Showing posts with label miskin. Show all posts
Showing posts with label miskin. Show all posts

Sadis! Tak Makan Kerana Miskin, Nik Aziz Tak Mengaku Berdosa

KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini, tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian lama hidup susah akibat kemiskinan.

Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.

Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.

“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.

Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.

“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.

“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.

Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.

“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.

“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.

Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.

Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya. 

“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.- Sinar Harian

Sedang rakyat sengsara, Nik Aziz berterusan membazirkan wang rakyat dengan membesarkan gambar-gambar kepalanya di seluruh negeri Kelantan sebagaimana yang tertampil di billboard dibawah, Nik Aziz lupa kepalanya itu tidak laku sebagaimana kepala Agong.

Mungkin kita menganggap berapa senlah sangat buat billboard berkenaan, namun senlah sangat itu cukup-cukup bernilai bagi kehidupan seperti keluarga diatas. Adakah Islam yang dibawa oleh Pas mengajar billboard gambar Nik Aziz diutamakan dan rakyat miskin diabaikan. Bernuhasabahlah, Anda Mampu Mengubahnya.

Lagi Bangunan Pas Gah Dibina Di Kelantan, Masjid Dinafikan Rumah Rakyat Diabaikan - Video

Besar sungguh bangunan-bangunan Pas sekarang ni, besarnya sebesar serban yang dipakai untuk mengaburi mata rakyat, adakah Pas akan sebut perjuangannya menyambung perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W ? Apakah Rasulullah membina bangunan-bangunan yang besar sebagaimana yang telah dibina oleh Pas sedangkan masih ramai rakyat yang miskin.

Terkini dapat kita lihat bangunan baru milik Pas kawasan sedang dibina di Kampung Badak, Bachok Kelantan, begitu gah sekali pembinaannya seolah-olah rakyat di Kelantan tidak ada yang miskin ataupun yang lebih memerlukan bantuan, dan ini jelas menunjukkan Pas lebih mengutamakan kepentingan partinya daripada kepentingan Islam dan rakyat.

Masjid diakui oleh pemimpin Pas sendiri bahwa bukan keperluan untuk membinanya selain pembaziran semata-mata, bahkan meremehkan usaha kerajaan pusat untuk membina masjid, akan tetapi pembinaan bangunan-bangunan Pas pula dibina dengan rancak dan meganya. Apakah ini boleh disebut sebagai Pas memperjuangkan Islam.

Jika diamati, Pas punyai bangunannya sendiri di semua kawasan, dan bangunan itu jarang digunakan berbanding masjid yang digunakan minimum 5 kali sehari oleh seluruh umat Islam, adakah pembinaan masjid itu relevan untuk Pas sebut sebagai membazir dan pembinaan bangunan Pas pula tidak membazir ?

Benarkah Pas membawa perjuangan Islam ? Atau Pas hanya bertopengkan Islam demi mencapai cita-cita dan kepentingan peribadi pimpinannya ? Rakyat harus sedar akan perkara ini, jangan terlalu taksub yang akan membuatkan pengakhirannya berada dalam kesesatan yang jelas lagi nyata. Anda Mampu Mengubahnya.


Pintu gerbang PUTIK
Bangunan Pas (PUTIK) di Pengkalan Chepa

Fatmi Gesa Kerajaan Kelantan Henti Jual Tanah Bina Kondo, Perumahan Rakyat Perlu Diutamakan

KOTA BAHRU - Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mendakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS banyak melupuskan tanah untuk pembinaan kondominium berbanding membina rumah mampu milik untuk rakyat.

Beliau berkata sejak memerintah negeri ini selama 22 tahun yang lalu, tiada rumah kos rendah dibina untuk rakyat berpendapatan sederhana.

"Sebagai contoh, tanah di Kampung Limau Manis yang dihuni antara 80 hingga 100 keluarga juga telah dijual kerajaan negeri untuk pembinaan kondominium mewah.

"Harga bagi sebuah kondo kalau ikut pasaran semasa sekitar tak kurang daripada RM250,000. Saya rasa tak ada orang yang berpendapatan sederhana atau rendah mampu beli kondominium tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Sewa Rumah Penduduk Miskin Bandar di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 122 penduduk miskin bandar menerima wang tunai berjumlah RM1,448 sebagai bantuan sewa rumah selama setahun yang disalurkan kerajaan pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

Mohd Fatmi berkata berbeza dengan kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), banyak perumahan kos rendah telah dibina.

Beliau berkata di Melaka rumah kos rendah yang dibina kerajaan dijual kepada penduduk setempat dengan harga kira-kira RM35,000 seunit walaupun kos pembinaan sebenar bernilai lebih RM100,000.

"Selain itu, janji (BN) untuk membina 1,000 buah rumah mampu milik kepada penduduk Gua Musang ketika Pilihan Raya Kecil Galas pada 2010 juga kini telah hampir siap dan akan dijual dengan harga RM35,000," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan negeri menghentikan penjualan tanah bagi pembinaan kondominium mewah dan menukarnya kepada pembinaan rumah mampu milik bagi membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

"Walaupun kerajaan pusat beri bantuan sewa rumah kepada penduduk memerlukan, namun penyelesaian jangka panjang adalah dengan membina rumah yang mampu dibeli oleh mereka," katanya.- Bernama

Rintihan Datin - "Orang Ingat Kita Ada Pangkat Datuk, Kita Ni Kaya"

Anugerah pingat yang membawa gelaran 'Datuk' adalah anugerah yang dihormati dan sering dibayangkan oleh masyarakat penerima anugerah tersebut adalah seorang yang kaya raya. Namun hal itu berbeza apabila kesempitan hidup yang terpaksa dilalui oleh pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang telah diberi notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali supaya mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul disini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Menurut Alisah, sebelum ini pun beliau berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.

Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.

“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?

Saya pernah melarang dia, agar tidak menerima gelaran yang diberikan Kerajaan Negeri Perlis kerana suasana kehidupan kami, namun dia tetap menerimanya kerana menganggap gelaran itu adalah untuk mengenang jasanya sebagai anggota keselamatan yang berkhidmat mempertahankan negara di tahun 1948 dan bukan kerana bergelar artis.

Pada tahun 2009, tiba-tiba saja orang panggil dia Datuk. Saya tak tahu pun. Dia ambil gelaran itu senyap-senyap. Saya bukan apa, orang ingat sesiapa yang ada Datuk kaya tapi kami bukannya macam itu.”

Kini untuk menyara kehidupan, Alisah memberitahu mereka mengharapkan bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama. Wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.

“Kos untuk beli ubat suami saya pun bukannya sedikit. Dia mengidap macam-macam penyakit tetapi syukur jugalah ada pihak-pihak tertentu dan juga persatuan artis yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan.”

Walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain. Sebaliknya, sumbangan yang diterimanya selama ini adalah atas rasa belas individu yang melihat kesempitan hidup mereka.

Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang dekat sini pada 20 Februari lalu akibat terjatuh daripada bilik air selain menghidapi beberapa komplikasi penyakit lain termasuk asma. Yahya yang pernah berkahwin sebanyak empat kali mempunyai 11 orang anak.

Seorang miskin jika mendapat pingat yang membawa gelaran 'Datuk' sudah pastilah ianya seorang yang benar-benar berjasa, melainkan mereka yang kaya ataupun 'liar' boleh mendapatkan anugerah tersebut dengan menggunakan pelbagai cara walaupun ia tidak berjasa.
Oleh kerana jasanya telah disahkan dengan mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Perlis, wajarkah beliau dibiarkan menderita seperti itu sedangkan beliau merupakan salah seorang mereka yang telah berjasa, dimana tanggungjawab kerajaan, Ahli Parlimen serta pihak-pihak berkenaan yang lain.

Bagaimanapun tidak ada gunanya untuk banyak dibangkit soalkan mengenai apa yang berlaku ini, cadangan yang boleh diberikan adalah mana-mana pihak yang berkaitan perlu memastikan sewa bulanan rumah yang diduduki beliau itu dipercumakan dengan serta merta tanpa memberi apa-apa lagi alasan. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...