Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita bukan Islam memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.
"Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam," kata Karpal
Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.
Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam.
"Ada
banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah
berlaku di Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada
umat Islam, terdapat masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam,"
katanya
Karpal Singh berkata keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah.
Karpal turut melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, tidak bertamadun walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.
Enakmen itu kemudiannya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, katanya.
Beliau mengulas kontroversi yang melibatkan seorang pendandan rambut dari salun rambut E-Life di komplek membelibelah KB Mall yang disaman oleh pegawai penguatkuasa majlis perbandaran yang berpakaian biasa kerana memotong rambut pelanggan lelaki.
Ahli Exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata Majlis Perbandaran Kota Baru harus menunjukkan kelonggaran apabila menguatkuasakan larangan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki itu, jika kedua-duanya adalah bukan Islam, tetapi menekankan bahawa dasar kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah jelas.
Banyak pihak telah mengutuk peraturan itu sebagai sebahagian daripada usaha PAS untuk melaksanakan sekatan ke atas bukan Islam, dan menyeru DAP memutuskan hubungan dengan sekutu politiknya.
Saman pertama |
3 hari selepas saman pertama, MPKBBRI menambah saman balas dendam kerana pengusaha salon membesarkan isu ini |
Betul la kata Tun M ,Karpal 'paling layak' jadi PM.Masing2 nk tunjuk kuasa.Amacam Pk Nik dah kena sergah.
ReplyDelete