Mengkritik dan menghukum orang lain adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan berbanding dengan menerima kritikan dan hukuman keatas diri sendiri, begitulah lumrahnya setiap manusia melainkan golongan yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah Taala.
Sesungguhnya insan yang mendapat redha Allah didalam kehidupan nescaya jiwanya pasti merasa tenang, akan tetapi insan yang mengaku mendapat hidayah dari Allah hanya semata-mata perubahan fizikal diatas faktor keadaan yang menimpa dirinya itu, sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk disebut sebagai mendapat hidayah dari Allah Taala.
Begitulah dengan apa yang berlaku kepada penerima hidayah dari Pas, selepas menamatkan kerjayanya yang juga sudah hampir tamat didalam industri hiburan tanahair, beliau memulakan kerjaya baru sebagai pelakon hidayah bersiri di pentas doktrin kebencian bagi membantu Pas memecah belahkan umat Islam didalam negara ini.
Pada permulaan lakonan, beliau mengaku dirinya bebas dan tidak menyertai mana-mana parti politik, kehadiran beliau di pentas-pentas ceramah Pas hanyalah sekadar memenuhi jemputan untuk mengongsikan hidayah yang dikatakan diterimanya itu, sehinggalah pada hidayah siri kedua beliau mengambil keputusan untuk menyertai Pas dengan mengisi borang parti itu kerana beliau percaya tidak akan memasuki syurga sekiranya diakhirat nanti namanya tidak tersenarai didalam keahlian Pas yaitu syarat utama untuk memasuki syurga.
Pada hidayah siri ketiga pula, selain berkongsi hidayah, beliau makin lantang mengkritik rakan-rakan artis yang masih didalam dunia hiburan yang pernah diceburinya itu, kelantangan lebih sudu dari kuah beliau itu pernah ditegur oleh sifunya Ustaz Azhar Idrus, namun teguran itu tidak menghentikan sebarang sikap kemeroyanannya.
Pada masa sama beliau turut mengkritik ulamak-ulamak yang bertentangan dengan perjuangan yang dibawa oleh Pas, tidak kira golongan ulamak daripada Umno mahupun ulamak yang bebas, jika anda masih ingat, mantan Mufti Perlis, Dr Asri dan Ustaz Fthul Bari turut menjadi mangsa hidayah beliau dengan penafian ilmu yang tinggi yang dipelajari oleh ulamak-ulamak tersebut.
Memasuki hidayah siri keempat beliau mengistiharkan dirinya diwakafkan untuk Pas bagi menghadapi PRU13 nanti, selepas pengistiharan wakaf itu, perkongsian hidayah tidak lagi menjadi perkara utama ketika beliau dipentas-pentas ceramah Pas, malah kutukkan terhadap kerajaan dipertingkatkan selain melemparkan fitnah mirip pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
Akhirnya hidayah bersiri kelima, ia semakin hebat, solid dan mantap, kritikkan beliau itu tidak hanya kepada Umno dan pemimpin Umno, malah NGO seperti PERKASA dan Ibrahim Ali turut menjadi habuan hidayah, ahli PERKASA dan presidennya didakwa tidak berakhlak, pendakwaan itu mirip fatwa-fatwa yang sering dibuat oleh Mursyidul Am Pas, dan mungkin hidayah siri seterusnya amanat seperti amanat Hj Hadi pula yang akan dikeluarkan oleh beliau....Anda mampu Mengubahnya.

.jpg)






