - Ahmad Maslan Senaraikan 6 Jenis Politik Yang Mesti Rakyat Tolak

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyeru rakyat negara ini terutamanya para pengundi  menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas.

Mengulas insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengacukan pistol ke arah rakyat di Kampung Baru Rim Jasin Melaka petang semalam merupakan satu daripada bukti jelas politik ganas pembangkang.
 
"Perdana Menteri ada berbelas-belas bodyguard dan kita telah ada enam Perdana Menteri... tidak pernah kita dengar bodyguard berbelas-belas ini mengacu pistol. Tiba-tiba dia ni jadi Ketua Pembangkang ada bodyguard mengacu pistol kepada rakyat," katanya.
 
1. ) "Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

2. ) Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
 
3. ) Disamping itu politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

4. ) Seterusnya terdapat juga politik menghukum yang diamalkan pembangkang sehingga menyebabkan sembahyang dua imam dan kafir mengkafir sesama Islam. 
 
5. ) Selain itu, politik pecah belah yang tidak mahu melihat perpaduan antara Melayu, Cina dan India malah perpaduan dalam kaum masing masing.

6. ) Satu lagi ialah politik ganas yang dilakukan oleh sekumpulan perusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0, katanya lagi.

Menurut beliau keenam-enam jenis politik itu perlu ditentang habis-habisan oleh Barisan Nasional (BN), parti yang tidak mengamalkan keganasan dan bebas tetapi menurut peraturan serta tidak mengamalkan politik memfitnah. Katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Klang hari ini.

Lelaki pada gambar diatas merupakan orang upahan Anwar yang terlibat dalam demontrasi 'biadap' menuntut PTPTN dimansuhkan dan pernah menyerbu Perdana Menteri yang kononnya dia ingin menghantar surat kepada PM, semasa beliau merempuh kawalan polis yang mengiringi PM, laungan reformasi dari gerombolannya turut dilaungkan,pelbagai provokasi terhadap pihak berkuasa telah dilakukan oleh lelaki tersebut namun kesemuanya gagal.

Politik kotor cara Anwar ini mesti ditolak, segala apa yang berlaku dan bersifat memburukkan BN semua itu sudah dirancangkan oleh Anwar, orang-orang upahannya memang licin menjalankan tugas-tugas jahat khas yang diamanahkan oleh Anwar kepada mereka, kejadian seperti memecahkan cermin bas , baling batu dsbnya itu turut didalangi oleh mereka. Jika dua hal diatas didalangi oleh orang yang sama maka tidak mustahil dengan hal-hal yang lain. Anda Mampu Mengubahnya....

Perpecahan Pas - Fikrah Pas VS Fikrah IRC

Penyokong dan pengikut Pas sepatutnya lebih sedar dan peka dengan perjuangan Pas dahulu dan sekarang, jangan menyokong kerana namanya, tapi nilailah dasar yang ingin dibawa olehnya, nama boleh diubah-ubah, Pas ke Pis ke Pus ke itu tidak menjadi masalah, yang perlu jelas adalah mengenai dasar perjuangan serta matlamat yang diperjuangkan.

Sering Nik Aziz ungkap bahawa "Umno adalah sesat, sesat sama macam Tok Ayah Pin, sebab apa ? sebab Umno tolak dasar Islam, ambil dasar kebangsaan", itulah yang selalu diungkap oleh Nik Aziz.

Namun sedarkah dan tahukah penyokong Pas bagaimana dasar Islam dan bagaimana pula dasar kebangsaan ? Jika dahulu mungkin kita sedar ada bezanya yaitu Pas ingin menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negara ini kononnya lah, tapi sejak kebelakangan ini Presiden Pas sendiri sudah menyebut negara Islam tidak ada dalam Al-Quran dan Hukum Hudud pula hanyalah 0.00001 peratus sahaja.

Ianya jelas, dari itu apakah yang dimaksudkan dengan dasar Islam Pas yang berbeza dengan dasar kebangsaan Umno ? Maka hendak dijelaskan, tidak ada sebarang alasan konkrit untuk Pas membuktikan yang dasarnya itu Islam kerana kita tidak nampak dimana lebihnya Islam yang dibawa oleh Pas bila ia ditumpangi oleh beberapa pemimpin mereka yang datangnya dari jemaah yang pelbagai seperti IRC, Abim, ISMA, Arqam dsbnya.

Kemuncaknya dapat dilihat parasit dari IRC lebih mengusai Pas berbanding pemimpin asal Pas. Malah kemasukkan IRC lebih ketara yang menyebabkan berlakunya titik pertembungan antara fikrah Islam dan fikrah IRC. Ulamak dipulau dan disisih kerana didakwa sebagai 'kolot', ideologi-ideologi IRC diserapkan ke dalam Pas dan suara-suara Ulamak sudah tidak dapat didengar lagi, keadaan ini lebih dasyat dari apa yang disangka berlaku didalam UmnoBN.

Antara yang masih kita ingat mengenai pertembungan pendapat antara pemimpin dalam Pas  ialah seperti  Perlaksanaan hukum hudud, Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, Perdana Menteri bukan Islam serta banyak lagi yang mungkin akan Gk senaraikan satu persatu dimasa yang akan datang.

Menurut fikrah Pas, sebagai sebuah parti dakwah, Pas perlu bertegas dengan dasar Islam dan tidak boleh bersikap hipokrit. Manakala menurut fikrah IRC, Pas sebagai sebuah parti politik dan bukan jemaah dakwah, tidak perlu meletakkan Islam dan isu-isu islam di dalam penampilan politik mereka, ianya bagi menarik golongan non-muslim. Pas tidak perlu tegas dalam isu hudud, negara islam, isu social dan sebagainya. 

Mereka turut berpandangan Pas sepatutnya tidak meletakkan matlamat negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai dasar perjuangannya. Istilah “biar menang dulu, bila dapat kuasa, kita tunjukkan keadilan. Selepas melaksanakan keadilan, barulah bercakap mengenai Islam seperti hudud dan lain-lain.”....Anda Mampu Mengubahnya

Dalil Kenapa HARAM Sokong DAP ? Kenapa Tidak MCA ? Jawapan Untuk Dr Asri Dan Umat Islam

Isu Haram sokong DAP ada asasnya, jangan hanya melihat kepada isu penentangan Hudud semata-mata, bahkan perlu melihat perkara ini dalam kerangka yang luas didalam konteks DAP berpolitik.

Ketaksuban dan kerakusan untuk memerintah sahaja akan memandang enteng didalam sesuatu perubahan perkara yang berlaku kerana dikononkan dengan kesesuaian aliran zaman. Tanpa kita sedari apa yang kita nikmati pada hari lepas lebih baik dari apa yang berlaku pada hari ini.

Apapun yang bakal terjadi hidup mesti diteruskan selagimana bernyawa. Samalah juga apa yang berlaku kepada orang Melayu Singapura.. Renunglah kepada kebaikkan kerana itu yang akan membuatkan kita berfikir. “ Jarang orang berfikir semasa senang tapi banyak orang berfikir semasa susah”.
Banyak isu mengenai DAP yang bersikap seperti tuan, setiap inci melayu dihambakan? Pemimpin Kononnya memperjuangkan Islam HARAM tak boleh diharap... Lebih dasyat dari sekular.. Ada dalam forum atau ceramah pemimpin PAS mengatakan DAP sangat baik dan bertolak ansur. Yang dicontohkannya ialah DAP dengan ikhlas memberi Jawatan MB kepada PAS namun hakikat adalah sebaliknya.

Lim Guan Eng pula disifatkan seperti Khalifah Umar Abd Aziz bagi memenangi hati orang Melayu yang makan PONG!!! Entahlah ada ke tidak exco PAS dalam kerajaan Lim Guan Eng tu yang disifatkan dengan demikian. Agaknya ramai benar....
DAP boikot perlantikkan MB PAS Nizar Sila klik BlogLimkitsiang
Pajakan Tanah 999. Sila klik Utusan Malaysia
Bezakan Tanah melayu tergadai zaman UMNO 50 tahun memerintah dan zaman tak sampai sepenggal PR memerintah. Sila klik HarakahdailyIsu larangan azan kuat yang menggangu. Sila klik Tansiewgiaw

Terus terang GK faktakan disini mengenai cara politik DAP yang sangat keterlaluan dan memaksa untuk kita umat Islam tidak bersetuju dengan pembawaannya yang hanya mementingkan hasrat mereka semata-mata tanpa mengambil kira persefahaman yang telah dipersetujui oleh orang-orang terdahulu. Tidaklah kurang juga dengan MCA.

Walaubagaimanapun kebiadapan DAP sangat ketara seakan mencabar perlembagaan negara dan kebangkitan orang melayu Islam. Ada perkara yang diputuskan oleh DAP tidak bertentangan syarak. Contohnya seperti penggunaan pembesar suara untuk membaca Al-Quran sebelum subuh. Ia sebenarnya seakan orang mengantuk disorongkan bantal. Kerana larangan itu tidak dikuatkuasakan di negeri PR yang lain.

Selain itu DAP juga mempertikaikan hak orang Melayu untuk disamaratakan yang berkonsep seperti Singapore Singaporean dan Malaysia Malaysian, Papan tanda arah jalan yang menggunakan tulisan Jawi juga dipersoalkannya. Sehingga pak alim ‘kelarah’ PAS memihak keatasnya dan sanggup mengetepikan sahabat didalam jemaah yang seagama dan sebangsa dengannya.
Cara DAP berpolitik dalam perjuangannya mirip kepada PAP yang diperjuangkan oleh Lee Kwan Yew. Tersilap langkah dan hanyut dalam pujian serta kata-kata manis akan membuatkan kita semua menjadi pendatang dibumi sendiri. Betapa lantangnya DAP kerana tidak sampai sepenggal pun mentadbir, telah banyak yang diubah untuk kepentingan bangsanya.

Ini bermakna sokongan kaum Cina yang tidak berbelah bagi kepadanya akan berlaku dalam PRU13 nanti. Setiap perkara yang dicabuli oleh DAP secara halus dan terang yang penuh dengan alasan hanya membuatkan kita orang Melayu nganga dan angguk tanpa geleng.
Sikap lembab dan mudah terpedaya bangsa serta pantang dipuji membuatkan laluan semakin terbuka untuk DAP mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Takkan kemananya bangsa Melayu kalau diperintah oleh Cina berideologi seperti DAP ini. Mana ada dia nak hormat dengan bangsa lain. DAP sanggup lakukan apa saja demi memenangkan hati orang Melayu untuk mereka memancing undi dari penyokong Pas.

Kelicikan DAP melihat penyokong Pas minat dan taksub dengan Agama Islam, lantaran itu jolokan Umar Abd Aziz, memberi salam dan membaca ayat Al-Quran dijadikan umpan untuk disajikan kepada pengikut Pas supaya mereka merasa bangga dan dapat menerima dan menyokong DAP.
Bila berlaku krisis pembentukkan kerajaan bawah pokok di Perak, Karpal Singh adalah satu-satunya manusia yang berani mengheret institusi Raja ke Mahkamah. Kemaruk untuk berkuasa ini akan sanggup melakukan apa saja. Dalam Pas pula kesungguhan yang ditunjukkan tidaklah sama sepertimana kesungguhan DAP.

Jika kita melihat keputusan Pilihanraya pun DAP agak terkedepan berbanding Pas dan PKR. Sedangkan majoriti dalam negara ini adalah orang Melayu. Tapi dimana undi Melayu ketika Cina bergabung untuk mengubah kerajaan. Jangan lena wahai bangsaku Melayu. Biarpun kita tidak bangun sebiadab ‘Namewee’ . Cukup saja untuk kita bersatu hati.

Rasanya anda juga tidak lagi ingin memilih Parti selonggar Pas. Cara politik Pas yang konservatif dan tidak berpendirian didalam perkara dasar pastilah membuatkan cerdik pandai berfikir akan kelangsungan Pas untuk mentadbir. Percaturan bijak DAP dengan menundukkan Pas menambahkan lagi keuntungan kepadanya. Pas juga sanggup menggugurkan Dasar Islam dan menukarnya kepada Berkebajikan.
Ianya bukan soal taktik lagi. Ini sepatutnya dilihat kepada keyakinan dan keimanan serta ketegasan beragama demi memartabatkan negara bercirikan Islamik tanpa sebarang kompromi atau tunduk kepada desakan Islam atau bukan Islam. Dimana kredibiliti Islam sebuah agama yang adil lagi benar? Buruknya Islam jika dibawa oleh manusia yang tidak layak dan sanggup menjual agama demi dendam dan kerakusan untuk berkuasa.

Andaikata PR berjaya tubuh kerajaan, adakah kekuatan Pas selaku Parti yang ingin menegakkan Islam lebih berkuasa dalam pakatannya. Tidak mungkin, Pas akan rela menjadi pak sanggup diatas segala desakan DAP. Kalau sekarangpun telah jelas Pas tidak berprinsip, mana mungkin Pas boleh jadi seperti UMNO dalam Barisan Nasional.

Bukan untuk mengecilkan bangsa Melayu, tapi hakikat nyata adalah Cina DAP lagi pandai dan cerdik berpolitik. DAP bertulang belakangkan kaum Cina yang mempunyai ideologi menentang dan ingin berkuasa sendiri.
Percubaan mencari sokongan bukan Islam. Jangan pandang sebelah mata, catuan kaum diwujudkan didalam DAP bagi menampakkan ia lebih relevan untuk semua kaum. Perjuangan DAP juga adalah perjuangan yang rela mati dan sanggup menempuh apa saja keadaan.

Berlainan ia dengan PKR, walaupun PKR juga sebuah parti mirip sepertinya, tapi orang-orang didalam PKR tidak secekal orang-orang DAP. Gerakan DAP ini satu ancaman kepada seluruh orang melayu dan umat Islam. Ia turut diakui oleh bangsanya sendiri. Kalau pemimpin Pas sehebat Nik Aziz pun boleh tunduk, inikan pula kita rakyat bawahan.

Sebelum bertambah parah terkena suntikannya haruslah kita berhati-hati. Kerana setakat ini, tiada satupun yang DAP buat dibantah oleh Pas, walhal berkait soal agama sekalipun, Pas tetap menghalalkan segala yang dilakukan DAP.
Pemimpin MCA mana yang berani pertikaikan macam ni sekali ?
Agama dihujah dan difatwakan secara ‘ikut suka’ tanpa melihat kesan kepada umat Islam. Dalil menghalalkan apa yang DAP lakukan nampaklah ia sokongan yang berpihak untuk satu pihak sahaja tanpa memikirkan pihak yang lain.

Statistik penduduk Di Pulau Pinang 2010 :
Melayu : 670,128
Cina : 658,661
India : 155,613
Lain-lain : 6532

Bagaimanapun kepintaran kaum Cina berpolitik jauh mengatasi kaum Melayu, statistik jumlah penduduk di Pulau Pinang menunjukkan Melayu lebih ramai dari kaum-kaum lain, tapi kenapa Melayu tak boleh berkuasa penuh? Dalam perkara ini bukan soal BN atau PR ingin dibangkitkan, tapi sikap orang Melayu itu perlu di ubah jangan terus dijajah.

Pemimpin Politik adalah BOHONG walau berserban atau berjubah, untuk menghukum mereka kita haruslah bijak mengaturnya. Jangan kita dipolitikkan, sebaliknya kuasa yang ada ditangan kita digunakan untuk politikkan pemimpin.
Cukuplah setakat CEO bukan Islam hanya di PKNS dibawah 2 tahun pentadbiran PR di Selangor. Inginkah kita melihat GLC seperti Petronas, TNB, Telekom, Proton dan beratus lagi diwarisi dan diterajui oleh bukan Melayu atau bukan Islam. Bukan bersikap perkauman, tapi percayalah sekiranya kita diperintah oleh mereka bagaimana nasib kita.

Biarpun kita bersifat perkauman, tapi HAK kita terus terjaga. Untuk itu, kita sebagai umat Islam mestilah bersatu dibawah satu payung Islam yang sediaada menjaga agama Allah dari terus dinodai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal penyelewengan didalam UMNO memang patut kita berbuat sesuatu bukannya membiarkan ia terus berlaku yang juga akan menyusahkan rakyat.

Tapi bukan dengan cara bersama-sama DAP. Sebaliknya berkerjasamalah diantara kita untuk mewujudkan satu suara rakyat yang berkuasa (Walau bukan dengan cara memerintah) bagi membendung budaya salahguna kuasa dan wang rakyat didalam UMNO. Bukan Umno tidak boleh di ubah, tapi sikap membangkang yang tidak membina membuatkan Umno terus tersesat.

Sekejap anda cuba bayangkan sekiranya sikap Pas kepada DAP dilakukan juga oleh Pas kepada Umno bagaimana?. Cumanya upgrade sikit, kalau tak betul terus terang cakap tak betul, bukan juga sepanjang masa asyik membangkang, semua Umno buat tak betul, mana boleh, bila kena time kita, dibuat juga perkara yang sama walhal pada satu-satu masa tu kita kata ianya tak betul.
Inilah yang mereka mahu, tak salah, tapi sedikit demi sedikit hak Melayu di bumi ini akan terus digasak..,.
Itu yang menyebabkan fatwa ikut suka tu. Memanglah Islam larang kita jatuh lubang dua kali, tapi sekali gagal bukan bererti selamanya akan gagal. Kerja nak dakwah ajak orang melakukan kebaikkan ni tak boleh buat jatuh lubang macam tu. Nabi Nuh As berdakwah 900 tahun pun hanya dapat 40 orang pengikut je.

Al 'Ulama Warasatul Anbiya. Kata sambung kerja Nabi. Jadi kalau sambung kerja Nabi sebagai Pendakwah kena berdakwah sungguhlah. Kerja dakwah ni untuk terangkan dan mengajak orang kepada Islam, kita dakwah je, dia nak dengar ke tak nak dengar ke dia punya pasal, janji kita sentiasa berdakwah kepadanya, di akhirat nanti bila Allah tanya, cakaplah kita dah terangkan, dah dakwah dah, dari zaman Mahathir sampai zaman Najib, tapi tak nak ikut, degil....Ke lagumana Tok Guru?.

Yang tertidur itu kita sedarkan, jangan diambil kesempatan untuk membunuhnya. Itulah dasar Islam yang sebenar. Hanya cara dakwah mengikut landasan Islam sahaja akan mengubah kepada yang lebih baik. Sebagai contohnya, jika sebuah bangunan itu milik orang bukan Islam, tapi kita ingin jadikan ia milik orang Islam, untuk membelinya tidaklah kita mampu, apakah kita ingin merampas atau menggunakan kekerasan/penipuan untuk memilikinya.

Tentulah tidak, sekiranya kita ikhlas untuk milik ia kepada orang Islam. Apa yang kita perlu lakukan ialah mengislamkan pemiliknya dengan melakukan dakwah kepadanya. Itulah cara Islam yang sebenarnya. Renung,fikir dan nyatakanlah ia dalam konteks Islam yang sebenar.

Untuk tidak mewujudkan wasangka provokasi, GK rasa cukup saja untuk anda fahami dan susulinya dengan lebih lanjut diatas kebijakkan anda berfikir. Setiap yang telah berlaku itu hendaklah dijadikan sandaran bukannya berfikiran taksub lagi.

Jika semua bangsa bersyukur tanpa mempertikaikan hak-hak yang telah dipersetujui oleh orang-orang terdahulu, maka selagi itulah keharmonian berlainan kaum itu akan dapat dikekalkan didalam negara, tetapi jika wujudnya gerakan seperti DAP yang cuba menggangu gugat hal-hal yang sedia termaktub, kehancuran pasti akan tercetus dengan kebangkitan yang amat dasyat. Anda Mampu Mengubahnya.

"Kita bersedia untuk berperang sekiranya keadaan memerlukan, mereka tuntut keadilan dari kita, selepas mereka mendapat keadilan itu, apakah keadilan itu akan adil kepada kita ? lihatlah negara-negara jiran kita, umat Islam diancam dan dibunuh kejam, apakah kita umat Islam tidak merasai kezaliman itu untuk sanggup bersekongkol dengan puak mereka?"

Haram Sokong DAP - Kenyataan Balas Dr Asri

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap pandangan seperti haram dan berdosa mengundi DAP tidak membawa kemudaratan, dan 'fatwa' sedemikian perlu diteliti semula dalam konteks politik sebenar negara ini.

Mohd Asri berkata, oleh kerana perkara tersebut merujuk kepada DAP, rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN) juga ada parti komponen yang mempunyai pendirian seakan sama dengan DAP.

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Mohd Asri mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Mohd Asri, Ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia dan baru pulang ke tanah air selepas dilantik sebagai felo di Pusat Pengajian Islam Oxford selama lapan bulan menambah, jika perkara tersebut dilihat secara menyeluruh dan perlu dibincangkan, ia harus dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan.

"Kita tidak boleh membuat fatwa sendiri, kita kena bincang perkara ini supaya tidak bercelaru," kata beliau sambil berkata, pandangan sedemikian tidak wajar membawa kepada kemudaratan dalam negara yang penduduknya pelbagai kaum dan agama.

Katanya, realiti politik di negara ini berbeza dan ia disedari oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Sambil menekankan bahawa beliau tidak mahu menyentuh secara mendalam soal fatwa, Mohd Asri berkata, jika DAP dilabel sebagai "kafir harbi", ia akan membawa kesan yang mendalam, seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Saya tidak kata apa yang diperkatakan itu betul atau salah, tetapi kenyataan dikeluarkan mengenai soal haram dan dosa, perlu diteliti semula, kemudian boleh berbincang. Saya lihat itu hanya pandangan peribadi sahaja," kata beliau lagi.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.

Mohd Asri juga berkata, beliau tidak memihak kepada PR atau BN yang ada parti komponen atau wakil rakyat bukan Islam.

"Juga ada wakil bukan Islam dalam kerajaan. Jadi, kita perlu fikir semula perkara (kenyataan) itu semula," katanya lagi.

"Haram perlu kedua-dua sebelah. Kita tidak boleh memilih, hanya satu parti... jadi kita memerlukan penjelasan, kita kena menjustifikasikan," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, pada 1980-an, Pas sendiri pernah berpendirian sedemikian dengan menggunakan perkataan kafir ke atas penyokong BN.

"Tetapi hari ini mereka sedar bahawa pemerintahan negara ini memerlukan sokongan pelbagai pihak. Pas sudah berubah. Dan, hari ini seolah-olah Umno mengambil pendirian macam Pas tahun 1980-an.

"Esok, keadaan akan berubah. Jadi kita boleh menggunakan agama sebagai panduan berpolitik, tetapi tidak harus menjadikan ia sebagai instrumen politik.

"Agama mengatasi politik. Jadi, kita jangan campur aduk politik dan agama, jangan gunakan agama untuk politik," katanya lagi. Sinar Harian

Umie Aida Tegur Abby Jangan Politikkan Agama

Sejujurnya, jika ada anugerah artis politik paling popular, memang penulis nak beri anugerah khas tersebut kepada Abby Abadi.

Abby Abadi nampaknya semakin hangat diperkatakan oleh rakan-rakan media serta peminat yang mula mempersoalkan beberapa kenyataan Abby.

Kali ini timbul pula isu Abby Abadi yang menyatakan sukar bagi dirinya yang sudah berhijrah untuk mendapatkan kerja kecuali apabila kerajaan yang sedia ada tumbang.

Kenyataan itu telah dikecam oleh Umie Aida menerusi laman sosial Twitter.

Menurut Umie, kenyataan Abby Abadi itu seperti orang yang cetek pemikirannya.

Umie lebih bersifat terbuka apabila dia menyatakan yang selebriti yang berhijrah masih boleh maju tetapi jangan menggunakan medium politik.
Justeru, penulis lebih gemar untuk mengambil beberapa contoh artis/selebriti yang telah berhijrah tetapi masih berjaya dalam industri seni tanah air.

Penulis suka melihat cara Erma Fatima berdakwah. Anda nampak cara dia berdakwah? Mungkin ada yang sudah perasan akan perkara ini.

Erma Fatima yang juga pengarah terkemuka di Malaysia menggunakan pendekatan berbeza untuk berdakwah rakan selebriti yang lain.

Dia telah melakukan penggambaran di Tanah Suci Mekah pada masa yang sama melakukan ibadah umrah.

Selain itu, dia juga gemar memaparkan isu berkenaan wanita dan Islam dalam hasil karyanya sekaligus dapat memberi nasihat serta pengajaran kepada penonton.

Lain pula cara yang diguna pakai oleh Sheila Rusly. Penulis melihat Sheila lebih cekal dalam industri seni apabila dia pernah jatuh kemudian kembali semula bangkit dan berjaya dalam industri.

Dia berusaha untuk mencipta nama menerusi program-program yang dihoskan serta diterbitkan sendiri.

Pada masa yang sama, dia membantu suaminya, Jinggo dalam memajukan syarikat produksi mereka, JS Production.

Selain itu, Wardina Safiyyah juga mengakui yang sedikit sukar untuk mendapat kerja sebagai pelakon selepas memakai tudung kerana perlu menjaga adab dan sebagaianya.

Namun, pelbagai cara alternatif yang boleh digunakan untuk menjana pendapat.

“Tapi bila kita tiada ‘job’ untuk berlakon, kita boleh cari dengan cara lain dalam industri ini dalam usaha mencari rezeki.

“Kita nampak satu pintu tertutup, tapi Allah SWT Maha Penyayang, 10 pintu dibuka untuk umatnya,” kata Wardina sewaktu dihubungi hari ini.

Ujarnya, pelbagai pilihan boleh dibuat seperti menjadi duta produk, pengacara, mengusahakan perniagaan ataupun terlibat secara langsung disebalik tabir produksi.

Bagi Wardina, sikap, personaliti serta pemikiran merupakan asas utama untuk berjaya dalam industri.

Jelas, isu berhijab serta kerajaan yang memimpin Malaysia bukanlah isu yang perlu dipersoalkan oleh Abby.

Rata-rata komentator dalam laman-laman sosial serta laman web dan blog lebih menjerumus untuk memberi nasihat kepada Abby supaya tidak begitu aktif dalam politik sebaliknya mengfokuskan agama yang didahagakannya sebelum ini.

Penulis suka untuk mencadangkan supaya rakan-rakan selebriti yang telah berhijrah tetapi masih berjaya melangsungkan kehidupan dan menjana sumber rezeki untuk duduk berbincang bersama Abby serta berkongsi tips kejayaan.

Mungkin itu salah satu cara yang terbaik. Apa kata anda? -Mynewshub.

Video Pentaksub Pas - Nik Aziz Maksum Takkan Lakukan Kesalahan

"Ini Mursyidul Am kita takkan dia melakukan kesalahan" kata Wan Tarmizi Abdul Aziz ketika membela Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan mengatakan Nabi Muhammad SAW sama sahaja dengan Mat budak kampung.

Mentaksubkan diri kepada pemimpin sehingga memaksumkan pemimpin itu pada taraf Nabi dengan memaksudkan kata mustahil untuk pemimpin itu melakukan kesalahan bukanlah dari ajaran Islam, kerana Islam menjelaskan setiap insan itu ada kelemahan dan kelebihannya, manusia biasa seperti kita sering terdedah dengan kesilapan melainkan para Nabi.

Sebelum ini kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz bagi memberi dalil supaya sambutan maulidur Rasul tidak disambut oleh umat Islam dinegara kita, menurut Nik Aziz, menyambut maulid nabi adalah kerja yang tidak sudah, kerana Nabi Muhammad SAW ketika kecilnya sama sahaja dengan Mat- Mat dikampung kita.

Bagaimanapun kenyataan Nik Aziz itu disangkal oleh sebahagian besar ulama kerana ia jelas kenyataan yang menghina dan memperlekehkan nabi, menyambut maulid nabi memang benar ianya bukanlah sunnah, dan hal itu turut dipersetujui oleh beberapa ulamak, maksudnya bukan Nik Aziz saja, tapi dalil yang diberikan oleh lain-lain ulamak sangat berbeza dengan dalil yang dihujahkan oleh Nik Aziz sehingga jatuh ke taraf menghina nabi.

Nak hormat buat apa pada Nik Aziz, dia pun makan nasi, kencing dan berak macam kita juga, sebelum dipanggil Tok Guru dulu pun dia sama jugak jahil, apakah dalil untuk tidak menghormati Nik Aziz itu relevan dan tidak bersifat menghina atau memperlekehkan beliau, itu baru perumpamaan pada Nik Aziz bagaimana pula jika gambaran sama dibuat kepada nabi.

Sehingga hari ini Nik Aziz terus bisu tanpa menjawab isu tersebut atau menjelaskannya supaya umat Islam tidak terkeliru dengan kenyataan beliau itu, beliau tidak boleh menganggapnya betul atau itu perkara biasa, kerana hujah tersebut adalah luar biasa yang tidak diguna pakai oleh mana-mana ulamak di dunia ini. Anda Mampu Mengubahnya.

"Solat, Azan, Imam, Makmum, demontrasi semua sama yaitu politik - Nik Aziz "

'Lapar' Nak Jadi Calon 5 Bahagian BN Di Kelantan Kebuluran

Menurut sumber Umno Kelantan menghadapi masalah meletakkan calon sekurang-kurangnnya lima kerusi Parlimen kerana perebutan antara tokoh lama dengan muka baru.

Kawasan Parlimen terbabit ialah Ketereh; Kuala Krai; Rantau Panjang; Machang; dan Pasir Puteh. Kesemua kerusi berkenaan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.

Sebahagian masah berpunca kepada keinginan tokoh-tokoh lama parti yang masih mahu bertanding dalam PRU akan datang.

Di Kuala Krai, lima calon dikatakan berminat untuk bertanding kerusi Parlimen – Datuk Ramzi Abdul Rahman; Datuk Junaidi Bakar; Datuk Nik Sapiea Nik Yusof; Tuan Aziz Tuan Mat dan Azizuddin Hussein.

“Saingan sesama sendiri ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan penyokong Umno.

“Jika peringkat atas berpecah, orang bawah juga boleh berpecah. Kalau semua berpecah, peluang untuk merampas Parlimen Kuala Krai akan berkecai,” kata Ketua Wanita Umno bahagian, Rohani Abdul Majid.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Azizzudin kelah kepada calon PAS, Dr Hatta Ramli.
Di Parlimen Ketereh, khabar angin bertiup kencang bahawa Tan Sri Annuar Musa mahu bertanding sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada 2008, bekas menteri kabinet itu kalah kepada sepupunya Aziz Kadir dari PKR.
Bola dan politik

“Annuar mahu menggunakan popularitinya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai tangga untuk menjadi calon.

“Kononnya Tok Nuar (Annuar) boleh menang semula kerusi Ketereh dengan populariti bola,” kata Ismail Abas dari Melor, Ketereh.

Ismail berkata, Timbalan Ketua bahagian, Datuk Alwi Che Ahmad merupakan calon paling kayaj di Ketereh.

“Ketereh perlukan muka baru. Annuar sudah terlalu sebagai orang politk Ketereh dan Kelantan,” katanya lagi.

Saingan di Machang pula dijangka berlaku antara tokoh veteran Datuk Ismail Mamat dengan bekas ahli Parlimen, Datuk Sazmi Miah serta ketua bahagian sekarang Datuk Nur Jazlan Yaakob.

Di Rantau Panjang pula membabitkan dua pemimpin utama bahagian Datuk Mohd Zain Ismail dan Abdullah Mohd Yassin.

Abdullah ada ketua bahagian manakala Mohd Zain adalah bekas timbalan ketua bahagian. Calon 2008 iaitu Afandi Yusof juga disebut-sebut mahu menjadi calon sekali lagi. - http://persadapasirmas.blogspot.com/2012/07/umno-kelantan-bermasalah-di-5-bahagian.html

Tragis Dan Zalim !!! Ketua Srikandi PKR Dipijak Dikepala Pecah Usus

Hasutan demi hasutan dan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan pembangkang terhadap kerajaan semakin bermaharajalela, pemfitnah baru sentiasa dihasilkan pembangkang. Terbaru Ketua Srikandi Pkr, Siti Aishah Shaik Ismail dilihat semakin lantang memfitnah akibat dari tiada tindakan diambil keatas beliau, memasuki setiap perlampungan dengan membawa berita fitnah itu mengundang kepercayaan rakyat terhadap kata-kata beliau.

Akibat cerita berbentuk fitnah yang disebarkan beliau maka difikirkan wajar tajuk diatas untuk diletakkan bagi memperlihatkan situasi menghadapi kenyataan fitnah dan cerita yang ditokok tambah. Tidak dinafikan mungkin sebahagian ada benarnya, itu sebab juga tiada tindakan diambil, cuma ada satu dua perkara yang didalam pengetahuan umum juga cuba untuk dibohongi oleh beliau. Memperbodohkan rakyat menjadi amalan biasa pembangkang.

Demontrasi yang berlaku di Kelantan sebelum ini didakwa beliau seramai 5 orang rakyat yang menuntut royalti pecah kepala akibat dipukul oleh agen suruhan Umno yaitu Perkasa, sedangkan apa yang berlaku hanyalah 3 orang yang terlibat dan hanya seorang sahaja yang pecah kepala. Bila disebut begitu apa yang rakyat akan rasa ? Tidakkah rakyat akan merasa benci dan meluat-luat dengan tindakan Umno itu ? Tapi kalau berita tu sungguh tak der masalah, yang menjadi masalahnya perkara itu tidak berlaku sebagaimana yang disebut beliau .

Begitu juga berkenaan dengan hutang negara, dalam masa 20 hari sahaja peningkatan hutang yang disebut beliau sebanyak RM144 Billion, pada 26 Jun ketika berceramah di Perak beliau menyebut hutang negara ialah sebanyak RM456 Billion, dan pada 15 Julai semasa berceramah di Bachok Kelantan jumlah yang disebut meningkat kepada RM600 Billion yang bersamaan RM 7.2 Billion sehari. Benarkah begitu ? Mungkin ada yang lebih pakar dan berhak untuk menjawabnya.

Bagaimanapun ceramah-ceramah pembangkang sekarang ini yang cukup agresif mampu mempengaruhi rakyat jika tidak ada sebarang alternatif dari jentera BN untuk menjelaskan semula perkara sebenar kepada rakyat. Laporan penuh ada pada klipvideo dibawah...Anda Mampu Mengubahnya..

Demontrasi, Solat, Politik, Artis, Ulama Dan Anwar Serupa Saja - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!”

Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.

Sebelum ini serupa juga, Nik  Aziz  meminta masyarakat memahami pengertian insan seni sebenar kerana ulama juga tergolong dalam golongan artis.

Sekiranya artis dimaksudkan dengan insan seni malah golongan ulama juga mempunyai keseniannya yang tersendiri.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungi selebriti Oki Sentiana Dewi, heroin filem Ketika Cinta Bertasbih dari Indonesia dan selebriti dakwah Kapten Hafiz, di JKR 10, Mac lalu.

Menurutnya, sebelum ini masyarakat hanya mengenali pelawak, pelukis, pelakon, penyanyi sebagai artis, namun golongan ulama sebenarnya adalah artis.

“Cara Rasulullah berdakwah juga mengikut seni sehingga manusia terpikat dengan ajaran Islam, al-Quran juga mempunyai seninya yang tersendiri sehingga bila mendengarnya manusia akan terpegun,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur pada golongan artis termasuk Oki Sentiana Dewi yang sudi datang ke Kelantan bersama ibunya.

Katanya, dengan kehadiran artis ke negeri ini akan melenyapkan tohmahan buruk masyarakat Kelantan menolak golongan terbabit.

Apa-apa pun tak der hal lah, asalkan Nik Aziz semuanya adalah benar-benar belaka. Apa sahaja yang boleh memberi kepentingan pada Pas semuanya akan dimantikkan menjadi halal dan selari, demontrasi, solat dan politik serupa juga klik disini.

VIDEO NERAKA DUNIA - APA DOSA RAKYAT BACHOK ?

Bachok dan sampah sebelum ini bukanlah perkara yang berhubungkait, namun sejak 3 tahun yang lalu ia seakan menjadi sinonim yang akan mewajahkan daerah tersebut dengan satu gambaran buruk yaitu kotor dan busuk.

Jika sebelum ini mendengar sahaja nama daerah Bachok kita akan tenang dengan terbayang keindahan pantai-pantai yang indah diselami dengan deruan ombak kenangan antara kita dan dia sewaktu bercinta dahulu, keadaan ini pasti ramai anak Kelantan melaluinya.

Bagaimanapun, akibat dari kelalaian pihak berwajib yang tidak menjaga ciptaan ilahi ini, keadaan sudah berubah, daerah yang sepatutnya dijadikan pusat pelancongan terindah dinegeri Kelantan telah dijadikan pusat pelupusan sampah yang tidak sistematik, anda boleh saksikan pada klipvideo yang disediakan cuma baunya tidak dapat disertakan.

Mengapa keadaan ini harus berlaku ? apakah kerana  kebaikkan, keramahan dan "mudoh baso" orang Bachok sehingga sanggup pihak tertentu untuk buat apa sahaja yang mereka suka, segala sampah diberikan kepada orang Bachok, sampah pemimpin pun terpaksa diterima oleh orang Bachok sehingga mengabaikan rakyat disini.

Pemimpin yang dipilih langsung tidak berfungsi dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, mujurlah masih ada anak tempatan yang sanggup menggalas tugasnya sekadar yang mampu demi kesejahteraan rakyat, soalnya sampai bila ?

Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin tempatan itu tidak mengambil tempat dalam menjaga kebajikan rakyat di bekas kawasannya. Apapun saksikan paparan kedua videoklip ini esok yang lebih menarik dengan paparan keadaan peniaga disepanjang jalan ke tempat sampah ini dan juga temubual dengan penduduk disekitar kawasan tersebut. Ore Bachok !!! Demo mampu mengubahnya.....ubahlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...