Showing posts with label air kelantan. Show all posts
Showing posts with label air kelantan. Show all posts

Tunggu Air Bomba Mandikan Jenazah

BACHOK - Penduduk Kampung Kubang Telaga terpaksa menunggu kehadiran bomba yang membawa air untuk memandikan jenazah seorang penduduk, Zakari Mat Hassan, 66, yang meninggal dunia selepas pulang dari padang berdekatan rumahnya kira-kira jam 3.15 petang, kelmarin.

Abang ipar arwah, Mohd Salleh Zakaria, 63, berkata, adik iparnya ke padang pada jam 2.30 petang sebelum mandi di parit berdekatan.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia sekali lagi mandi di perigi berhampiran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

“Tiba di rumah dia mengadu sakit dada dan menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kubang Telaga, Rosle Abdul Kadir berkata, apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia buntu untuk mendapatkan bekalan air bagi memandikan jenazah.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk dapatkan air untuk mandikan jenazah. Tak kan nak angkut air sungai yang jauh. Air perigi semua dah kering.

“Terpaksalah saya hubungi bomba supaya mereka hantar air bagi urusan memandikan jenazah ini. Pihak bomba tiba kira-kira jam 6 petang. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang sudi membantu kami ketika dalam kecemasan seperti ini,” katanya.

Jenazah kemudiannya disemadikan di tanah perkuburan berhampiran kira-kira jam 10 malam.

Video - Terkini !!! Air Di Kelantan Hampir Pulih

Januari lalu Gk pernah melaporkan masalah air yang berlaku di Kelantan khasnya di kawasan rumah Gk sendiri yaitu kira-kira 5Km daripada kediaman Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Masalah ketiadaan air yang membelenggu rakyat Kelantan selama ini mungkinkah petandanya hampir selesai setelah hampir seminggu Gk sekeluarga menikmati air yang dibekalkan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tanpa sebarang masalah seperti sebelumnya,

Keadaan ini sangat mengejutkan, adapun jika sebelum ini hanya tengah malam menjelang subuh sahaja dapat kami nikmati kemudahan air, itupun kadang-kadang sahaja dan kelajuan air pula pada tahap keluarnya air kencing bayi berumur dua tahun setengah kebawah.........

Tidak bermasalahnya bekalan air ini berlaku sudah hampir seminggu, pada mulanya kami ingat ini hanyalah 'cobaan' semata-mata ataupun air sesat tanpa arah tuju lalu singgah di rumah kami, rupanya tidak, keadaan ini rasanya hampir pasti terselesainya masalah, 24 jam tak kira masa asal buka saja paip conform ada air. Macam ni baru betul pengurusan yang baik.

Kita sebagai rakyat kalau benar air tu ada kita cakaplah ada, kalau tiada kita cakap tiada, ini bila kita cakap tiada air, macam-macam dituduhnya, semoga keadaan ini akan berterusan sehingga berakhirnya pemerintahan kerajaan Abu Nawas (pinjam kata-kata dari Adun Kok lanas) di bumi Kelantan ini.

Tapi jika keadaan ini berterusan dan umum mengetahui bahawa masalah utama rakyat Kelantan adalah masalah ketiadaan bekalan air, masihkah rakyat Kelantan akan terus setia untuk memilih kerajaan sediaada ataupun tetap akan mengubah pada kerajaan yang baru, bagi rakyat Kelantan seperti Gk berpandangan akan memilih calon atau pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin dan bukan memilih parti semata-mata.

Hujahnya adalah jika memilih parti yang baik dengan membentuk kerajaan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' atau 'Membangun bersama Islam' sekalipun ianya tidak bermakna jika wakil pemimpin yang dipilih itu tidak mengamalkan prinsip sepertimana yang menjadi teras kepada parti tersebut, sebagai contohnya ini kerana jika kerajaan menyalurkan apa-apa bantuan ke kawasannya, belum tentu bantuan tersebut akan amanah sampai kepada rakyat, buktinya sudah ada dan sudah jelas tidak perlu diperbuktikannya lagi melainkan Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...