Showing posts with label kuala krai. Show all posts
Showing posts with label kuala krai. Show all posts

Sadis! Tak Makan Kerana Miskin, Nik Aziz Tak Mengaku Berdosa

KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini, tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian lama hidup susah akibat kemiskinan.

Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.

Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.

“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.

Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.

“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.

“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.

Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.

“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.

“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.

Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.

Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya. 

“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.- Sinar Harian

Sedang rakyat sengsara, Nik Aziz berterusan membazirkan wang rakyat dengan membesarkan gambar-gambar kepalanya di seluruh negeri Kelantan sebagaimana yang tertampil di billboard dibawah, Nik Aziz lupa kepalanya itu tidak laku sebagaimana kepala Agong.

Mungkin kita menganggap berapa senlah sangat buat billboard berkenaan, namun senlah sangat itu cukup-cukup bernilai bagi kehidupan seperti keluarga diatas. Adakah Islam yang dibawa oleh Pas mengajar billboard gambar Nik Aziz diutamakan dan rakyat miskin diabaikan. Bernuhasabahlah, Anda Mampu Mengubahnya.

Rompakan Salon Di Kelantan 6 Tebusan Yang Ditawan Berjaya Dibebaskan

KUALA KRAI - Drama tebusan selama tiga jam dengan perompak menawan enam tebusan di sebuah salun di Jalan Besar Guchil, dekat sini, semalam, berakhir selepas polis bertindak menyerbu premis itu dan menahan suspek.

Suspek lelaki berusia 27 tahun bersenjatakan pistol palsu dan sebilah pisau itu diberkas, selepas sepasukan polis menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

Suspek terbabit cuba menyamun salun itu kira-kira jam 2.20 petang sebelum menahan bapa pemilik salun, empat pekerja dan seorang orang awam, apabila perbuatannya disedari polis yang menerima laporan daripada seorang pekerja terbabit.

Kesemua tebusan selamat dan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan, dengan seorang daripada pekerja wanita mengalami kecederaan ringan di bahagian leher akibat terlalu lama dipaut suspek.

Suspek sebelum itu membebaskan tiga tebusan lebih awal hasil perundingan dengan polis dan menahan seorang pekerja wanita, Nazira Isa, 18, tanpa menyedari ada lagi dua pekerja bersembunyi di bilik rawatan muka dan tandas di bahagian belakang salun berkenaan.

Nazira berkata, sebelum kejadian, dia sedang membaca buku apabila terdengar loceng pintu salun dibunyikan, dan cuba membukanya dengan menekan butang automatik di kaunter.

“Bila tak dapat buka dari kaunter, saya pergi buka pintu dan seorang lelaki terus meletakkan pistol di belakang dan memaut leher saya sambil meminta kami supaya menghubungi pemilik salun,” katanya.

Selepas kira-kira sejam dia ditahan sambil lehernya dipaut, Nazira berkata, penjenayah terbabit melepaskannya selepas melihat dia mengalami sesak nafas dan beralih kepada seorang lagi pekerja, Siti Roskasma Rozali, 25.

Siti Roskama pula berkata, selepas masuk dan menahan Nazira, penjenayah terbabit memintanya membuka kaunter wang dan menghubungi pemilik salun.

“Selepas lelaki ini lepaskan Nazira, dia paut leher saya,” katanya yang baru tiga bulan bekerja di salun itu.
Pekerja yang menghubungi polis, Mohd Zafri Mat Hussin, 24, berkata, sebelum kejadian, dia berada di bahagian belakang salun dan bertindak menyembunyikan diri dalam tandas apabila menyedari tindakan lelaki terbabit.

“Memang masa itu saya amat takut tetapi saya tenangkan diri dan hubungi polis,” katanya yang bersembunyi dalam tandas sehingga kejadian tebusan itu selesai.
Pekerja yang bersembunyi dalam bilik rawatan muka, Nur Nadia Najwa Zainuddin, 18, berkata, dia terus lari ke bilik itu untuk bersembunyi apabila menyedari kehadiran penjenayah terbabit.

“Saya nak bersembunyi dalam tandas tetapi takut bertembung dengan Zafri. Masa bersembunyi, saya sempat hubungi balai polis untuk laporkan kejadian,” katanya yang pengsan kerana terlalu lama duduk meringkuk di bilik berkenaan.

Seorang orang awam yang dijadikan tebusan, Norshuhada Mohd Razali, 21, berkata, ketika kejadian, dia kebetulan naik ke salun di tingkat satu hantar wang baki seorang pekerja yang membeli roti di kedainya.

“Bila saya masuk, lelaki itu terus letakkan pistol di kepala saya dan tahan saya bersama tebusan lain,” katanya yang merayu dilepaskan tetapi tidak diendahkan penjenayah terbabit. - Sinar Harian

Nik Aziz kata salah Umno sebab tolak Islam ambil kebangsaan. tak percaya try tanya, maknanya PAS di Kelantan ni tak berfungsi, semakin hari  jenayah di Kelantan semakin teruk.

Nik Aziz Tak Tahu 'Pok Awe' Tak Mampu Bina Rumah Tinggal Dalam Bangsal

KUALA KRAI - Kemiskinan hidup memaksa suami isteri warga emas tinggal dalam keadaan kurang selesa di sebuah rumah hanya layak dipanggil bangsal di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Temalir, dekat sini, sejak dua tahun lalu.

Awang Daud, 70, berkata, dia bersama isteri, Che Rahmah Harun, 60, terpaksa tinggal di bangsal itu kerana tiada pilihan selepas permohonan mereka untuk bantuan rumah masih belum mendapat maklum balas.

Katanya, rumah kecil itu memang tidak selesa untuk didiami kerana dibina daripada bahan binaan terbuang selain tiada kemudahan bekalan air manakala bekalan elektrik pula disambung dari rumah adiknya.

“Sebelum ini, saya dan isteri menumpang di rumah anak perempuan di Chenulang dan bila menantu bawa balik bahan binaan terbuang, saya dapat bina rumah kecil ini atas tanah milik keluarga,” katanya.

Awang berkata, dengan pendapatan kira-kira RM150 seminggu hasil menoreh getah milik orang, dia tidak mampu membina sendiri rumah lebih besar dan selesa.

“Selain untuk belanja dapur, duit saya dapat banyak digunakan untuk beli ubat dan kos rawatan kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi dihidapi isteri saya.

“Saya sedih permohonan rumah sampai sekarang tidak ada sebarang maklum balas tetapi paling menyedihkan, tiada seorang pun pegawai kerajaan atau pemimpin setempat datang jenguk keadaan kami,” katanya.

Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan bantuan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 1 Jun 2009 dan 10 Jun 2010.

Che Rahmah pula berkata, dia tidak dapat membantu meringankan beban suaminya disebabkan penyakit Diabetic Mellitus, Hypertension dan Hyperlipidaemia dihidapinya seperti disahkan klinik pakar perubatan.

“Usahkan nak bantu dapatkan rumah lebih selesa, nak kerja untuk bantu ringankan beban suami pun tidak boleh sebab penyakit saya,” katanya yang turut mengalami simptom tangan kebas.

Che Rahmah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ditolak walau disertakan bersama surat sokongan pakar perubatan.

“Sudah berbelas-belas tahun, saya menghidap macam-macam penyakit sampaikan doktor dan kakitangan Hospital Kuala Krai pun kenal saya kerana selalu keluar masuk wad,” katanya. - Sinar Harian

Baju Pok Cik Awe pakai tu kalu kiro comel doh, tapi sayanglah kalu timbang senget lagi, Wakil Rakyat sememangnya perlu amanah dalam mengagihkan apa-apa bantuan kepada rakyat, tidak kira ia menyokong kerajaan atau sebaliknya, namun rakyat juga harus bijak jika tak mahu susah, kena pilih dalam konteks pemimpin bukan parti, calon sombong dan hanya sibuk mengejar kekayaan untuk kepentingan peribadi perlu diajar dan jangan diundi, 

Bukan zamannya untuk rakyat 'totok' kepada satu-satu parti, pilihan ada banyak, undilah calon yang rasa boleh ditumpang, itu perkara paling penting, dan keadaan itu juga akan membuatkan kepimpinan tertinggi sesebuah parti hanya akan meletakkan calon baik dan 'winnable candidate' sahaja setelah mereka menyedari akan hakikat tersebut, kerana kepimpinan tertinggi parti perlu cerdik untuk meletakkan seseorang calon di satu-satu kawasan, sama juga dengan memancing, umpan untuk ikan laut lain, umpan untuk ikan sungai lain, kalau pakai umpan untuk ikan laut memancing ikan sungai, jangan salahkan ikan kalau ikan tu tak makan.

Peruntukkan kerajaan ada, tidak kiralah kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, pelbagai bantuan sentiasa kita dengar ia dibentangkan, tapi tidak pasti samada ia benar-benar sampai kepada golongan sasaran ataupun golongan yang berpeleseran di pejabat-pejabat parti, untuk itu rakyat harus ingat, pemimpin payoh baso, agah, janji pelawok WAJIB disepak sampai ke umbi nyur, kerana jika pemimpin sedemikian dipilih juga,  ia pasti akan menyusahkan hidup rakyat, dan ketika itu janganlah merengek. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...