Calon Pas yang juga kontraktor kelas 'A' dalam janjinya berkata "Kalau saya menang, saya berjanji tak akan ambil elaun wakil rakyat".
Adakah tidak mengambil elaun wakil rakyat itu adalah satu bentuk perkhidmatan yang terbaik seorang wakil rakyat ? Jika begitu berapa ramai wakil rakyat Pas yang tidak terbaik setelah masing-masing mengambil elaun sebagai wakil rakyat ?, Datuk Paduka Janji sendiri pun mengambil elaun sebagai wakil rakyat, malah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun turut mengambil elaunnya sebagai wakil rakyat.
Tak kisah pun kalau tak nak ambil elaun wakil rakyat tu, tapi apakah itu misi utama yang hendak diperjuangkan kepada lebih 20,000 rakyat Kuala Besut ? Tidak cukup dengan tidak mengambil elaun itu untuk layak menjadi seorang pemimpin, sedangkan elaun itu sendiri diperuntukkan untuk wakil rakyat itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Kalau nak dibanggakan dengan tidak mengambil elaun itu kononnya seorang pemimpin yang bagus, mungkin Barisan Nasional boleh meletakkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai calonnya, Billionare itu pastinya mampu untuk tidak mengambil elaun tersebut, tapi belum pasti beliau mampu melaksanakan tugas-tugas lain sebagai wakil rakyat. Justeru adakah rakyat Kuala Besut melihat tidak mengambil elaun menjadi keutamaan untuk memilih seseorang calon pemimpin ?
Kita yakin kalau calon pemimpin BN ni gilakan populariti, beliau pun boleh mengumumkan perkara yang sama, malah pemimpin BN yang lain pun lebih pada elaun telah disumbangkan kepada rakyat, modal berkempen pun jauh lebih banyak daripada elaun berkenaan, kiralah, elaun wakil rakyat RM4125 sebulan darab 12 bulan darab 4 tahun, jumlah semua baru RM198,000. Jumlah itu nak beli bendera dan buat tampal poster pun belum tentu cukup.
Seterusnya jika elaun itu tidak diambil kerana wakil rakyat itu sudah kaya raya, apa cukup elaun sebanyak RM4125 itu untuk memenuhi kehendak lebih 20,000 rakyat Kuala Besut ? Katakanlah daripada 20,000 rakyat itu, 4125 orang daripadanya terdiri dari golongan yang memerlukan, dengan elaun itu mereka akan mendapat RM1 seorang, apa yang nak dibeli dengan duit seringgit tu ?
Pengumuman untuk tidak mengambil elaun ini hanya boleh dijadikan gimik semata-mata, dan ianya sangat menarik bagi mereka yang gilakan populariti, kerana melakukan perkara yang jarang-jarang dilakukan orang semestinya akan terus diperkatakan, sepertilah membina lebuhraya rakyat dengan menggunakan duit derma, bunyinya cukup hebat dan lain dari yang lain, ia satu perkara yang jarang bahkan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan dalam dunia pada hari ini, akhirnya apakah anda lihat terbina lebuhraya itu ? Memang tidak mustahil untuk membina lebuhraya itu dengan duit derma, tapi hakikatnya adakah ia terbina ?
Cukuplah dengan idea-idea kolot Datuk Paduka Janji ini didendangkan pada rakyat, sampai bila hendak perbodohkan rakyat ? Idea yang hebat didengar tapi tidak hebat dilaksana tidak seharusnya disajikan kepada rakyat, begitu juga dengan isu elaun ini, kita yakin sebagai seorang kontraktor kelas 'A' beliau mampu untuk tidak mengambil elaun itu, tapi idea bersifat gimik seperti itu menunjukkan tahap pemikiran yang tidak berapa jauh.
Bukan tidak bagus kalau beliau tidak mengambil elaun itu, tapi ianya tidak cukup, dan menampakkan tahap pemikirannya yang tidak boleh pergi jauh. Kalau pemimpin yang berfikiran jauh, dia tidak akan nampak elaun sebanyak itu mampu menyenangkan keseluruhan rakyatnya, malah, idea-idea yang berpandangan jauh dan bersifat menyeluruh itu seharusnya ia diketengahkan. Anda Mampu Mengubahnya.

Punah ranah habislah pemikiran ore Kuala Besut sekali ni kalu duk pakai buoh kolot Datuk Paduka Janji tu gak, bare setakat sedap kecep buat dok xsohor boh !!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.