Mustapha berkata, rakyat Kelantan kini sudah bersedia menukar kerajaan akibat kegagalan Pas mengurus negeri itu dengan baik dan BN perlu mengambil peluang sepenuhnya terhadap situasi itu dengan memastikan dua kunci utama itu menjadi kenyataan.
“Calon berkualiti mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk seperti tidak bermoral dan rasuah. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan.
“Calon dipilih bertanding mestilah mendapat sokongan padu daripada semua kepimpinan bahagian dan cawangan. Mereka yang tidak terpilih mesti mengetepikan perasaan kecewa kerana kemenangan parti adalah utama,” katanya kepada Bernama.
Khairy berkata selain itu Badan Perhubungan Umno Kelantan perlu menyediakan insentif khas kepada golongan muda dalam manifesto mereka.
“Insentif ini boleh dibuat dari segi pembangunan belia, kemudahan untuk belia atau pemberian peruntukan secara langsung kepada belia,” katanya.
Perancangan atau idea yang menarik itu suka untuk kita mantapkan lagi supaya ianya menjadi realiti dan tidak hanya menjadi satu retorik diatas kertas semata-mata. Sejauhmana hakikat itu bersedia untuk berlaku, dan sanggupkah perubahan itu dibuat oleh kepimpinan BN di Kelantan.
Dengan jujurnya secara peribadi Gk beranggapan cakap-cakap sebegitu hanyalah pemanis kata sahaja, untuk ia berlaku adalah satu perkara yang sangat mustahil sekiranya tidak ada keberanian seseorang pemimpin untuk melakukan rombakan kearah perubahan yang lebih positif.
Siapa yang tidak ingin menjadi pemimpin sekiranya boleh mendapatkan apa sahaja biarpun bukan didalam bidangnya ? Duduk rumah goyang kaki tiap bulan masyuk siapa yang tak suka ? Namun pada zaman sekarang ini yang mana zaman akses media di hujung kuku, perbuatan demikian sudah tidak relevan lagi kerana ia akan menjadi liabiliti kepada parti dan memustahilkan sesebuah parti itu untuk menang walaupun sehingga ke hari kiamat.
Oleh yang demikian, seseorang pemimpin jangan bersikap angkuh dan tidak mengambil peduli dengan keadaan itu, biarpun ia tidak mampu menganggu gugat anda secara peribadi, namun ia tetap memberi imej yang negatif kepada parti, kepentingan peribadi jangan mendahului lebih dari kepentingan parti. Anda Mampu Mengubahnya.
Rakaman video pendedahan oleh Bekas Pengarah Perikanan Negeri Kelantan Abdullah Jaafar berkaitan AP kapal di Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.