Showing posts with label awang adek. Show all posts
Showing posts with label awang adek. Show all posts

Awang Adek Makin Lantang, Bangkit Beri Amaran Pada Kerajaan Supaya Bantu Kaum Bumiputra

Selepas Pilihanraya Umum 13, Pemilihan Umno serta Perhimpunan Agung Umno, penilaian dari seluruh aspek sebenarnya tidak banyak yang berubah, ungkapan 'Transformasi' dan pemerkasaan ekonomi bumiputra hanyalah sebagai penyedap yang bersifat retorik semata-mata.

Ketika menyedari tsunami cina berlaku, rata-rata pemimpin Melayu Umno mula berniat untuk lebih mementingkan Melayu dan Bumiputra sebagai balasan kepada kesetiaan orang Melayu.

Niat yang baik itu diterima dan tidak dipandang serong oleh orang Melayu kerana menyangka pemimpin Umno benar-benar sudah sedar dan ingin berubah, tapi sayang, bulan berganti bulan dan tahun hampir berganti, Melayu dan bumiputra masih ternanti-nanti...

Biarpun pemerkasaan ekonomi bumiputra diumum, bahangnya tidak pula dirasai malah jauh sekali untuk dibandingkan dengan bahang minyak yang dikurangkan subsidi. Ya, memang benar harga minyak tak naik cuma dikurangkan subsidi, harga gula pun tak naik cuma dimansuhkan subsidi, terbaru tarif elektrik juga tak naik cuma tarifnya diperbaharui.

Namun sudah menjadi lumrah buat seorang yang bergelar insan bilamana tidak lagi miliki kuasa, ia akan berkata benar sekalipun pahit, tapi kebenaran kata-katanya itu akan bertambah retorik dalam keadaannya yang sudah tidak punyai kuasa lagi, menyesal bilamana nasi sudah menjadi bubur tidak berguna lagi, dan hal itu sangat bermakna jika mampu dihayati oleh pemimpin-pemimpin yang sedang miliki kuasa.

"Kejayaan pertumbuhan ekonomi adalah penting, mencapai status negara maju berpendapatan tinggi juga adalah penting, kejayaan Malaysia diantara yang terbaik adalah penting".

"Tetapi memperkasa agenda Bumiputera adalah yang paling penting, ini kerana pertama, Umno adalah parti orang Melayu dan Bumiputera. Maka sewajaranya soal kedudukan dan pencapaian ekonomi orang melayu bumiputera diberi keutamaan" Kata Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Beliau menambah, orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan kumpulan penduduk terbesar di negara dimana hampir 70% dari jumlah penduduk telah memberikan sokongan kuat dalam pilihan raya umum lalu maka sewajarnya jasa mereka dibalas dan kedudukan ekonomi mereka dibela.

"Jadi adalah tragik bahkan satu kezaliman sekiranya kumpulan pribumi yang besar majoriti ini tersisih dari penguasaan ekonomi negara yang sepatutnya menjadi hak milik mereka. Apatah lagi sekiranya masih ramai diantara mereka ini susah dan miskin pada masa negara melakar sejarah menjadi negara maju."jelasnya lagi.

Pada masa sama, Awang Adek turut mengingatkan Umno untuk membela dan memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera sementara masih lagi mempunyai peluang dan kuasa untuk berbuat demikian.

“Disaat yang mencabar ini dengan tekanan globalisasi ekonomi dunia agenda pengusaan pasaran oleh negara besar disamping persaingan sengit dari pelbagai sudut untuk menguasai pasaran tenpatan, survival ekonomi Melayu dan Bumipuetra kini benar-benar teruji.

“Jika tak ditangani dengan baik, jika survival ekonomi tak dapat dipertahankan dalam beberapa tahun akan datang, pada masa akan datang ianya boleh melarat ke survival politik Bumiputera. Sekiranya orang Melayu Bumiputera kecewa dan hampa dengan kedudukan dan pencapaian ekonomi mereka tak mustahil mereka akan tolak Umno satu masa nanti.

"Masa tu nasi sudah menjadi bubur, lautan air mata pun tiada gunanya lagi. Masa itu kita sudah tidak berpeluang lagi dan kehilangan kuasa untuk memperkasa agenda ekonomi bumiputra. Peluang yang masih ada kini janganlah sesekali disia-siakan," tegas beliau lagi.

Pesanan yang punyai makna yang dalam itu harus disedari oleh pemimpin Umno yang ada pada hari ini, kalaulah semangat membantu bumiputra itu wujud disaat memegang jawatan seperti Timbalan Menteri Kewangan, hari ini kita sudah mampu melihat penguasaan ekonomi bumiputra menjadi realiti.

Tapi sayang semangat itu hadir dikala usia politik makin berakhir, oleh itu hanya nasihat dan kata-kata sajalah yang mampu disumbangkan, maka kata berganti kata itulah yang akan terus setia bersama-sama dengan perjuangan politik orang Melayu dinegara ini.

Kesimpulan dari itu, dapat dilihat dimana kebanyakkan pemimpin Melayu hanya akan beridea bernas dan bersungguh-sungguh untuk membantu bangsa setelah tidak punyai kuasa, sebaliknya jika masih berkuasa sama sekampung pun payah nak dibantunya, malah bersikap angkuh dan suka menyalahkan bangsanya kerana dikatakan malas berusaha sendiri, tidak punyai merit dsbnya. (Bukan Awang Adek, pemimpin lain kot) Untuk itu orang Melayu harus sedar nasib yang menimpa bangsa dan terimalah ia sebagai bangsa yang terkenal dengan sifat sabar, beradab, bertolak ansur ditengah-tengah Tsunami cina...... Anda Mampu Mengubahnya.

Ore Bachok tolok sapo ? Tolak BN ko tolak Umno ? Sajo wat bodo nok tanyo !!! Sat dimurih !!!

Kalau Awang Adek Pun Tak Tergamak Pemuda Pas Tergamak Demi DAP

Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika mengulas mengenai desakan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang mahukan Nasharudin melepaskan jawatan Ahli Parlimen Bachok, Awang Adek berkata, ia adakan desakan yang tidak relevan.

Ini desakan yang mengikut nafsu sepatutnya bulan Ramadan ini kita tidak boleh mengikut nafsu. Sementelah tempoh pilihan raya semakin dekat, jadi saya rasa desakan begitu tidak perlu dilayan kerana beliau dipilih oleh rakyat.

“Biarlah tempoh berkhidmatan beliau tamat sehingga parlimen dibubarkan dalam sedikit masa lagi,” katanya. 
 
Dalam pada itu, beliau turut beranggapan kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkemungkinan mewakili ramai lagi ahli Pas lain yang enggan bersuara.

Menurutnya, apabila pandangan sedemikian dilontarkan ia adalah suatu pandangan yang berani daripada seorang seorang bekas pemimpin tertinggi parti itu, beliau sendiri pernah menerima maklum balas daripada golongan profesional yang tidak menyenangi gandingan Pas dan DAP.

“Saya percaya beliau tidak sendirian dalam pandangan itu kerana bersamanya masih ada segelintir lagi ahli Pas lain yang turut tidak menyenangi gandingan Pas DAP.

“Namun ahli lain mungkin tidak seberani Nasharudin yang telah melihat hala tuju Pas kini semakin terpesong dari landasan perjuangan asal dan kini mengikut haluan DAP,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan di dewan Haji Hussin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Nasharudin yang mencadangkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat apabila DAP enggan menerima hudud.

Seburuk-buruk pemimpin Umno, buruk lagi pemimpin Pas, biarpun Nasharudin bukanlah rakan seperjuangan Awang bahkan lawan politik bagi beliau, namun keadaan itu tidak dijadikan peluang bagi beliau mengambil kesempatan dengan memberi tekanan dari apa yang telah berlaku terhadap Nasharudin. 

Bahkan Awang turut dilihat sebagai seorang pemimpin yang berfikiran terbuka dan matang dengan ketepatan pandangan yang mengambil kira semua faktor termasuk faktor bulan mulia umat Islam,  jangkamasa untuk diadakan piliharaya dan juga menghormati hak rakyat Bachok yang memilih Nasharuddin sebagai pemimpin.

Sangat tidak wajar bagi pemuda pelampau Pas yang bernafsu 'Khawarij' mendesak Nasharuddin melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok semata-mata kerana pendirian Nasharuddin untuk tegakkan hukum Allah dan enggan berkerjasama dengan kafir yang lantang menentang Islam.
 
Kehairanan sungguh dengan pemikiran puak-puak Pas sekarang ini, demi DAP mereka sanggup diperkudakan dengan berbalah sesama Islam untuk menjaga hati DAP, sedangkan pemimpin Umno sendiri tidak tergamak untuk melakukan perkara yang sama walaupun mereka turut berbeza pandangan didalam perjuangan masing-masing, 
 
Entahlah syaitan apa yang merasuk Pas sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi DAP, sehinggakan pernah satu ketika dulu seorang pemimpin Pas yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam ucapannya berkata " Over My Dead Body" kepada sesiapa sahaja yang cuba-cuba nak apa-apakan si Karpal Singh berkaki tayar itu....Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...