Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu membabitkan 24 keluarga di empat jajahan iaitu Kota Baharu, Machang dan Pasir Mas selain Pasir Puteh yang mangsa berpindah sejak tengah malam Ahad.
Di Kota Bharu, seramai 31 orang dipindahkan iaitu 27 orang di Sekolah Kebangsaan Tiong dan empat orang di Pejabat Penggawa Peringat.
Di Machang, empat orang ditempatkan di Madrasah Sungai Mas manakala di Pasir Mas, seramai 49 dipindahkan, 23 daripadanya ditempatkan di Madrasah Haji Daud, Kangkong dan 26 orang lagi di Sekolah Kebangsaan Baroh Pial.
Di Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 18 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang malam tadi.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata Sungai Golok di Jenob kini melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain berada di paras amaran.
Beliau berkata keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Keadaan air mulai naik pada malam tadi yang sudah hampir digigi tangga itu cukup merisaukan, almaklum jerlah tak biasa katakan..
Bagaimanapun hari ini masih tiada lagi tanda-tanda air akan surut malah keadaan air dilihat masih dalam keadaan bertahan.
Meninjau pada ruang bawah di jambatan sementara ini kelihatan salah satu batang kelapa mulai bengkok, namun apa boleh buat negeri Ulamak, berdoa sajalah supaya selamat...
Akhir sekali di musim banjir jugalah berpeluang menjumpai lipan besar yang agak sukar ditemui pada waktu biasa, sedang syok duk layan internet tetiba jer lipan ini muncul menghampiri kaki, akibat terkejut kerana lipan ni tak bagi salam, terpaksalah gambanya diambil dengan keadaan yang demikian.
Duk tunggu jugak kalau-kalau ada bantuan banjir, tapi setakat ni takder lagi...