KUALA KRAI - Drama tebusan selama tiga jam dengan perompak menawan enam
tebusan di sebuah salun di Jalan Besar Guchil, dekat sini, semalam,
berakhir selepas polis bertindak menyerbu premis itu dan menahan suspek.
Suspek lelaki berusia 27 tahun bersenjatakan pistol palsu dan sebilah
pisau itu diberkas, selepas sepasukan polis menyerbu premis berkenaan
kira-kira jam 5.30 petang.
Suspek terbabit cuba menyamun salun itu kira-kira jam 2.20 petang
sebelum menahan bapa pemilik salun, empat pekerja dan seorang orang
awam, apabila perbuatannya disedari polis yang menerima laporan daripada
seorang pekerja terbabit.
Kesemua tebusan selamat dan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk
rawatan, dengan seorang daripada pekerja wanita mengalami kecederaan
ringan di bahagian leher akibat terlalu lama dipaut suspek.
Suspek sebelum itu membebaskan tiga tebusan lebih awal hasil
perundingan dengan polis dan menahan seorang pekerja wanita, Nazira Isa,
18, tanpa menyedari ada lagi dua pekerja bersembunyi di bilik rawatan
muka dan tandas di bahagian belakang salun berkenaan.
Nazira berkata, sebelum kejadian, dia sedang membaca buku apabila
terdengar loceng pintu salun dibunyikan, dan cuba membukanya dengan
menekan butang automatik di kaunter.
“Bila tak dapat buka dari kaunter, saya pergi buka pintu dan seorang
lelaki terus meletakkan pistol di belakang dan memaut leher saya sambil
meminta kami supaya menghubungi pemilik salun,” katanya.
Selepas kira-kira sejam dia ditahan sambil lehernya dipaut, Nazira
berkata, penjenayah terbabit melepaskannya selepas melihat dia mengalami
sesak nafas dan beralih kepada seorang lagi pekerja, Siti Roskasma
Rozali, 25.
Siti Roskama pula berkata, selepas masuk dan menahan Nazira, penjenayah
terbabit memintanya membuka kaunter wang dan menghubungi pemilik salun.
“Selepas lelaki ini lepaskan Nazira, dia paut leher saya,” katanya yang baru tiga bulan bekerja di salun itu.
Pekerja yang menghubungi polis, Mohd Zafri Mat Hussin, 24, berkata,
sebelum kejadian, dia berada di bahagian belakang salun dan bertindak
menyembunyikan diri dalam tandas apabila menyedari tindakan lelaki
terbabit.
“Memang masa itu saya amat takut tetapi saya tenangkan diri dan hubungi
polis,” katanya yang bersembunyi dalam tandas sehingga kejadian tebusan
itu selesai.
Pekerja yang bersembunyi dalam bilik rawatan muka, Nur Nadia Najwa
Zainuddin, 18, berkata, dia terus lari ke bilik itu untuk bersembunyi
apabila menyedari kehadiran penjenayah terbabit.
“Saya nak bersembunyi dalam tandas tetapi takut bertembung dengan
Zafri. Masa bersembunyi, saya sempat hubungi balai polis untuk laporkan
kejadian,” katanya yang pengsan kerana terlalu lama duduk meringkuk di
bilik berkenaan.
Seorang orang awam yang dijadikan tebusan, Norshuhada Mohd Razali, 21,
berkata, ketika kejadian, dia kebetulan naik ke salun di tingkat satu
hantar wang baki seorang pekerja yang membeli roti di kedainya.
“Bila saya masuk, lelaki itu terus letakkan pistol di kepala saya dan
tahan saya bersama tebusan lain,” katanya yang merayu dilepaskan tetapi
tidak diendahkan penjenayah terbabit. - Sinar Harian
Nik Aziz kata salah Umno sebab tolak Islam ambil kebangsaan. tak percaya try tanya, maknanya PAS di Kelantan ni tak berfungsi, semakin hari jenayah di Kelantan semakin teruk.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.