Showing posts with label brim. Show all posts
Showing posts with label brim. Show all posts

BR1M VS GST - Pemborosan Dan Ketirisan Didahulukan Rakyat Diutamakan Beban

Ketika mula-mula diperkenalkan BRIM, walaupun cuma RM500 namun ia tetap dirasai sebagai satu jumlah  yang mampu meringankan beban hidup rakyat.

Bagaimanapun selepas 1 April 2015 apabila kerajaan mengumumkan bermulanya perlaksanaan cukai GST, BRIM tidak lagi dirasai sepadan atau berbaloi dengan kenaikkan harga barang biarpun jumlah BRIM ditambah dari RM500 kepada RM950 setahun.

Perlaksanaan cukai GST membuatkan rakyat tersentak dan tertanya-tanya adakah bantuan BRIM merupakan umpan kerajaan untuk perlaksanaan cukai GST. Bagi BRIM dan kemudian kenakan cukai GST!

Kita yakin dan percaya jika dibuat undian, majoriti rakyat pasti menolak BRIM kalau kerana BRIM cukai GST dilaksanakan.

Sebelum ini tanggapan rakyat terhadap pemberian BRIM adalah menyangka kerajaan yang ada sekarang ini bijak dalam menarik pelabur asing untuk melabur didalam negara sepertimana yang digembar-gemburkan, dengan hasil pelaburan itu pendapatan kerajaan makin bertambah, dengan pertambahan pendapatan kerajaan itulah  kerajaan mampu bagi BRIM pada rakyat.

Tapi sebaliknya yang berlaku, BRIM hanyalah satu helah kerajaan untuk mengutip wang dari seluruh rakyat menerusi GST, kerajaan hanya bijak mengutip wang dari rakyat, sudah tidak ada alternatif lain untuk menjana pendapatan negara selain dari rakyat dikenakan dulu.

Apakah kerajaan fikir rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan dengan pemberian BRIM ? Kerajaan ambil RM10 dari rakyat kemudian pulangkan RM1 kepada rakyat dan minta rakyat berterima kasih kepada kerajaan !!! Munasabahkah ?

Antara salah satu contoh kegilaan cukai GST yang dikenakan boleh rujuk kepada bil Telekom Malaysia (TM), sebelum ini cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh TM hanyalah kepada caj penggunaan panggilan telefon sahaja dan tidak kepada caj tetap penggunaan internet.

Namun setelah cukai GST dilaksanakan, cukai GST 6% itu dikira meliputi keseluruhan caj iaitu caj tetap bulanan RM121 + penggunaan RM33.80 yang menghasilkan GST sebanyak RM9.29.

Bijak sungguh kerajaan kutip wang dengan rakyat, sesuka hatinya sahaja, kalau dulu cukai hanya dicaj kepada penggunaan telefon sahaja, tapi kini caj tetap bulanan pun turut dicukaikan, itu baru bil TM, belum lagi perkhidmatan dan barang-barang lain, menerusi bil TM pun kerajaan dah kutip RM10 sebulan atau RM120 setahun, apalah sangat dengan BRIM RM950 setahun tu ? Kalau 1MDB yerlah....
Kerajaan sudah lupa dimana kuasa yang ada padanya diberi oleh rakyat, tujuan rakyat bagi kuasa supaya kerajaan mentadbir dengan baik bukannya dengan menyusahkan rakyat.

Nak tambahkan pendapatan negara sehingga mengcekik pendapatan rakyat adalah satu transformasi terlampau abad ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Pemborosan didahulukan ketirisan diutamakan, takder wang, rakyat dibebankan!!!

Penantian BR1M 1Penyeksaan !!! Apa Komen @ahmadmaslan ?

Rupanya masih ramai lagi rakyat 1Malaysia belum menerima wang bantuan BR1M. Rata-rata berpendapat Br1m 4.0 paling bermasalah, seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan urus tadbir kerajaan.

Hal ini mengundang pelbagai spekulasi dikalangan rakyat. Apa sudah jadi dengan kerajaan? Benarkah kerajaan sudah tidak ada wang dan hampir bankrup sehingga tidak mampu untuk membayar Br1m seperti yang dijanjikan ?

Sebelum ini pembayaran Brim diumumkan sebagaimana lampiran berikut:
Namun agihan wang Brim sebahagiannya tidak berlaku sepertimana tarikh yang diumumkan iaitu pada 12 Februari 2015. Sudah begitu, pihak kerajaan juga tidak memaklumkan punca kepada kemungkiran tersebut sehingga membuatkan rakyat tertunggu-tunggu.

Pengurusan Brim kali ini boleh ditakrifkan sebagai terlalu cacar marba, pengurusannya setaraf dengan pengurusan kerajaan negeri pasir berdengung, langsung tidak menampakkan ciri-ciri sistem pengurusan sebuah negara maju.

Apa tidaknya kalau status kelulusan Brim pun boleh dibuat 'ciku cak', sekejap status lulus, sekejap status dalam proses kemudian lulus balik tapi duit tetap juga belum masuk meskipun statusnya telah lulus.

Tanpa menyatakan sebab kemungkiran pada tarikh sebelumnya, sekali lagi pihak kerajaan menerusi satu kenyataan menteri mengumumkan Brim akan mulai dibayar pada 25 Februari 2015 yaitu kira-kira tiga minggu selepas tarikh yang diumumkan sebelumnya.

Cuma pengumuman kali ini sedikit mengelirukan, jika pengumuman yang lalu diumumkan dengan 'akan dapat', kali ini pengumuman dibuat dengan 'dapat mulai'. Kalau pengumuman akan dapat pun belum dapat, pengumuman 'dapat mulai' maknanya.....
Ternyata jangkaan tersebut tepat, semalam 25 Februari rakan saya memaklumkan dia belum lagi menerima Brim. Status permohonannya sudahpun lulus namun wang belum dikreditkan. Tinjauan dimedia sosial juga mendapati ramai yang mengalami masalah sama.  Sebenarnya apa masalah kerajaan ?
Bantuan Brim yang pada awalnya diharapkan dapat mengurangkan beban rakyat dilihat menjadi beban pula kepada rakyat. Bayangkan jika ada yang terpaksa berulang-alik ke bank semata-mata ingin mengambil wang Brim pulang dengan hampa, apa perasaan mereka ? Gembira atau kecewa ?

Justeru, jika pengurusan cacar marba seperti itu berterusan, adalah lebih baik kerajaan memansuhkan saja Br1m daripada kerajaan menanggung akibat dari kemarahan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...