Teori Dasyat Konspirasi MH370 Perkaitan Dengan Taliban, US Dan China ?

bila saya imbas kembali hari pertama kes kehilangan MH370..ada seorang hamba ALLAH yang minta namanya saya rahsiakan telah mendapat petunjuk pada hari ke-2 kes kehilangan pesawat tersebut. ketika melakukan tirakat zikir, beliau telah mendapat petunjuk/bgambaran seolah olah KLU/teka teki yang perlu di huraikan, di mana beliau mendapat "GAMBARAN bayangan MINYAK DAN MH370 TENGGELAM di laut BERMULA MELALUI EKOR PESAWAT".beliau meminta saya merahsiakan namanya kerana baginya ilham ALLAH adalah sirr/rahsia ALLAH. bila saya fikirkan kembali, seakan/mungkinkah/ adakah ini persamaannya. moga ALLAH beri petunjuk kepada kita semua melalui hamba hamba yang soleh yang mana campakkan ilham di hati mereka..tabik pada ustaz Darul Manzil dan Dato Datok Pendita Adi Putra..di FB beliau..

MH370...BACA DULU n FIKIR kemudian...

bkn mslh radar.. tp mslh mulut yg terpaksa dikunci dan kurang professional..

Tuan2 Boleh baca..nak percaya timbang2 sendiri..

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

dan di bawah ini pula melalui Ustaz Darul Manzil.. Sumber - https://www.facebook.com/darulmanzil

6 comments:

  1. Dr awal aku lbh percaya teori ini dr pada pembohongan Krjn. Point yg paling mudah untuk apa pesawat ini saja2 ambil angin di LAUTAN HINDI kemudian menghempaskan diri? Pilot di jdkan kambing hitam.. pilot yg berjasa pd MAS selama 30 tahun di bunuh dengan kejam dan difitnah... siapa atas dunia ini yg plg kejam melainkan bangsa Barat.. dan Zionis Yahudi. Bukan Taliban yg kejam.tp AMerika dan Israel.

    Najib membodohkan rakayt dengan menyatakan pesawat itu telah berakhir di Lautan Hindi tp kenapa dia biarkan ending macam ini.. kemudian dia teruskan hidupnya sb PM setelah buat semua pihak kecuali Amerika dan Sekutu Laknatullah nya tepinga2..

    Bila kita bercakap tentang misteri ini begitu ramai talibarut bodoh yg akan beri amaran jagan buat spekulasi. Ayat spekulasi ini dimainkan sejak hari pertama sbg perang psikologi kpd rakyat jgn pandai2 fikir lain..mesti terima apa yg pihak Barat suapkan kpd kita melalui DCA dan Krjn Malaysia.

    Yg berrada di lautan mencari serpihan pesawat mereka dikerahkan..dn mereka hanya menurut perintah negaa masing2..tp yg mengaturkan kronologi inilah perancang besar.

    Sampai skrg Najib membisu dan hanya mengalihkan cerita ini dgn memuji kejayaan Malaysia mendapatkan sokongan 26 buah negara.. ini satu lakonan yg membodohkan seluruh umat manusia yg tidak faham konsprasi jahat ini.

    Saya amata sedih krn konspirasi jauh lebih kejam dr kejadian alam seperti ribut atau kerosakan pesawat. Kes MH370 terlalu jauh kemalangan biasa dan terlalu sukar dibahaskan dengan logik biasa.

    ALLAH MAH AMENGETAHUI dn Jika Najib serta Kerajaan Malaysia bersekongkol dengan Kekejaman Amerika ini tunggulah balasan Azab Allah yg ama berat buat mereka2 ini.. pura2 ke majlis Berselawat Berdoa tp mungkin ada banyak rahsia yg disimpan.

    Kenapa Beijing tidak dilibatkan dlm siasatan MH370?? Kenapa hanay blok Amerika-British dan sekutu2na shj dibenarkan oleh Malaysia??

    ReplyDelete
  2. Orang yg menjaga amanah yang diberikan kepadanya adalah orang yg beriman...dan sebaliknya...amin

    ReplyDelete
  3. Orang yg menjaga amanah yang diberikan kepadanya adalah orang yg beriman...dan sebaliknya...amin

    ReplyDelete
  4. Orang Islam yang beriman pasti akan berfikir, apakah teori ini sahih atau tidak? Dan bagaimana untuk berinteraksi dengan teori2 sebegini?buka Al-qur'an,bacalah ayat surah an nisaa' ayat 83

    ReplyDelete
  5. Orang Islam yang beriman pasti akan berfikir, apakah teori ini sahih atau tidak? Dan bagaimana untuk berinteraksi dengan teori2 sebegini?buka Al-qur'an,bacalah ayat surah an nisaa' ayat 83

    ReplyDelete
  6. Persekitaran politik, kemampuan ekonomi dan peralatan2 kita tak mampu nak menggapai jaringan - jaringan besar yang mengawal hampir semua aspek kehidupan kita. Teknologi2 moden yg kononnya yg ada pada kita tak lebih dari untuk kita terus dibuai dengan hiburan dan mimpi indah. Apa yg kita ada? Yg kita ada hanya jemari jemari kerdil yg cuma dapat bermain main dengan angin2 yg kita tak tau ianya datang dari mana... Tapi its okay... Sambil kita bermain dengan angin angin ini, tentukan juga tangan dan jemari kerdil kita untuk terus memanjat doa ke hadrat Ilahi agar Yg Maha Kuasa menunjukkan kebenaran ke atas perkara ini. Ini saja lah kemampuan kita buat masa ini....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...