Showing posts with label mh370. Show all posts
Showing posts with label mh370. Show all posts

Kos Operasi Mencari MH370 Paling Mahal Dalam Sejarah Penerbangan Di Dunia

SYDNEY - Usaha mencari pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang dan masih lagi diteruskan telah menelan kos beratus-ratus juta dolar.

Bagagimanapun ia menjadi operasi carian yang paling mahal dalam sejarah penerbangan dengan menyaksikan 26 negara menyumbang bantuan aset termasuklah kapal terbang, kapal, kapal selam dan satelit.

Usaha carian yang telah memasuki tempoh sebulan dianggarkan oleh Reuters menelan kos sekurang-kurangnya AS$44juta (26 juta paun) yang telah dibelanjakan untuk menempatkan kapal dan kapal terbang tentera di Laut China Selatan dan selatan Lautan Hindi oleh Australia, China, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Angka itu berdasarkan statistik pasukan pertahanan mengenai kos setiap jam pelbagai aset yang dianggarkan oleh penganalisis pertahanan serta kos yang dilaporkan oleh Pentagon.

Angka untuk bulan pertama operasi mencari itu hampir menyamai perbelanjaan rasmi €32 juta (26 juta paun) dalam pencarian Penerbangan Air France AF447 yang terhempas yang dilakukan dalam jangka masa dua tahun di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

Pakar-pakar penyelamat berkata kos sebenar bagi operasi Air France boleh menjadi tiga atau empat kali lebih tinggi daripada angka rasmi, namun jumlah untuk carian semasa ini dijangka mencecah beratus-ratus juta dolar.

Anggaran AS$44 juta untuk MH370 itu juga tidak merangkumi semua aset pertahanan yang digunakan oleh negara-negara termasuk Britain, Perancis , New Zealand dan Korea Selatan dan tidak termasuk kos-kos lain seperti pesawat awam, penginapan beratus-ratus kakitangan dan perbelanjaan bagi penganalisis perisikan di seluruh dunia.

Britain menghantar sebuah kapal selam berkuasa nuklear, HMS Tireless untuk membantu carian, tanpa mendedahkan lokasi sebelumnya.

Angus Houston, Ketua Marsyal Udara bersara yang bertanggungjawab bagi carian antarabangsa yang diterajui Australia pada Jumaat berkata beliau akan memberi anggaran keseluruhan kos pada masa akan datang.

"Ia memerlukan wang yang banyak," katanya. - Mstar

PM Australia Pertahan Pengumuman Najib MH370 Berakhir Di Lautan Hindi

Perdana Menteri Australia Tony Abbott mempertahankan pengumuman rakan sejawatannya dari negara ini Datuk Seri Najib Razak bahawa penerbangan MH370 “berakhir” di Lautan Hindi.

Pengumuman tersebut, yang dipersoalkan oleh waris penumpang di China, merupakan kesimpulan dari sejumlah besar bukti, kata Abbot seperti dipetik dalam laporan akhbar Telegraph.

"Himpunan bukti menunjukkan pesawat tersebut hilang dan ia hilang di satu tempat di selatan Lautan Hindi.

“Itu adalah gelombang bukti yang amat besar dan saya rasa Perdana Menteri Najib Razak amat berhak membuat kesimpulan itu, dan saya fikir sebaik kesimpulan itu dibuat, beliau bertanggungjawab mengumumkannya,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Para waris penumpang dari China mula tiba di negara ini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan untuk mendengar permohonan maaf dari Najib atas pengumuman tersebut.

MH370 - Ustaz Manzil Marah Jika Mimpinya Mengenai Pesawat Itu Terhempas Dikatakan Sebagai Cerita Rekaan

Cukup tertarik dengan apa yang cuba dikongsikan oleh seorang Ustaz yang dikenali sebagai 'Ustaz Darul Manzil' mengenai misteri kehilangan pesawat MH370. Ustaz Darul Manzir dikatakan telah didatangi mimpi dan dalam mimpinya itu juga diperlihatkan bagaimana pesawat MH370 terhempas.

Namun sudah menjadi lumrah, disebalik mimpi yang telah beliau kongsikan, pelbagai pandangan tampil daripada setiap sudut, ada yang memberi komen positif dan tidak kurang juga yang negatif.

Bagaimanapun menurut Ustaz, terpulanglah kepada umum samada untuk anggap mimpi beliau itu sebagai petunjuk ataupun mainan tidur, cuma jangan anggap mimpi beliau itu sebagai cerita rekaan semata-mata, kerana beliau MARAH sebab ianya benar-benar mimpi bukan cerita yang direka.

"Maka jika kata itu khayalan, silakan.. Nak kata itu petunjuk pun silakan.. Tapi nak kata saya REKA CERITA memang saya MARAH kerana saya BENAR-BENAR BERMIMPI..."

Biarpun Ustaz telah mengingatkan bahawa cerita itu hanyalah mimpi, namun masyarakat terlalu teruja, sehinggakan ramai yang menghubungi Ustaz untuk memohon pertolongan dalam pelbagai masalah yang mereka hadapi.

"MINTA TOLONG... Saya bukan tukang SCAN... Lepas post MIMPI MH370 ni, ramai pulak yang telefon darulmanzil minta guna kaedah sama suruh scan anak lari lah, suami lari lah, bini lari lah, rantai emas hilang la... adus... pls.. Kalau urusan tu saya tak mahu kerna ia menghampiri syirik... Mimpi ni bab lain... Takkan tiap2 malam nak mimpi masalah hilang jer... jenuh la macam ni..."

Tidak dinafikan mungkin masyarakat tertarik dengan amalan Ustaz sebelum tidur yaitu menurut Ustaz,

"Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O…" 

Menerusi pemerhatian saya di Facebook Ustaz, rupanya bukan sekadar amalan itu saja yang Ustaz amalkan sebelum Ustaz didatangi mimpi mengenai MH370, malah anak-anak Ustaz juga turut berparodi 'Raja Bomoh Ala-kazam' sekaligus menunjukkan kecenderungan Ustaz sekeluarga mengikuti perkembangan MH370 sehingga berparodi berkemungkinan antara faktor yang mendorong mimpi Ustaz.
Sebagai rakyat Malaysia kita merasa bangga kerana Ustaz terpilih untuk diperlihatkan didalam mimpi mengenai misteri MH370, tapi jangan pula ada yang teruja sehingga menggangu Ustaz dengan permintaan yang pelik-pelik, seperti kata Ustaz ada yang minta suruh scan anak lari, suami lari, isteri lari,...... sebaliknya urusan sebegini mintalah pertolongan daripada Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

Teori Dasyat Konspirasi MH370 Perkaitan Dengan Taliban, US Dan China ?

bila saya imbas kembali hari pertama kes kehilangan MH370..ada seorang hamba ALLAH yang minta namanya saya rahsiakan telah mendapat petunjuk pada hari ke-2 kes kehilangan pesawat tersebut. ketika melakukan tirakat zikir, beliau telah mendapat petunjuk/bgambaran seolah olah KLU/teka teki yang perlu di huraikan, di mana beliau mendapat "GAMBARAN bayangan MINYAK DAN MH370 TENGGELAM di laut BERMULA MELALUI EKOR PESAWAT".beliau meminta saya merahsiakan namanya kerana baginya ilham ALLAH adalah sirr/rahsia ALLAH. bila saya fikirkan kembali, seakan/mungkinkah/ adakah ini persamaannya. moga ALLAH beri petunjuk kepada kita semua melalui hamba hamba yang soleh yang mana campakkan ilham di hati mereka..tabik pada ustaz Darul Manzil dan Dato Datok Pendita Adi Putra..di FB beliau..

MH370...BACA DULU n FIKIR kemudian...

bkn mslh radar.. tp mslh mulut yg terpaksa dikunci dan kurang professional..

Tuan2 Boleh baca..nak percaya timbang2 sendiri..

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

dan di bawah ini pula melalui Ustaz Darul Manzil.. Sumber - https://www.facebook.com/darulmanzil

Video - PM Sahkan Misteri Pesawat MH370 Berakhir Di Lautan Hindi

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

MH370: Perkara Yang 'Tidak Baik' Telah Berlaku - Pham Quy Tieu

PHU QUOC - VIETNAM. Harapan untuk mendengar sebarang berita baik berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) adalah tipis, menurut kerajaan Vietnam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, perkara yang 'tidak baik' telah berlaku.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan Vietnam akan cuba mencari pesawat itu secepat mungkin dan untuk menjawab persoalan terutama daripada keluarga penumpang pesawat itu.

"Kami tidak menjangka perkara buruk tetapi kami telah bersedia (untuk menghadapinya)," katanya dalam sidang media di pusat mencari dan menyelamat di sini, hari ini.

Sementara itu, tentera Vietnam juga menggiatkan lagi usaha mencari dan menyelamat di perairan negara itu dengan 10 pesawat digunakan bagi operasi hari ini.

Ini termasuk dua pesawat pengangkut CASA dan empat pesawat A56 untuk pencarian di altitud tinggi antara 3,000 dan 5,000 meter.

Selain itu, helikopter juga digunakan untuk pencarian pada ketinggian rendah, berdekatan permukaan air.

Dalam perkembangan lain, Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis turut menyiasat empat kemungkinan yaitu keganasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang dan anak kapal.

Khalid enggan menyatakan sekiranya keganasan adalah faktor yang kurang dipertimbangkan, walau telah mengenalpasti salah seorang dari penumpang yang menaiki penerbangan dengan pasport curi.

"Terdapat kemungkinan yang sama (ke atas semua aspek) sehingga kita menyelesaikan siasatan,” katanya.

Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa “masalah peribadi” itu mungkin melibatkan kemungkinan penipuan insurans.

Katanya, mungkin ada individu dalam penerbangan tersebut yang membeli polis insurans dengan nilai yang tinggi dengan harapan agar agar keluarganya akan mendapat keuntungan.

Khalid berkata, pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan kegagalan mekanikal atau juruterbang, namun aspek tersebut dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

MH370 - Ketua Pengarah DCA Tidak Menolak Kemungkinan Berlaku Rampasan

PETALING JAYA - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku rampasan seperti yang diperkatakan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370.

Jelasnya kedua-dua identiti lelaki yang menggunakan pasport curi itu juga sedang disiasat, namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Menurut beliau, kejadian ini juga telah menimbulkan kekeliruan dan keraguan di kalangan pakar di dalam dan luar negara.

Beliau menyifatkan kejadian ini sebagai misteri yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Kehilangan pesawat dari radar sebabkan kekeliruan kepada ramai pakar di seluruh dunia termasuk pakar dalam negara.

"Kita perlukan bukti yang kuat dan kukuh, bahagian-bahagian pesawat akan membolehkan kita mengetahui apa yang telah berlaku," katanya.

"Kita masih belum menemui sebarang objek sah dari MH370 sekalipun ada pelbagai laporan menyatakan melihat beberapa objek.

Sehingga kini masih belum dapat disahkan sama ada objek yang dilaporkan dilihat oleh tentera laut Vietnam mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Mengenai kesan tompokan minyak yang ditemui, beliau berkata masih menunggu keputusan kajian makmal yang dijangka diketahui dalam masa terdekat.

"Tumpuan kini ialah kita mesti mencari pesawat, kita mesti mencari serpihan-serpihan pesawat.

"Kita melihat dari pelbagai sudut, apa yang mungkin berlaku dalam penerbangan. Kita mencari di setiap inci laut, setiap jam, setiap saat," katanya pada sidang media, di KLIA,

Beliau berkata sebanyak 24 pesawat, 40 kapal dan beratus-ratus petugas telah dikerahkan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Sementara itu dalam perkembangan lain, media di China membidas Malaysia dan syarikat penerbangan negara, MAS berhubung cara menyelesaikan kes pesawat penumpang yang hilang sambil menyeru usaha tindak balas yang lebih cepat dan keselamatan lapangan terbang diperketatkan.
 
 "Pihak Malaysia tidak boleh mengelak daripada tanggungjawabnya," akhbar 'Global Times' menulis dalam ruangan editorialnya.

"Tindakan awal dari Malaysia tidak cukup pantas.

"Terdapat kelemahan dalam kerja-kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," katanya.

"Jika ia adalah disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.

"Jika ini adalah satu serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu boleh dipersoalkan."

'The China Daily' menulis dalam ruangan editorialnya bahawa "unsur keganasan tidak boleh ditolak", dengan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih gagal untuk menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang dapat menaiki pesawat dengan pasport curi.

"Siapakah mereka dan kenapa mereka menggunakan pasport palsu?" soal akhbar tersebut.

Zahid: Saya Hairan Takkan Pegawai Imigresen Tak Boleh Fikir Muka Orang Itali Dengan Asia

PUTRAJAYA - Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...