"Saya nak duduk dengan Allah Taala-lah daripada duduk atas dunia
ni, atas dunia ni kita duduk tak sedap jugak, bukan kita suka sangat
atas dunia ni".
"Kita ni Alhamdulillah, Allah, Allah, Allah........., maha kayalah"
"Dan saya ni dipilih untuk duduk sini, saya bangga, tapi saya
tidak bangga, bukan saya bangga saya dipilih, tapi saya bangga kerana
Allah pilih saya untuk duduk disini hari ni, saya bangga Allah pilih
saya untuk buat taat kepada dia, saya bangga InsyaAllah, saya bangga,
Allah pilih saya "
Apa yang boleh kita fahami daripada maksud ayat yang dituturkan oleh Calon Pas PRK Kuala Besut ini ? Selalunya kita dengar Allah bersama kita, tapi nak duduk
dengan Allah Taala dan Allah Taala bersama kita adalah punyai maksud
yang berbeza, beliau nak duduk dimana dengan Allah Taala ? Kalau maksud
Allah bersama kita, ia difahami bersama itu diatas dunia ini lagi, dan
bersama itu juga tidak membawa maksud Allah bertempat atau bersama
sekali dengan kita pada sesuatu tempat.
Adapun dengan beliau mengatakan "Saya nak duduk dengan Allah
Taala daripada duduk atas dunia ni, atas dunia ni kita duduk tak sedap
jugak, bukan kita suka sangat atas dunia ni". Ia sudah memberi
maksud yang boleh dipertikaikan atas duduk itu, atau beliau ingin
maksudkan tidak suka hidup didunia ini beliau ingin duduk bersila lendik
diatas arasy sebagaimana yang diajar oleh seorang tokoh Ulamak parti
itu beberapa tahun lalu.
Begitu juga dengan kata-katanya seperti "Allah pilih saya",
apabila nak tunjuk sangat lebainya dalam mempergunakan agama, maka
perkataan seperti itulah yang akan dituturkan, memang benar segala yang
berlaku itu diatas kekuasaan Allah Taala, dan tiada bezanya dengan apa
yang berlaku kepada orang lain, jika beliau sebagai calon Pas itu hendak
katakan Allah pilih beliau, calon BN pun sama, Allah juga yang memilih
beliau sebagai calon BN, atau beliau rasa ada beza Allah pilih beliau
sebagai calon Pas dan Allah pilih lawannya sebagai calon BN ?
Tapi bilamana sesuatu itu diperkatakan dalam situasi untuk meraih
sesuatu kepentingan, ianya telah menampakkan satu perkara yaitu
mempergunakan agama untuk mencapai kepentingan diri sendiri, atas sebab
itu juga perkataan "Saya bangga" yang dizahirkan beliau dan bukannya "Saya bersyukur".
Melihat lebih jauh lagi, dibibir-bibir pemimpin tertentu ia sentiasa
mengungkap nama Allah yang maha esa, biarpun pengungkapan itu secara
salah atau dalam maksud yang tidak tepat, ada juga antara pemimpin
tertinggi parti itu yang sering mengungkapkan nama Allah tapi tidak pula
berani untuk bersumpah dengan nama Allah apabila sesuatu tuduhan itu
dibuat dan dibuktikan keatasnya, tapi lantang pula bersuara jika tuduhan
itu terkena kepada pihak lain.
Maka jelaslah, dimana rakyat perlu benar-benar menjadi rakyat yang bijak
dan tidak rugi pada dunianya mahupun akhiratnya, kerana dizaman ini
bermacam ragam manusia yang ada dengan sanggup melakukan apa sahaja
termasuk mewatakkan dirinya menjadi seorang yang dilihat beriman dan
juga beragama. Anda Mampu Mengubahnya.
Dalam bulan Ramadhan yang berkat ini, kekalkan keberkatan itu dengan kita tidak bersubahat untuk menyokong suku sakat spender. Jangan biarkan hidup anda diselubungi spender, bersumpahlah, kerana sumpah itu tidak pernah memudaratkan golongan yang benar.
Kalu kureng ilmu,, jangan bercakap la, Nok duduk dengan Allah pun admin tak faham, admin kena gi belajar agama banyak-banyak,,, jangan duk blajar buat blog saje
ReplyDelete