Showing posts with label husam. Show all posts
Showing posts with label husam. Show all posts

Video - Husam Setuju 'Pimpinan Ulamak Tak Relevan Dalam Politik, Hanya Retorik'

Samada persoalan yang diutarakan cinabeng itu sudah dirancang oleh pimpinan tertentu Pas atau sebaliknya, itu tidak penting, apa yang jelas ialah umat Islam berideologi Pas ini begitu mudah dilaga dan diperbodohkan sehingga bertepuk tangan sakan bilamana si budak 'kulup' mempersendakan dua orang Ulamak mereka yaitu Harun Taib dan Harun Din, tambah mengjengkelkan, Husam dan Dzulkifli sendiri turut ketawa besar menyambut baik apa yang diperkatakan oleh cinabeng tersebut.

Bukankah betapa cacar-marbanya Pas apabila dasar parti serta teras kepimpinan Ulamak, hanya menjadi bahan sindiran budak yang belum bersunat, secara terbuka dihadapan Naib Presiden dan AJK Pas pusat, budak berkenaan dengan selamber mempertikaikan tindak tanduk pimpinan Pas serta menganggap kepimpinan Ulamak didalam Pas hanya retorik semata-mata, dimana maruah Pas ?

Dalam bahasa kasarnya, perlukah Pas menjadi kafir hanya untuk mendapat undi daripada orang-orang kafir ? Inilah rosaknya 'Pas for all', sanggup menjual apa sahaja asalkan dapat berkuasa, tak cukup bersekongkol dengan DAP, ingin dilacurkan pula dasar perjuangannya yang mempergunakan nama ISLAM. ( elok dikaji semula penggunaan nama Parti Islam SeMalaysia, merosakkan!!!.)

Orang-orang Pas harus sedar, yang mana patut didahulukan dan yang mana harus dikemudiankan, jangan hanya kerana orang bukan Islam memanggil dengan nama panggilan 'Tok Guru' atau 'Ustaz', anda merasa bangga sehingga bangang tidak terkata. 

Bayangkan, kalau 'budak kulup' ni pun boleh pertikai sendakan Pas, mahu Karpal Singh tak berani nak kata kalau nak buat undang-undang Islam "Langkah mayat saya dulu"? Anda Mampu Mengubahnya.

Sekarang diketengahkan pula dengan retorik samada kepimpinan Ulamak ataupun tidak. Orang non muslim akan keliru, apakah relevannya kepimpinan ulamak dengan sesebuah parti politik yang mahu memerintah negara kita ?.

Video - Husam Fatwa Mati Syahid Di Himpunan Blackout 22 Jun Ini

Rejected Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa Al-Jamnapari dilaporkan telah dilantik menjadi Mufti 'Blackout 505' tajaan Anwar Ibrahim dan Ambiga bersama Yahudi, sejurus lantikkan dibuat Husam telah mengeluarkan fatwa 'WAJIB menentang' kerajaan semata-mata mendakwa kerajaan menipu pada PRU13 yang lalu biarpun tanpa sebarang bukti dan melalui proses perundangan yang ada.

Mufti 'Blackout' mendakwa, hasil dari beliau 'baca buku-buku', maka beliau mengistiharkan fatwa penentangan yang dilakukan mereka adalah satu jihad, dan sekiranya ada antara peserta demontrasi terkorban dalam himpunan 'Blackout' itu ianya dikira sebagai mati syahid. 

Bagaimanapun pada masa sama Husam turut memberi amaran kepada ulamak-ulamak didalam Pas yang enggan bersama sekaligus tidak menyokong himpunan itu supaya diam dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang disifatkan sebagai 'pelik-pelik' yang mungkin boleh menggangu perancangan beliau dan Anwar.

"Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa sebenarnya maksud tersirat Husam? Selain berfatwa sesat kononnya syahid, mungkin syahid kepala kambing. Apakah beliau dan Anwar mempunyai perancangan untuk mengorbankan seorang anak muda? Husam dari awal lagi sudah mengumumkan dengan andaikata  "satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa yang hendak dilakukan pada perhimpunan 22hb itu nanti? Kerana beliau seolah-olah sudah menjangkakan polis akan bertindak kasar dan diatas tindakan kasar itu, beliau mengandaikan ada satu antara mereka yang akan terkorban, kemudian korban itu dikira sebagai syahid.

Jadi, oleh kerana Husam berandaikata, apa kata kita juga membuat andaikata, sekurang-kurangnya pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam berhadapan dengan situasi diluar jangkaan manusia rakus yang meroyan nak jadi Perdana Menteri dan akan sanggup membuat apa saja.

Andaikata beberapa anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal himpunan yang akan diadakan itu nanti, ia diupah supaya memukul peserta demonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kononnya syahid, ini bertujuan dengan mengharapkan satu kebangkitan rakyat bagi menuntut bela diatas kezaliman pihak polis yang menyebabkan kematian tersebut.

Ketika itu peluang untuk mereka menyalahkan kerajaan sangat cerah, sekaligus berpeluang untuk menggulingkan kerajaan diatas kebangkitan dan kemarahan rakyat mengenai perkara itu. Apapun semua pihak perlu berhati-hati, mereka terlalu teruja untuk mengadakan perhimpunan ini, mesti ada motifnya, dan dikemuncak kerakusan Anwar nak jadi PM, sukar untuk percaya beliau akan tunggu sehingga PRU14 nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

TMB Kelantan Dah Mula Angkuh: Tidak Ada Nik Aziz Pun Pas Boleh Bertahan - Video

TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam. katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

Ibarat tanah kubur masih merah, namun Nik Amar sudah angkuh berbicara, patutnya saat-saat begini hanya ucapan-ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Nik Aziz sahaja yang perlu keluar dari mulutnya dan bukan menafikan sumbangan serta kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Mengapa begitu cepat Nik Amar mengzahirkan perasaan itu kepada kewujudan Nik Aziz didalam Pas, ? benarkah tanpa batang tubuh Nik Aziz Pas mampu untuk bertahan di Kelantan ? Begitu rendah sekali tahap Nik Aziz diletakkan oleh Nik Amar, umpama baik ada dari tiada adalah menunjukkan kewujudan Nik Aziz tidak begitu penting kepada Pas, dan jika itulah balasan dari pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap jasa-jasa bekas ketuanya, apalah ada pada seorang rakyat biasa.

"Sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu", kenyataan penyedap sebegitu sungguh pedih bagi penyokong Pas dan seolah-olah menafikan air mata Nik Aziz yang digantung dimerata-rata tempat, tiada gunalah Nik Aziz mempamerkan zuhudnya kepada umum dengan menjilat pinggan dsbnya selama ini.

Ada baiknya jika Nik Amar tidak bersifat angkuh sekaligus mengakui sepenuhnya akan kekuatan Nik Aziz kepada Pas, kemudian merendah diri dengan mengajak semua penyokong Pas untuk bersama-sama membantu menyambung perjuangan Nik Aziz jika mereka sayangkan Nik Aziz. Kerana Pas sudah terlalu sukar untuk mencari pemimpin seperti Nik Aziz, ketiadaan Nik Aziz umpama Pas kehilangan permata yang paling berharga yang tidak ada nilainya kerana sudah nyanyuk, kahkahkah.

Penyokong-penyokong Pas harus mengajar Nik Amar supaya beliau tahu langit ini tinggi mahupun rendah, menafikan hakikat seorang tokoh agung Pas merupakan satu penghinaan yang amat dasyat kepada seluruh penyokong Pas yang memberi maksud pemimpin yang diagungkan selama ini tidaklah indah sebagaimana khabarnya.

Penyokong Pas juga harus celik dan sedar apa yang berlaku didalam Pas itu sendiri, antaranya dengan melihat permainan Husam menjatuhkan Nik Aziz sebelum ini telah mendapat ganjaran apabila namanya tidak termasuk dalam senarai barisan Exco yang dipegangnya selama 3 penggal, kalau hanya nak mengharapkan yang terang bersuluh dan tak reti menterjemah akan yang kabur, butalah selamanya.

Begitulah apa yang dapat disaksikan dalam klipvideo dibawah, tanpa meminta izin, Husam menjadikan Nik Aziz sebagai tunggul, sikap sengaja tidak beradab Husam begitu disenangi oleh Nik Amar, perhatikan riak wajah Nik Amar, adakah Nik Amar khusyuk mendengar penjelasan Husam ataupun Nik Amar sedang mengelamun kerana peluangnya untuk jadi MB semakin cerah. Kahkahkah. Anda Mampu mengubahnya.

Kalau Nik Aziz masih MB, agaknya berani tak Nik Amar nak cakap seperti itu

Ahmad Yaakob MB Kelantan, Nik Amar Timbalan, Husam Tak Tersenarai Dalam Exco, Harakah Memboikot

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.

Antara nama baru yang juga ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, Adun Bunut Payong,  Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Namun agak memeranjatkan apabila Harakah selaku lidah rasmi Pas tidak membuat liputan akan peralihan jawatan orang terpenting ini, sedangkan semalam Nik Aziz yang sedang tidur pun turut diberitakan oleh Harakah dalam usaha merendahkan kemampuan Nik Aziz.

Apa makna semuanya ini, siapa yang kuasai Harakah ? adakah timbulnya isu tidak puashati dikalangan pemimpin Pas Kelantan khasnya Datuk Husam Musa, kerana nama Husam selaku orang paling kuat merancang dan berjanji tidak tersenarai dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Habislah macam ni! bagaimana dengan lebuhraya rakyat, nanti Husam merajuk tak nak sambungkan janjinya itu susahlah, apapun sebelum Husam nak merajuk tu pastikan duit derma tabung lebuhraya rakyat itu diistihar dan diserahkan, lepas tu merajuklah kalau nak merajuk pun. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Hebatkah Husam Dimata Putrajaya, Ustaz Budak Ada Ceritanya

Mempergunakan Islam dan berlagak seolah-olah arif dengan Islam sudah menjadi tabiat pemimpin Pas, namun perlu diketahui bahawa ilmu itu hendaklah berada didalam hati bukannya berada diatas kertas.

Kerana jika ilmu hanya berada diatas kertas, kita khuatir keberanian seseorang untuk menjadi Imam solat disesebuah masjid itu terlakon dengan aksi menangis bilamana surah yang dibacakan olehnya gagal disambung disebabkan terlupa mengingatinya.

Hal ini pernah berlaku disalah sebuah masjid di Kelantan, dilaporkan seorang pemimpin Pas yang beraksi sebak ketika mengimamkan solat pada bacaan surah yang tidak sepatutnya sebak, sehingga hari ini masih menjadi perbualan penduduk disekitarnya.

Namun apakah peristiwa sebak itu akan berulang dimasjid Putrajaya pula ? Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

Tun M: "Saya Belum Lagi Nyanyuk Macam Nik Aziz" - Tetap Konsisten Tidak Akan Bertanding

PENDANG - "Saya belum lagi nyanyuk macam Nik Aziz tu" kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Kenyataan itu sekali gus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan bertanding di Putrajaya menentang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

“Saya sudah buat keputusan tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebab rasa terima kasih kepada parti yang melantik saya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.

“Saya nak kempen saja. Itu sebagai tanda balas budi kita kepada jasa Umno dan BN,” katanya selepas menyempurnakan himpunan rakyat peringkat Parlimen Pendang di sini, hari ini.

Terdahulu akhbar Sinar Harian melaporkan Tun M dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

“Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

“Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu,” katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.
 
Bagaimanapun dengan kenyataan itu juga jelas menunjukkan BN tidaklah terlalu terdesak untuk melatakkan Tun M yang sudah banyak berjasa dan Tun M juga tidaklah pelahap semacam pemimpin yang ada kat Kelantan tu.

Khabar angin bahawa Tun M akan bertanding semula itu mungkin dirancang oleh calon Pas untuk kerusi Putrajaya yaitu Datuk Husam Musa yang bertujuan memperlihatkan kekuatan beliau sehinnga BN terdesak dan terpaksa meletakkan Tun M untuk melawan beliau, wow hebatnya Husam !!!

Tapi sayang, Tun M tidaklah sekolot pemikiran Husam dan Dinasour itu...Namun pengundi di Putrajaya harus melihat dimana Husam belum menang lagi dah timbul persepsi 'kampung' yang kolot terhadap Mantan Perdana Menteri, dan itulah kerja pemimpin pembangkang, sehariannya berfikir untuk perancangan politik semata-mata tanpa memikirkan bagaimana untuk memajukan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Janji Tanah Tak Tunai, Husam Tambah Janji Taman

Kelantan tubuh panel kaji beri bekas tentera tanah

4 April 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan telah membentuk satu jawatankuasa berhubung pemberian tanah kepada bekas anggota tentera yang dilahirkan di Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abd Rahman.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang diketuainya dan dibantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Datuk Abdul Fatah Mahmood akan mengenal pasti kriteria tertentu sebelum melaksanakan pemberian tanah tersebut.

"Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti jumlah sebenar bekas tentera yang akan dianugerahkan tanah tersebut berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan... mengenal pasti tempat atau kawasan tanah yang akan dianugerahkan," katanya pada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian sekurang-kurangnya 0.809 hektar tanah kepada bekas tentera itu dibuat selaras dengan perintah Majlis Angkatan Tentera bahawa bekas anggota tentera layak diberi tanah. Md Anizam berkata, langkah pemberian tanah tersebut juga diambil selepas menerima banyak permohonan daripada persatuan bekas tentera dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Kita faham bahawa bekas tentera, ada yang berhenti daripada perkhidmatan, tidak berpencen dan sebagainya, mereka membuat permohonan berikutan tidak mempunyai tanah untuk berladang ataupun tapak rumah," katanya lagi.

Sehingga kini janji tinggal janji, jawatankuasa demi jawatankuasa dibentuk oleh kerajaan Pas Kelantan, Exco bohong silih berganti, dalam pada bohong tu sempat lagi nak tambah bohong.

Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

“Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.

Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.

Husam Musa Tiada Kredibiliti, 3 Pembohongannya Terbongkar - Video


Pertama - Mengenai perumahan rakyat

Dakwaan Husam:
1.) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan apabila menjual hampir 70 peratus dari  1003 unit rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas kepada sebuah syarikat lain.

- Penjualan unit rumah tidak memerlukan kelulusan kerajaan negeri kerana projek dibina di atas tanah persendirian dan bukan di atas tanah kerajaan negeri. SPNB terpaksa menjual rumah itu kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan. Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit  yang berjaya dijual sehingga Disember 2010. 

Penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor selain membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB. Jumlah unit pembinaan pula ialah 905 unit sahaja.

2.) SPNB telah menjual hampir 70 peratus lot-lot rumah itu secara pukal kepada syarikat Panca Astaka yang ditubuhkan pada tahun 2010.

- Penjualan itu bukan secara pukal tetapi secara pembayaran individu dan bersyarat di mana pihak syarikat perlu mendapatkan kelulusan pindah milik daripada kerajaan negeri. 

3.) SPNB memperolehi peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan sepatutnya menjual rumah-rumah itu secara langsung. 

- SPNB tidak memperolehi peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebaliknya membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP).

4.) Syarikat Panca Astaka telah membuat pembelian  pada 1 Disember 2010 dengan terma yang begitu mudah iaitu pembayaran deposit sebanyak RM300  seunit.

- Pembayaran sebanyak RM 6.6 juta kepada SPNB sehingga kini iaitu bersamaan 13 peratus daripada harga jualan dimana secara purata penerimaan hasil jualan adalah RM10,000 seunit. 

Kedua - Mengenai durian runtuh kepada felda, percanggahan persepsi auta dengan Rafizi

1.) Husam kata Kerajaan sepatutnya bagi RM 38,000 setiap keluarga, Rafizi pula kata RM 50,000 sekeluarga.

2.) Husam kata kerajaan hanya membelanjakan RM 500 juta bukannya RM 2 Billion seperti yang di war-warkan dan mempertikaikan kemana perginya RM 1.5 Billion lagi ? Rafizi kata kerajaan membelanjakan RM 1.689 Billion dan mempertikaikan kemana perginya RM 3,942 Billion lagi.

Ketiga - Mengenai Mustapa Mohamad menang dengan undi tentera bukan undi rakyat

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logik faktanya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan yang diperolehi Mustapa? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, bukankah Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat.

Setelah melihat secara rambang tiga fakta dakwaan Husam itu cacar marba, apakah anda tidak dapat membayangkan kalau 100 perkara yang keluar daripada mulut Husam itu, makanya kesemua 100 perkara itu tidak boleh dipakai, kerana itu adalah hakikat sebenar Husam dan pemimpin Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

"Tak dok ko tuan loyar nok tulong ambo nok fail saman ko Husam kecep pelawok ni , sebab kes duk pelawok lagu ni lah rakyat Kelate tertipu dan sokong Pas, natijahnya kesengsaraan dan derita jua yang ditanggung rakyat".

Husam Bela Lanun - "Keturunan Sulu Daripada Keturunan Rasulullah"

KETEREH - Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia?

Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain.

Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain pula bagi meneruskan kuasa yang ada.

“Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam.

“Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat  tarikh PRU13,” katanya pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi.

Petikan yang dipetik dari Harakah itu menggambarkan kenyataan Husam yang cetek fikiran tidak ubah seperti seekor kambing, lebih malang dan mendukacitakan, Husam langsung tidak mengucapkan takziah dan jauh sekali untuk mengajak rakyat sedekahkan Al-Fatihah kepada perwira negara yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara ini. Al-Fatihah......

Lanun Sulu keturunan Nabi
Seterusnya apakah Husam ingin menafikan kejahatan 'Lanun Sulu' yang menyerang Lahad Datu hanya kerana mengaitkan keturunan mereka dengan Rasulullah. Agaknya Husam tak kenal Abu Lahab tu siapa, kenapa Husam begitu 'bengong' mengaitkan keturunan Rasulullah dengan kejahatan 'Lanun Sulu' ini.

Jadi kerana 'Lanun Sulu' ini keturunan Nabi, maka Husam keturunan apa ? kita semua keturunan apa ? Abu Lahab keturunan apa, dan jika begitu pahlawan kita yang gugur itu keturunan apa ? Giler !!! cerita komunis jadi hero dan pahlawan jadi jahat dah nak mula dah. Lanun Sulu dibela kerana keturunan Rasulullah dan terkenal dengan amalan Islam, tetapi pahlawan yang gugur mempertahankan negara dianggap jahat kerana menentang 'Lanun Sulu' yang dianggap baik itu.

Politik kambing kaitkan penceroboh dan PRU
Husam lebih gemar bermain politik 'kambing' dengan memberi 'ketembek'kan secara persepsi kepada rakyat, apa yang ditimbulkan beliau adalah kaitan kemunculan penceroboh dengan tarikh pembubaran untuk menjadikan krisis yang berlaku di Lahad Datu sekarang ini merupakan sandiwara Umno semata-mata.

Makanya jika begitu lanun Sulu hendaklah muncul selepas PRU barulah ianya bukan sandiwara yang direka oleh Umno, pertama perlu diingat segala yang berlaku itu hanya dengan izin Allah Taala jua, sebagaimana Husam nak kencing rakyat Kelantan antaranya dengan janji pembinaan Stadium canggih dan lebuhraya rakyat kerana menyangka PRU bakal berlaku pada tahun lalu, namun tarikh-tarikh yang dijanjikan itu semua sudah jauh melampaui waktunya sebelum membuatkan Husam terpaku sedu dan medu.

Akan tetapi rakyat Kelantan perlu benar-benar mengenali siapa pemimpin Pas yang sebenarnya, bagaimana cara mereka berpolitik sekaligus memainkan isu-isu dengan menyalahkan pihak Umno, kita yakin kalau tragedi di Lahad Datu itu berlaku selepas PRU pun mereka tetap akan mendakwa sebagai sandiwara Umno, sejarah telah membuktikannya...
Masih ingatkah kita dengan kumpulan militan Al-Maunah, bilakah peristiwa ini berlaku ? Adakah ketika menjelang PRU ? Namun ia tetap ditohmah oleh Pas sebagai sandiwara Umno. Anda Mampu Mengubahnya..

Penemuan Minyak Di Kota Bharu - Nik Aziz Enggan Ulas, Buat Kajian Bazirkan Wang Rakyat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat mengambil sikap berkecuali daripada mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa yang mengesyaki bahawa terdapatnya rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan.

Nik Aziz juga seperti sudah lali dengan cara politik Husam, masakan seorang Menteri Besar langsung tidak mengulas jika penemuan terbaru Husam itu merupakan satu perkara yang benar dan boleh dipercayai. Walaupun Nik Aziz enggan mengambil risiko pembohongan itu, namun Nik Aziz tetap bersekongkol dalam pembaziran wang rakyat.

Kelulusan untuk membazirkan wang rakyat telah diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dengan pelantikan sebuah syarikat yang akan mengkaji kemustahilan yang jelas mengenai kewujudan hasil bumi itu.

Sikap membazir wang rakyat ini bukanlah satu perkara yang luar biasa dibuat oleh pemimpin yang mementingkan publisiti politik ini, malah ia seringkali dilakukan demi kepentingan politik sempit mereka sekaligus sanggup mengabaikan kepentingan rakyat.
 
Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan menerusi pemimpin haprak yang sama turut mengesyaki wujudnya harta karun di  Tumpat dan telah melantik syarikat bagi membuat kajian mengenai perkara itu.

Apakah pelantikkan syarikat untuk mengkaji perkara yang tidak ada petanda jelas akan kewujudannya itu adalah percuma ? Jika ianya percuma, minta tolong panggil syarikat itu untuk mengkaji juga  kewujudan minyak dibelakang rumah saya, kerana saya juga syak ada minyak disini.

Adakah satu hal yang baik sekiranya menggunakan wang rakyat dalam mengkaji sesuatu yang tidak pasti bahkan ia lebih kepada permainan politik Pas semata-mata ?

Masa pemimpin dan pegawai kerajaan terbuang sia-sia, sedangkan masih terdapat ramai lagi rakyat miskin di Kelantan yang memerlukan perhatian dari kerajaan, sampai bila politik kampung 'bodoh kering' ini hendak diamalkan oleh pimpinan Pas ? Negeri makin mundur, rakyat makin derita, yang maju dan memajukan semuanya adalah 'tauke-tauke cina'.

Husam memang terkenal dengan politik 'bodoh kering' ini, masanya sebagai seorang pemimpin sering dihabiskan dengan janji-janji angan yang tidak sudah, sebut saja Husam, cuba beritahu janji dan projek apa yang sudah berjaya diusahakan oleh beliau.

Dulu janji nak buat stadium di Bukit Merbau, pergi pacak batu asas lepas tu senyap, janji nak bina lebuhraya rakyat, pergi pacak batu asas dan jelajah kutip derma lepas tu senyap, setakat ni tidak ada lagi projek yang dijanjikan mampu untuk Husam tunaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Lebuhraya Rakyat - Tanya Husam ! Bila Nak Siap ?

KOTA BHARU - Lebuhraya rakyat yang hanya mampu disiapkan batu asasnya oleh kerajaan Pas Kelantan antara tujuh projek besar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Namun Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa pengumuman projek berkenaan adalah tidak lebih dari meniru program yang dirancang dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini.

“Kenapa perkara itu tidak dilaksanakan dahulu lagi dan akan dilakukan jika BN menangi, rakyat sendiri boleh menilainya apa yang dinyatakan ketika lawatannya itu adalah meniru apa dilakukan di Kelantan.

“Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto,” katanya kepada pemberita hari ini.

Perdana Menteri dalam lawatannya kelmarin mengumumkan tujuh projek besar, yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat mandat pada PRU13 akan datang.

Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.

Tapi hairan sungguh !, macammana punya otaklah penyokong Pas ni, kena kencing atas kepala pun masih jugak tak sedar, janji nak buat lebuhraya tapi tak buat, kalau setakat janji kemudian tak buat tu kira oklah lagi, masalahnya derma dikutip bukan main lagi, umum kat media kutip juta-juta, janji nak buat akhir Mei 2012, tapi sampai hari ini takder apa yang dibuatnya.

Adakah Husam menganggap mentaliti rakyat Kelantan ini terlalu kampung, sempit dan bodoh ? Jika tidak masakan ia boleh tipu 'atas darat' lagu tu. Umum nak bina lebuhraya, kutip derma dengan rakyat, lepas tu senyap, ishishish, mudahnya kerja, entah macammanalah pemimpin Pas anggap rakyat Kelantan ni sehingga boleh diperlakukan dengan sedemikian rupa.

Ini perkara yang jelas, tidak ada sedikitpun perkara yang bertindih, kalau tanah sanggup bagi kat 'Tauke Cina' daripada bagi kat rakyat, tapi nak buat lebuhraya minta derma dengan rakyat. Apa punya haprak pemimpin macam ni ? Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Husam Dedah Individu Untung RM30 Juta Jual Projek Jambatan Kedua Sultan Yahya

Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa membangkitkan mengenai kelewatan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan mengaitkan kelewatannya berpunca daripada individu yang mendapat projek itu meraih keuntungan 'atas angin' menerusi penjualan kelulusan projek berkenaan.

Tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan Husam berkata, "Jawapan yang diberi oleh rakan saya SU kerjaraya, dimana projek ini diberi secara 'negotiated tender' pada satu syarikat, keuntungan yang diperolehi oleh orang perseorangan itu yang disebut dalam pasaran RM30 juta... kerana dia jual kelulusan itu".

Husam turut mendakwa, wang RM30 juta itu hanya dinikmati oleh seorang individu sahaja, sedangkan dengan  RM30 juta itu ianya sudah mampu untuk menyiapkan beberapa jalan. Kenyataan itu dibuat ketika sidang dewan mulia DUN Kelantan pada bulan lalu.

Mungkin kerana  faktor masa, dakwaan Husam itu tidak dicelah oleh mana-mana wakil rakyat daripada BN, namun dakwaan Husam itu dilihat tidak ada asas yang kukuh untuk dipercayai, Husam juga tidak berani untuk menamakan individu yang terlibat. Jika ia bukan hanya persepsi, kenapa tidak diperincikan maklumat salahlaku berkait projek tersebut ataupun melaporkannya kepada SPRM sebagaimana cadangan MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub pada Ogos tahun lalu..

Sebelum ini Audit melaporkan kos pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra meningkat sebanyak RM34.76 juta daripada kos asal yang bernilai RM143 juta sejak diluluskan di bawah Rancangan Malaysian Ke-9 pada 2007 lalu.

Dalam laporan Audit menyatakan peningkatan didapati berpunca daripada kegagalan Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. dan RIS Capital Sdn. Bhd. yang telah dilantik secara rundingan terus oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) menyiapkan projek tersebut mengikut jadual yang sepatutnya disiapkan pada Disember 2009 lalu.

Projek pembinaan jambatan ini kemudiaannya telah diserah kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan menerusi persetujuan pihak JKR.

Meskipun kontraktor tersebut telah ditukar, laporan audit negara mendapati kontraktor baru juga masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan sehinggakan 4 Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.

Jumlah keseluruhan projek ketika ini adalah RM177.76 (peningkatan sebanyak 24.3 peratus) dengan mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.

Bagaimanapun laporan audit negara turut mendapati masalah kelewatan dan peningkatan kos itu turut berpunca daripada reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga 2 tahun untuk diselesaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Isshhh, jangan bising! SPRM nak tidur, Isu Lembah Sireh tutup kes, kerajaan Pas Kelantan bersih, tiada bukti untuk disabitkan...Syabas BN makin hari makin keselesaan...

Video - Husam Dimarahi Nik Aziz Masa Sidang Media Kerana Tindakan Biadap

Gara-gara tidak layak menjadi seorang Menteri Besar tetapi masih lagi bernafsu besar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimalukan sekali lagi oleh bakal penggantinya pada sidang media ketika menjelaskan berkaitan isu royalti minyak Kelantan.

Dalam masyarakat Melayu, budaya dan adat resam serta kesopanan adalah punyai nilai yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi terhadap orang yang sudah tua, namun jika seseorang itu melangkauinya ia sudah pasti ada maksud tersirat disebalik kelakuan tersebut.

Apa yang dapat dilihat pada rakaman video dibawah secara sinis dan halus bakal pengganti Nik Aziz menunjukkan rasa tidak hormatnya terhadap Nik Aziz dengan mendindingkan peta gambar langsung mendepani atau disebut diatas muka Nik Aziz. Tindakan yang boleh disifatkan sebagai biadab itu membuatkan Nik Aziz serba salah dan hanya mampu menahan malu.

Selepas frame peta itu dialihkan semula oleh bakal penggantinya, Nik Aziz terpaksa 'cover' malunya dengan melihat keatas seolah-olah melihat lampu samada kesemuanya berfungsi ataupun tidak, dan kelakuan itu tidak selayaknya untuk seorang Menteri Besar sebaliknya tugas itu hanyalah tugas seorang juruteknik sahaja.

Pada masa itu juga Nik Aziz tidak mampu untuk berbuat apa-apa, namun rasa sakit hatinya dilepaskan juga dengan menegur bakal pengganti beliau yang meminta sedekah berhubung isu tuntutan royalti, dan tindakan menegur itu jarang sekali dibuat oleh Nik Aziz pada sidang media seperti itu, namun bila hati sudah sakit dan tidak suka, pasti ada saja yang tidak kena, begitulah juga sebaliknya.

Kelicikan bakal pengganti Nik Aziz memang tidak dapat dinafikan, namun tindakannya dilihat lebih ketara adalah selepas Nik Aziz mengarahkan barang-barang dagangan syiah dikeluarkan serta merta dari ekspo yang dianjurkan beberapa bulan yang lalu.

Menurut sumber terdekat, tindakan bakal penggantinya yang lebih menampakkan itu juga disebabkan krisis dalaman yang melibatkan keluarga serta kegagalan beberapa projek yang dirancang yang membuatkan bakal penggantinya pecah tembelang dan tidak mampu untuk berselindung lagi dengan sikap sebenarnya.

Sikap tidak sabar yang diwarisi dari Ketua Pembangkang Malaysia itu difahamkan akan memakan dirinya sendiri, beberapa strategi terancang yang dilaksanakan bagi menjatuhkan Nik Aziz oleh pencacai bakal pengganti Nik Aziz dilaporkan kesemuanya dapat dihidu oleh Nik Aziz menerusi bantuan dan penerangan orang-orang yang terdekat dengan Nik Aziz termasuk anggota keluarganya sendiri.

Bagaimanapun apa yang dinyatakan diatas itu adalah ringkasan sebahagian cerita daripada sumber dalaman yang sangat-sangat boleh dipercayai dan dekat dengan Nik Aziz dan bukannya ilham Gk sendiri, sejauhmana kebenaran sebenar itu untuk diterima terserah kepada masing-masing, dan untuk pengetahuan juga, cerita mengenai perancangan bakal pengganti Nik Aziz untuk menjatuhkan Nik Aziz terlalu panjang serta punyai beberapa siri yang akan diterbitkan secara lengkap dari semasa ke semasa. Memang licik..ish,ish,ish. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...