Video - Anwar Bongkar Kotak Hitam Mengenai Rosmah Sambil Kunyah Sireh

Mungkin ramai orang respect dengan Ketua Pembangang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pidato beliau memang power autanya, dan beliau jugalah harapan penyokong Pakatan Rakyat untuk mengepalai kerajaan cacar marba sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

Namun sedarkah anda mengenai tindak tanduk Anwar kebelakangan ini, daripada seorang yang boleh dikategorikan sebagai profesional dengan penampilannya sentiasa bersama kotak hitam untuk didedahkan walaupun tak terdedah-dedah, kini mula tidak relevan lagi apabila hadir dengan pembawaan cerita kampung ala 'Joyah Kepoh' kaki umpat yang kebiasaannya dilakukan oleh sebahagian makcik-makcik kepoh kat kampung.

Seeloknya disediakan sireh kepada Anwar untuk menambahkan lagi kepohnya, ada ke patut yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ni seorang yang berfikiran macam 'Joyah Kepoh', bercerita dan mengumpat isteri orang, walhal apa yang diumpat itu langsung tidak ada kaitan dengan penyelewengan wang rakyat atau seumpama dengannya. Motifnya cuma bermindakan 'Joyah Kepoh'.

Apa ke gila nak diangkat menjadi PM Malaysia ? Sedangkan makin lama makin merapu, sampaikan Rosmah Mansor duduk ditengah semasa hari perkahwinan Lee Chong Wei pun dijadikan isu besar  kepada negara, kalau ya pun agak-agaklah, takkan bakal PM yang nak bawa cerita demikian, bagilah 'Mak Lampir' ke bawa ok lah jugak, apa ke penting isu itu kepada rakyat ? macam dah tak der isu jer, bukalah kotak hitam tu, minta kunci dengan Ezam.

Inilah hikmah PRU13 dilanjutkan, Anwar pun dah naik muak nak cakap benda yang sama, asyik-asyik yang Anwar reti isu pendidikan percuma, PTPTN, turunkan minyak dan harga kereta, kalau dilihat pada rakaman ceramah Anwar pun semuanya perkara sama yang disebut beliau, dan pada akhir rakaman dibawah Anwar dengan suara mualnya menyebut, "pendidikan percuma boleh buat", tak larat jer bunyinya.. hahaha

Kalau isu untuk serangan pula isu cincin Rosmah, Scorpene, kapal selam dsbnya, namun semua isu tu dah senyap sekarang apabila temberang fitnahnya dah pecah. Tapi kira oklah sebab isu tu nampak pro dan layak untuk diisukan oleh seorang yang bakal menjadi PM.

Jauh sungguh beza sikap dan cara berfikir Najib dan Anwar, kerana Najib tak sempat nak fikir hal remeh temeh sehingga mengumpat isteri orang ni, apa yang difikirkan Najib ialah Transformasi dan bagaimana hendak membangunkan negara seiring dengan negara-negara maju yang lain disamping dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Anwar Ibrahim mengumpat hal bini orang pada ceremah nak menjadi PM Sebab orang yang dengar ceremah dia tu pun sama taraf dengan dia...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...