Showing posts with label pemilihan umno. Show all posts
Showing posts with label pemilihan umno. Show all posts

Trend Pengundian Sayap Umno Memungkinkan Penyandang Naib Presiden Kekal

Trend pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu masih inginkan kepimpinan sediaada dan belum sampai masanya untuk mereka melakukan perubahan diperingkat atasan.

Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis Tertinggi Sabtu ini.

Pemerhati politik percaya bahawa penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19 Oktober ini.

Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan mereka.

Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang besar menerusi kaedah 'electoral College' pada pemilihan kali ini, tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.
Pencabar bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, beliau menjangkakan trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Beliau berkata dua kategori calon akan mempunyai kelebihan Sabtu ini iaitu penyandang terutama dalam pertandingan untuk Naib Presiden serta dan pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri, timbalan menteri dan Menteri Besar.

Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden, akan dicabar oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kini memegang jawatan Pengerusi Felda manakala perkhidmatan selama 14 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka juga telah membuatkan mereka dikenali perwakilan akar umbi.

Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah juga menjadikannya antara calon berprofil tinggi.

"Mereka bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi dan yang memegang jawatan-jawatan kerajaan mendapat publisiti yang lebih hingga menjadikan mereka lebih terkenal berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai jawatan," kata Shaharuddin.

Daripada 62 pemimpin yang bertanding untuk 25 kerusi Majlis Tertinggi, 17 daripada mereka memegang jawatan kanan sama ada sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri, menteri atau timbalan menteri.

Senarai Muktamad Ketua Pemuda Umno Bahagian Di Kelantan

1. Mohamad Azan Ismail – Ketua Pemuda Ketereh.
2.Rosidi Mahmud Kamarudin – Ketua Pemuda Tumpat.
3. Mohd Almidi Jaafar – Ketua Pemuda Tanah Merah.
4.Eriandi Ismail – Ketua Pemuda Machang.
5.Wan Mohamed Rasman Wan Hassan- Ketua Pemuda Kota Bharu.
6.Nor Azmawi Ab Rahman – Ketua Pemuda Pasir Mas.
7.Ahmad Firdaus Muhammad – Ketua Pemuda Kuala Krai.
8.Sheikh Razali Sheikh Hamad – Ketua Pemuda Gua Musang.
9.Hj Che Shamsuzuha Che Noh – Ketua Pemuda Bachok. 
10.Khairul Ikhwaniza Mohamad Zahari – Ketua Pemuda Jeli.
11.Mohamad Rizal Razali – Ketua Pemuda Pengkalan Chepa.
12.Akbar Salim – Ketua Pemuda Rantau Panjang,
13.Bakri Yusoff – Ketua Pemuda Kubang Kerian.
14.Mohammad Yusri Ismail – Ketua Pemuda Pasir Puteh. 

Tersenarai diatas adalah keputusan rasmi  calon-calon bagi jawatan Keua Pemuda Umno Bahagian yang diberi kepercayaan oleh para perwakilan dalam menentukan halatuju Umno-BN di Kelantan. Tahniah kepada mereka yang menang, dan kepada yang tidak terpilih tidak semestinya perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair juga terhenti, mungkin hanya masa tidak berpihak kepada anda.

Dengan keputusan itu kita harap tidak ada sebarang isu yang berbangkit, tolong jangan bawa budaya Anwar Ibrahim kedalam pemilihan Umno, soal undi popular, bangla dan 'blackout' adalah tidak terpakai sama sekali, kolot, jumud dan tidak relevan.

Apapun kepada mereka yang diberi tanggungjawab menggalas peranan menggepalai pemuda parti yang berjuang demi agama, bangsa dan tanahair khasnya dibahagian yang BN tewas pada PRU 13 lalu supaya memperjalankan mandat yang diberikan menepati dengan apa yang diinginkan parti.


Seiring dengan kehendak 'Transformasi' yang dibawa oleh Presiden yang juga bertepatan dengan trend golongan muda hari ini, menjadi keperluan utama kepada sayap parti dalam menguasai seluruh media sosial yang ada demi memperkasakan lagi sokongan golongan muda kepada BN.

Kesungguhan itu telah diterjemahkan oleh Presiden parti menerusi lawatan beliau ke pusat pengendali media sosial seperti Facebokk, Tweeter, Google dsbnya. Begitu juga dengan kod etika kempen yang dilihat lebih cenderung untuk membiasakan calon dengan penggunaan media sosial tersebut.

Bagaimanapun, jika niat mengepalai sayap pemuda bahagian itu hanya untuk mencari kepentingan peribadi semata-mata tanpa sedikitpun dilihat sumbangannya kepada parti bahkan menjadi liabiliti untuk kemenangan parti, maka diingatkan hasrat buruk itu tidak akan mampu bertahan lama selain terlondeh dan akan dijaja rata.

Namun, kami cukup yakin, calon-calon yang dipilih ini adalah tonggak terbaik buat Umno, merekalah yang akan menyambung kesinambungan kepimpinan sebelumnya dengan menambahbaik disetiap kelompangan yang ada dalam memastikan Barisan Nasional terus menjadi pilihan orang muda dulu, kini dan selamanya. Tahniah dan Syabas... Anda Mampu Mengubahnya.
Bagi senarai jawatan Wanita dan Puteri terus ke blog Pilih Memilih

Khas Buat Para Perwakilan Umno Demi Perjuangan Agama, Bangsa Dan Tanahair

Menghadapi situasi cabaran politik yang semakin mencabar, seharusnya para perwakilan dalam perhimpunan agung Umno kali ini berfikiran terbuka dan lebih mementingkan hala tuju perjuangan parti berbanding individu.

Kita sering mendengar dimana tanggapan kurangnya golongan profesional menyertai Umno diperkatakan oleh pelbagai pihak, tidak dinafikan tanggapan negatif itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada Umno, menjadi tanggunggjawab seluruh ahli Umno dalam membersihkan persepsi berkenaan supaya ianya tidak terus menular menjadi barah didalam pemikiran generasi baru yang boleh menyebabkan mereka malu untuk menyokong parti yang dibarisi oleh kepimpinan yang dianggap tidak profesional.

Sedangkan Umno itu sendiri sentiasa relevan dan masih kekal didominasi oleh golongan profesional, muka-muka baru dikalangan profesional yang tampil setiap kali pemilihan agung parti menjadi salah satu bukti Umno kekal diminati oleh golongan tersebut, kombinasi muka baru dan lama terus menjadikan Umno kekal relevan dulu, kini dan selamanya.

Bagaimanapun demi memantapkan lagi Umno dalam menghadapi parti-parti pembangkang yang sebahagian besar dari pemimpin mereka dikalangan pengamal undang-undang yang sering berselindung disebalik hak asasi dan majlis peguam, difikirkan ada baiknya juga jika para perwakilan tidak melupakan kepentingan itu dan turut memberi peluang kepada calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan seperti peguam untuk membarisi kepimpinan tertentu khasnya dalam sayap Pemuda dan Puteri.

Ianya penting dalam kita menjamin dasar parti yang dibawa untuk membela bangsa Melayu supaya tidak mudah diganggu-gugat sebagaimana yang sedang diusahakan oleh kaum tertentu dengan mencabar hak keistimewaan orang Melayu, mungkin jika dahulu selalunya kita mempertahankan hak kepentingan bangsa kita dengan berparang, demontrasi dsbnya, hari ini ianya sudah berubah, setiap perkara kesemuanya diputuskan menerusi mahkamah, (cth: Isu penggunaan kalimah Allah) dengan itu relevannya Umno dalam memartabatkan perjuangan agama, bangsa dan tanahair sudah pastilah kepimpinannya perlu ada golongan yang menguasai ilmu perundangan.

Tidak khusus kepada mana-mana calon, malah calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan perlu diberikan tempat yang sewajarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh pasaran politik hari ini. Selamat Memilih. Anda Mampu Mengubahnya. - Kelatetodays
Calon No 31 ni pun ok...

#azlan4exco - Calon Peguam Muda Berwawasan Buktikan Umno Masih Relevan

Tertarik dengan kenyataan Azlan Abdullah, yaitu salah seorang calon bagi jawatan Exco Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia, biarpun beliau belum menyandang jawatan tersebut, namun kenyataan yang dikeluarkan selaku calon pun sudah memberi imej yang baik kepada parti dan secara tidak langsung ia mampu menafikan persepsi bahawa parti Umno semakin dijauhi oleh golongan profesional.

Ini kerana beliau yang merupakan seorang peguam terkenal dan turut mempunyai firma guaman sendiri adalah salah seorang dikalangan profesional yang tetap diterima menyertai Umno malah direstui bertanding sehingga diperingkat pusat, kewibawaan calon muda dari Kelantan ini dijangka akan diberikan peluang oleh para perwakilan yang budiman agar kelebihan yang ada pada seorang profesional ini dapat dimanfaatkan bersama pemimpin lain yang masing-masing turut ada kelebihan tersendiri.

Dengan peluang yang agak wajar diberikan kepada calon seperti beliau demi perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair, maka selepas ini sama-sama kita dapat melihat UmnoBN akan lebih mantap bilamana berhadapan dengan pimpinan pembangkang tidak kira walau dalam apa jua gelanggang,

Sebenarnya tidak timbul soal golongan profesional disisihkan didalam Umno, namun pembawaan seseorang pemimpin itu harus bijak menarik perhatian ahli supaya tidak dilihat sombong dan angkuh, jika dengan ahli sendiri pun pembawaan seseorang pemimpin itu gagal, samalah juga apabila berhadapan dengan rakyat.

Berbeza dengan calon No 31 ini, pembawaannya yang bersederhana disamping sikap yang mudah mesra antara faktor keyakinan penulis beliau bakal dipilih oleh para perwakilan pada pemilihan yang akan diadakan beberapa hari saja lagi. - Bersambung - Sumber KelateToday

@azwanbro Calon Muda Berwibawa #OneBro4NKP

Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri. Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google.

Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.
Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri,  selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. 
Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.
Upah Blogger Balun Calon NKP?

Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.

Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?

Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.

Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.

Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...! Selanjutnya Double Y

'Janji Masyuk' - NKP Di Parlimen BN Tewas 15120 Undi Dengan Pengalaman Pimpin Anak Lintas Jalan Pun Bertanding KP @NajibRazak @Khairykj

Peristiwa yang pernah berlaku ini hanya sebagai iktibar dan sempadan buat seluruh perwakilan yang akan menunaikan tanggungjawab dalam pemilihan Umno nanti. Tujuan pendedahan bersiri ini tidak berniat untuk menuntut tunggakkan, jauh sekali untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar melaksanakan kewajipan demi kebenaran dalam berjuang,

Untuk pengetahuan semua, kejelikkan pemimpin ini pernah didedahkan beberapa tahun lalu, atas sebab-sebab tertentu termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRU 13, isu ini tidak dimainkan, sungguhpun demikian, ia tak pernah luput dalam ingatan seorang pejuang yang masih lagi mempercayai bahawa parti Umno adalah sebagai parti yang membela agama, bangsa dan negara.

Bertitik tolak diatas kepercayaan itu, suka kiranya kita menyelongkar sedikit perkara yang berada dalam pengetahuan sendiri tentang  seorang individu yang menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di salah satu bahagian di Kelantan, individu berkenaan sebelum ini menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno di bahagian yang menyaksikan pada PRU13 lalu parlimennya BN tewas dengan 15,120 undi.

Individu sama turut pernah meninggalkan 'taik' semasa menyewa disebuah premis milik seorang ibu tunggal apabila disahkan tidak membayar tunggakkan sewa bulanan premis terbabit sebelum pihaknya senyap-senyap cabut lari. Tidak cukup dengan itu pihak individu tersebut turut membawa lari lampu-lampu kalimantan termasuk pendawaian bersama kotak suis utama TNB.

Tindakan tidak bertamadun ala 'Mat Pet' pihaknya itu bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti apakah tujuannya yang sebenar, kerana selama lebih 20 tahun tuan rumah terlibat dalam industri rumah sewa belum lagi berhadapan situasi ala 'Mat Pet' seperti itu. Untuk bersangka baik, katakanlah barang berkenaan sudah ditukar baru dan ia milik mereka, tapi,.. dimana barang yang lama ? Bukankah ianya perlu diganti seperti keadaan asal ?. 

Saya beri contoh mudah, kalau kita sewa kereta misalnya, lepas tu kita tak berpuas hati kerana enjinnya 'standard' lalu kita 'modified' menggantikan dengan enjin turbo, satu hari, kita sudah tidak mahu lagi sewa kereta tersebut dan mencabut enjin turbo yang kita pasang, ketika itu apakah kita akan hantar kereta itu tanpa enjin ? Atau kita pasang balik enjin asal seperti sediakala ? 

Bagaimana pula dengan tunggakan sewa dan elektrik ?

Jika hendak ceritakan satu persatu ianya terlalu panjang, mungkin siri kali ini saya hanya ringkaskan mengenai kesimpulan dari apa yang berlaku mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu yang berjawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian seterusnya akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian... yang secara tidak langsung telah memalitkan imej negatif terhadap parti Umno dek kerana perangainya yang 'kucar'.

Sikap seperti itu tidak patut dan HARAM untuk ada pada batang tubuh seorang yang hendak dilantik sebagai pemimpin, bayangkanlah isu yang melibatkan masalah rakyat yang sendiri dibikinnya  pun sanggup untuk ia berlepas tangan, apatah lagi masalah rakyat yang langsung tiada hubungkait dengannya.

Kita sedar perlakuan tidak bertamadun ala 'Mat Pet' itu bukan dilakukan 'direct' oleh beliau sendiri tapi ia dilakukan oleh abang kandung beliau, namun beliau selaku orang yang bertanggungjawab mengurus dan menyewa premis tersebut serta menandatangani surat perjanjian sewa, beliau perlu bertanggungjawab, selagimana beliau tidak menamatkan surat perjanjian, dan papan tanda perniagaan ketika itu pun masih lagi namanya, apakah beliau boleh nafi atau  berlepas tangan dari menyelesaikan sebarang masalah yang timbul pada masa itu ?

Tahi lalat dibawah bibir tak semestinya manis dipandang orang, tapi bukankah lebih manis dan tercirinya kewibawaan atau kelayakkannya untuk menjadi pemimpin jika beliau dengan 'gentleman' datang bertemu tuan rumah serta menyelesaikan masalah yang timbul dengan penuh kebijaksanaan tanpa perlu mencemarkan identiti parti yang diguna pakai atas nama Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Jangan hanya tahu memakai baju tapi tidak tahu untuk menjaga baju. Oleh kerana sikap itu, apa tanggapan rakyat akan kepepimpinan yang ada didalam Umno itu sendiri ? Mampukah parti yang punyai kepepimpinan seperti pemimpin ini mempertahankan kerajaan dalam PRU14 nanti ?.
Bakal KP Janji Masyuk
Mentang-mentanglah kita ni seorang ahli perniagaan atau kontraktor, takkanlah dalam kepala otak kita hanya ada 'janji masyuk' jer, tak boleh buat 'janji masyuk' lagu tu, kita ni nak kena tengok juga mana yang halal dan mana yang haram, mana hak orang dan mana hak kita, mana perjuangan peribadi dan mana perjuangan parti semua itu perlu diambil kira tak boleh buat 'janji masyuk' sembarangan, contohnya kalau nak jadi pemimpin parti, perlu ada kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, jangan pula asal 'janji masyuk' kita pun turut nak jadi pemimpin parti, macam tu punah-ranahlah parti.

Terlanjur dalam bercakap bab kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, ciri-ciri itu terdapatkah dalam dirinya untuk menjadi pemimpin parti elit yang terbesar dalam negara ini ? Sebelum ini pernah pimpin apa ? Atau pernah dijemput untuk berdiskusi dalam forum apa ? Aktif terlibat dalam NGO mana ? Semasa zaman persekolahan atau UniBaSiti dulu ada pengalaman pimpin kumpulan pelajar ke ? Kalau setakat pimpin tangan bini atau pimpin tangan anak lintas jalan, itu tidak termasuk didalam transformasi ketokohan yang perlu ada pada seorang pemimpin muda. Kewibawaan dan keintelektualannya dalam konteks pemimpin muda hari ini jelas sangat meragukan, dan keraguan itu bakal menyusul nanti.

Dalam merentas arus politik yang semakin mencabar dewasa ini, perubahan zaman serta peningkatan undi golongan muda disamping semakin kurangnya undi golongan tua yang pergi meninggalkan kita, sudah tiba masanya pemimpin itu dihadirkan dari acuan yang berlatarbelakangkan 'kepepimpinan' dan bukannya pemimpin jadi-jadian sepertimana yang sebahagiannya ada hari ini. Ia penting, kerana pemimpin jadi-jadian ini tidak mampu untuk menjiwai perjuangan dan dasar yang dibawa oleh parti, mereka tidak tahu bagaimana cara berpolitik, mereka jahil, mereka hanya pentingkan kepentingan diri dan kroni, mereka hanya tahu 'janji masyuk' tapi mereka tidak tahu apa sebenarnya perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Justeru, jika benar ahli Umno sayang kepada parti dan ingin melihat transformasi itu berlaku dalam Umno, pilihlah pemimpin yang punyai keterampilan akan kewibawaannya dan keintelektualan akan pemikirannya.  Sebagai contoh antara pemimpin muda dalam Umno yang dilihat ada ciri itu seperti salah seorang ahli panel dalam video dibawah, ciri itu boleh dilihat ianya dizahirkan bilamana seseorang pemimpin itu berdepan dengan soalan panas secara spontan dihadapan umum, ketika itulah boleh dinilai akan kebijaksanaan seseorang pemimpin untuk menjawab persoalan yang pada kebiasaannya tidak mampu untuk dijawab. Anda Mampu Mengubahnya.

Bersama Najib Realitikan Transformasi


Tiga Pesanan Najib Kepada Calon Bertanding

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini.

Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.

"Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen-kempen secara beradab.

"Jangan guna wang dan juga salahguna kuasa, jangan menyerang peribadi dan sebagainya, ini semua kita akan tentukan garis panduan yang sesuai dan jawatankuasa disiplin akan meneliti perjalanan kempen kita," katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata, tindakan tidak beretika oleh mana-mana pihak pastinya akan menjejaskan imej dan nama baik parti terbesar di negara ini yang juga merupakan parti keramat bagi orang Melayu.

"Saya berharap semuanya dapat berjalan dengan penuh adab, ketertiban dan menjaga imej parti kita supaya tidak tercalar dengan apa juga tindakan, perbuatan, pertuturan ataupun risalah kempen yang dilakukan mana-mana pihak sama ada dari calon sendiri ataupun penyokong calon," katanya.

"Kita meminda perlembagaan dengan tujuan tersebut (demokrasi) kalau tidak kita tidak menjadikan parti kita lebih terbuka seperti yang kita lihat hari ini berdasarkan perlembagaan baru.

"Melalui demokrasi, parti kita akan lebih disanjung tinggi oleh rakyat yang sentiasa memandang kepada perjalanan pertandingan dalam Umno. Sebagai parti terbesar dalam negara, sudah tentu ia akan menjadi penelitian rakyat jelata sepanjang kempen yang akan berlangsung selepas ini," katanya.

Apa yang disebut oleh PM itu seharusnya dipatuhi oleh setiap calon dan juga penyokong masing-masing, namun bagi calon yang sememangnya mempunyai masalah yang mana masalahnya itu boleh memudaratkan parti atau memberi cerminan negatif kepada parti, ada kewajarannya untuk didedahkan supaya ianya tidak disalah pilih.

Ini kerana apabila disebut sebagai bangkai, bagaimana sekalipun disorok, lama-lama ia pasti berbau jua, oleh demikian, bagi mengelakkan bau bangkai itu dihidu ketika saat hampirnya PRU, eloklah kalau dapat dibersihkan bangkai berkenaan semasa proses pemilihan ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Apa Keistimewaan Ahli Umno ? Pemegang Kad Keahlian Bakal Terima 'Durian Musang' King Runtuh ?

Apakah beza antara ahli Umno dan bukan ahli Umno ? Sebagai contoh, jika anda memegang kad keahlian mana-mana pasaraya, anda pasti akan mendapat faedah khas seperti diskaun keatas pembelian sesuatu barangan dimana ia berbeza dengan mereka  yang bukan ahli.

Namun, aneh sedikit apabila anda menjadi Ahli Umno, ini kerana anda tidak akan punyai apa-apa keistimewaan biarpun anda mempunyai kad keahliannya, tiada apa yang boleh dibanggakan selaku ahli kepada parti yang berjaya membentuk kerajaan dinegara ini.

Hakikat itu hendaklah disedari oleh ahli Umno sempena pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi, berpuluh tahun menjadi ahli kepada parti yang memerintah sehingga pemimpin atasan bersilih ganti, berlalu pergi membawa isi, tapi ahli bawahan cuma mampu menggigit jari....

Sepatutnya selaku penyokong parti yang bertanggungjawab dalam mengangkat kerajaan Umno-BN untuk kekal memerintah, adalah sangat wajar kiranya ia diberi keistimewaan diatas sesuatu perkara yang berbeza daripada rakyat kebiasaannya, ini supaya mereka dapat berbangga dan terus setia menyokong BN sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat untuk menyokong BN.

Pimpinan tertinggi Umno hendaklah peka akan hal demikian dan sudah tiba masanya untuk ia dipertimbangkan, keikhlasan yang ada kepada ahli Umno itu perlu setara dengan keikhlasan yang ada pada pemimpin Umno, jika keikhlasan pemimpin Umno itu turut menerima projek atau tender, kenapa keikhlasan ahli Umno tidak punyai apa-apa kelebihan atau keistimewaan seperti pemimpin mereka.

Jika ahli Umno mendapat BR1M, penyokong Pas atau rakyat kebiasaan juga mendapat BR1M,  jumlah yang dapat pun sama-sama RM500, tiada apa-apa beza, malah ahli Umno juga perlu beratur seperti ahli Pas bagi mendapatkan wang bantuan tersebut. Adakah ianya adil buat ahli Umno yang menyokong untuk mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini ?

Demi masa depan seluruh ahli Umno, bertindaklah sekarang selagimana anda punyai suara yang masih laku untuk digadai, kerana anda juga bakal menjadi veteran, pilihlah pemimpin yang anda yakin ia akan mempedulikan nasib anda sewaktu anda benar-benar memerlukan, ujilah pemimpin yang bakal anda angkat itu supaya kelak anda tidak pernah akan rasa menyesal.

Sebagaimana yang berlaku kepada bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa yang juga merupakan usahawan ikan linang yang tersohor satu masa dahulu, Hj Syukri ikan linang bukanlah satu nama asing bagi warga tempatan, berpuluh tahun beliau berjuang didalam Umno, namun setelah beliau tidak lagi aktif didalam politik disamping keuzurannya, beliau terus tersisih tanpa mendapat pembelaan seolah-olah perjuangan beliau didalam Umno selama ini langsung tidak dihargai.

Bayangkanlah, dengan keterbatasan sumber kewangan, beliau melalui satu kehidupan yang tidak setara dengan segala pengorbanannya terhadap parti kerajaan yang memerintah hari ini, maksud setara itu bukanlah mengharap wang berjuta atau berlapis projek dan tender, namun takkanlah untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan pun masih tak dapat.

Dimana keistimewaan beliau selaku ahli dan bekas pemimpin bawahan parti yang sedang menguasai kerajaan ini ? Dimana tanggungjawab pemimpin bahagian dikawasan beliau ini ? Apakah nasib beliau dan sewaktu dengannya itu disebabkan kerana ahli Umno sendiri yang tersilap memilih pemimpin ? Kerana dikhabarkan pemimpin bahagian kawasan berkenaan telah pun digantung selama dua tahun kerana didakwa menyeleweng wang peruntukkan PRU13 yang lalu ?

Apapun itulah realitinya yang berlaku hari ini, bergegar berjuang membela kepentingan orang Melayu, tapi pada masa sama nasib ahli parti sendiri pun masih tetap tidak terbela, justeru pilihlah pemimpin yang berwibawa, selidiki dahulu kelayakkan calon pemimpin, terutamanya calon Ketua Pemuda, samada calon itu 'ori' berlatarbelakangkan ketokohan kepimpinan atau hanya calon lompat tikam tunggu projek nak terkam... - Bersambung... Anda Mampu Mengubahnya...
Ramai juga ahli Umno tapi tak daftar sebagai pemilih, kenapa dan mengapa ???

Azalina: Kepada Wanita Aku Datang

KEPADA WANITA AKU DATANG……….

Dari dunia puteri ke wanita, politik telah menjadi sebati dalam hidup saya. Walau umum tahu selaku pengasas Puteri Umno dan kerana faktor umur dan mengikut perlembagaan UMNO, ahli puteri yang telah cukup umur secara otomatik menjadi ahli wanita, maka saya juga tidak terkecuali melalui proses tersebut. Perjuangan saya dalam politik diteruskan setelah terpilih untuk menjadi Ketua Bahagian, Pengerang, Johor, yang mana tidak ramai wanita yang menerajui sesuatu Bahagian yang rata-ratanya dimonopoli oleh kaum Adam.

Sebagai Ketua Bahagian Pengerang, tugas berat dipikul oleh saya termasuk menjaga hal ehwal Wanita , Puteri dan juga Pemuda. Menjaga isu wanita bukan satu perkara yang asing untuk saya . Pada tahun 2008, saya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita yang mana, keputusan berakhir dengan memberi laluan kepada Datuk Kamilia untuk berganding bahu dengan Dato Seri Shahrizat, yang juga merupakan Ketua Wanita Umno sehingga sekarang ini. Saya akur dengan keputusan tersebut bukan itu sahaja saya juga akur tidak terpilih mahupun dilantik untuk menjadi exco dalam wanita. 
 
Menghormati organasasi wanita itu sendiri telah membuat saya teruja untuk terus memberi khidmat saya yang sebaik mungkin dalam wanita sehingga terpanggil untuk memberi peluang diatas keupayaan diri untuk turut menawarkan diri , bagi jawatan Ketua Wanita Umno, yang mana saya penuh percaya , UMNO mengamalkan demokrasi dan tolak ansur yang terbaik demi kebaikan parti.

Tidak percaya, hanya dengan menawarkan diri untuk bertanding saya telah bersedia untuk memecah belahkan parti sepertimana bicara yang begitu berleluasa diperkatakan apatah lagi menjelang perhimpunan Agung Umno yang akan datang tidak lama lagi. Hanya mereka yang takut dan hilang kepercayaan serta keyakinan diri akan bersikap negatif bila sahaja menerima tentangan. 
 
Saya juga mengingatkan diri saya juga, agar dengan menawarkan diri untuk bertanding saya tidak akan sama sekali mengakibatkan parti berada dalam dilemma dan menimbulkan perpecahan dalam parti…percayalah , mereka yang menawarkan diri dalam PAU kali ini bukan sekadar ingin menawarkan diri tetapi berharap akan berlaku transformasi yang terbaik antara kombinasi bakat pemimpin lama dan yang baru dan bukankah itu juga saranan dari YAB Perdana Menteri sendiri selaku, Presiden UMNO dan ini juga diakui oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang sememangnya menjadi idola saya untuk berkhidmat dan bukan sekadar untuk berkhidmat atau menempa nama tetapi bersedia untuk membawa parti kearah transformasi ahli UMNO yang mana ahlinya terdiri dari orang Melayu itu sendiri, untuk terus dibela dan terus bermaruah ditanah tumpah bumi yang bertuah ini dan UMNO adalah medan terbaik untuk berbuat demikian…

Saya akan sambung semula dengan visi dan misi saya kenapa dan mengapa saya ingin menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua Wanita Umno……..kepada wanita aku datang….  - Datuk Seri Azalina Othman Said

Bagaimana pula pandangan anda ? Adakah anda bersedia menyahut seruan transformasi ? Atau anda ingin Umno kekal di'lembu'kan 'cow-cow'?

Umno Parti Untuk Kontraktor

Bila tiba pilihanraya, kita sering kedengaran dimana ahli Umno berbicara soal kemenangan, namun pada Pemilihan Agung Umno sebahagian besar daripada mereka terleka apabila tanpa memikirkan masa depan parti dengan rakusnya memilih pemimpin yang jelas hanya untuk mencari kepentingan peribadi semata-mata, atas hakikat itu adakah masih layak untuk ahli-ahli Umno bercakap mengenai kemenangan jika masih mahu mengekalkan dengan cara sekarang ?

Jika kita lihat dalam Umno khasnya di Kelantan, kebanyakkan pemimpin yang dipilih itu adalah dari kalangan kontraktor yang langsung tidak mengenal erti perjuangan demi agama, bangsa dan negara, apa yang mereka tahu cumalah simen, batu-bata, pasir, tar atau bahan binaan yang lain. Apakah Umno ingin dikenali sebagai persatuan untuk kontraktor-kontraktor. Tidaklah salah untuk kontraktor diangkat jadi pemimpin, tapi yang salahnya apabila orang yang benar-benar berkelayakkan langsung tidak diberikan ruang untuk berkhidmat kepada parti.

Apa ke jadahnya kalau Ketua Bahagian seorang kontraktor, Ketua Wanita pun kontraktor, Ketua Pemuda pun kontraktor, Ketua Puteri pun kontraktor dan semuanya kontraktor, dimanakah Doktor ? Peguam ? Ulamak dan golongan profesional yang lain ? Tidak berminatkah mereka untuk berkhidmat kepada Umno ?

Demi kepentingan peribadi kita menutup mata perkara itu, kita membiarkan perkara itu terus berlaku dan berlaku, sehinggakan budak sekolah dan orang kurang siuman pun tahu yang mana pemimpin dalam Umno ni semuanya kaki projek, Apakah dengan pelabelan itu Umno akan terus kekal relevan ?

Untuk apa kesemua pemimpin Umno itu dipilih dari kalangan kontraktor ? Kalau setakat Ketua Bahagian jer kontraktor tak kisahlah sangat, tapi pemimpin sayap parti pun sama juga, kalau kesemua mereka ni kontraktor, berwibawakah mereka ? mampukah mereka berfikir akan bagaimana strategi untuk memenangkan parti ?.

Malah sebagai contoh, daripada jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian ia maju lagi setapak untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian, biarpun tanpa sebarang sumbangan yang boleh dibanggakan kepada parti, ia tetap berpeluang cerah untuk dipilih ke jawatan yang bakal menghasilkan projek itu.
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa, UMNO bukan lagi dihormati oleh orang Melayu. Kesetiaan dan sokongan orang Melayu kepada parti yang berjaya memerdekakan negara, berjaya membangunkan negara, berjaya menebus balik maruah orang Melayu, bukan sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang hina oleh mereka dan juga bangsa lain, terutama dalam kalangan generasi muda.

Kenapakah? Sebabnya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asalnya, perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. UMNO dianggap sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang tertentu dalam parti, orang yang menjadi ketua di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya, berjuang untuk diri sendiri, untuk memperkayakan diri, untuk jawatan dan gelaran, untuk kuasa yang boleh disalah guna oleh mereka; menjadi Yang Berhormat (YB) dan Yang Amat Berhormat (YAB).

Ahli berguna hanya untuk sokong supaya individu tertentu ini mengisi ketamakan mereka. Untuk ini ahli disogok dengan wang dan bermacam-macam lagi sogokan seperti lawatan ke luar negara dan mengerjakan umrah. Dengan ini seluruh ahli UMNO terlibat dengan rasuah, iaitu menjual undi mereka dengan duit.

Tidak ada lagi semangat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Dan tidak pun ada kesetiaan kepada UMNO sendiri kerana kesetiaan sudah beralih daripada parti kepada individu tertentu. Walaupun sedar sikap dan tindakan ahli serta pemimpin akan menghakis kekuatan parti dan sokongan kepadanya oleh orang ramai dan akan kalah dalam pilihan raya dan tidak lagi akan berkuasa, tetapi individu tertentu lebih diutamakan daripada parti. Biarlah parti kalah asalkan kepentingan orang tertentu ini dilayani. Maka jadilah budaya cantas mencantas. Kalau tak dapat, rosakkan sahaja parti dan masa depan bangsa dan negara. Dan siapa juga yang dicalon, ada sahaja yang tidak dicalon akan cantas. Oleh itu calon UMNO semua akan kalah termasuk yang winnable, kononnya boleh menang pun akan kalah juga.

Hari ini siapa yang mendapat jawatan dalam UMNO, yang menjadi ketua cawangan, ketua bahagian akan dapat habuan, akan jadi ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberi elaun, mendapat kontrak dan bagi ketua bahagian, kemungkinan jadi calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. Kalau menang boleh desak untuk menjadi Menteri. Jika tidak dapat, apabila parti menang kecil, sanggup ugut keluar parti. Sesungguhnya menjadi ketua di peringkat apa pun dalam UMNO amat menguntungkan.

Justeru tentukan tiada siapa boleh cabar ketua yang sedia ada. Ini dibuat dengan tidak membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar atau lebih berkaliber masuk UMNO. Permohonan mereka dihilangkan, ditolak atau diketepikan. Dengan itu tiada sesiapa yang lebih layak daripada ketua cawangan atau bahagian dapat menjadi ahli UMNO. Yang dapat hanyalah mereka yang tidak mampu mencabar ketua cawangan atau bahagian.

Dengan tindakan ini berkuranglah ahli yang berbakat, berkaliber dalam UMNO. Hendak tidak hendak mereka yang berkebolehan terpaksa menyertai parti-parti lawan yang sedia menerima mereka dan mencalonkan mereka. Maka calon-calon UMNO pun dilihat kurang layak daripada calon parti lawan dan besar kemungkinan dikalahkan.

Sementara itu apabila ketua cawangan atau bahagian sakit atau meninggal dunia, penggantinya tentulah kurang kelayakan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan UMNO merosot sehingga sukar untuk mencalonkan sesiapa yang berkaliber, yang boleh jadi Menteri, atau Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Dasyat ! Belajar Setakat Darjah 6 Jadi Pemimpin Umno

Menariknya, golongan ini kurang berpelajaran. Mereka amat getik dan takut dengan golongan berpelajaran. Selagi boleh, mereka akan mencantas dan berusaha mematikan mana-mana ahli UMNO yang berpotensi untuk menghumban mereka turun dari kuasa. Ada sesetengah daripada mereka hanya mempunyai kelulusan setakat SPM, malah yang hanya belajar setakat SRP juga ada. Lebih teruk lagi, ada juga Ketua Cawangan yang hanya belajar setakat Darjah 6!

Dalam kepala otak mereka ini, tidak ada benda lain yang mereka fikirkan kecuali PROJEK!

Bagi mereka, UMNO adalah PROJEK dan PROJEK adalah UMNO. Sekaligus menimbulkan persepsi awam bahawa di dalam UMNO sekarang ini, dipenuhi dengan golongan kontraktor yang menanti peluang untuk sapu projek. Bila mereka tidak dapat projek yang dihajatkan, mereka mengambil keputusan untuk menyertai PAS atau PKR.

Masa di dalam UMNO, nak keluarkan duit untuk parti, mengalahkan si bakhil dengan dinar emasnya. Tetapi apabila masuk PKR atau PAS, jangankan duit, bulu kemaluan pun mereka sanggup hadiahkan kepada parti. Kononnya untuk perjuangan walaupun hakikatnya, ia adalah sebagai tanda marah dan sakit hati kepada UMNO kerana tidak menganugerahkan projek kepada mereka.

Ada juga sesetengah Ketua Bahagian yang mendapat peruntukan Pilihanraya tetapi tidak digunakan. Sebaliknya peruntukan tersebut digunakan untuk pemilihan UMNO. Atau dengan kata-kata lain, yang lebih dipentingkan adalah kedudukanya dalam UMNO, bukannya kedudukan UMNO dalam politik negara.

Orang seperti ini sanggup melihat UMNO binasa berbanding dirinya tidak memegang jawatan dalam UMNO. Perhatikan sahajalah bagaimana keadaan mereka sewaktu Pilihanraya Umum berbanding aktifnya mereka semasa pemilihan jawatan UMNO. Bezanya seperti langit dengan bumi!

Barah seperti ini harus dihapuskan terlebih dahulu. Membetulkan kepimpinan, perlu bermula dari bawah. Kalau kepimpinan bawahan sudah pun caca merba, didatangkan Imam Mahdi untuk memimpin UMNO sekalipun, UMNO tidak akan dapat bertahan lama... TERUSKAN BACAAN DI PERAK TODAY.  - The Flying Kick

Setuju 100 peratus tanpa bantahan

#PemilihanUMNO - Kenali Calon Berperangai Jahat

Kalau ditanya kepada para pemimpin yang mencalonkan diri untuk jawatan-jawatan tertentu dalam UMNO, kesemua mereka menyatakan, mereka mampu membawa pembaharuan kepada UMNO. Mereka akan menyatakan bahawa UMNO memerlukan pemimpin seperti mereka. Konon-kononnya mereka ada idea dan mereka juga mempunyai kaedah terbaik untuk menjayakan UMNO.

Hampir kesemua janji-janji yang dibuat sepanjang kempen pencalonan merupakan janji-janji palsu. Perhatikan sahajalah apa yang berlaku kepada Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO. Kedua-dua pergerakan tersebut tidak ubah seperti mayat hidup atau dedalu di dahan pokok. 

Ada mereka tidak menambah baik, bahkan kedua-dua pergerakan tersebut terlalu pincang dalam menggerakkan usaha menambahkan bilangan sokongan golongan muda kepada UMNO, khususnya dan Barisan Nasional amnya.

Mana perginya individu-individu yang mencalonkan diri ke jawatan-jawatan utama untuk Pergerakan Pemuda UMNO semasa Pilihanraya Umum Ke-13 dan PRK DUN Kuala Besut? Apa yang telah mereka lakukan selain daripada mengumpulkan mat-mat rempit yang tidak pun pergi mengundi untuk menjarah jalanraya dengan deruman enjin motosikal masing-masing? 

Mengapa agaknya pada ketika itu, individu-individu yang sekarang ini beria-ia berkempen untuk dihantar ke jawatan yang diidam-idamkan, tidak langsung menunjukkan dan membuktikan bahawa mereka benar-benar pemimpin pelapis yang diperlukan oleh UMNO? Mengapa masa pilihanraya, mereka jadi tikus basah tetapi semasa Pemilihan Agung UMNO pula, mereka seperti singa kelaparan?

Ahli-ahli UMNO, khususnya ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO seharusnya berfikir secara lebih matang dan menilai sendiri individu-individu yang mencalonkan diri mereka untuk jawatan-jawatan dalam pergerakan tersebut.

Pemuda UMNO tidak kurang ahlinya yang setia dan jujur berjuang untuk parti. Pemuda UMNO sebenarnya langsung tidak memerlukan mereka yang mempunyai label ‘bekas’ untuk memimpin mereka kerana ‘bekas’ tersebut tidak mempunyai langsung keupayaan memimpin. Kalau mereka kelam-kabut terpaksa keluar dari parti lama dan masuk UMNO kerana melihat peluang buat duit lebih besar, maka seharusnya ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO, wajar melayan individu-individu tersebut sebagai sampah.

Latar belakang serta perangai jahat calon-calon yang mahu mendapatkan jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO mahupun UMNO sendiri, harus dijadikan rukun penting untuk menilai peribadi setiap calon. Jangan kerana rasuah dua tiga ratus ringgit, maka UMNO dihancurkan dan apabila UMNO tidak diterima oleh rakyat, maka rakyat pula yang dipersalahkan. Baca seterusnya di The Flying Kick dan PerakToday

#PemilihanUMNO - Calon-Calon Berjiwa Projek Besar Tak Layak Bertanding, Sedang Dikenalpasti

Setiap calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Oktober ini perlu mempunyai kriteria antara lain berjiwa besar dan mempunyai nilai integriti yang tinggi, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata ciri-ciri itu penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih dapat membantu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memperkasakan parti.

"Seramai 150,000 ahli yang layak mengundi perlu memilih pemimpin yang betul-betul dapat terjemah hasrat dan cita-cita rakyat,"

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung tidak merosakkan atau menggugat Umno sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, Umno kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Justeru, untuk tidak menjadikan kenyataan pimpinan Umno itu sebagai retorik, maka hendaklah calon-calon yang akan bertanding itu nanti sedar diri akan kebolehan yang ada pada diri masing-masing.
 
Calon-calon yang berjiwa projek besar dinasihatkan memberi ruang kepada calon yang benar-benar layak atau berintegriti untuk memimpin parti, ia bagi kita melihat UmnoBN mampu berentap dengan asakan pembangkang yang semakin tersusun dan tidak mustahil boleh menumbangkan BN dalam PRU 14 nanti.

Tanpa calon-calon pemimpin yang berwibawa, Umno hanya akan menjadi bahan sejarah yang akan diabdikan dalam lipatan sejarah politik negara, kerana pasti sukar untuk sesebuah parti mempertahankan sebuah kerajaan jika parti itu terpimpin oleh pemimpin 'cacar marba' yang semata-mata ingin mencari projek sekaligus menghambakan orang yang berkhidmat kepada parti dengan segalanya percuma seperti..Klik DiSINI.

Misi serta visi seseorang calon yang akan bertanding itu perlu jelas dan tampil memperjelaskannya, ia juga perlu dilihat mampu untuk diterjemahkan supaya benar-benar dapat direalisasikan dan bukan sekadar penyedap bicara semata-mata.

Perubahan zaman dalam merintis dunia hari ini dengan akses maklumat dihujung jari, sudah tidak relevan lagi bagi pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan sukar untuk berkerjasama dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti sebagaimana...Klik DiSINI. Anda Mampu Mengubahnya.

Sedang mengenalpasti calon-calon di Kelantan yang berjiwa projek besar untuk dikongsikan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...