Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts

Program BL1M Satu Penipuan ? @Khairykj Dituntut Beri Penjelasan

Inisiatif BL1M merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO oleh Pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin.

Ketika sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari 2013, Khairy berkara inisiatif tersebut akan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.

Namun sampai hari ini, program BL1M yang digembar-gembur untuk meringankan beban rakyat bertukar jadi satu penipuan paling jelas.

Bila segala keluhan rakyat yang terlibat dalam program tersebut dengan mudah dikesampingkan oleh Khairy serta pihak terbabit.

Meskipun Khairy Jamaluddin terkenal dengan jolokan “menteri segala kementerian” kerana sering berlagak jadi jurucakap dalam apa saja isu yang membabitkan kementerian atau agensi kerajaan.

Tapi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan kelihatan senyap dan mengelak bila rakyat khususnya di Sarawak mendakwa BL1M sebagai agenda penipuan yang paling jelas.

Bagi seorang rakyat biasa yang bukan setaraf pemimpin BN, nilai RM190 yang telah dibayar untuk program tersebut bukanlah jumlah yang kecil.

Di Sarawak sahaja, difahamkan sekitar 70 ribu peserta telah membayar untuk memohon lesen melalui inisiatif BL1M. Bayangkan berapa banyak wang telah dikumpul oleh pihak terlibat, sedangkan program tersebut telah gagal separuh jalan.

Dilaporkan ramai peserta telah memohon agar wang yuran yang telah mereka bayar dikembalikan, namun langkah itu juga gagal dipenuhi oleh pihak penganjur.

Di Media Sosial perkara ini dibahaskan dengan kerap dan terbuka, tapi Khairy mahupun pihak penganjur tetap membisu seribu bahasa.

Ketika ini kita masih tertanya-tanya, dimanakah suara ‘Menteri Segala Kementerian’ yang pernah berjanji untuk meringankan beban rakyat?
Rakyat butuhkan suara beliau yang lantang itu, Khairy yang memulakannya harus bertanggungjawab untuk mengakhiri masalah ini. - Sarawakiana.net
 
Apa sudah jadi dengan program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ? Dimana suara lantang Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin selaku orang bertanggungjawab dalam program ini ?

@Khairykj Ketua Pemuda Paling Bacul Dalam Sejarah 68 Tahun Umno

Kebaculan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sangat memalukan Umno, kemaluan makin membesar apabila permohonan maaf Khairy kepada DAP menerusi pintu belakang ditolak mentah-mentah oleh pemimpin parti rasis itu.

Pemimpin DAP Ong Kian Ming berkata, permohonan maaf yang dibuat Khairy secara peribadi padanya tidak dapat diterima dan mereka mahu ia dibuat secara terbuka.

Khairy berkata, beliau telah memohon maaf kepada Ong melalui pesanan peribadi di Twitter yang mempertahankan hak anggotanya memprotes tetapi memohan maaf atas kejadian vandalisme yang berlaku.

Dalam perhimpunan semalam, papan tanda besar DAP dirobohkan oleh sekumpulan peserta yang turut mengancam mahu membakar ibu pejabat parti lawannya itu.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Khairy berkata, beliau juga menawarkan untuk membayar  kerugian yang berlaku itu.


Dimana maruah Umno selaku parti yang mewakili orang Melayu bilamana mempunyai Ketua Pemuda yang bacul seperti KJ, angkuh sesama bangsa tapi menikus dengan bangsa lain.

Mengalah tidak bertempat, pondan tidak berbatu, memimpin bukan kerana bakat, kelebihan hanya berstatuskan 'menantu'.
UMNO Celaka !!!
Tatkala paria masih berdegil dan enggan tunduk memohon maaf, macammana KJ pula yang boleh terhegeh-hegeh memohon kemaafan, tak cukup dengan memohon maaf, siap nak bagi ganti rugi lagi, keadaan ini sukar untuk diterima.

Persoalan yang timbul benarkah KJ menjiwai roh perjuangan Umno ? Tulenkah dan sejatikah perjuangan KJ didalam Umno ? Atau perjuangannya hanya secara kebetulan memandangkan bapa mentuanya ketika itu orang no satu parti dan kerajaan, jadi tanpa melepaskan peluang seiring dengan nafsunya yang besar KJ terus memecut memainkan peranannya didalam Umno biarpun gagal merealisasikan nafsu besar untuk menjadi Perdana Menteri sebelum berumur 40 tahun.

Perkataan 'celaka' bukan perkara biasa yang boleh dibuat main, apabila disebut 'Umno Celaka', sudah pasti orang-orang Umno sejati akan marah, mereka berjuang bukan kerana harta dan pangkat, mereka ikhlas berjuang dengan Umno, yang tak marah hanyalah orang 'Umno' tiruan yang bermuka-muka, kerana mereka didalam Umno hanya nak projek atau nak buat kekayaan, orang nak kata apa pada 'Umno', lantaklah, mereka tidak sensitif, yang penting 'masyuk'.

Sekalipun hendak bertolak ansur biarlah bertempat, kenyataan 'Umno celaka' adalah satu kenyataan yang tersangat biadap dan bakal mengcelakakan, jika paria sudah berani berkata sedemikian rupa, apa lagi yang KJ tunggu ? Memang tidak luak kekayaan KJ jika KJ menilainya darisegi kekayaan peribadi, tapi dimana maruah Umno ?

Cuba anda renungkan sejenak, jika KJ benar-benar menjiwai roh perjuangan Umno, menyayangi dan mencintai Umno, adakah KJ akan tunduk memohon maaf kepada pihak yang mengatakan 'UMNO Celaka' ?

Soal serangan keatas pihak DAP itu soal lain, kalau paria tu tak kata 'UMNO Celaka', adakah pemuda Umno gila nak pergi serang ? Jelas hal ini berpunca daripada kenyataan biadap paria, kalau paria diperingkat 'macai' boleh tahan lagi, tapi ini paria peringkat pemimpin dan ADUN, kenapa KJ ni bengong sangat tak boleh nak fikir ?.

Sudah menjadi lumrah, apabila ada yang menjual sudah pasti akan ada yang membeli, bila berlaku urusan jual beli jangan pula KJ nak cari untung atas angin, konon-kononnya nak suruh bertindak ikut undang-undang, poyolah.... Nak ikut undang-undang macammana dah peguam Umno pun bisu duk sibuk dengan projek, paling kuat kata nak saman pun alih-alih tarik balik saman. (merujuk kepada kes Tian Chua)

Berbeza jika situasi serangan itu dibuat setelah paria dah minta maaf serta menyesal dan mengaku terlanjur kata, munasabahlah jugak kalau si kitol nak minta maaf pun, ini paria masih degil nak tunjuk keras kepala, apa ke bengong sangat nak pergi minta maaf ?  Bodoh, takder maruah, pengecut, poyo, bangang, syok sendiri, haprak, ptuiiiii!!!

Atau KJ rasa tindakan memohon maafnya itu sikap terpuji seolah-olah 'ular menyusur akar takkan hilang bisanya' ? Ohhh tidak sama sekali! jangan 'syok sendiri' wahai si bacul! Tapi tak tahannya kalau dengan bangsa sendiri bukan main lagi lantang "Shut up' 'really shut up'... 'ptuiiiii'.

Kebaculan tidak bertempat itu hanya akan menghakis keyakinan orang Melayu pada Umno khasnya orang muda yang sinonim dengan darah muda, kebaculan itu juga membuatkan kepala komunis semakin membesar, bagi betis nak paha, sudah minta maaf secara tertutup, tak terima, arah lagi minta maaf secara terbuka.

Kalau 'hingus' masih meleleh elok saja KJ diam dan cuba belajar daripada orang lama, tidak usah tunjuk hebat syok sendiri kononnya hero 'macho' yang sedang membawa pembaharuan didalam Umno.

Menangguk diair yang keruh hingga sanggup mengjahanamkan bangsa dan parti demi meraih populariti diri sendiri untuk disebut-sebut yang kononnya KJ ni berbeza daripada pemimpin Umno lain sangat tidak bertanggujawab. Cukuplah syok sendiri wahai budak hingusan !!!

Tidak semestinya pendidikan di 'Oxford' itu mempunyai kecerdikkan yang membuatkan rakyat boleh menumpang teduh, kerana yang dianggap 'cerdik' itu kadangkala tidak lebih untuk dirinya sendiri bagi membuat kekayaan menjamin masa depan bersama kroni.

Dalam isu sama berbeza pula dengan orang lama seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerbu dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP sebagai satu "reaksi semula jadi" untuk "mempertahankan imej parti" itu.

"Itu reaksi secara semulajadi, apabila dicabar dan tercabar mereka tidak akan berdiam diri.

"Sikap Pemuda sentiasa tidak berdiam diri apabila tercabar,"


Adakah dengan kenyataan TPM itu bermaksud beliau menghalalkan perbuatan itu ? Tidakkkkkkk!!! Mesej yang cuba disampaikan oleh TPM adalah realiti semulajadi yang berlaku apabila ada pihak yang mencabar maka akan ada pihak yang tercabar dan menyahut cabaran itu.

Jadi kalau tak nak diserbu dan diugut, jangan cabar atau bikin orang panas! formulanya mudah, jangan jolok sarang tebuan kalau taknak disengat, bila jolok dan disengat jangan salahkan tebuan kerana tebuan tak bersalah dan takkan sengat jika tak dijolok! 

Buat Pemuda Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, 'tabik bergetar' sebanyak 68 kali diatas keberanian mempertahankan maruah parti kalian. Anda Mampu Mengubahnya.

Sokong Calon BN, Kadar Jenayah Di Teluk Intan Akan Diturunkan Kata @Khairykj

Politik bersifat 'akses' atau 'kabel' yang kononnya mampu mempengaruhi dalam penyelesaian permasalahan rakyat sekali lagi ditawarkan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada pengundi di Teluk Intan.

Apa yang menarik politik bersifat 'kabel' itu telah mengheret hal berkaitan menangani jenayah, jika sebelum ini ia lebih tertumpu kepada hal-hal pembangunan dan bantuan daripada kerajaan, namun kini aspek keselamatan rakyat pula yang dipertaruhkan.

Menurut Khairy, pengundi di Teluk Intan seharusnya memilih calon berpengaruh daripada BN yang mempunyai 'akses' dengan agensi persekutuan dan kerajaan negeri jika mahukan perubahan terutamanya dalam mengatasi masalah jenayah di daerah berkenaan.

"Jadi kalau sekiranya pengundi di Teluk Intan yang sudah 5 tahun dibawah parti DAP mahukan satu perubahan untuk menangani isu-isu tempatan contoh daerah Teluk Intan berhadapan dengan masalah kadar jenayah yang meningkat, ia memerlukan satu usaha daripada kerajaan pusat, kalau sekiranya memberi sokongan kepada calon daripada DAP, mungkin beliau tidak akan dapat mempengaruhi agensi-agensi persekutuan dan juga negeri untuk menangani isu-isu ini".

Apakah agensi-agensi persekutuan dan kerajaan negeri selama ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan dipengaruhi oleh pemimpin politik ?

Menangani isu jenayah adalah tanggungjawab bersama tidak kira pembangkang mahupun kerajaan. Adalah sangat mendukacitakan apabila pemimpin mendewakan pengaruh politik sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan rakyat.

Amalan politik angkuh cara KJ ini pasti sukar untuk diterima oleh golongan muda hari ini yang lebih berfikiran bebas dan terbuka.

Malah politik mempengaruhi agensi kerajaan seperti inilah menyebabkan bebas dan bermaharajalelanya seorang peliwat.

Selain politik angkuh dan pertandingan futsal, sudah tidak ada idea lain lagikah KJ untuk meraih sokongan rakyat kepada BN ? Anda Mampu Mengubahnya.

@Khairykj 'Budak Hingus' Elitis Cakap Saja Berdegar - Lepas MyTeam, MIMMA, PBM Ditangguh, PPBN Dilancarkan @NajibRazak

Parlimen Belia Malaysia diumumkan oleh PM pada 28 Mei 2011, biarpun begitu ia belum menjadi realiti malah ditangguhkan beberapa kali, dan sehingga hari ini belum ada tarikh baru yang diumumkan oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Pada Julai 2013, Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin mendakwa pendaftaran pemilih bagi parlimen belia kurang mendapat sambutan apabila hanya 15,516 orang saja yang mendaftar dari kesemua 222 parlimen.

Masalah itu menyebabkan ianya ditangguhkan, beberapa bulan kemudian penyertaan belia meningkat sebanyak 310 peratus dan KJ mengjangkakan ia dapat dilaksanakan pada Februari dan April 2014.

Namun setelah sampai waktunya dan pendaftaran belia menepati sasaran sekali lagi berlakunya penanggguhan yang kali ini didakwa berpunca daripada masalah teknikal kepada sistem pengundian sehingga laman web parlimen belia ditutup.

Masalah teknikal serta penutupan laman web itu sudah hampir dua bulan  berlaku, pengurusan sebegini sangat MEMALUKAN kerana tidak padan dengan cakapnya yang berdegar-degar dan ia tak patut berlaku dibawah pengurusan 'budak' lepasan 'oxford'.

Cacar-marbanya pengurusan KJ itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, sepatutnya masalah sistem seperti itu tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan tanpa kesudahan, sedangkan sistem "Instagram' dengan aplikasi 'Lifestyle' yang diperkenalkan oleh adik Samy Vellu pun boleh digunakan!

Apakah permainan KJ yang sebenarnya ? Apakah faktor-faktor permainan seumpama ini yang menyebabkan mantan PM Tun Dr Mahathir amat begitu marah sekali dengan beliau sebelum ini. 'Dah lama dah', sebab Tun M berpandangan jauh, kita ni hari ni baru nampak.....

Sebaliknya dalam bab bolasepak, KJ dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan akademi bolasepak, akhirnya Akademi Bolasepak sudahpun dilancarkan minggu lalu tanpa sebarang masalah dan penangguhan.
Masihkah kita ingat satu pasukan bolasepak yang dikenali dengan nama 'MyTeam' hasil dari program realiti yang diusahakan KJ dan DJ Jason Lo ? Dimana pasukan 'MyTeam' sekarang ? Bagaimana nasib pemain-pemain 'MyTeam' ? Adakah nasib mereka semua dibela oleh KJ sepertimana berdegar-degarnya ucapan KJ yang kononnya membela agama, bangsa dan tanahair ?
Lompat si hingus lompat, lompat budak hingus - Antara aktiviti elitis yang bakal diperkenalkan oleh 'Kementerian' dua sahabat baik ini!!!
Antara Parlimen Belia Malaysia dan Akademi bolasepak Negara, KJ lebih berminat untuk fokus kepada akedemi bolasepak, kenapa ? Adakah kerana akademi bolasepak punyai ruang untuk menjana keuntungan menerusi penajaan syarikat korporat manakala Parlimen Belia Malaysia pula tidak membawa apa-apa keuntungan ???

Pada tahun 2006 KJ pernah berkata, pihak pengurusan MyTeam tetap melihat siri realiti sukan pertama itu mampu dieksport ke luar negara jika cadangan meneruskan musim keduanya gagal mendapat kerjasama FAM.

"Kami masih boleh memikirkan alternatif dan tidak akan hanya bergantung kepada satu pihak dengan mengadakan MyTeam di negara jiran,''.

Faktor KJ prihatin dengan masa depan bolasepak negara sama sekali tidak terpakai dan ianya jauh tersasar, berdasarkan kenyataan berstatus ugutan mirip ugutan syarikat penerbangan AirAsia itu, ia tidak menampakkan akan keprihatinan KJ kepada masa depan bolasepak negara selain masa depan beliau dan Jason Lo, membuat keuntungan....Lepas kenyang hasil 'MyTeam'....... MIMMA ......
DJ Jasan Lo tubuh persatuan supaya senang KJ nak salurkan fund dari kementerian milik bapak KJ
Terlalu banyak KJ mencipta isu, pokoknya adalah cakap saja berdegar-degar, kalau dengar KJ bercakap, peghhhhhhh, memang dasyat, terpukau habis!!! Lebih-lebih lagi  dalam ucapan berskrip setiap tahun dalam Perhimpunan Agung Umno seolah-olah berada dalam syurga bodohwi.

Jika faktor KJ Pak Lah bersara awal, jika faktor KJ BN tewas teruk dan tumbangnya beberapa negeri ketangan pembangkang, apakah faktor KJ juga BN akan menjadi pembangkang dan lupus selepas PRU 14 nanti.

Tidak dinafikan hari ini golongan muda khasnya mahasiswa dilihat berpihak kepada BN, antara penyumbang kepada faktor itu adalah terpengaruh dengan berdegar-degarnya ucapan KJ disamping idea-idea moden mirip pembangkang, namun golongan muda ini pasti akan beralih arah apabila menyedari segala yang pernah diungkapkan KJ semuanya retorik yang tidak lebih sekadar meraih populariti bagi mencapai matlamat peribadi.

KJ dalam persediaan bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sebenarnya adalah dari spesis sama dengan peliwat tegar yang turut berkongsi cita-cita yang sama.... Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

KJ ? Kepala Jahat !!!

Raja Publisiti @Khairykj Pemalu Orangnya, RM237 Billion Wang Petronas Tu Patut Juga Rasa Malu !

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, "Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work', di sini.

Bersungguhnya Ketua Pemuda Umno ni seolah-olah Zulkifli Nordin telah melakukan dosa besar yang tidak boleh diampunkan selain disumbat kedalam neraka.  Difahamkan perkara yang dianggap dosa besar tak boleh diampunkan itu adalah apabila ZN berkata:

"Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya"

Kata-kata itulah menyebabkan KJ malu untuk mengaku ZN sebagai umat, maklumlah KJ ni seorang yang sempurna lagi hadhari, kenyataan sebegitu pun dianggap sebagai 'sedemikian rupa' sehingga menyelar tanpa batas mengalahkan selaran pemimpin pembangkang.

Keghairahan KJ meraih publisiti hadhari seperti ini jelas menunjukkan sikapnya yang sebenar, sikap yang sanggup menghancurkan sesiapa saja asalkan ia tampak sebagai juara, ini sangat membahayakan...., naiknya dengan memburukkan orang lain, walhal yang dianggap buruk itu tidaklah sepadan dengan kenyataan balasnya yang tersangat biadap sekaligus mengaibkan seorang yang sedikit sebanyak berjuang untuk UmnoBN.

Selaran yang dibuat KJ itu sangat tidak wajar terhadap rakan sendiri, mungkin selaran itu sesuai dibuat kepada musuh, tapi bukan pada mereka yang bebas dan mesra UmnoBN seperti ZN.

Namun semua itu KJ tak peduli asalkan ia tampak juara dan hebat dimata mereka yang buta, orang lain nak mampus lantaklah janji dia boleh hidup, itulah 'lifestyle' KJ yang sebenarnya, dan 'lifestyle' seperti itu tidak akan bertahan lama, bukan 'hero' nak berlakon jadi 'hero' lambat laun pasti akan terima akibatnya.

Hal itu dapat dilihat sepertimana yang telah berlaku kepada kerajaan pimpinan mentuanya bersama gerombolan di tingkat 4, hadhari awalnya seolah-olah 'Mr Clean' menarik perhatian rakyat sehingga PRU 11 BN dibawah pimpinan hadhari menang besar dan berjaya menawan 198 kerusi parlimen dan 452 kerusi DUN, apapun setelah rakyat sedar lakonan 'Mr Clean' indah khabar dari rupa, pada PRU 12 BN tewas teruk dan hanya mampu mempertahankan 140 kerusi parlimen serta 307 kerusi DUN sehingga beberapa buah negeri jatuh ketangan pembangkang.

Berbalik kepada KJ yang gila meraih publisiti, KJ amat bijak memanfaatkan peluang dengan isu-isu popular yang menjadi tumpuan rakyat, KJ akan cuba sedaya upaya membuat kenyataan yang boleh menampakkannya sebagai 'hero' yang bersifat menawan hati rakyat khasnya penyokong pembangkang biarpun kenyataan itu boleh memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan BN ataupun bersifat biadap terhadap orang lain.

Pelbagai isu yang telah dimanfaatkan oleh KJ, antaranya isu keahlian baru didalam Umno, PTPTN, kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik, FAM, budak sekolah makan rumput, raja bomoh penampar buaya,  dsbnya. Daripada isu-isu itu kesemuanya 0, tidak ada apa yang berubah, sekadar keluarkan kenyataan untuk populariti semata-mata.

Dalam kenaikkan harga minyak yang kononnya KJ membantah, sedangkan zaman bapak mentuanya jadi PM harga minyak sampai RM 2.70 seliter pun takder pula nak membantah.

Dalam ke'poyo'an KJ ini semoga ramai yang akan membuka mata, perhatikan apa saja isu yang timbul pasti KJ akan keluarkan kenyataan bersifat hero, tapi disebalik kenyataan beliau itu semuanya 'zero', Contohnya KJ sound supaya raja bomoh KLIA ditangkap, tapi raja bomoh masih kekal bermaharajalela.

Setakat nak sound raih publisiti baik tak payah, buang masa jer, buat malu status Menteri dan KP UMNO Malaysia jer, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan KJ, hanya sembang jer lebih, cakap pandailah!!! sama macam sifunya Anwar Ibrahim.

Kesimpulan dari itu, dalam kita bersangka baik, semoga dengan penyelaran KJ terhadap ZN itu berbaloi dan mampu meningkatkan lagi majoriti dalam PRK Bukit Gulugor nanti.

Apapun kepada KJ, jika dengan kenyataan ZN itu beliau merasakan malu, ketahuilah bahawa rakyat Malaysia khasnya ahli dan penyokong UMNO lebih merasa malu apabila Umno mempunyai KP seperti anda dan PM seperti bapa mertua anda, kerana sebagaimana yang pernah ditanya oleh Rafizi secara live kepada anda dan turut didedahkan oleh Tun M,  semasa anda menjadi penasihat kepada PM yaitu bapak mertua anda (2003-2009), sehingga hari ini masih belum dijelaskan apa yang anda dan bapa mertua anda buat dengan wang sebanyak RM237 BILLION yang diambil dari Petronas.

RM237 BILLION ni bukan setakat malu saja, penampar buaya pun patut, kalau rasa hero sangat bolehkah KJ jelaskan apa yang telah dibuat oleh beliau dan mertuanya dengan RM237 BILLION wang Petronas yang diambil itu (2003-2009) ?

Namun jika angka RM237 BILLION itu tidak wujud atau dengan kata lain ianya FITNAH semata-mata, mohon KJ failkan SAMAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau Pengerusi BMB pun ada terima habuannya, elok benarlah tolong KJ untuk perjelaskan!!!

KJ Hargai Pendedahan Australia Mengenai Sikap 'Main Belakang' Yang Dilakukan Anwar

KUALA LUMPUR - "Pemuda mencabar Anwar untuk mendedahkan dan menyenaraikan semua negara yang beliau meminta campur tangan dalam proses demokrasi negara ini, saya percaya banyak lagi negara diminta campur tangan," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
 
Khairy turut menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon campur tangan negara luar dalam pilihan raya negara ini dilihat sebagai tindakan terdesak.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

"Saya lihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

"Kenapa perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama," katanya.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Khairy berkata, Pemuda Umno menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia yang menolak permohonan itu dan mendedahkan tindakan yang dibuat oleh Anwar.

"Kami (Pemuda) amat berterima kasih dengan Kerajaan Australia yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu, dan menolak permohonan yang dibuat oleh beliau.

Jantan pun liwat, negara pun nak diliwat juga, hancusss !!!

Terkini! Pemuda Umno Ajak Pas Sertai Umno Dan Keluar Pakatan Rakyat

Pemuda Umno hari ini mengajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai parti itu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Pelawaan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam ucapan ketika perhimpunan membantah penerbitan filem anti Islam, ‘Innocence of Muslims’ di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.

Menurut Khairy, pelawaan itu memandangkan solidariti Pemuda Umno dan Pemuda PAS yang sedia terjalin membabitkan kecaman ke atas agama Islam.

Katanya, solidariti untuk perjuangan Islam ini mendapat pandangan berbeza dari rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP.

“Pemuda Umno-Barisan Nasional bersama sahabat dalam pemuda PAS bersolidariti memberi tumpuan ke atas kecaman terhadap agama kami…bukan seperti DAP.

“PAS tak payah bersama DAP, keluar dari Pakatan. Kita berjuang demi agama. Kita bukan mahu berpolitik tapi hal ini membakar semangat kita.

“Jangan sentuh agama, Rasulullah serta agama-agama lain,” tegas Khairy.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persoalan yang ditimbulkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham di laman Twitternya pada Isnin lalu.

Ngeh mengatakan himpunan membantah penyiaran filem anti-Islam itu sebagai satu provokasi umat Islam sebagai reaksinya kepada kenyataan awal Khairy yang mahu bergabung dengan Dewan Pemuda PAS dalam mengadakan himpunan aman berkenaan.

“Jika inilah jenis pemimpin DAP seperti Ngeh, kita hantar mesej dalam pilihan raya akan datang supaya jangan buang masa dan kita sedia untuk buang mereka (DAP),” kata Khairy.

Perhimpunan berasingan turut diadakan oleh Dewan Pemuda PAS yang berarak dari Lembaga Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat. .

Terdahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyatakan hasrat mempelawa Nasrudin hadir pada majlis makan malam ‘Cinta Rasul yang akan dianjurkan oleh Pemuda Umno.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat dan beliau berharap PAS akan sudi menyertai majlis berkenaan. - mStar Online

Terbaru - Kronologi Himpunan Aman Bantah Filem Anti-Islam Anjuran Pemuda Umno

Berikut adalah kronologi Himpunan Aman bagi membantah penyiaran filem Anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W anjuran Pemuda Umno bertempat di Majid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat.

2.40 petang: Himpunan Aman bantah filem anti-Islam berakhir dalam keadaan aman.

1.50 petang: Ahli Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam mula berucap dengan mengajak peserta Himpuna Aman, bertakbir, Allahuakbar.

1.47 petang: Solat Jumaat selesai. Orang ramai dan peserta Himpunan Aman mula berkumpul di hadapan masjid.

1.40 petang: Ruangan dalam dan perkarangan serta jalan raya di hadapan masjid dipenuhi dengan orang ramai dan peserta Himpunan Aman yang menunaikan solat Jumaat.

Orang ramai dan peserta Himpunan Aman mula menunaikan solat Jumaat di masjid.

1.16 petang: Orang ramai dan peserta Himpunan Aman menurunkan tandatangan sebagai tanda bantahan terhadap penyiaran filem anti-Islam, 'Innoncence of Muslims' pada kain rentang yang diikat pada pagar masjid.

1.15 petang: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim tiba di masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan menyertai Himpunan Aman bantah Filem-Anti Islam selepas itu.

1.05 petang: Orang ramai mula membanjiri perkarangan masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan menyertai Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno.

Turut kelihatan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang siap sedia mengawal keadaan.

Pemuda Umno turut membawa tiga van bergerak bagi memudahkan urusan untuk memasang sepanduk, dan sistem pembesar suara bagi demonstrasi aman berkenaan.

1 tengah hari: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip tiba di perkarangan masjid.

12.45 tengah hari: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin tiba di masjid untuk turut serta dalam Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno.

12.55 tengah hari: Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid tiba di Masjid Jamek, Kampung Baru.

12 tengahari: Orang ramai mula membanjiri masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

11.30 pagi: Pihak pengurusan masjid menutup laluan masuk ke masjid bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

11.20 pagi: Kelihatan anggota polis berpakaian seragam dan biasa sedang melakukan rondaan di kawasan masjid bagi memastikan keselamatan terkawal dan ketenteraman awam terjamin.

11 pagi: Peserta mula tiba di Masjid Jamek, Kampung Baru secara berperingkat. Ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu. -mStar.

Pembelotan Pemimpin Berpengaruh Hanya Gimik Pembangkang -KJ

KUALA LUMPUR - Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan BarisapEMBELOTNmbangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin .

Beliau berkata ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai PAS malam semalam, Khairy berkata ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".

"Saya fikir media yang pro-pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak. Seperti (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.

"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Terdahulu, beliau dan pemimpin Pergerakan Pemuda BN mengiringi dan membantu 40 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit, membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini.

Khairy berkata beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang anti lompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".

Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.

"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.

"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.

Beliau berkata seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.

Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.

"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti," katanya. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...