KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
tetap mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang telah membuat kenyataan meremehkan soal
akidah dengan menyokong umat Islam untuk murtad seterusnya bebas memilih mana-mana agama.
Dengan penuh yakin Nik Aziz berkata, kenyataan itu bukan datangnya daripada Nurul Izzah sebaliknya pihak media telah memutarbelitkan kenyataan tersebut, "Izzah lain surat khabar lain, hak Izzah bercakap mestikah serupa dengan surat khabar siar" katanya.
Dalam pada itu tambah Nik Aziz lagi, beliau juga turut diberi penjelasan mengenai perkara itu oleh Pengerusi Lajnah
Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir
bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose
responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan
kenyataan Nurul Izzah.
Nik Aziz juga mendakwa, setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk.
“Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam,” katanya.
Dengan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz itu ia sememangnya sudah dijangkakan, dan apa yang dibisingkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali selama ini bahawa Nik Aziz telah dipengaruhi oleh 'parasit' itulah salahsatu dari buktinya, dan perkara ini jelas jika mendengar sendiri video penuh apa yang diucapkan oleh Nurul Izzah samada ianya diputar belitkan oleh media ataupun kenyataan itu benar diucap oleh Nurul Izzah.
Seperkara lagi mengenai Mujahid, rata-rata didalam Pas memang sangat mengenali siapa Mujahid, pendamping tegar gereja yang sedia menjual agama demi kelaparan untuk berkuasa, Mujahid juga pernah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan sebuah buku yang berjudul 'Menuju Pas Baru' sebelum ditentang oleh pimpinan Ulamak didalam Pas sendiri
Antara yang menentang idea itu ialah Ahli Jawatankuasa Ulama Pelapis Pas,
Ustaz Azharudin Muhammad yang juga merupakan salah seorang ahli majlis syura Pas, beliau lantang menolak pendapat yang cuba diutarakan oleh Mujahid didalam buku berkenaan serta
tidak bersetuju bahawa Pas perlu berubah sepertimana yang ada sekarang ini.
Selain itu ia turut ditentang oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik selanjutnya disini. Namun jika melihat pada kulit buku yang diterbitkan oleh Mujahid itu sudah cukup memberi gambaran kepada kita mengenai kecelaruan Mujahid berhubung soal akidah Islam, gambar seorang lelaki tidak menutup aurat dan memegang bendera Pas pada kulit buku itu jelas mencerminkan dasar perjuangan Pas serta kemana masa depannya.
Justeru, jika Nik Aziz percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh Mujahid dan seterusnya membela Nurul Izzah, maka disini dapatlah kita simpulkan bahawa Nik Aziz tidak lagi layak bergelar pemimpin dan jauh sekali untuk disebut sebagai Ulamak, kenyataan Nik Aziz sudah dipengaruhi dengan penjelasan orang yang boleh memberikan mudarat kepada Islam, dan rakyat yang menyokong Nik Aziz samalah seperti menyokong untuk kehancuran Islam, kerana setiap kenyataan Nik Aziz itu datangnya dari 'parasit' seperti Mujahid, dan parasit-parasit itu semua adalah parasit belaan Anwar Ibrahim dan DAP. Hala tuju perjuangan Pas berada ditangan DAP. Anda Mampu Mengubahnya.
Antara Dua Lembah, Lembah Sireh oleh Pas dan Lembah Pantai oleh PKR.
Lembah Sireh tergadainya secebis tanahairku,
Lembah Pantai, tergadainya maruah agamaku,
Namun Lembah dari DAP masih ku tunggu-tunggu,
Apakah akan tergadainya seluruh negaraku, agamaku dan bangsaku ?..
muka macam nurul, suara macam nurul, tapi perut dia buncit..... jadi tak sama. ha ha ha
ReplyDeleteSesungguhnya,,saya berasa teramat2 MALU, KESAL dan (?) dgn jwpn Nik Ajiz...maaf..tiada lagi TGNA wat saya...
ReplyDeleteKENAPA JADI BEGINI??????
Dia tak paham inggeris.
ReplyDeleteBahasa yang dia faham bahasa iblis.
Ini bapak iblis.
Si bapak iblis mesti bela kaumiblis.
Biar apapun kebenaran iblis tetap iblis.
Istimewa iblis dia meminta pada Allah untuk menyesatkan manusia.
Binatang bapak iblis ni meminta kebenaran tuan dapigs untuk menentang agama Allah.
bapak iblis babi la kau.
Tak penting mana pun pendapat nurul izzah tu .Dia orang politik . Salah tara mana pun pasti ada yang menyokong . Nik Aziz pun sokong dia . Nik Aziz pun tak suka cara Malaysiakini menulis pasal Nurul . Harap nurul saman jer Malaysia kini pasal malaysia kini yang mula2 melaporkan ucapan nurul tu . Tapi tak penting mana pun saman2 ni .
ReplyDeleteYang penting , apa yang desperate sangat nak ke undi sampai nurul dengan ketua pemuda PAS sanggup ke dewan gereja gospel tu tu untuk berforum????
Semuanya kerana nak penuhkan permintaan YB Hannah Yeoh untuk menunjukkan kepada penganut kristian bahawa PR ni sangat mesra kristian. Kehadiran anak arwah Yusof rawa ke kandang kristian sangat penting bagi Hannah Yeoh dan DAP . Undi solid dari juak2 kristian dalam gengaman PR. Gembiralah penyokong2 PR.
Tapi mereka tak baca laporan akhbar di singapore . Paderi City Harvest didakwa pecah amanah dimahkamah singapura kerana memindahkan S 23juta ke malaysia . Kenalah tanya Hannah Yeoh hal ni . Sebab tu lah Mujahid Yusuf Rawa tak sanggup nak tolak permintaan Hannah untuk berforum di Gospel.
Semuanya kerana undi kristian . Semua nya kerana duit kristian untuk tabung pilihanraya. DAP yang kaya dan DAP yang berkuasa.
Sanggup ker anda semua menyokong gerakan kotor ni demi untuk mendapatkan undi untuk berkuasa. Kuasa kepada DAP . Kuasa kepada manusia yang sangat berpengaruh dalam DAP YB Hannah Yeoh. Bermufarakah lahhhh......
Nik Aziz patut mufarakah dari DAP ..............semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada beliau..........
Sekuat mana Nik Ajis berusaha untuk melindungi Nurul Izzah sekalipun, jika Allah mahu membuka kehinaan ini, tiada kuasa yang mampu menahan. Ini adalah satu FITNAH dan ujian kepada kita semua, tidak terkecuali Nik Ajis atau Hadi.. Jangan kamu menyangka bahawa kamu telah betul-betul beriman, sehingga kamu diuji...Penafian bukanlah satu penyelesaian dan ignoran adalah satu jenayah dalam beragama...melainkan kamu tunduk dan mengaku bahawa kamu hanya seorang hamba yang lemah dan terdedah kepada melakukan kesilapan dan dosa..
ReplyDelete