PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan berusaha mengurangkan penghijrahan keluar lebih 200,000 rakyat dari negeri ini mencari kerja jika diberi peluang memerintah pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain itu tidak boleh dibiarkan berterusan.
"Ia menimbulkan implikasi besar terhadap institusi keluarga dan gejala tidak sihat kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Eksplorasi Khas Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) di Tok Bali di sini, hari ini.
Lebih 300 mahasiswa pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara menyertai eksplorasi itu yang berlangsung selama tiga hari.
Mustapa mengulas tuntutan lima perkara oleh Presiden HIMSAK, Mohd Faizal Daud yang berucap di majlis itu yang mahukan peluang pekerjaan, adanya pembinaan rumah, kebajikan orang tua dijaga, infrastruktur dan usaha memperkasakan agama Islam diteruskan.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata jika BN diberi peluang memerintah Kelantan, keutamaan akan diberi dalam usaha menarik pelaburan, menyediakan bekalan air bersih, perumahan kos rendah dan prasarana yang lebih baik.
Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat itu semua pihak terutama mahasiswa perlu memberi kerjasama menyakinkan rakyat negeri itu bahawa hanya BN yang mampu mengubah nasib mereka.
Katanya, HIMSAK akan digerakkan ke setiap kawasan Parlimen menerusi program 'destiny' dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.
Mustapa berkata mereka akan turun ke akar umbi menemui penduduk kampung memberi penjelasan supaya dapat mengurangkan kekeliruan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap dasar-dasar kerajaan pusat. - Bernama

memang betul tu..... cukup lah wei orang kelate cari makan negeri orang lain.... cukuplah tu orang kelate... buat apo orang kelate kijo dinegeri orang lain kalu orang kelate kijo dinegeri orang lain membuatkan negeri lain maju drp negeri kito...kito mahu negeri kotolah maju dan bukan negeri orang lain.... takada guno lah negeri kito mundur
ReplyDeletepenhijrahan orang kelate ke negeri orang lain membuatkan negeri orang lain maju dan negeri kito pulak mundur dan bertambah miskin pulak doh krn pas kelantan.... cukuplah wei orang kito dok cari makan negeri orang lain wei.....
ReplyDeleteSudah sampai masanya seruan untuk membawa Kelantan kembali kelandasan kemajuan dan pembangunan, fisikal dan spiritual. Seruan ini memerlukan usaha yang gigih dan mandat yang tinggi dari rakyat Kelantan. Berilah keyakinan bahawa sudah sampai masanya rakyat Kelantan bergerak merubah masa depan.
ReplyDeleteHapuskanlah airmata kerinduan dari pipi-pipi ibu tua dan ayah-ayah yang telah berkedut dagunya, menunggu kepulangan anak-anak dan cucu-cucu tercinta, setiap saban Ramadhan dan Adha, namun setelah sunyi seruan takbir, sunyilah kembali halaman rumah dan pondok kerana anak dan cucu terpaksa pergi demi mencari rezeki di tempat orang.
Terlalu banyak yang tertinggal dan perlu dikejar demi meletakkan kembali Kelantan seiring dengan negeri maju yang lain. Itulah tanggungjawab anak negeri yang pulang dari berkelana. Bangunkan lah negeri yang tentunya kaya dengan hasil mahsul, budi bahasa dan budaya keimanan ini.
Inilah detik penentuan, sama-sama kita kembali membajak sawah yang telah lama kering, membaja ladang yang telah lama kontang, membuka darmaga untuk kita lancarkan kapal ke Laut Timur...membawa kembali anak anak dan keturunan watan ketanah tumpah darah.
Terlalu lama kita mendengar senandung janji, namun satu generasi berlalu 22 musim lamanya, terleka dan lena dengan bayan, hakikatnya orang lain semakin jauh kehadapan. Pastinya perubahan mendambakan pengorbanan. Jika pengorbanan yang diperlukan, BERUBAHLAH DEMI KELANTAN YANG TERCINTA.
aku tok caya...nippu jah......dulu nok buat u kat tanggok bachok last2 ...tinggal paga sapa buruk koh.....bn bukenyo x pernah pretah klate...
ReplyDeletepolitik blako...projek blako....ore pas pun kalu hok kaki bedal aku x suko...jenih mace nih tolong berambus....kalu umno ni jenis kaki kebangsaan..tapi spork buleh ko cino,, tanjung pagar bulih ko cino,,,khijo sapo v ke cino kalu buke bn....pah mu nok kato gappo acu ghoyat mahgi...nippu belako.....