Demi perjuangan untuk agama, bangsa, dan negara, beberapa pemimpin dalam bahagian Umno di Kelantan dilaporkan sedang bercakaran dan memburukkan keperibadian antara satu sama lain, ia bertujuan untuk memastikan kemenangan mereka bagi mengepalai bahagian dalam meneruskan kesinambungan perjuangan parti yaitu demi agama, bangsa dan negara. ( bukan projek )
Situasi ini berlaku setiap kali adanya pemilihan didalam Umno, dimana pemimpin saling berebutan untuk memegang jawatan penting didalam parti tersebut, bayangkan betapa murninya hati mereka untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara sehingga sanggup berhabisan wang dan bercakaran sesama sendiri, namun kemurnian hati mereka itu langsung tidak dinilai oleh rakyat Kelantan, apabila didapati kesemua bahagian yang sedang bercakaran itu kalah pada setiap PRU termasuk PRU13 yang lalu.
Bahagian-bahagian yang dilihat ketara dengan masalah ini adalah bahagian Pengkalan Chepa dan Pasir Mas, manakala dibahagian Kubang Kerian masalah ini dilihat baru ber'bunga' dan belum lagi berbuah, sementara di lain-lain bahagian ianya dilihat masih terkawal biarpun ada desas-desus yang mengatakan keadaannya turut 'tak berapa sedap duduk'.
Bagaimanapun melihat keadaan yang semakin tidak keruan itu, ia melahirkan rasa kekecewaan Setiausaha Barisan Nasional Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, beliau dalam satu kenyataan di media sosial Facebook berkata,
"Sangat sedih hati melihat beberapa gelagat mereka di beberapa bahagian umno di kelantan.... kerana nak berebut jawatan dalam parti terutama ketua dan timbalan..habis porak peranda memburukkan rakan rakan dan sahabat dalam parti sendiri.. budaya apa kah ini ?.. Jika nak menawarkan diri.. tawar lah atas kewibawaan dan kehebatan kita.. Jangan punahkan kawan-kawan dan jangan MELAMPAU??? apa yg nak direbut ni...macam-macam slogan keluar.. ASAL BUKAN SI ANU..... YaAlllah.. Memualkan dan memalukan......"
Alwi turut mengingatkan pemimpin yang sedang berebut jawatan itu dan mengumpamakan perebutan itu sebagaimana dalam filem Titanic, dimana pasukan muzik masih bermain gitar dan violin saat kapal mereka sudah hampir tenggelam.
"Usahlah berebut jadi pemimpin.. Kuasa apa yang nak di gilai.. Rakyat dah dok kata???? ADA AKU KESAH?.. Kita dok berebut lagi.. Macam dalam filem titanic.... Kapal dah nak tenggelam.. Pasukan music masih dok main guitar dan tiup violin... Apa nii?..."
Dah nak tenggelam ni sudah kira parah ni, betul-betul parah, agaknya bila nak tenggelam ?, jom sama-sama henjut bagi cepat tenggelam, ingat ke pemimpin berhati murni kisah ke nak tenggelam ke nak timbul ke ?, Ada aku kisah ? Aku tak kisah!, janji aku nak dan aku dapat projek, kalau tak, takkan gila aku nak berebut, yang tak berkaitan tak payah sibuk-sibuk, jangan nak dengki kerana aku KAYA dan aku berjaya untuk dapatkan projek.
Pasal perjuangan Umno ni tak perlulah nak diambil serius sangat, tiada apa yang penting dan perlu untuk di'seriuskan'. Kalau nak tenggelam, tenggelamlah, kaau nak berkubur, berkuburlah. Kalau buat serius dah jadi macam lawak bangang, kerana dapat kita lihat pemimpin Umno sendiri pun buat main-main je, atau anda lihat mereka serius ? Serius mereka itu POLITIK, perjuangan mereka itu RETORIK, hakikatnya semua DUIT @ PROJEK.
Siapa yang nak nafi ?, mana ada orang zaman sekarang ni gila nak perjuangkan demi agama, bangsa dan negara sampai berebut-rebut macam ni.
Tapi sayang, hanya suara Setiausaha Barisan Nasional Kelantan sahaja yang kedengaran, dimana suara Pengerusi Perhubungan BN Kelantan ? Sebagai 'kepala' atau nakhoda kepimpinan negeri yang bertanggungjawab, tak patut beliau bisu, langsung tidak menunjukkan tokoh kepimpinan yang baik dalam menerajui Umno di Kelantan.
Difahamkan, biarpun sudah dimaklumkan kepada Tok Pa akan berlakunya penyelewengan sehingga ada protes dan pemberontakkan di bahagian Pengkalan Chepa, tapi Tok Pa tak ambil kisah, malah Tok Pa melindungi pemimpin tertentu sebelum berindak mengarahkan akhbar-akhbar supaya tidak melaporkan mengenai demontrasi yang dilakukan oleh Umno bahagian Pengkalan Chepa pada beberapa bulan yang lalu.
Masalahnya, jika tuduhan yang dibuat itu tidak benar, kenapa tidak diambil tindakan, yang menuduh itu bukan orang luar Umno, bukan 'anonymous', tapi mereka yang dikenali yang turut punyai jawatan didalam Umno, sepertinya tuduhan itu benar, tapi ada cubaan untuk melindungi 'perosak'. Kalau bantahan dan rasa tidak puashati itu dibuat di media sosial, tidak kisah sangat, namun jika bantahan dibuat secara terbuka dan nyata, siap konvoi lori dan kereta, ini bukan kecil punya hal.
Kita akui, sukar untuk buat semua orang suka, tapi bila tak suka itu lantang dan nyata dizahirkan mengalahkan pembangkang, apa lagi yang nak ditunggu ? Ia mesti disiasat, dan salah satu pihak perlu diambil tindakan, lepas tu barulah boleh Tok Pa nak mengulangi kata-kata "kali ni (PRU14) kita yakin BN mampu tawan Kelantan, kerana kita lihat penerimaan rakyat semakin baik, banyak program yang kita buat mendapat sambutan, InsyaAllah, gelombang.....merah... gelombang.....merah... gelombang.....merah... Pah cerah..... Anda Mampu Mengubahnya.
sama2 lawati www.ptanmpkb.blogsport.com...
ReplyDelete